Friday, October 5, 2012

Bila Petronas Kehabisan Minyak Dan Gas...Apa Persediaan Malaysia?


Selagi Petronas gali minyak dan gas, dan beri sumbangan RM50 billion atau RM70 billion kepada Kerajaan setiap tahun, maka selama itulah kita pun boleh dapat gaji setiap bulan, boleh dapat kontrak Kerajaan dan sebagainya. Belanjawan 2013 mempunyai peruntukan RM43 Billion untuk bayar sabsidi saja.

Apa yang akan berlaku bila Petronas kehabisan minyak dan gas? Apa persediaan Malaysia?

Ketika itu antara 20 ke 30 tahun akan datang atau samada DS Najib dan DS Anwar Ibrahim tidak kira BN atau PR yang memerintah Putrajaya, ianya satu satu malapetaka ekonomi, sosial dan politik yang bakal memporakperandakan Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia sebelum krisis tenaga boleh dengan yakin membentangkan bajet. Tidak kiralah bajet makmur sejahtera atau pun bajet alternatif. Bila minyak tiada dan negara menghadapi krisis tenaga yang meruncing maka pengumuman bajet tidak seindah secantik bahasa lagi.

Posting ini memerlukan kerjasama diantara BN, PR dan rakyat. Ketahuilah perancangan dan penyelesaian jangka panjang perlu untuk Malaysia menghadapi post-carbon krisis!

Rakyat dan pembangkang perlu menyokong usaha-usaha kerajaan hari ini untuk cuba mencari jalan mengatasi permasalahan 50 tahun lagi dan mungkin lebih cepat.

Negara perlu mulakan:

  • Pembinaaan beberapa loji nuklear menepati safety guideline dan IAEA
  • Pembinaan lebih banyak hidroelektrik
  • Pembinaan renewal energy yang lain-solar
  • Pembinaan alternatif 'underground hidroelektrik'
  • Dasar pengunaan tenaga yang cekap dan berkesan
  • Mendidik rakyat berjimat cermat mengunakan tenaga

Bila Petronas yang menghasilkan sumbangan 45% kepada bajet negara maka fikirkan apa akan jadi bila sumber minyak telah tiada dan pupus.

Apa yang kerajaan, pembangkang dan semua rakyat fikirkan sekarang?

19 comments:

testing said...

like, like, like.

Anonymous said...

Harap2 Umno yg pupus dulu

Anonymous said...

Malaysia merupakan satu negara yang
Mempunyai sumber yang banyak dan
Pelbagai. Jika sumber ini diberi kepada
Individu yang bertanggungjawab, negara
kita mungkin sama maju dengan negara jepun.
Apa yang berlaku selama, Kita melihat
sumber negara Kita tidak diurus dengan betul
Dan tidak dapat memberi penghasilan
Yang sewajarnya.

Begitulah dengan bekalan elektrik. Ia harus
diurus dengan betul Dan tidak membebankan
rakyat.bukan juga tempat ahli politik, korporat
Dan kroni untuk mencari duit.

Dengan itu bekalan tenaga kita bertahan lama
dan selamat.

Anonymous said...

WZWH jauh lagi cerdik dari Dompok...huhuhu
Orang cerdik pandang jauh2...huhuhu
Orang cerdik minda terbuka...huhuhu
Orang cerdik pandai baca buku ekonomi...huhuhu
Kalau RMrosmah jadi calaon parlimen...WZWH elok jadi calon ADUN TAHAN...baru terbaikkkkk...secocokkkk
Aku sokong WZWH calon ADUN TAHAN PRU3...orang tak abis sekolah boleh kawtim dgn hj. nazri jaga lombong bijihhh...

Anonymous said...

En Wan oooi,
Bila bekalan minyak dan gas dah abis kat M'sia....masa tu, dunia dah tak pakai engine guna minyak dan gas lagi. Mereka akan guna air pulak.

Yg kas risau, air sungai Phg akan kekeringan disedut oleh puak2 UMNO. Maaf En Wan....gurau jer

Anonymous said...

En Wan,
Kas ni peneroka je...Jengka 12. Tak secerdik macam dema. Walau pun tak cerdik, kas nak beri satu cadangan...

