Friday, October 19, 2012

MB Pahang Gentleman Hadapi 500 Piket Orang Asli



Jumlah penduduk Orang Asli seluruh Malaysia census 2003 ialah 147,412.

Pada 17 Oktober 2012, 500 Orang Asli berpiket di Pejabat MB Pahang mahu serah memorandum 8 tuntutan terutama berkenaan rezab Orang Asli dan Tanah Adat.

Blog pembangkang terutamanya menjadikan piket Orang Asli ini sebagai isu konon DSD Adnan Yaakob tidak mahu melayan tuntutan Orang Asli.

WZWH tahu dibelakang 500 Orang Asli ini ialah penghasut PKR.

Apa yang berlaku? :

MB Pahang gentle dan berani turun jumpa Orang Asli. Adakah Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim berani jumpa piket rakyat?

MB Pahang terima memorandum dan baca kesemua 8 tuntutan. Ini isu utama.

Sebab MB Pahang terima memorandum dan layan Orang Asli dengan baik, pembangkang hilang idea hendak jadikan isu.

Apa yang kerajaan Pusat dan Negeri Pahang telah bantu Orang Asli?

Tidak payah 500 Orang Asli berpiket dihasut PKR memadai menghantar wakil menyerah memorandum kepada MB Pahang yang sedang bersiap sedia bermesyuarat mingguan EXCO.

Kenapa PKR mahu menghasut 500 Orang Asli memprovoke MB Pahang ditengah kepanasan cuaca yang terik?

Ini faktanya:

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menerima peruntukan sebanyak RM203.6 juta bagi membangunkan masyarakat Orang Asli di seluruh negara dengan pelbagai kemudahan, pada tahun depan.

Sebanyak RM115 juta diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus, manakala RM88.6 juta bagi melaksanakan projek pembangunan membabitkan bekalan air bersih, elektrik, jalan dan projek ekonomi.

Kerajaan Negeri Pahang akan memastikan peruntukan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Belanjawan 2013 baru-baru ini, benar-benar mendapat manfaat kepada kaum itu.

Setiap tahun JHEOA Negeri Pahang membelanjakan hampir RM60 juta bagi kemudahan Orang Asli sejak 2009.

Adakah ini bukti kerajaan BN dan Negeri Pahang tidak perihatin kepada Orang Asli?

Walaubagaimanapun WZWH bersetuju untuk berbicara secara akademik berkenaan Akta Orang Asli yang boleh ditambahbaiki melalui beberapa pindaan.

Akta Orang Asli : Kelemahan dan Cadangan Pindaan sila baca sini.

15 comments:

Anonymous said...

Bab peruntukan orang "sakai" telah dibelanjakan hampir RM60juta oleh JHEOA Negeri Pahang ni, nampak sangat menidakan peruntukan tersebut. Mudah cakaplah perhatikan betul2 deretan "pondok atap" sepanjang pesisiran alor Temebeling mudah kata dari Kg Gusai menghilir Sungai Tembeling sampai ke Kuala Atok. Jika dilihat apakah katil dan tilam OrAng Asli di pondok tersebut telah bertukar dari "kulit kepong" kepada tilam "lembut". Apakah pekerjaan tradisi mereka mencari ubi "waw dan gadong" telah berakhir. Mereka tidak lagi berburu kera dan senekah?!. Kena ketahui taradisi mereka bagaimana, keseronolan mereka macam mana. Pemimpin kena ingat nostalgia di zaman kanak2 sewaktu bermain "buah guli", maka itulah kaum ini berada di "takok" seperti sediakala. Jangan dipermudahkan harta kedammaian mereka, seperti bu**t mereka jangan ditarah semudah itu. Tahu2 sajalah pemimpin melayu ni bila dimana ada bu**t disitulah menjadi tumpuan
mereka. Semua nak ditarah dan dikorek. Ingat beberapa peristiwa pembunuhan telah berlaku akibat terkena sumiptan "ipoh beracun". Jika ketahui, ingatlah siapa2 yang seringkali menghilir mudek Sungai Tembeling takut2 nanti kena sumpahan "ipoh beracun".

Anonymous said...

Orang asli tak ramai Dan buat Rumah flat
sepuluh biji dah boleh isi 1 pahang.

Hoi kami nak duduk kampung , bukan duduk
Banglo macam tuan .

Kembalikan tanah Dan kampung tradisional
Kami.

