Sunday, October 28, 2012

Psikologi Pengundi Cina Dan PRU 13



PRU 13 ada 13 juta pengundi. Suku daripadanya adalah pengundi Cina. DAP mahu pengundi Cina sokong PR. 'Grand design' untuk menjadikan orang Cina memerintah Malaysia samada melalui proksi atau de facto.

Sekali dengar enak telinga orang Cina dengar. Berdasarkan fakta cuma ada 45 parlimen yang orang Cina melebehi 50% daripada 222 parlimen. Untuk menang kawasan bercampur DAP perlu sokongan kaum-kaum lain.

PRU 12 DAP berjaya buat orang Cina marah kepada kerajaan BN. Juga ditambah dengan orang Cina yang over-checked dan over-balanced.

Orang Cina ramai yang menjadi korporat, peniaga dan penjaja. PRU 13 isu 'cari makan' menjadi keutamaan mereka. Politik yang stabil menjamin kesinambungan kekayaan, kemakmuran dan kesejahteraan orang Cina.

Adakah majoriti orang Cina hampir lebih 80% menyokong PR? Masih tidak puas hatikah orang Cina dengan polisi kerajaan yang dikatakan diskriminasi dan tidak adil kepada orang Cina?

Adakah isu pendidikan sekolah rendah Cina, sekolah persendirian Cina dan biasiswa, kuota, konsesi, lesen dll masih menghantui orang Cina.

Orang Cina melihat DS Najib menpunyai kesungguhan mendengar permasalahan mereka. Peruntukan sekolah rendah Cina ditambah, sekolah persendirian Cina dibenarkan, biasiswa diberi  kepada anak-anak Cina yang berjaya.

DAP masih menganggap DS Najib dan UMNO membuli orang Cina. Kempen politik kebencian  yang panjang meletihkan orang Cina akhirnya. Ramai yang berfikir dan bertanya kembali pihak mana yang benar sebenarnya.

Kerajaan China menghormati Malaysia. Kepimpinan DS Najib dihormati. Gaya politik sederhana DS Najib menarik China dalam kuasa politik dunia US bimbang kebangkitan China.

Peranan DS Najib sebagai orang tengah mendamaikan kerajaan Filipina dan Bangsamoro MILF menaikan statut DS Najib dalam politik Antarabangsa. OIC, US, dan Eropah menyokong usaha DS Najib mendamaikan rantau Asia Tenggara. Ini belum masuk Selatan Thailand dan Myanmar. China memerhati perkembangan ini semua.

Orang Cina melihat politik DS Najib mengatasi politik kepartian. Pemimpin-pemimpin pembangkang majoriti dari pemikiran politik 'medieval' tidak memberi keyakinan kepada orang Cina untuk memimpin Malaysia.

Corak pola politik Malaysia yang diinginkan oleh DAP iaitu 1Parti Pemerintah dan 1Parti Pembangkang adalah tidak sihat kepada politik dan ekonomi orang Cina.

Orang Cina perlu berfikir banyak kali dengan rasional siapa mereka mahu undi kerajaan pada PRU 13 nanti ini yang dikatakan psikologi pengundi Cina PRU 13:

  • It is Najib's ability to project himself above party politics; his long political career seems to show this. He is wise, lucky and has packaged himself well.
  • Continued political stability is important. Squabbling among politicians does not send a good message to foreign investors.
  • The hate politics along racial lines something dangerous and done at the expense of the country's stability. Whatever differences we may have, we must not sacrifice racial and religious harmony in the country.
  • No government is perfect, more so in a multiracial country where we need to strike a balance. The country does not belong to any one race. It belongs to everybody.

8 comments:

Anonymous said...

Sdr mungkin lebih dapat mengagak psikologi pengundi cina berdasarkan pengalaman. Sebenarnya psikologi melayu sendiri akan dibaca orang cina. Jika melayu baru ditelan gelombang liberalisasi melampau, pluralisma agama dan sudah terhakis sensitiviti jatidiri bangsa dan segala macam nilai sejagat melalui multimedia mempengaruhi mereka, ini yang sangat membimbangkan.
Saya nampak bila-bila pun pengundi cina akan melihat trend kearah yang lebih baik untuk survival mereka baik politk, pendidikan,budaya dan ekonomi. Mereka berpengalaman memerintah sebuah negeri iaitu penang sejak sekian lama. Tentu mereka dapat membezakan bahkan membayangkan seterusnya jika Pakatan memerintah Putrajaya.
Handicap melayu pula adalah generasi muda yang leka dengan arus ganas media baru dan terkeliru dengan nilai-nilai politik kepartian dan perpecahan bangsa sendiri. Permusuhan sebangsa amat kuat melanda melayu kini bagai pecah yang tidak dapat dibaiki lagi. Agaknya bila melayu ini sudah terpaku kemas kedinding dan tidak dapat dan tiada ruang lagi didunia ni nak lari, barangkali masa akan menentukan, barulah menyesali diri dan siapa berkuasa itu yang didendam dan direbut itu barulah disedari tidak bermakna lagi.
WZWH sy tak tahu lah ketika itu siapa yg perintah secara proksi atau sebagainya.

Anonymous said...

Kaum Cina dah lama campak MCA ke tong sampah.Dengan MCA ,kaum Cina anggap ia sebagai anjing suruhan UMNO saja. Orang Melayu macam mana?Bila nak humban UMNO kedalam jamban?

