Nuffnang Ads

Pages

Thursday, March 6, 2014

Universiti Pelancongan Kuala Tahan



Kuala Tahan Gateway To Taman Negara. Taman Negara adalah destinasi pelancongan dunia dengan hutan hujan tropika tertua di dunia 150 juta tahun bersama flora dan faunanya.

Projek Bandaraya Rimba Hutan Tropika Sultan Hj Ahmad Shah yang bernilai RM 7 bilion itu yang pelaksanaannya mengambil masa 15 tahun dalam pakej menyediakan sebuah universiti pelancongan.

Memang sesuai sebuah universiti yang berteraskan pelancongan antara yang terunik di dunia.

Pelancongan adalah sektor ketiga penting Malaysia. Tahun 2014 dijangka pendapatan RM76 bilion. Pahang saja mensasarkan 11 juta pelancong dengan potensi pendapatan RM7.5 bilion.

Universiti yang menawarkan kursus, program, penyelidikan dan pengurusan berkaitan pelancongan, guide, spa body health, herba.

Universiti-universiti yang sedia ada di Malaysia boleh menjalinkan collabarasi dengan universiti pelancongan Kuala Tahan bagi kursus, program dan penyelidikan.

UITM umpamanya satu universiti yang boleh menjadi partner yang baik kerana penekanannya kepada Bahasa Inggeris.

Bukan sahaja sasaran pelajar adalah dari tempatan tapi juga dari luar negara yang berminat dengan pengurusan pelancongan tropika yang kreatif lagi innovatif.

Sebuah kompleks universiti pelancongan wajar dibina dalam pakej Projek Bandaraya Rimba Hutan Tropika Sultan Hj Ahmad Shah.

6 comments:

Anonymous said...

Asal nak majukan kawasan semua mintak buat universiti.Pahang ada 42 Dun,takkan semua nak mintak buat universiti.Mampus la camtu.
Daerah2 Pahang cuma perlu benda basic je.Basic pun tak bagi nak suruh pangkah benda yang sama je tiap2 PRU.
Elektrik/air/hospital/connection jalanraya antara daerah & negeri jiran/infra (jambatan) merentas Sungai Pahang setiap daerah pun macam nak taknak je bagi,tak payah pandang jauh2 sangat.
Sungai Pahang yang punyalah cantik tu pun dikotorkan dengan sisa2 lombong,pembalakan,pertanian.Semua daerah di Pahang kecuali Rompin ada kaitan dengan Sungai Pahang ni.Semua benda nak masuk situ.Kalau sungai satu tu pun tak reti jaga,dah boleh bubarkan Pahang ni.
Nak senang cerita,back to basic..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 12.00,

Projek-projek yang WZWH posting ini adalah private inisiatif. More to private-pelaburan swasta atau GLC. We are not going to basic-we go for added value.

Anonymous said...

tak payah ckp projek besar2 la zuri jalan raya ke kuala tahan berlubang mcm muka dompok pun tak berbaiki.balak banyak yang keluar tapi hasil negeri tah kemana.Air bersih di kuala tahan pun masih bermasalah tak kan nak suruh pelajar universiti pelancongan nak berak dengan mandi kat sungai pahang.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 9:49,
Insyallah peruntukan membaikpulih jalan dari Felda Sg Retang ke Kuala Tahan RM25 juta dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Masalah air boleh diselesaikan dengan peruntukan paip baru.

Anonymous said...

masalahnya dah bertahun2 tak selesai.sepatutnya isu jalan raya sudah diselesaikan sebelum Tahun Melawat Malaysia 2014 tapi sungguh memalukan kedatangan pelancong2 dengan keadaan jalan raya yang amat buruk dan memalukan serta hotel2,org kampung dan sekolah masih bemasalah dengan air.

Anonymous said...

Kuala tahan bukan nak kan pembaharuan rasanya.. tp pemulihan dan pemeliharaan yg sepatutnya, sy sbg pelajar rasa xperlu tu semua..universiti yg sedia ada pn da cukup utk pelancongan, maaf,. sy hanya mengutarakan pandangan sy. kte da cukup terkenal dgn taman negara, jgn dibiarkan hilang sbb kehendak pembangunan.