Anonymous said...

heheeee...

org asal tu minta hak dia...
bukan minta hak umno/bn...
Ingat org asal bodoh mcm dulu ke..
tak tahu membaca dan dunia luar
sekarang berkat khidmat guaman
mereka dah sedar hak mereka...

tang provoke tu..
sapa provoke sapa..
org asal tu tak de la
sampai nak ajak MB bergaduh
untuk menuntuk hak mereka...
ni apasal siap nak ajak bertumbuk plak...
nampak sangat akal MB ni lebih
dangkal dari akal org asal...

nasib baik tak tunjuk punggung dan simbol F_ _ K...

MB Khalid dan Guan Eng tak de la sampai nak ajak org bertumbuk bila kena provoke dgn belaci UMNO....

Anonymous said...

Dah boleh tukar MB.
Parlimen Pekan pun boleh tukar MP.
Pru 10 menang undi pos boleh la

Anonymous said...

Di mana ada demo, di situ ada PKR.
Kita tahu mereka chief penghasut demo.
Saya asalnya orang Sakai. Saya bersyukur mendapat pelajaran tinggi.
Kami tak pernah rasa tak diendahkan. Bangsa kami digunakan oleh Keadilan terutamanya untuk benci kerajaan.

Cikgu Ngah said...

Salam WZWH.

Pembangkang memang tak habis2 nak mempromosikan DSD Adnan Yaakob sbg pemimpin yg ganas, samseng dan gangster. Insiden di Sanggang lebih 10 tahun dulu pun diulang-ulang entah berapa banyak kali.

Sudah menjadi lumrah mereka, utk menceritakan half truth stories. Mereka tak pula highlight betapa senangnya rakyat nak berjumpa dengan MB di mana-mana majlis pun. Betapa di setiap kali majlis MB bersama rakyat, dia akan menghabiskan masa berjam-jam melayan tuntutan rakyat dari hal tanah, lombong besi, rumah, bil api, air dan macam2 lagi. Ketika majlis sambutan raya UMNO Lipis dulu ada seorang tua (penerima sumbangan bantuan haji) bangun menegur MB sewaktu dia berucap. Orang tua itu meminta MB memendekkan ucapannya kerana cuaca panas. MB langsung tak marah malah secara melawak berkata padanya, "Abang, kawan minta awak sabar sikit. Kalau kawan bagi sumbangan lepas tu baru berucap, alamatnya kawan berucap sorang-sorang." Agaknya kalau Anwar atau Guan Eng yg ditegur sebegitu, dia akan melenting dan lantas bertanya "Berapa UMNO bayar awak?"

Adnan Yaakob ialah Adnan Yaakob. Dia tak berpura-pura menjadi sumpah2 seperti Anwar dan para pemimpin pembangkang. Depan Cina cakap lain, depan Melayu cakap lain, depan India cakap lain, depan Orang Asli cakap lain. Adnan melayan semua orang sama sahaja.
Bilakah yg kita pernah melihat Anwar ataupun mana-mana Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat yang menyambut sendiri memorandum bantahan daripada rakyat? Hanya Adnan Yaakob sahaja yg cukup gentleman utk buat begitu. Lim Guan Eng, Khalid Ibrahim, Azizan Razak dan Nik Aziz tak ada "telur"!

Kalau tak percaya benda2 yg saya tulis ini, sila bertanya pada Dato' Ariff 'Sakmongkol' Sabri. Cuba tanya Dato Arif yg bijak laksana itu, apakah pendapat peribadinya tentang Adnan Yaakob ini.

Saya tidaklah suka sangat secara peribadi pada Adnan Yaakob, tapi kalau nak banding pemimpin pembangkang dgn Adnan, beribu kali lebih baiklah Pahang ada MB yg bernama Adnan Yaakob ini, daripada MB yg bernama Tuan Ibrahim, Wahab Ismail ataupun Sakmongkol Arif Sabri.

Wassalanm

Anonymous said...

aku peliklah, kenapa org asli ni mesti buat peket di depan pejabat mb, mana exco luar bandar yang juga jaga hal ehwal orang asli tu..., katanya exco ni tngah melobi nak jadi mb ganti dato' nan, kalau macam ni susahlah, masalah orang asli sampai buat peket depan pejabat mb pun dia tak boleh selesai macam mana nak jadi mb.....

Anonymous said...

Cikgu Ngah,
Awak betul-betul cikgu ke atau pakai nama samaran Cikgu Ngah?

Anonymous said...

Ini barulah dikatakan MB yang gentlement. Dato Adnan tak pakai polis, tak pakai SPRM. Dia sendiri keluar ajak orang asli bertumbok. Barulah gentlemen namanya. Ambik engkau.

