Wednesday, October 10, 2012

War Room BN Parlimen Jerantut P81



'War Room' atau bilik perang ialah satu bilik dimana keputusan-keputusan strategik terutama kempen militari atau politik dibuat.

'War Room' atau juga dipanggil 'Situation Room' di White House dipopularkan oleh Presiden JFK pada 1961. JFK perlukan maklumat yang real time dengan dibantu oleh pakar dan penasihat untuk buat keputusan strategik militari dan politik.

Semasa era Presiden Obama suasana genting dan tegang berlaku di 'Situation Room' bila Obama mengambil keputusan membunuh Osama Bin Laden di Pakistan.

Menariknya Almarhum Tun Razak menggunakan 'War Room' sebagai bilik operasi menjalankan program-program pembangunan negara pada 6 tahun menjadi PM.

DS Najib juga ada 'War Room' di JPM. Selain bilik ini diguna DS Najib bagi membuat keputusan politik yang strategik, di bilik ini juga yang dilengkap dengan maklumat yang terkini untuk DS Najib buat keputusan samada mengekal atau merehatkan ahli-ahli parlimen yang sudah lama! sila baca sini.

'War Room' parlimen Jerantut P81 perlu ada untuk calon dan penasihat serta pemimpin UMNO dan BN  memantau perkembangan dan info politik yang terbaru dan seterusnya membuat keputusan strategik kempen politik.

'War Room' parlimen Jerantut perlu diallign dan diselaras dengan 'War Room' @ Bilik Gerakan setiap 3 DUN di parlimen Jerantut. Semua info, maklumat disalur ke dan dipantau dari 'War Room'.

Katakan sebagai contoh DS Najib mahu mengadakan PRU 13 dan di Jerantut, DS Najib mahu kekalkan YBM Tengku Azlan bertanding parlimen Jerantut buat penggal ke-empat maka siapa yang perlu berada di 'War Room'?

Dato' Wan Amizan, Dato' Dr Shukri, Dato' Nazri, Dato' Wan Bakar, Dato' Bazain dan Kamarulzaman Baria perlu berada di 'War Room'  bagi membantu Tengku Azlan menang PRU 13 parlimen Jerantut.

As simple as that....

7 comments:

Anonymous said...

Kalau RMRosmah jadi calon P81 apa cite...huhuhu
Siapa yang nak duduk di War Room...huhuhu
WZWH sosok terbaik di War Room di kala itu...huhuhu
Dompok dan hj. nazri dah sah lari frust menonggeng...huhuhu
Tukang tampal poster pasti lumayan trip ni...huhuhu
Bila lagi dati seri pendek nak menabur bakti berjasa pada geng hard core dacing...huhuhuhuhu

Anonymous said...

Terkebelakang rpanya wzwh...bru dapat maklumat ke....krsiannya..

Anonymous said...

PALA HOTAK AWAK!!!BUAT CERITA TAK LOGIK.ROSMAH MANSUR BAPAK AWAK YANG BERTANDING DI JERANTUT.AWAKLAH KEMPEN MANAGERNYA!!!!

Anonymous said...

DS Najid sepatutnya tidak memilih calun
yang suka menonjol diri terutama yang
Mempunyai rekod hitam.
Memilih calun dari ahli ameno yang
Mempunyai jawatan Di Jerantut
Adalah satu kesilapan besar.
Sekarang orang kampung terlebih pandai
Terutama yang duduk Di felda, bandar, dun
Damak, KT dan dun Pulau Tawar. Bagi ambil,
Ada jemputan datang, Ada jamuan, makan
tapi undi hak kami dan hak agama kami.

Kawasan lain boleh hulur kain bateK.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 8:56,
Siapa calon yang Anon suka?

Anonymous said...

Sudah la org Jerantut.. bela dulu jalan zaman jepun Benta ke jerantut tu...Asyik bodoh dan jadi bodoh oleh UMNO

Anonymous said...

Strategi perang UMNO selalu tak menjadi. Propaganda yg diketengahkan senang saja dipatahkan. Hari ini terserlah pengunaan nama G SOROS untuk memikat hati Melayu agar terus menyokong UMNO menemui kegagalan apabila Najib disahkan bertemu dermawan terkenl tersebut di NY beberapa hari lepas....

Pak Mahathir apa macam???

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...