Friday, October 12, 2012

Sindrom "Losing My Religion" PAS dan Anwar Demi Kuasa Putrajaya!



Ulama dan Intelektual PAS telah bersuara bahawa PAS telah lari dari matlamat perjuangan Islam yang asal demi kuasa Putrajaya dan tunduk kepada PKR dan DAP yang bukan Islam demi kemenangan.

Nasharuddin Isa, Dr Hasan Ali, Profesor Dr Shahnon Ahmad, Dr Haron Din , Harun Taib dan ramai lagi telah bersuara...

DAP mahu "mengkristiankan" negara ini yang majoritinya muslim.

Anwar Ibrahim sudah hilang isma Islamnya menuju liberalisma dan pluralisma.

Tidak ada lagu yang tepat dari REM "Losing My Religion" menggambarkan sindrom yang dihadapi oleh pemimpin, ulamak dan Dewan Syura PAS.

Ahli-ahli akar umbi PAS juga mahu bersuara...

31 comments:

Anonymous said...

WZWH,

"DAP mahu "mengkristiankan" negara ini yang majoritinya muslim."

satu statement yang menarik untuk mengugut dan memperbodohkan orang melayu. Penganut ugama kristian di negara ini berjumlah 9% sahaja. 9% ini termasuk John Ambrose, ketua UMNO Bahagian Penampang, Sabah dan ahli-ahli UMNO bumiputra bukan melayu tetapi berugama kristian di Sabah.

Kedua, jika DAP yang bertanding tak sampai 60 kerusi Parlimen itu hendak merubah perlembagaan untuk menukar ugama rasmi negara dari Islam kepada Kristian, ia memerlukan undi majoriti 2/3 ia itu 148 kerusi.

Pecahan ahli-ahli parlimen( tidak mengira parti) adalah 130 berugama Islam, 92 bukan Islam ( ini termasuk yang berugama hindu, budha dan selain Islam).

Bagaimana ahli-ahli parlimen bukan Islam berjumlah 92 orang ini nak mengubah perlembagaan bagi menukar ugama rasmi negara dari Islam kepada Kristian?

Usaha DAP ini berjaya jika sebahagian ahli-ahli parlimen Islam dari UMNO, PAS dan PKR menyokong usul 92 ahli parlimen bukan Islam ini untuk mengubah ugama rasmi negara melalui pindaan perlembagaan!...kalau ada yang nak murtad silakanlah!....

Wan Zurik,

sekurang-kurangnya papagomo dan parpukari tidaklah menggunakan isu yang sangat sensitif untuk membodohkan kaum melayu kita hanya kerana politik sempit. Kerana nak menang PRU 13.papagomo dan parpukari hanya menyerang peribadi Dato sak secara keterlaluan sahaja. Mereka tidak menipu menggunakan ugama!

Menipu secara terang-terangan begini memang menunjukkan keadaan terdesak pihak parti Wan Zurik.

Anon 5:05

Anonymous said...

Wan Zurik, bercakap mcm org tak sekolah......ABU

Anonymous said...

UMNO sabah dapat 40juta tu jual apa ha.......Umno jtut jual tanah kat bandar jerantut dpt berapa juta weh? umno kalau tak berjual harta2 rakyat tak sah...... tanya dato amizan dan dato dr. shukri..... zurik....zurik...zurik...

Anonymous said...

WZWH,

tambahan akhir posting saya diatas.

Tolonglah...kalau bermain politik kerana nak menang pilihanrayapun, janganlah diguna statement yang saya sebutkan diatas.

Statement yang diputarbelit beginilah yang memecahbelah kita orang melayu. satu puak melayu menerima bulat-bulat penipuan fakta ini dan dijadikan modal untuk menghentam puak lawannya.

Puak lawannya pula akan bertindak balas. kadang-kadang yang menjadi ejen atau pencetus perpecahan di kalangan kita orang melayu, bukan orang lain tetapi orang seperti sdra dan sewaktu denganya tak kiralah belah parti mana sekalipun.

jadi, kita orang melayu kena berhati-hatilah dengan perbuatan adu domba orang-orang politik ini, tak kiralah belah mana. Bagi yang bertanggungjawab akan merekacipta berita dan fakta-fakta karut untuk meraih sokongan.

Anon 5:05

Anonymous said...

