Sunday, March 2, 2014

ADUN Tahan Dan Rombongan Selamat Berlepas Umrah Ke Tanah Suci



Mekah sudah mengalami transformasi pembangunan pesat untuk kemudahan dan keselesaan umat Islam mengerjakan ibadah haji dan umrah.

ADUN Tahan dan rombongan selamat berlepas pukul 3 petang tadi dari KLIA mengerjakan ibadah umrah ke tanah suci dari 2 Mac hingga 12 Mac 2014.

Antara yang bersama rombongan ini  ialah 3 orang penghulu di DUN Tahan, 2 orang Pengurus Felda, staf dan keluarga.

WZWH berharap ADUN Tahan banyak berdoa di depan Kaabah selain berdoa doa standard juga minta Allah permudahkan pembangunan di DUN Tahan, banyakkan peruntukan dari Putrajaya mencurah-curah ke DUN Tahan.

Selama ketiadaan ADUN Tahan, beberapa pegawai dan staf Pejabat DUN Tahan telah diagih-agihkan tugas dan tanggungjawab. Urusan DUN Tahan berjalan seperti biasa.

Sebelum PRU 14 diharap semua projek-projek pembangunan di DUN Tahan berjalan mengikut progress jadual sasaran yang ditetapkan.

Alhamdulillah DUN Tahan mempunyai seorang ADUN yang kuat bekerja untuk kawasannya. Bagi masalah jalan dari Felda Sungai Retang ke Kuala Tahan, Taman Negara, insyallah peruntukan untuk membaikpulih sebanyak RM25 juta boleh membaiki jalan tersebut.

3 comments:

usin malaun said...

Sempena Tahun Melawat Malaysia tahun 2014 sepatutnya tahun 2013 lagi sudah diperbaiki jalan raya menuju ke Taman Negara seperti tiada persediaan lansung untuk menyambut ketibaan pelancung2 dengan landskap jalan raya yg teruk dan balak2 yang keluar di sungai tekai.Sungguh memalukan jalan yang rosak teruk untuk dilalui pelancung2 dan penduduk sekitar taman negara yang berulang alik ke jerantut.semoga pemergian ke tempat yang baik dan pulang nanti menjadi lebih baik dan menjaga kebajikan rakyat dan bukan hanya keuntungan pokek sendiri.sesuai sangat membawa penghulu zul yang sentiasa ditarik hidung oleh YB untuk berubah kepada yang lebih baik.

Anonymous said...

Yb ahli parliament buat apa? Masih gila lagi?

Anonymous said...

YB Lan terbaik tapi usin gampang aje yang sewel.Dompok tak bawa sekali ke usin gampang umrah sekali kot2 blh insaf.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...