Saturday, October 6, 2012

YB Masa Depan Jerantut, PM Dan Raja Serta Rakyat



YB masa depan Jerantut perlu menarik PM ke Jerantut. Lebih kerap PM turun lawatan kerja ke Jerantut lebih baik. Banyak benda nak beritahu PM secara 'live'. Bila PM 'walkabout'...PM tahu apa keperluan dan apa nak umum...Dalam tahun 2012 sudah 2 kali PM turun Jerantut.

Insyallah dalam hujung tahun ini PM akan sekali lagi bertandang ke Ulu Tembeling Jerantut. Maka tercapailah impian dan hasrat seorang lelaki UMNO tertua di Pahang sila baca sini.



YB masa depan Jerantut perlu bawa hasrat dan kehendak orang muda dan generasi ke dua untuk PM dan Felda menyelesaikannya. YB anak peneroka sudah tentu faham dan masak dengan permasalahan peneroka dan generasi ke dua.



YB masa depan Jerantut jangan lupa asal usul dari kampung tradisional walau berstatus anak peneroka. Sampaikan masalah dan kehendak orang kampung tradisional kepada PM agar dapat diurus secara cekap dan berkesan.


YB masa depan Jerantut perlu taat setia kepada titah Raja Sultan Pemerintah Pahang dan Jajahan Takluknya. Apa yang ada di Jerantut terutama di Ulu Tembeling adalah inisiatif Tuanku Sultan. Keperihatinan dan pengorbanan usaha Tuanku perlu dicontohi dan dijadi pelajaran.

Bila PM ialah Orang Tua Beta maka besarlah harapan Tuanku Sultan Pahang. YB masa depan Jerantut perlu jadikan impian dan harapan menjadi kenyataan kerana inilah era dan masanya yang sangat sesuai...

Biasalah dalam politik, musuh tidak suka bila ahli politik itu berjaya. Hasad, dengki, fitnah dan jalan dicari mencari kelemahan. Tidak perlu dihiraukan jika YB masa depan Jerantut ikhlas dalam perjuangan. Yang penting Allah tahu...Raja dan pemimpin negara tahu... kerja-kerja suci perjuangan memakmur dan mensejahterakan rakyat.

Ingat pesan nenek moyang..." jika kamu susah minta tolong pada Raja ".


YB masa depan Jerantut perlu bersama dengan penduduk kampung tradisional yang susah di Ulu Tembeling yang amat ketinggalan dan berjanjilah untuk mereka akan diubah nasib kehidupan mereka walau apa cara sekalipun.

Plan strategi yang telah  dan sedang diaturkan untuk Ulu Tembeling sekarang ialah menjana pembangunan infrastruktur, menjana kemudahan ekonomi penduduk, menyusun semula kampung dengan memindahkan semua penduduk dalam keluar dekat dengan jalan raya dan susun semua keadaan dalam kehidupan masyarakat namun semua ini akan sia sia jika tidak didokong oleh semua pihak maka WZWH mengajak semua anak-anak Ulu Tembeling bangkit dan bantu YB masa depan Jerantut dalam rancangan untuk bangunkan Ulu Tembeling.

Demikian sketsa YB masa depan Jerantut, PM dan Raja serta Rakyat.

9 comments:

Anonymous said...

habislah ZURIQ yb pujaan ong ne kali ne,pandai sungguh yb shukri ne memainkan perananya sehingga nama yb ong tu dah tak ada dah dalam senarai PRU13 nanti, hebat shukri walau pun dia sama juga sebagai penyamun?

Anonymous said...

YB masa depan bukan semata2 bijaksini tetapi mesti BIJAKSANA...Taat kpd Allah dan RasulNya, meninggalkan berkara yg mungkar dan melaksanakan perkara makruf, mesti adil, tiada sifat assobiyah (kornisme), mesti cerdik, mempunyai karisma kepimpinan yg tinggi, berani menghadapi kebenaran walau pun pahit.

Jika ada YB yg menghalang ceramah agama melebihi pukul 12 mlm tetapi membenarkan karaok beroperasi sampai pukul 3 pagi...jangan pilih mereka.

Anonymous said...

dolah kicap ,hj nazri, halim chak dan ramai lagi yb yb UMNO marah jika tak buat pesta karaok atau pesta nyanyian di setiap perjumpaan mereka, hingga kan HOTEL DARUMAKMUR pun mesti ada pesta sebegini walau pun ianya di uruskan oleh pehak majlis AGAMA Negeri PAHANG.

Anonymous said...

Ye ke HOTEL DARULMAKMUR yg x makmur itu mengadakan majlis maksiat?

Anonymous said...

laaa deme brutahu keee, apeee projekkk hotellll tuuuu. sokong lahhh PAS untuk dunia dan akhirat. Org Inderapura tetap sokong PAS. betoii2 takkkk Ckg Midun, Ckg Nizammm haaaa jgn marah deme nieee kena sokong PAS lahhhh klau takkkk????

Anonymous said...

sape laaa nie yg suke dgn PRU13. kite pangkah jeee sapeee pun Jlantut mane majuuuuuu, mundurrr jeee

Anonymous said...

RMRosmah calon terbaik palimen jerantut...huhuhu
WZWH calon terbaik dun tahan...huhuhu
WZWH lagi cerdik dari dompok...huhuhu
Aku sokong WZWH calon pilihan...huhuhu
Aku sokong buang dompok ganti WZWH...huhuhu
Kerayan la ong YB WZWH lepas ni...huhuhu

Anonymous said...

jika susah mintak tolong pada raja..... Kalu raja susoh, raja mintak tolong pada sape huhuhu....deme smua dok baloh same sendiri, x becampur 2 la jd dangkal sgt 2...jumpa, borak same2 deme je...ce bila pg mane2 pekan ke, kuantan ke borak2 n tanye2 hal pahang ni x kira la org 2 umeno ke, pas ke, kerja gomen ke, swasta ke, petani ke mende cerita org2 ni... Jerantut tu pn tegadai sebab sape agok2 nye

Anonymous said...

tujuan asal masuk politik mmg nak mencari kekayaan sendiri... Betul la tu bila jd yb terus menambah kekayaan... Peduli apa dgn pembangunan dan rakyat jerantut.....hak tuih

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...