WZWH

Takan ni je standard mentaliti graduate dari UK...huhuhu
Shame...shame...shame...orang tembeling boleh la awok kelentong weh...huhuhuhu
"Losing My Religion" hanya sesuai untuk UMNO ...huhuhu
Tumbuk rusuk sana sini atas bawah depan belakang tu ada agama ke?...huhuhu
Atau ada agama tapi tidak praktik...huhuhu
Ada agama tapi tak solat...huhuhu
Ada agama tapi tak puasa...huhuhu
Ada agama tapi rasuah rasuah rasuah...huhuhuhu
Ada agama tapi paw cukong2...huhuhuhu
Ada agama tapi orang kampung dibeza2kan...huhuhuhu
Ada agama tapi saham felcra bagi sama2 kroni...huhuhuhu

You're losing your path...

Anonymous said...

mana Perkasa Kedah apabila?//
kalau Pulau Pinag yang keluarkan kenyataan ni,dah tentu UM-NO Dan Per-ka-sa dah meroyan.
rupanya UM-NO takut KPD MCA..MCA sudah menjadi parti Dominan dalam B-End.

Pengiklan bukan budak-budak, kata MCA.

Beliawanis MCA mengkritik langkah Majlis Bandar Raya Alor Setar (MBAS) mengetatkan garis panduan pakaian model untuk papan iklan besar di kawasan perbandarannya kerana "pengiklan bukan budak-budak".

Ketuanya Tee Hooi Ling berkata, oleh kerana sudah terdapat undang-undang persekutuan yang menghalang penerbitan bahan tidak senonoh terhadap bahan bercetak dan papan tanda, langkah pihak berkuasa tempatan itu hanya "penghinaan" terhadap pengiklan bukan Islam.

Dalam kenyataannya hari ini, Tee juga berkata, golongan itu sebenarnya peka terhadap adat istiadat setempat dan kesopanan dalam masyarakat.

"Tiada pengiklan yang kehormat mahu menarik perhatian ramai masyarakat dengan sengaja mempamerkan model separuh bogel sama ada lelaki atau perempuan semata-mata untuk menjual barangan mereka," katanya.

The Star hari ini melaporkan majlis bandar raya itu menguatkuasakan undang-undang yang mensyaratkan model perempuan supaya bertudung sementara bukan Islam mestilah berpakaian sopan.

Anonymous said...

wzwh,
dulu ko crite pasal FGVH yang dapat meningkatkan taraf peneroka.hari ini harga sawit 300 lebih je se tan..

bila nak naik harga ni..
ke dah bangkrap felda..

Anonymous said...

Salam, Tak perlu DAP utk menjadikan Malaysia negara Kristian sbb ramai Melayu yang hilang identiti Islamnya ( kehidupannya seperti bukan Islam ).Lihat hari ini apabila di mana-mana saja, di kampung juga di bandar-bandar, ramai yg tak solat,mendedahkan aurat,berpakaian seperti telanjang, rasuah,zina,minum arak dan seribu satu macam lagi perangai Kristian yang kita ikut dan tiru. Mengapa berlaku..... ? Inilah akibatnya apabila kita terlalu mengejar dunia sehingga akhirat dilupakan.Tak perlu menyalahkan sesiapa kerana kita sendiri yang membutakan mata dan hati kita utk berubah . Apabila ISLAM diabaikan dengan mengambil sebahagian-sebahagian saja maka hancurlah kita sebagai umat Islam.Oleh itu satu saja jalan penyelesaiannya utk ISLAM kembali "GAH" iaitu kembali kepada fitrah.

Anonymous said...

Anon 5.05,
"Janganlah diguna statement yg sebutkan diatas"....apa ni. Saya tak faham.

Mat Periba

Anonymous said...

Salam 4 all,

Nampaknya banyak sangat komem yang mengikut rasa hati yang marah dan tidak menepati apa yang dihidangkan oleh penulis.Mengapa yaa ,,,?

Ada tiga perkara utama yang disentuh oleh penulis;

a.Kata ulama dan orang2 otai Pas bahawa Pas telah menyempang drp perjungan asal sebab mabuk kuasa dan gila Putrajaya......

b.DAP mahu 'mengkristiankan negara.....

c.Anuar hilang isma Islam dan amal
liberlisma dan pluralisma.....

