Thursday, October 4, 2012

Blog-Blog Penyokong Ahli Politik Jerantut


Di Pahang, cuma Jerantut ada kebebasan blog-blog penyokong ahli politik bebas bersuara dan mengeluarkan pandangan dan pendapat.

Kalau di tempat lain kebebasan blog-blog politik Jerantut dikira 'taboo' kerana bukan semua ahli politik boleh menerima kritikan dan kutukan.

Kalau tidak biasa ahli politik yang berpengalaman di Pahang pun boleh 'waaa' (terprovoke). Bagi ahli politik Jerantut mereka sudah biasa. Cuma ada ahli politik pembangkang yang tidak boleh tahan.

Menarik dengan aktif kembali blog-blog politik Jerantut menulis posting-posting menceriakan kembali politik Jerantut.

Blog seperti:


WZWH tidak masukkkan Laksamana Jebat, PEMIKIR POLITIK JERANTUT, Sri Tri Buana dan bERANIKAN hATI kerana blog-blog ini suka posting cerita dan hal nasional.

Ini semua blog-blog politik Jerantut yang mewarnai politik Jerantut dengan masing-masing ada calon pilihan masing-masing. 

Blog-blog ini akan mengunakan strategi dan hujah cara masing-masing. Ada penyokong ahli politik Jerantut yang boleh menerima dan memang ada yang tidak sanggup terima. 

Ianya bergantung kepada matang dan coolnya penyokong ahli politik tersebut. Tidak salah untuk blog-blog Jerantut menyokong calon pilihan masing-masing.

Tulis dan posting hujah dan pandangan anda.

Bagi WZWH yang sudah menulis 1,180 posting majoritinya mengenai politik Jerantut, sudah banyak yang WZWH sampaikan mesej baik yang tersurat dan tersirat.

Apa-apa pun yang blog-blog politik Jerantut cuba menulis, memberi pandangan dan mempengaruhi hakikatnya semua nama bakal calon-calon ahli parlimen dan ADUN-ADUN Jerantut telah diseal dan dimuktamadkan oleh DS Najib.

DS Najib sudah firm dan tegas dengan keputusannya. Tiada siapa yang boleh mempengaruhi lagi dan mengucar nama-nama calon.

WZWH berpendapat lebih baik blog-blog Jerantut menulis apa yang baik-baik untuk imej dan persepsi UMNO dan BN Jerantut.

Nasihat WZWH bersedialah untuk menerima nama-nama calon yang DS Najib akan beri tauliah tidak lama lagi menjelang PRU 13.

Tidak perlu penyokong-penyokong ahli politik Jerantut bergundah gelana sedih jika calon pilihan tidak terpilih. Belajarlah menerima calon WC kehendak pucuk pimpinan.

Kepada penyokong yang bergumbira kerana calon pilihan terpilih janganlah suka gembira amat kerana ada banyak tugas dan cabaran yang getir menunggu untuk memenangkan calon semasa kempen PRU 13.

Yang penting calon UMNO dan BN menang kesemua parlimen dan 3 DUN.

9 comments:

Anonymous said...

BLOG BUKA PEKONG SALAH LAKU WAN AMIZAN YANG DULU DULU. TAK LEKAT DAH KALI NI DATO WAN AMIZAN

Anonymous said...

Anon 8:52, kita tak tahu nasib orang. Kadang-kadang yang disangka tak lekat boleh bertanding dan naik pangkat lagi...itu lah kuasa dan kelebehian yang Allah beri kepada seseorang ahli politik...

Anonymous said...

najib tengah nilai calon jerantut jangan ganggu la. walaupun hakikat yg org umno sendiri tidak suka dengan calon umno. Itu kebijaksanaan pemimpin umno lah.

Anonymous said...

AKU TENGOK BLOG JERANTUT TAK SUKA DENGAN WAN HAMIZAN NAMPAK. BERAT JUGA DI JERANTUT NI NAJIB NAK SETLE!

PPPU said...

Blog kami penerangan pemuda tolong masukan sekali. Promosi sikit bos.

Anonymous said...

blog jerantut berperang sebab blog pembangkang lembab. Maknanya umno jerantut kuatla.

Anonymous said...

bab* aku pergi dekat link blog semua lepas dekat kutukan dewata celakala

Anonymous said...

Rosmah nok bertanding di jerantut...huhuhu
Siapa sangka semua ternganga tergolek dog...huhuhu
Sokong jangan tak sokong...huhuhu
Lepas PRU13 projek dtg mencurah2 ke jerantut...huhuhu
WZWH suka la sangat...jerantut jadi bandar loji nuklear...huhuhu
Sokong jgn tak sokong fatlady rhino...huhuhu

Anonymous said...

MARI MARI KITA SEDAR
MARI MARI KITA BERUBAH

TANAH MELAYU MAKIN SUSUT
ORANG MELAYU KAYA SEKEJAP
BANGUNAN KEDAI CINA PUNYA
RUMAH PAKR MELAYU PUNYA
TANPA GERAN TANPA HAK MILIK
BILA BILA KERAJAAN BOLEH AMBIL
SEPERTI BIASA UNTUK AMENO TANPA
PAMPASAN
KITA SEMUA BOLEH PINDAH
KE ULU TEKAM
HA HA HA HA
MASANYA AKAN TIBA UNTUK CUCU CUCU
ORANG JERANTUT


MARI MARA
MARI MARA
KITA UNDI PAS

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...