Friday, October 19, 2012

Posting Laman Pahang Mengingatkan WZWH Nostalgia Kisah Tetawak Gong Brunei


Beauty in the eyes of culture. Moyang WZWH iaitu Che Wan Ahmad bin Engku Khatib tidak mahu berkahwin dengan puteri Sultan Brunei walau dititah oleh Sultan Brunei kerana puteri itu punya tradisi telinga panjang. Maka Che Wan Ahmad memilih berkahwin dengan anak perempuan Menteri Besar Brunei pada 1904.

Blog Laman Pahang banyak menceritakan sejarah dan budaya Pahang. Posting terbaru Laman Pahang mengenai tetawak dan gendang lama Tanjung Besar sila baca sini.

Posting Laman Pahang ini mengingatkan WZWH nostalgia kisah tetawak gong Brunei yang ada dalam simpanan keluarga WZWH sila klik sini.




Ini komen WZWH dalam posting terbaru Blog Laman Pahang:



WZWH (Wan Zamzuri bin Wan Hasenan AMP) said...


Salam Laman Pahang,
WZWH ada dalam simpanan keluarga WZWH di Tembeling sepasang tetawak @ gong yang diberi oleh Sultan Brunei pada awal abad kepada Moyang WZWH yang bernama Wan Ahmad bin Engku Khatib kerana jasa menangkap penjenayah di Brunei. Moyang WZWH ini datang ke Brunei atas titah Sultan Pahang dan British. Setelah selesai tugas balik semula ke Tembeling dengan seorang isteri anak Menteri Besar Brunei. Ya betul tetawak Brunei ini special. Tetawak atau gong ini boleh berbunyi sendiri memberitahu ada ahli keluarga akan meninggal. Kadang-kadang basah berair semacam memberi tanda. Sepasang tetawak Brunei ini ada namanya. Dibalut dengan kain kuning. Terima kasih Laman Pahang buat posting yang buat WZWH membangkitkan nostalgia gong Brunei.


Laman Pahang said...
Terima kasih WZWH (Wan Zamzuri bin Wan Hasenan AMP).

Dalam Laman Pahang ada kami terbitkan cerita 'dongeng' tentang apa yang WZWH sebut. Semasa diterbitkan, kami tak nak sebut ini cerita betul. Kami katakan sahaja tak ada waris supaya tak ada orang tanya (kalau ceritanya cerita betul mana warisnya?).

Pada hari ini WZWH telah menyebut bahawa cerita ini mungkin betul. Inllah 'dongeng' kami:

Di Brunai pada masa itu telah dipermainkan oleh tiga orang pencuri yang mempunyai ilmu yang tinggi (sihirke@pukauke tak tahulah). Tiada orang atau pamglima raja brunai yang dapat menangkap mereka. 

Maka diistiharkan kepada orang ramai akan perkara itu,” barang siapa dapat menangkap akan pencuri ini akan diberi hadiah dan anugerah.” 

Perkhabaran yang tersebut telah dibawa sampai ke Pahang dan telah didengari oleh Si Raja dan dia telah menerima tawaran untuk menangkap pencuri di Brunai itu. Katanya,”tiada salahnya mencuba kerana ianya tidak merugikan.”

Si Raja berlayar ke Brunai bersama wakil Brunai yang sampai di Pahang dengan perkhabarannya.

Sesampainya di Brunai Si Raja menyiapkan perkakasan untuk menangkap tiga pencuri itu, (cara dia manangkap tiga pencuri itu, itu satu cerita lain dan tidak akan diceritakan, maaf).

Selepas tertangkapnya tiga pencuri itu, lalu dibawa kehadapan Sultan Brunai. Maka dihukumlah tiga orang pencuri itu oleh Sultan Brunai.

Si Raja yang telah menangkap pencuri tiga orang itu telah diberi hadiah dan diberi pilihan untuk mengkhawini antara puteri-puteri dibrunai. 

Si Raja memilih anak memanda menteri untuk dijadikan isteri kerana dengan itu Si Raja tidak perlu menetap di Brunai (itu sebab dia tidak berkhawin dengan puteri sultan brunai). 

Si Raja telah kembali ke Pahang bersama isterinya dan dikatakan dia dan isterinya bermukim dikawasan Hulu Tembeling@ Kuala Tahan.