Susah sangat kah untuk mengupas tiga perkara diatas,,,,,,cuba anda
teliti senerio politik semasa dan
perhatikan geraktindak,selogan dan
wayang yang telah dan sedang dimainkan sekarang,,,,nilaikan dgn
jujur.....yaa,,,.Bagi saya Melaya
dan Islam sangat terancam sekarang kerana Melayu Islam tak nampak naga
depan mata nak telan mereka,,,,.

Saya sangat mennti komem2 yang baik dan bernas untuk mencerahkan minda supaya toyong saya berkurangan dan normal semula....

Gasing Toyong.tk

Anonymous said...

Wan Zurik

Isu DAP nak tukar ugama rasmi negara adalah isu menipu yang akan memecah belahkan dengan lebih terok kita orang melayu.

Isu ini cuma direka untuk menutup pelbagai isu sebenar yang sedang menghimpit UMNO Baru. Isu rasuah pembelian kapal selam yang sedang dalam penyiasatan pihak mahkamah di Peranchis adalah diantara isu sebenar yang kita bincang dan beri pencerahan kepada semua rakyat.

Isu bajet 2013 yang dibentangkan oleh BN dan Pakatan lebih utama dibincangkan kerana ia akan melibatkan semua rakyat, baik orang Bn atau Pakatan. Bajet 2013 menyentuh terus kehidupan rakyat dan masa depan negara. bajet 2013 adalah cadangan oleh kedua pihak sebagai satu permohonan kepada rakyat untuk menggunakan duit rakyat. Lebih baik diberi pencerahan kekuatan dan kelemahan bajet BN dan Pakatan untuk pengetahuan rakyat.

Isu terbaru adalah kenyataan Nazri Aziz bahawa mengenai penangkapan usaha menyeludup wang RM 40 juta di lapangan terbang hong kong untuk Musa Aman/UMNO. ini isu real dan ada kaitan dengan
perjalanan politik dan masa depan kita rakyat.

antara isunya siapakah yang memberi sumbangan sampai RM 40 juta kepada UMNO ni- kaya sangat ke penderma itu sehingga boleh bagi wang sebanyak itu saja-saja?

Atau adalah ia sebagai balasan kepada satu manafaat yang diperolehi oleh penderma itu dengan pertolongan UMNO? Jika ya, apakah pertolongan itu? Adakah pertolongan itu melibatkan harta rakyat? Apakah ini bukan rasuah? Kalau rasuah, adakah duit yang dihulur oleh UMNO membantu rakyat tu duit haram?...hehehe

Isu kenaikan harga barang keperluan tanpa kawalan lebih penting dibincangkan dan diberi pencerahan. Bagaimana rakyat disemua peringkat menghadapi kesan kenaikan harga barangan yang tak ada tanda akan turun. apa pasal Dato Ismail Sabri dan kemnenteriannya tak berbuat apa-apa selain dok gentel telor masing-masing dalam isu ini. apakah lebih elok jika kita tutup sahaja Kementerian Dato Ismail sabri, sekurang-kurangnya kita boleh jimatkan duit rakyat.

ke camne?



Anonymous said...

Wan Zurik

Isu DAP nak tukar ugama rasmi negara adalah isu menipu yang akan memecah belahkan dengan lebih terok kita orang melayu.

Isu ini cuma direka untuk menutup pelbagai isu sebenar yang sedang menghimpit UMNO Baru. Isu rasuah pembelian kapal selam yang sedang dalam penyiasatan pihak mahkamah di Peranchis adalah diantara isu sebenar yang kita bincang dan beri pencerahan kepada semua rakyat.

Isu bajet 2013 yang dibentangkan oleh BN dan Pakatan lebih utama dibincangkan kerana ia akan melibatkan semua rakyat, baik orang Bn atau Pakatan. Bajet 2013 menyentuh terus kehidupan rakyat dan masa depan negara. bajet 2013 adalah cadangan oleh kedua pihak sebagai satu permohonan kepada rakyat untuk menggunakan duit rakyat. Lebih baik diberi pencerahan kekuatan dan kelemahan bajet BN dan Pakatan untuk pengetahuan rakyat.

Isu terbaru adalah kenyataan Nazri Aziz bahawa mengenai penangkapan usaha menyeludup wang RM 40 juta di lapangan terbang hong kong untuk Musa Aman/UMNO. ini isu real dan ada kaitan dengan
perjalanan politik dan masa depan kita rakyat.

antara isunya siapakah yang memberi sumbangan sampai RM 40 juta kepada UMNO ni- kaya sangat ke penderma itu sehingga boleh bagi wang sebanyak itu saja-saja?

