Doa seorang pemimpin kerdil dari DUN Tahan semoga Allah memudahkan kemakmuran pembangunan DUN Tahan.
Projek perintis dan permulaan penternakan ikan Sturgeon RM120 juta di Kuala Tahan. Menggunakan teknologi Korea. Kerajaan Korea Selatan berbesar hati membantu DUN Tahan. Jika berjaya cemerlang tambahan RM500 juta lagi. DUN Tahan pengeluar kaviar.
Projek Safari RM3 bilion Kuala Tahan menambah nilai Projek Bandaraya Hutan Tropika Sultan Hj Ahmad Shah. Kerajaan Afrika Selatan sudi membantu DUN Tahan dari segi kepakaran.
Projek Bandaraya Hutan Tropika Sultan Hj Ahmad Shah RM7 bilion dijana dalam masa 15 tahun diharap dapat direalisasikan. ECER proaktif membantu.
Sememangnya Almarhum Tun Abdul Razak mahu jalan Ulu Tembeling dibina memberi keselesaan kepada penduduk pendalaman.
Projek Jalan Ulu Tembeling:
- Fasa 1 Kg Tuit ke Kg Pagi RM120 juta
- Fasa 2 Kg Pagi ke Kg Mat Daling RM310 juta
- Fasa 2 Kg Mat Daling ke Kg Pasir Raja Terengganu RM600 juta
Semoga Allah memudahkan kemakmuran pembangunan DUN Tahan.
Ladang getah dan kelapa sawit serta gaharu seluas lebih 100,000 ekar boleh membantu ekonomi penduduk tempatan.
Tidak perlu jadi Ketua Bahagian
Tidak perlu jadi AJK Bahagian
Tidak perlu pegang Biro
WZWH berdoa semoga Allah memudahkan kemakmuran pembangunan DUN Tahan.
7 comments:
Alhamdullilah, kerap beno ke Mekah, umrah, bagus lah gitu, semoga ADUN Tahan ini dapat mententeramkan jiwa, tenang fikiran, mendapat idea bantu rakyat. Orang kate kalau kerap hati tak tenteram yang perlu didamaikan.
Wan Zurik, beso sungguh angan-angan gon ye.Boleh berlakuke.
cadangan jadikan DUN Tahan lokasi pengeluar madu terbesar,
Zurik apa beza Madu debgan bermadu,? tolong cerahkan.... heheheh.
Kg Labu Air.
ADUN Tahan ini tiap-tiap tahun gi ke Mekah sejak tahun 1990an lagi.
Sebab itu ADUN Tahan mudah rezeki.
WZWH dan ADUN Tahan percaya, yakin dan positif serta optimistic projek-projek pembangunan transformasi DUN Tahan boleh dilaksanakan.
Kami percaya ada banyak lagi boleh di lakukan bukan di DUN Tahan ini sahaja tapi diseluruh negeri Pahang.
Cadangan jadi pengeluar madu itu satu cadangan yang baik.
Madu dan bermadu ketentuan ilahi sama dengan jodoh dan pertemuan. Itu semua dugaan dan ujian dari Allah SWT menguji iman dan ketakwaan.
Madu manis.. dan bermadu pun manis jugek bagi lelaki.hehe tapi pahit bagi perempuan lah yek..
wzwh,
kallau kaum adam bermadu atau dimadukan itu ikut mazhab mana?
murah la rezeki dengan menindas rakyat.rakyat dapat minum air keroh dengan jalan berlubang sana sini.
Sumbangan paling besar Dun Tahan sebab ada Taman Negara.Sebab tu Bandar Jerantut ni tak mati,tak jadi bandar koboi.Taman Negara dah world class dah tapi access ke sana sangat pathetic.Jalan rosak sebab lori amang,lori balak guna.Banjir pun selalu.Masalah setiap tempat kat Pahang rasanya ni...
Jalan Ulu Tembeling Fasa 3 sampai Pasir Raja,timing kena betul.Siapkan sampai hujung Mat Daling dulu.Sebab bila Jalan Jerantut-Sungai Lembing siap,pekan Jerantut Feri & Simpang Jengka 8 akan jadi main point ke Kuantan dan Taman Negara.Mungkin Jerantut Feri boleh slow-slow bercantum dangan Bandar Jerantut.
Bila jalan sampai Mat Daling siap,semua orang kampung Dun Tahan dah boleh self-sustain,ekonomi dah naik,bolehlah siapkan ke Pasir Raja.Masa tu Jerantut dah bukan "Gateaway to Taman Negara".Orang dah boleh masuk ikut Terengganu.Kena siap sedia.Kuala Tahan dah boleh jadikan pekan baru.
Masa ni lah,cadangan jambatan Pasir Tambang-Tanjung Jelai-Kuala Tembeling ni jadi penting,patut buat serentak dengan Jalan Ulu Tembeling Fasa 3,barulah Pekan Kuala Tembeling hidup semula dan Pekan Kuala Tahan jadi main point baru.
Tapi,punca air Sungai Tembeling kena jaga,jangan jadi macam Sungai Jelai.Macam Cameron Highlands.Kalau tak makin punah Sungai Pahang ni dan orang Jerantut akan dapat air teh tarik free paling terbaik di Pahang ni.
Tu je la mende yang kome nampok untuk Dun Tahan dan Parlimen Jerantut.Kome tak blajo tinggi2,tu je yang mampu pikir.
projek berbillion pun org dun tahan susah jge,yg kaya mr dompok je,kome suka wan halim pulok dun tahan,dia pun dah naik pamgkat,pm lantik dia pegawai khas perdana menteri,dompok ni kome nak terajang kair je..
Post a Comment