Link cerita:
[ http://lamanpahang.blogspot.com/2012/04/9-sultan-ahmad-budu-dengan-tiga-orang.html ]

Sekian. 
(kalau salah tolong betulkan)
(saya budak baru belajar)
WZWH (Wan Zamzuri bin Wan Hasenan AMP) said...


Salam Laman Pahang,
WZWH banyak posting hal Brunei dengan Moyang WZWH iaitu Che Wan Ahmad bin Engku Khatib. Antara yang terbaik:http://wzwh.blogspot.com/2011/12/pengaruh-seorang-isteri-pemimpin-boleh.html

'Si Raja' dalam posting Laman Pahang merujuk kepada Che Wan Ahmad yang memang keturunannya belah atasnya pernah claim title Raja Bendahara Pahang sebanyak 2 kali cuba.

Apa hubungan Che Wan Ahmad dengan Sultan Wan Ahmad pertama Pahang?

Cik Wan Ahmad bin Engku Khatib bin Tun Abdullah (Marhum Ketapi) bin Tun Da ibni Bendahara Tun Abdul Majid.

Sultan Wan Ahmad ibni Bendahara Tun Ali ibni Bendahara Tun Koris ibni Bendahara Tun Abdul Majid.

Bererti Che Wan Ahmad adalah anak sedara dua pupu Sultan Wan Ahmad pertama Pahang.

Tun Da dan anaknya Tun Abdullah pernah cuba claim title Raja Bendahara Pahang tapi gagal.

Walaubagaimanapun hubungan Keluarga keturunan Tun Da Tembeling dengan keturunan Sultan Wan Ahmad hingga sekarang tetap baik dan taat setia.

Memang Che Wan Ahmad ada ilmu kebatinan tinggi. Tapi usaha menangkap bandit Brunei itu diguna cara psikologi.

Che Wan Ahmad deal dengan penjenayah Brunei itu dengan mengajak penjenayah itu bersumpah dengan Al-Quran. Oleh kerana takut dimakan sumpah Al-Quran maka penjenayah Brunei terpaksa ikut janji dan menyerah diri.

Memang Che Wan Ahmad tidak mahu berkahwin dengan puteri Sultan Brunei kerana tidak mahu tinggal di Brunei dan lagi satu telinga puteri Sultan Brunei itu panjang lanjut macam kaum Kelabit!

Maka Che Wan Ahmad berkahwin dengan anak Menteri Besar Brunei bernama Daing Khadija binti Muhammad.

Malangnya tiada zuriat. Daing Khadija dimakamkan di Kampung Kuala Sat Ulu Tembeling namun kuburnya dialih ke makam Bukit Hangus Kampung Bantal siap dengan batu nesan Brunei yang dibawa bersama ketika Daing Khadija masih hidup.

Kerapkali rombongan Diraja Brunei datang melawat makam Daing Khadija dan mencari waris.

Sultan Brunei ada mengurnia tanah kepada Che Wan Ahmad di Limbang, Brunei. Juga Daing Khadija punya tanah di Brunei.

Menteri Kehakiman Brunei menjelaskan oleh kerana tiada waris-waris Che Wan Ahmad dan Daing Khadija datang menuntut tanah-tanah di Brunei selepas masa yang diperuntukkan maka tanah-tanah tersebut dilupuskan menjadi hak negara Brunei.

Che Wan Ahmad tidak tahu menulis dan membaca ada sekeping cek bernilai $20,000 dikurnia oleh Sultan Brunei tidak ditunaikannya hinggalah beliau meninggal dunia dan cek tersebut masih ada dalam peti kayu beliau! 

Selain itu 40 orang pengikut, sepasang tetawak gong Brunei, sebidang tanah di Limbang, bendera, bintang kebesaran dikurnia Sultan Brunei.

Daing Khadija dan 40 pengikutnya telah membentuk dailek Ulu Tembeling yang dituturkan oleh penduduk Ulu Tembeling hingga hari ini.

Terima kasih Laman Pahang kerana sudi mendengar pengisahan lisan sejarah keluarga WZWH.


1 comment:

. said...

Terima kasih WZWH kerana berkongsi cerita yang menarik ini.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...