Atau adalah ia sebagai balasan kepada satu manafaat yang diperolehi oleh penderma itu dengan pertolongan UMNO? Jika ya, apakah pertolongan itu? Adakah pertolongan itu melibatkan harta rakyat? Apakah ini bukan rasuah? Kalau rasuah, adakah duit yang dihulur oleh UMNO membantu rakyat tu duit haram?...hehehe

Isu kenaikan harga barang keperluan tanpa kawalan lebih penting dibincangkan dan diberi pencerahan. Bagaimana rakyat disemua peringkat menghadapi kesan kenaikan harga barangan yang tak ada tanda akan turun. apa pasal Dato Ismail Sabri dan kemnenteriannya tak berbuat apa-apa selain dok gentel telor masing-masing dalam isu ini. apakah lebih elok jika kita tutup sahaja Kementerian Dato Ismail sabri, sekurang-kurangnya kita boleh jimatkan duit rakyat.

ke camne?



Anonymous said...

Gasing Toyong,

Isu dakwaan ulamak otai PAS yang PAS dah menyeleweng dan isu DAP nak tukar ugama rasmi negara dari Islam ke Kristian adalah 2 isu berbeza.

Saya telah tunjukkan diatas bagaimana ia adalah satu yang tak mungkin terjadi melainkan ada ahli-ahli Parlimen Islam samada PAS,UMNO dan PKR nak menyokong pindaan perlembagaan. Isu ini adalah isu ciptaan bertujuan memecahbelah orang melayu dan Islam semata-mata.

Soal PAS dah menyimpang tu boleh didebatkan. Isu ini samalah dengan pendapat otai-otai UMNO lama yang UMNOBaru hari ini bukan kesinambungan dari UMNO lama. UMNO lama dibunuh oleh Mahathirdengan tidak menggunakan kuasanya sebagai Menteri Dalam Negeri masa itu untuk menghidupkan UMNO Lama. Sedangkan Paklah telah guna kuasa yang sama untuk menghidupkan SNAP dalam tahun 2003.

Otai UMNO lama juga menuduh TDM menubuhkan UMNO baru sebab dia boleh kontrol 100% dia tidak akan dicabar selama-lamanya. Sedang jika UMNO lama dihidupkan dia tak boleh pastikan dia tidak akan dicabar lagi setelah menang 46 undi dalam PAU 1987 dulu.

Jadi kalau isu komen otai PAS itu penting, isu otai UMNO lama ni lagi penting kerana keputusan PRU selepas 1990 hingga 2008 ( kecuali 2204), undi popular yang iperolehi UMNO Baru di semenanjung adalah dibawah 50%. Maknanya majoriti orang melayu di semenanjung tidak percaya bahawa UMNO Baru adalah BUKAN kesinambungan dari UMNO LAMA!!...apatah lagi sekarangini UMNO BARU telah menjadi PARTI BUMIPUTRA macam parti Taib Mahmud setelah memasuki Sabah - ini adalah satu kesimpulan yang munasabah jika kita mengkaji rentetan peristiwa mengenai UMNO dari 1987 - hari ini dan fakta undi popular seperti saya sebutkan diatas.

Jadi, dari sini kita nak kemana?

Anon 5:05

Anonymous said...

En Gasing Toyong,

Setiap kali UMNO/BN mengalami masalah...terhakis sokongan sama ada drp org Melayu atau orang bukan Melayu maka terdengarlah isu2perpaduan Melayu, perpaduan Islam. Adakah sifat atau kehendak perpaduan cuma berlaku setelah UMNO mengalami masalah atau kekalahan. Semasa UMNO menang besar, perpaduan Melayu entah kemana...Anda sekelian jangan terpengaruh dgn propaganda UMNO ini...mereka memang licik dalam mengatur strategi bagaimana nak 'melunakkan orang Melaya'. Ini hakikatnya.

Adakah semada UMNO berkuasa sekarang org Melayu bertambah Melayu dan orang Islam bertambah Islamnya. Adakah semasa Pak Lah memimpin dulu dgn menguasai majoriti 2/3 parlimen...maka tiada orang Melayu yg murtad, ahli2 Parlimen UMNO yg berugama Kristian telah bertukar agamnya kepada Islam. Masalah sosial remaja Melayu/Islam, keselamatan rakyat makin terjamin??... Cammonlah kawan2 ku...jangan emosi menguasai kebenaran akal.