Sebagaimana En Wan sedia maklum, ekonomi M'sia berteraskan ekonomi kapitalis iaitu selari dgn prinsip ekonomi Amerika. Kas cadangkan agar Petronas bekerjasama dgn syarikat2 minyak Yahudi Exon Mobil memulakan penerokaan mencari minyak di negara2 Balkan (negara umat Islam) memandangkan negara2 tsb mempunyai simpanan minyak & gas yg tertinggi dan boleh bertahan sehingga 2100. Utk mencapai missi ini, mula2 wujudkan kerjasama strategik G2G dgn US terutama melalui bidang ketenteraan di Asia Tengah. Mana tau dgn kerjasama ini, Afganistan yg selama ini kental bertahan dgn doktrin Islam suni berjaya dikuasai sepenuhnya oleh sahabat kita Amerika. Dgn penguasaian keatas Afganistan maka mudalah angkatan tentera Amerika yg berpengkalan di Karchi Pakistan meneruskan pegerakannya bagi menguasai Negara 2Balkan pulak...

Setelah negara2 Balkan dapat dikuasai maka missi syarikat minyak Exon Mobil dan rakan strategiknya Petronas meneruskan misi mencari gali minyak akan tercapai dan M'sia khususnya En Wan sendiri tak perlu bimbang akan kehabisan stok minyak.

Gone weh, cadangan kas ni...

Anonymous said...

Dunia teknologi sekarang ,semuanya dah berubah,mereka lebih kepada self energy/free energy.Tak de otak mcm ko dh WZHW

Anonymous said...

Ini semua olahan kapitalis-kapitalis pemilik modal yang mendana dunia. Kalau betul blok-blok minyak yang ada sekarang semakin surut mengapa tidak diturunkan harga perkakasan dan peralatan untuk menuai tenaga alternatif seperti photovotic sel dsb.
Mereka sengaja memanipulasi harga pasaran untuk memastikan kos penghasilan tenaga alternatif seperti solar adalah sangat tinggi dan tidak efektif.
Akhirnya dunia masih lagi bergantung kepada kapitalis-kapitalis pemilik simpanan minyak ini untuk sumber tenaga yang murah dan berterusan.
Yang paling malang sekali penduduk dunia selalu dimomok dengan cerita stok simpanan minyak semakin berkurang dan selepas itu harga minyak akan dinaikkan...

Anonymous said...

Anon 9:23,
Satu pandangan yg baik namun, dlm kontek kita, harga crude oil yg agak tinggi memberi sedikit advantage kpd M'sia. Sebagai antara pengeluar komoditi minyak sawit (cpo)dan getah asli terbesar, peningkatan harga crude oil akan memberi kesan positif kpd ekonomi negara memandangkan harga CPO dan getah asli turut meningkat seiringan dgn peningkatan harga petroleum global. Ini disebabkan, dgn peningkatan harga petroleum pasaran fuel beralih kpd Biodiesel yg boleh dihasilkan dri CPO manakala penghasilan getah tiruan drp petroleum base akan bertukar kpd getah asli..

Mat Periba/peneroka J12

Kampong man said...

Salam Wan ,Mat periba danpembaca blog yang saya hormati,

Ada kebenaran pandangan saudara Mat Periba.Mungkin sdra Ghab boleh memberi pandangan isu pengunaan CPO yang boleh menghasilkan Biodiesel.Setahu saya sdra Ghab adalah righful owner of such refinery untuk tujuan pengeluaran biodiesel dari CPO bernilai 130 juta ringgit di Trengganu yang kini belum dapat beroperasi disebabkan penurunan harga CPO sekarang, Sdra Ghab berpengalaman setahu saya lebih enam tahun dalam projek ini.

Setahu Kampong man sebagai Chemical Engineer empasis CPO bagi tujuan biodiesel tidak sangat di beri keutamaan di negara sebelah sini.Kegunaan bagi tujuan minyak masak lebih diberi penekanan,Di Eropah biodiesel amat diberi penekanan sebagai alternative source of energy.

Buat masa ini Kampong terlibat dengan secara langsong bagi pengeluaran biodiesel di peringkat conceptual planning membina kilang /refinery biodiesel for multifeed input melalui process Lurgy di POIC ,Sabah.Projek ini mendapat galakan kerajaan Malaysia tetapi masih banyak kajian yang perlu dihasilkan.