Anonymous said...

hebatlah dato' nan ni, ini barulah betul-betul berani dan pandai, macamnilah kita nak sebagai seorang MB, oleh kerana dikatakan dato' nan ni dah lama sangat, ramai dah yang melobi nak ganti dato' nan ni..., angin-angin yang bertiuo antaranya...., wan rusdi, shakar, suhaimi...., siapa lagi yek....., lobilahhh, siapa kuat dia dapat, sb nak jadi mb mesti kuat....

Anonymous said...

Baguslah kalau kita ada ramai cik gu macam Cikgu Ngah ini,ajar orang kito jadi bodoh and tak payah pakai otak dan paling mustahak "bersyukulah"kepada pembesar2 bila dapat BR1M padahal wang itu wang kito.
Kena tipu pon kena bersyukur,Alahai bodoh nya lembu2 kekandang ni.

Cikgu Ngah said...

Anon 3.14,

Taktik lapok pihak pembangkang bila sudah tak ada modal lagi ialah melabelkan orang sebagai 'bodoh', 'lembu' dan sebagainya. Salahkah kita ajak orang supaya bersyukur? Bila Lim Guan Eng bagi RM 100 pada orang tua kat Penang tu duit mak bapak dia punya ka? Kenapa nak divert issue yg sedang dibincang, jawab lah secara objektif. Pernah atau tak pernah Guan Eng, Azizan, Khalid Ibrahim, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim sendiri secara gentleman berdepan dengan orang yg nak beri memorandum bantahan pada mereka? Sebenarnya orang mcm saudara ini lah yg perlu duduk di sekolah kerana tak reti-reti diajar.

Anonymous said...

Cikgu Ngah memang betul kata cik gu,pembangkang itu selalu pakai taktik lapuk,tapi macan mana nak beritahu murid kalau di tanya mana datang duit 40 JUTA untuk UMNO tapi bukan pakai cek atau wire ,tapi TUNAI.Dulu ku belajar kat luar negeri,bapa saya yang buta huruf pun tahu hantar wang dengan bank draf untuk saya .Kan kita tahu KM Sabah orang jujur,tapi rasa pelik nya wang kena tahan kat H.Kong oleh ICAC.Memang duit tu halal tapi kenapa bawak cash 40Juta,rasa nya untuk di basuh bersih2.Bodohnya pembangkang2 ni,betul tak Cik Gu Ngah?Bersyukurlah kes ni sudah di bersihkan oleh PM and SPRM yang sangat bijak,hanya lembu2 pembangkang yang sengaja buat hal.Hidup meLAYU yang bijak saperti Cik Gu Ngah.
bijak

Cikgu Ngah said...

Salam saudara bijak 10.33,

Bak kata orang Pahang saudara ni nak ke Kolumpo, tapi terlepas ke Kota Bharu! Nak bercerita pasal orang Asli, ceritalah pasal orang Asli. Nak cerita pasal Adnan Yaakob, kita ceritalah pasal Adnan Yaakob.

Tapi kalau nak cerita juga pasal orang lain boleh, takde hae. Soal kes rasuah yg ditutup ni saudara molek tanyakan pada sahabat baik Anwar Ibrahim iaitu Dato Shafee Yahya, bekas Ketua Pengarah BPR dulu. Maklum saja dia memang pandai bab tutup-menutup kes sebagaimana dia menutup kes Azmin Ali atas arahan Al-Buntuti. Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993 memang berhak pakai BMW, kerana gaji mereka lebih besar dari Gabenor Bank Negara, ye tak Saudara? Molek juga ditanya pada sahabat baik saudara itu berapa harga rumah Anwar di Bukit Segambut tu? Kut-kut lah Dr Khir Toyo nak beli bila dia dah jual rumah konsep ala-Bali milik beliau di Shah Alam. Satu lagi kawan nak pesan risik-risiklah pada TS Khalid Ibrahim berapa banyak dah saham Guthrie dan PNB dia dah bedal masa jadi CEO dulu. TALAM Keparation berhasrat nak beli semua saham2 tu dgn harga LUMAYAN.

Wassalam.

Anonymous said...

itu baru citer orang asli...bagaimana pulak citer orng melayu yg ada di cameron hhlands tu...baru2 ni kecoh kononnya mereka dok belasah hutan secara haram....tapi bagaimana pulak dgn penerokaan hutan secara haram oleh orang cina dan india di sana...nape citer tu tak kecoh...
bukan citer pasal tanah je, tapi bab rumah juga jgn dipinggirkan...kesian pd org Melayu di sana...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...