Semasa PAS bagitu 'ortodox' suatu ketika dulu maka dituduhnya PAS sebagai 'tidak berpijak dibumi yg nyata'. Kemudian apabila PAS berubah menjadi moderate seiring dgn islah yg dilakukan oleh kebanyakkan pegerakan Islam Global...termasuk di Mesir, di Turki maka PAS telah dituduh sebagai meninggalkan asas/dasar perjuangan Islam. Inilah sifat UMNO, selagi PAS dianggap sebagai musuh maka selama itulah UMNO akan berusaha mencari berbagai2 kaedah bagi menghancurkan PAS. UMNO menggangap PAS musuh no satu.. sebabnya mudah, PAS bertanding dikawasan dimana UMNO bertanding.

Pendekatan tahalluf syasi atau persepakatan/kerjasama diantara PAS/PKR/DAP merupakan keputusan jama'i yg diputuskan melalui mesyuarat agung dan juga Majlis Sura PAS (badan tertingi dalam PAS) setelah diperhalusi dibahas berdasarkan kehendak feqah.

Saya nak tanya...adakah keputusan mewujudkan Perikatan/BN dulu diputuskan melalui Majlis Sura UMNO atau Dewan Ulama' UMNO?.

Maaflah, saya tak kata orag UMNO munafik ..tetapi tolong jahui sifat2 atau perangai orang munafik ini.

Anonymous said...

...Sambungan,

Pada tahun 1988 semasa Ku Li berebut kuasa dgn Dr M, undi Melayu berpecah dua...perpecahan ini angaka siapa? PAS kah..Bagi mengembalikan sokongan Melayu kepada UMNO/BN berbagai strategi dibuat. Diantaranya, diwujukan keadaan yg 'tidak tenteram' dikalangan rakyat, bermula dgn kempen yg bertemakan PERPADUAN dan KETUANAN MELAYU yg bergema disana sini. MASSA digerakkan agar isu ini dapat diperbesarkan. Maka timbalan presiden MCA Lee Kim Sai pun di'kambing hitamkan' agar MCA menentang konsep ketuanan Melayu. Maka berlakulah pertembungan diantara MCA dgn Pemuda UMNO ketika itu...masing2 saling cabar mencabar sehingga tercetus keadaan tidak menentu. Pemuda UMNO dibawah Najib telah menrancang satu perhimpunan raksaksa pemuda di stadium hoki sebelah HBKL. Pegerakan UMNO J'tut yg diketui En Kamaruzaman Baria menyahut seruaan ini. Kami (saya salah AJK pemuda Bhg) diarahkan membuat persediaan utk ke KL..berhimpun didepan masjid lama J'tut. Kemudian secara tiba2 saja perhimpunan dibatalkan. Kononnya atas faktor keselamatan.. Selepas itu operasi lalang pun bermula. Ramai pimpinan parti politik ditahan dibawah ISA..Yg menjadi mangsa utama ialah org2 PAS, DAP ...pemimpin UMNO dan MCA ada yg kena tahan tetapi hanya sendirawa semata2.

Kes ke2, semasa ketegangan memuncak diantara puak yg menyokong Dr mahathir dgn puak2 Anwar Ibrahim...dicetuskan suasana keteganga hubungan M'sia Singapura. Dicipta isu air, isu tanah KTM dll. Seolah2 esok lusa Singapura nak menakluki M'sia. Orang Melayu yg berpecah ketika itu dah mula beralih fokus...Kesan tiupan sentimen anti Singapura, org melayu Johor seolah2 sanggup berenang merentasi selat Tebrau utk berlawan dgn rakyat Singapura.. Hari ini isu air dan isu Tanah KTM diTanjung Pagar entah ke mana, malah secara diam2 Tanah KTM telah terlepas ketangan Singapura. Tiada siapa yg bising2...org Melayu Johor yg garang sangat ketika itu sekarang entah kemana..

Saya 'senyum' saja ketika itu sebab saya dah dapat rasakan ini adalah propaganda UMNO agar org Melayu kembali menyokong UMNO.

Wahai anon2 yg budiman, jangan buta sejarah.. tolong baca posting saya ini kemudian nilai dgn minda bawah sedar secara terbuka. Saya lontarkan satu soalan, "Ikhlaskah UMNO mempelawa PAS agar bersatu"???

Mat Periba atau anon 12:58.

Kampong man said...