Sdra Ghab,ada apa apa input yang berguna bagi kita manafaatkan ? Bagaimana pula dengan B5 ?Salam,terima Kasih.

.

Anonymous said...

Kampung Man,

B5 bermaksud mencampurkan 5% RBD dgn Diesel. Perkara ini tiadk pratikal memandangkan harga diesel jauh lebih murah berbanding RBD (cpo yg dinyah bau dan kotoran) yg harganya sekitar RM3.50/l.

Berkaitan industri Biodiesel (M-Ester atau M-Etanol), masih tidak ekonomikal selagi harga CPO/CPKO tinggi dan dasar Biodiesel Negara tidak diperjelaskan. DiEropah penggunaan biodiesel menjadi dasar negara kerana ia berkaitan dgn pendekatan dlm kawalan pencemaran alam sekitar selain menetapkan kadar penggunaan biodiesel vs petroleum fuel kira2 10% menjelang 2020 (klu tak silap).

Kampung Man, penghasilan biodiesel drp sumber selain CPO atau CPKO (palm kernel) mungkin boleh dibuat namun kena kaji dari segi production cost dan technology input. Pengalaman penghasilan energy melalui biomass boleh dijadikan panduan. Kos 1kWh melalui boimass kira2 RM0.30 jauh lebih mahal vs harga TNB RM0.25.

Mat Periba.

Anonymous said...

Ha ha ha..

Mat Periba..kah rase bodo pulak, pasal industri sawit ni..kalo nak beli barangan industri sawit untuk ganti barangan dari industry minyak soya n Jagung..susah pepalih..macam tak ade R&D untuk gantikan produk tersebut..

Yang lagi satu bodo, kalo nak beli brangan produk Oleo, lebih murah import dari Indonesia atau Thailand dari beli kat sini ..ha ha ha.

Thailand yang takdak Sawit pun boleh jual produk barangan Oleo...Malaysia apa cerita....sapa yang bodo sebenarnya?

Anonymous said...

Anon 12:31PM sahaja (En Wan mungkin tak faham - very technical),

Sebagai Info: Bagi menghasilkan produk oleo, memerlukan minyak (feed stock)yg mengandungi rantaian carbon pendek atau sederhana seperti dari jenis lauric (C-12)atau steric (C-14). Minyak yg memenuhi ciri2 ini hanya terdapat pada minyak isirong sawit (PKO) atau minyak kelapa (CNO) atau stearing (CPO).

Pasaran feed stok kpd industri oleo banyak ditentukan oleh supply & demand. DiM'sia, industri oleo sangat aktif dimana kapasiti pemprosesan itermediate oleo (fatty alcohol, ester dan acid)melebihi pengeluaran bahan mentah yg mana hanya bergantung kpd PKO. Ini menyebabkan harga CPKO menjadi tinggi dan secara langsung memberi impak kepada harga barangan oleo. Selain itu, pasaran oleo didominasi oleh P&G (bayer market). Mereka selalu memanipulasi harga bagi meraih keuntungan berganda. DiIndo, memandangan kos pengeluaran CPKO adalah lebih rendah vs M'sia...mereka dapat menjual pada harga yg lebih kompetetif.

Setakat hari ini, M'sia gagal mewujudkan kerjasama strategik dgn pihak kerajaan Indon G2G) bagi mengurangkan manipulasi harga agar bayer market bertukar kpd saler market.

Mat Periba

Kampong man said...

Salam Mat Periba,

Saya setuju dengan pandangan tuan.Banyak lagi kajian yang harus dilakukan dalam pengeluaran biodiesel ini.Kampong man hanya melihatnya dari segi economic viablity dan tidak dari techical detailnya. Tanpa komitmen kerajaan degan galakan grant dan incentive lain dikhuatirkan juga kilang kilang peprosesan ini ia akan menjadi white elephant dengan ROI yang panjang.

Kita semua tahu chokolat terbaik dan terkenal didunia adalah chokolat dari Belgium dan Switzerland.Memang sedap ! Mereka tidak punyai sebatang poko COCOA pun tetapi mereka punyai TEKNOLOJI dan Research yang baik yang menghasikan chokolat yang sangat sedap.Di Thailand juga hebat dari segi Agriculturral research mereka yang lebih baik dan advance dari kita.Wallahw'alam.