Anonymous said...

biadap,kalau bukan umno yang memerintah sekian lama kau dah lama jadi bangsat!laptop pun kau tak jumpa dan tak boleh nak jadi biadap macam sekarang!manusia yang tak tahu bersykur!!!inilah ajaran pas yang semakin sesat!!!

Anonymous said...

Alahai,kena bersyukur kepada perompak2 negara?Tulah kan Mahathir kata,Melayu merempat di negara sendiri,bukan kata saya.Mahathir orang PAS ke?Baguih lah,masaalah2 Melayu semua PAS punya pasal syaitan betul, kan UMNO malaikat.Kalau bukan PAS pasti DAP yang jadi dalang.

Anonymous said...

Anon October 29, 2012 9:47 AM,

Hebat sangat ke UMNO memerintah.

Ini petikan statistik yang dicedok dari blog Sakmongkol:

"bukan kah UMNO yang menjalankan dasar ekonomi yang menyebabkan 40% dari penduduk negara ini mempunyai pendapatan kurang dari RM1500 sebulan? Dan 75% dari kumpulan tersebut ialah orang Melayu? 8 juta lebih Melayu mempunyai pendapatan kurang dari RM1500 dan itu adalah hasil dasar dan kepimpinan UMNO. "

UMNO Lama 1957 - 1987 ( 30 tahun)
UMNO baru Mahathir 1988-kini (25 tahun)

Dari statistik diatas,

a)Jumlah orang melayu = 17 juta.

b)40% rakyat dpt kurang RM 1,500/bulan = 10.8 Juta

c)75% daripada (b) adalah melayu = 8 juta orang melayu

d) % orang melayu berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan = (8juta / 17 Juta)x100% = 47%

Sdra, hampir 50% orang melayu yang berpendapatan rendah. Ini isu yang lebih penting. Mampukah mereka-mereka yang berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebukan ni nak melanggan internet?

Sdra agaknya tergolong dalam orang yang kaya. jangan nak menunjuk kedangkalan sdra.Tak tahulah kot orang-orang jerantut semua kaya raya.

anon 5:05




Anonymous said...

Anon 9:47 AM,
Buat apa marah2 ini bro.Apa kah biadap yang kamu maksud ini?Sudak kena sampuk hantu2 PAS ke?Mu ni menjerit macam orang gila tampa sebab.Relak lah bro,Kalau tak ada yang nak cakap,lebih baik bisu saja.
Wan ni cakap pasal orang cino tak undi BN,tak tahulah sebab apo,mungkin orang cino bonci kat president porn star kut yang tidak bermoral,kalau orang pembesar2 UMNO tidak bermoral ,kito orang Melayu nak ikut?atau terus sokong berbabi buta saja?

Anonymous said...

WZWH. Pandai betul kamu baca saikologi org cina. Tak sangka walaupun kamu tidak bekerja dan bergaul dengan orang cina tetapi bijak sekali pendekatan dan cara kamu berfikir.

Mula-mula kamu tanya kawan-kawan dan orang-orang disekeliling kamu. Berapa ramai yang bayar cukai pendapatan. Kalau bayar, banyak mana setahun dan dah berapa lama mereka membayar.

Kalau mereka dalam lingkungan umur 40 tahun keatas, kamu boleh tafsirkan sendiri berapa lama mereka sudah membayar cukai pendapatan.Nak dapat jawapan lebih tepat tanya kawan kontraktor kamu.

Jika mereka kata mereka setiap tahun bayar cukai tanpa culas, maknanya kawan-kawan kamu diantara warga yang sungguh patriotik dan telah menyumbang kepada pendapatan negara.

Wang yang kawan kamu sumbangkan menerusi cukai pendapatan inilah yg digunakan membina surau, sekolah, hospital,jambatan, pinjaman PTPTN, biasiswa dan berbagai-
bagai keperluan asas termasuklah
laptop disekolah-sekolah yang
disedaikan kerajaan. Wang ini jugalah yg digunakan untuk membayar kepada kontraktor2 bagi membiayai projek-projek kerajaan.

Lepas tu, kamu tanya peniaga-peniaga bukan bumiputra, berapa banyak cukai pendapatan yang telah mereka bayar. Mahathir kata ( bukan saya kata, tak caya tanya Mahathir ) lebih 70% cukai pendapatan dibayar oleh bukan bumiputra.

WZWH, nak tahu lagi pisikologi orang cina? WZWH, hari diluar kawasan Jantut dah petang tapi awak masih kat Jelantut menunggu ayam berkokok baru nak bangun.

Awang Kenit

Anonymous said...

melayu minoriti bukan menawarkan agama kepada cina tetapi mereka terjerat dengan tipu daya cina yg berpura2 menyokong melayu minoriti agar SUARA mereka lebih kuat... buktinya mereka cina DAP ini tak henti2 menyusahkan melayu dan tak faham2 agama... cuba beri statistik sikit berapa ramai cina telah masuk islam kerana PAs... tabligh lagi baik... walaupun tak buat dakwah secara khusus kepada orang kafir tetapi mereka telah berjaya mengislamkan ramai bukan islam...
MINORITI ISLAM ( PAS ) sebenarnya mahukan KUASA.. itu sahaja.. mereka membelakang banyak ayat2 Al-Quran tetng hakikat orang kafir ini...

UNDI PAS =UNDI CINA =YAHUDI SOROS

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...