Salam semua,

Isu mengkristiankan negara adalah tidak timbul disebabbkan komposisi ugama dimana Islam lebih dominan di negara ini tetapi keterbukaan PAS melayan kehendak DAP dan dipergunakan bagi tujuan masa panjang Malaysian Malaysia dan Kesamarataan DAP ini yang disuarakan orang kuat para ulamak PAS Ustaz Harun Din ,Prof Shanom Ahmad,Ustaz Nash,Hasan Ali yang semuanya orang kuat PAS itu sendiri membuat kita berfikir adakah demi kuasa di Putrajaya puak Anwarinas atau erdogan sanggup mengenepikan perjuangan ? kerana ABU !

Ada yang hilang akal di blog bro Aspan ada satu komen saya terbaca melebelkan Ustaz HarunDin dan Ustaz Nasharuddin sebagai BUDAK !! kerana tidak setuju dengan pandangan mereka berdua.Isshh...demi ABU mereka hilang pedoman dan sanggup berlaku biadab.

Inilah realitinya apabila PAS lemah DAP dan PKR boleh mempermainkan PAS.Lihat di Pulau Pinang sudah.PAS harus kuat saperti UMNO menjadi tunjang parti memerintah.Ini TARAK (Pinjam dari Mat Periba dalam isu minyak Petronas di blog WZWH yang lepas)

Syabas Wan buka topik ini pandangan dari para ulamak PAS sendiri.Tunggu sajalah PRU 13 kita lihat keasannya.Wallahwuallam.


Anonymous said...

Kampongman,

PAS sebagaimana UMNO Baru membuat keputusan sesuatu dasar berdasarkan kesepakatan melalui mekanisma masing-masing. UMNO baru membuat keputusan melalui MKT dan PAU. PAS ada mekanismanya sendiri ( sorry, saya tak arif dengan Pas atau PKR atau DAP, sebab saya bukan ahli).

Pandangan Dr Harun Din, ustaz Nasha, Prof Shahnon Ahmad adalah pandangan peribadi setakat ini. Keadaan ini samalah dengan pandangan Dato' Saifudin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dalam beberapa isu yang agak berbeda dengan pandangan UMNO baru. Pandangan terbaru beliau ialah mengenai demonising Soros dan SuARAM.

Persamaan antara mereka ialah mereka mengeluarkan pendapat yang berbeda dari parti mereka. Apa kah pendapat Dr haron Din & frens
dan dato saifuddin Abdullah itu mewakili pandangan parti?

Kedua, apakah pandangan yang dikemukakan oleh mereka itu merupakan penyelewengan perjuangan Parti mereka?( Pandangan Dato Saifuddin dalam beberapa isu bukan isu soros ni ekk, kang ade yang bengap baca lain plak).

Lebih ekstrim lagi, pandangan Zaid Ibrahim dan Tamrin Ghaffar semasa dalam UMNO Baru yang berlawanan dengan dasar UMNO Baru? Adakah mereka bercakap tentang penyelwewngan perjuangan UMNO Baru?

Itu test yang perlu kita guna untuk menilai baik pandangan Dr haron Din & Frens dan Zaid, Tamrin & Saifuddin.

Kita jangan pakai dasar "double standard". Tang orang standardnya pakai sistem high jump i.e asyik dok angkat sahaja standard untuk orang comply.

tang kita no standard langsung. Ibarat kata, galah penghalang high jump tu letak atas rumput je. bayi merangkak pun boleh lepas kalau gini!!!....hahahaha


Anon 5:05


Anonymous said...

Kampung Man dan En Wan,
Tolong postkan komen Dr Harun Din, dan Ustaz Harun Taib mengenai ketidak selesaan mereka terhadap PAS yg melakukan tahaluf syiasi dgn DAP/PKR. Saya agak keliru...memandangkan mereka adalah ahli dalam Majlis Sura PAS yg sama2 terlibat dalam membuat keputsan berkenaan.

Saya pada peringkat ini masih berpeang bahawa kenyataan mereka telah diputarbelikan...mereka cakap lain, media/bloger pro UMNO cakap lain.

Anonymous said...

Sdr Anon 5.05,

MT UMNO tak sama taraf dgn majlis Sura PAS. Namun, MT UMNO=Dewan Harian PAS. Sepekara lagi, sesuatu keputusan besar yg dibuat oleh Majlis Sura dibuat berdasarkan hujah Syara'...inilah yg membezakan antara PAS dgn UMNO.