Anonymous said...

Kampung Man,
Pay Back Period (ROI) bukan sahaja panjang malah infiniti...sebab tiada margin..harga Cost > harga jualan.
Bagi mengalakkan perkembangan biodiesel, kerajaan kena memperkenalkan beberapa insentif...setakat ini TARAK!

MP

Anonymous said...

Ha ha ha..

KM and MP..Maaf cakak la..abis tu MPOB tu buat ape?

Yang levy tiap-tiap 1 tan Sawit kena RM50 bagi setiap Ladang Sawit dema letak kat mana duit tu..bukan boleh buat RnD..Kah bukan apa..cer aok tenggok...Syarikat Kao bukak kilang Oleo kat Thailand dan Indonesia, Stepan bukak kilang LAS kat Pilipina..

BDW..Unilever move their manufacturing operation to Thailand. P&G also have big plant in Thailand. Colgate pun sama...Most Big buyer kat Thailand.

Kah bukan ape, cuma mengkelan tenggok banyak Syarikat ni pindah dari Malaysia. Mungkin tak ade inisiatif dari kerajaan..

Anonymous said...

Hi would you mind sharing which blog platform you're using? I'm going to start my
own blog in the near future but I'm having a hard time selecting between BlogEngine/Wordpress/B2evolution and Drupal. The reason I ask is because your layout seems different then most blogs and I'm looking for something unique.

P.S Sorry for being off-topic but I had to ask!
My web page ; Hainan Airlines

Anonymous said...

INFO PARA PECINTA TOGEL & RIWAYAT SAYA SELAMA SAYA KENAL NAMANYA JUDI TOGEL/KUPON PUTIH.SAYA BAPAK FERY DARI BANJARMASIN INGIN BERBAGI PENGALAMAN MENGENAI TOGEL,DARI AWAL SAYA KENAL NAMANYA TOGEL DARI LINGKUNGAN SEKITAR ISTRI SAYA PADA HAL KLAU DI LIHAT DARI SEGI EKONOMI KELUARGA SAYA LUMAYAN PENGHIDUPAN SEHARI2 SAYA KARENA SAYA DIWARISKAN BEBERAPA HARTA DARI ORANG TUA & BISNIS SAYA LUMAYAN OMSET PERBULANNYA BISA MENAFKAHI KEBUTUHAN KELUARGA SAYA JADI SELAMA SAYA MENGGULUTI TOGEL SAMPAI SAAT INI KEBUTUHAN KELUARGA SAYA PASANG SURUT BISNIS SAYA MENGALAMI PENURUNAN ATAU PAILIT HARTA WARISAN SUDAH TERJUAL JADI PENGHIDUPAN SAYA MELAMPAUI KELUARGA MISKIN DAN HUTANG2 SAYA BERTAMBAH BANYAK KARENA SAYA LIHAT DI INTERNET BANYAK DUKUN TOGEL BISA TAU ANGKA TEMBUS PUTARAN TOGEL TERNYATA MINTA UANG TERLEBIH DAHULU KATANYA (MAHAR).SAYA SUDAH BERULANG KALI MENGHUBUNGI BAIK MBAH MAUPUN AKI TERNYATA SEMUANYA PENIPU PADA HAL SAYA SUDAH KETIPU LEBIH DARI 200JT MAKANYA SAYA NGAK LAGI PERCAYA NAMANYA MBAH ATAU AKI DI INTERNET SEMUANYA PENIPU,DI SUATU HARI SAYA DI AJAK TEMAN KE BANTEN MENEMUI PARANORMAL YANG TIDAK ASING DI TELIBGA ANDA YAITU KI GENDENG PAMUNGKAS & DISITULAH SAYA DI BRIKAN ANGKA TEMBUS 4D TAMPA MAHAR ATAU UANG TERLEBIH DAHULU JIKA ANDA SELAMA INI SERING KETIPU & INGIN MERUBAH NASIB ANDA HUBUNGI KI GENDENG PAMUNGKAS 0823-4443-6933.MAHAR DI BAYAR SETELAH TEMBUS

lakyd said...

replica bags for sale replica nappy bags replica bags vuitton

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...