Anonymous said...

Salam,
Wahai penulis yg budiman WZWH, tulisan saudara bagus, ikhtiar saudara bersungguh,pemikiran saudara bijak, dsbgnya. Semua itu kurniaan Allah. Maka bila digunakan sentiasa ingat Allah. Setiap patah perkataan saudara akan ditulis oleh para malaikat. dan dipamer serta dihisab di padang mashyar nanti.Pendapatan dari cara , sumber dan ikhtiar yg haram akan menatijahkan hasil yg haram. Jgn melagakan manusia dgn blog saudara. Ingat Allah. Umur saudara 44 tahun , lebih kurang 20 tahun lg akan menhhadapi Allah. Ingat, Ingat Ingat

Anonymous said...

Kampongman,

hassan Ali bukan lagi ahli PAs. Dia tak mempunyai apa-apa hak untuk mencampuri urusan PAS.

Sebagai orang yang berilmu tinggi, Hassan Ali patut ambil contoh Allahyarham Dato Mohamed Nasir, bekas MB Pas kelantan/Presiden Parti berjasa dan Allahyarham Tan Sri Asri Muda, bekas Presiden PAS/ Bekas Presiden Hamim - apabila keluar dari PAS.

Kerana mereka tidak yakin dengan PAS atau mungkin berpendapat PAS telah menyeleweng dan mereka percaya kepada perjuangan Islam mereka - keduanya menubuhkan parti sendiri.

Allahyarham Dato Mohamed Nasir telah menubuhkan parti BERJASA.

Allahyarham Tan Sri Asri Muda telah menubuhkan parti Hisbul Muslimin atau HAMIM.

Kedua mereka tidak menjadi kaset buruk dengan menghentam parti yang dia bukan ahli lagi macam Hassan Ali.Saya sebenarnya menyokong Hassan Ali tubuh parti sendiri dan bertanding melawan PAS dalam PRU secara gentleman.Buang karan le dok kritik atas platform NGO je.

So quoting Hassan Ali together dengan Dato Haron Din, Ustaz Nasha dan Prof shahnon - satu tektik agak murahan saya rasa.

keep cool bro!


Kampong man said...

Salam semua,

Anon 3:43,

Maaf ya terlupa pula yang Hasan Ali tu bukan ahli Pas lagi .Tapi dengar cerita dia sayang PAS dan tidak keluar PAS secara sukarela hanya di pecat dan masih mewakili MP Gombak Setia atas tiket PAS.Bagaimnana pula Ustaz Haron Din,Nasha,Prof Shahnon Ahmad.Saya tabik mereka ini semua puak puak ulamak yang tidak mudah berkompromi demi ugama Islam.Khalid Samad sepatutnya tidak mempertahankan gereja.

Saya doakan supaya muzakarah UMNO dan PAS akhirnya menjadi realiti selepas PRU 13.Saya rasa usha UMNO bermuzakarah itu jujur.Apa masih berperasangka buruk ke ?.Walaubagaimanapun PAS harus tunjuk mereka hebat yang menjadi pilihan orang Melayu Islam di PRU 13 kalau tidak samalah saperti dulu juga.Tak kemana mana.Di kampong saya ,Melaka PAS di tolak bulat bulat.Tak tahulah di Jerantut atau Pahang so far TARAK.

Anonymous said...

kampongman,

Tersilap anda pasal Hassan Ali tu biasalah kita manusia. tak de hal punya.

U raised pasal Hassan ali masih sayangkan PAs dan keluar secara sukarela. Does it matter tat much to PAS and rakyat. What about zaid Ibrahim jika dia pun berpendirian sama seperti hassan Ali. Does his stand matters and will it make huge difference to UMNO baru?....we both know the correct answerkan!

As for Dato haron Din ,Prof shahnon dan Ustaz Nasha comments - saya masih berpendapat perbandingan saya dengan Zaid, tamrin dan saiffudin diatas masih stand. saya boleh berkata saya tabik kepada mereka kerana begitu sayangkan UMNO dan mahu UMNO baru kembali kepada semangat UMNO lama dan tidak reactive membabi buta seperti sekarang....can l say that?

wink!wink!

anon 3:43

Anonymous said...

Kampongman,

ops...ade lagi yg terlupa.

Apakah asas muzakarah PAS -UMNO yang saudara harapkan itu? Apa skop yang sdra rasa penting.care to elaborate.

anon 3:43

Kampong man said...

Salam semua,

Apabila orang hebat parti bersuara ianya pasti memberi kesan pada parti.Sekira terlalu ramai pula berkata kiya mula berfikir apa yang tidak kena dan harus cepat diperbaiki.Bukankah rakyat sedang membuat penilaian untuk undi siapa pulak kali ini.Yang tegar macam kita semua disini telah pun membuat keputusan walau apa pun yang kita bincangkan ia tidak akan memberi kesan atau perubahan apa pun.Inilah yang kita panggil LOYALTY kepada perjuangan parti. Kemenagan dan kekalahan diharapkan kita semua boleh terima .

Kampong man cuba juga hendak memahami apa sebenarnya perjuangan PAS ni tetapi masih belum lagi berjaya.TGNA masih taksub bekerjasama dengan DAP sedangkan ramai diakar umbi membantah.Tidak hairan sekiranya PAS akan keluar dari pakatan ini di satu masa.

Ada baik kita semua lebih bertanggung jawab TIDAK menggunakan anon bagi kebaikan forum.Salam.

Anonymous said...

Buaya2 bandar Dan kampung
Tak usahlah berhujah.
Islam Dan melayu tidak Akan
Menang dengan hujah anda.
Tapi jelas menonjolkan
Kebodohan anda semua.
Kuman dilautan nampak jantan betina,
Gajah didepan mata tidak tahu apa.
Yang salah tu salah la, apa corner-
Corner.

Anonymous said...

La katakan orang bodoh suma yang menggunakan nama samaran tu golongan "budur dan menyembunyikan diri" selain dari menggunakan web @ laman blog sendiri atau nama tulen. Tak main nama gasing toyong nama kampung man @ lain2. Jika betul2 hebat lempar batu tak sembunyi tangan diharap tulis nama yang diberikan "bapa" dalam blog sendiri. Tak main tuduh orang tu orang ni.

Anonymous said...

anon 9:29 PM,

berhujah dengan niat yang baik dan dengan minda terbuka ada kebaikan. soal penyokong mana-mana pihak adalah pilihan individu dan dia mempunyai hak yang kita perlu hormati.

Yang menjadi sesuatu perbincangan itu bodoh, banggang apabila kita membahaskan secara taksub dan jumud. Contoh sikap orang seperti ini ialah: ada orang yang jenis yang akan tetap pertahankan hujahnya macamana pun bagi dia gajah memang boleh terbang dan haiwan terbang.

Jika kita berbincang dengan sikap dan minda terbuka, ia mengasah minda kita berfikir secara kritis. Boleh mengasah minda kita untuk menerima sesuatu bulat-bulat sehingga bercanggah dengan lumrah akal yang sihat.

Sebabnya senang sahaja. Kebenaran itu tetap kebenaran. Kepalsuan itu akan tetap palsu walau bagaimana dimekap, disolek, diberi bauan yang mahal. Jika kepalsuan itu tak nampak hari ini, lambat laun ia akan terbongkar juga kerana itulah fitrah alam yang Allah tetapkan.

jadi jangan takut untuk berbahas dan berbincang. Kalau kita mencuba, kita akan menjadi semakin mahir. dan kita orang melayu perlu mempertajamkan pemikiran kritis kita supaya kita tidak mudah ditipu hidup-hidup oleh sesiapa pun.

Anon 3:43

Kampong man said...

Salam semua,

Kadang kadang sedih juga bila perkataan bodoh,bangang,biul dan macam macam lagi terkeluar kerana ada yang gagal mengawal emosi sedangkan kita mahukan forum yang boleh di menafaatkan.Apabila terkeluar sahaja perkataan UMNO (Baru) maka sahlah ini adalah dari pengomen blog bro Aspan kerana disana ini semua diterima,termas0klah ustaz uztaz yang tidak bertauliah membodoh dan membangangkan orang lain.Tak percaya bacalah komen komen penyokong tegar PR di sana.Tidak akan ada apa apa perbincangan yang boleh di manafaatkan kalau berseronok sama sendiri.Sedangkan kita mahukan keterbukaan dengan bahasa yang baik.Kita buangkan semua bigotary remark ke Lautan Hindi pulak kali ini.Salam.

Kutukandewata said...

pas akan menang besar dalam pru 13 nanti!

aku nak tengok macam mana dia orang ubah malaysia menjadi negara islam yang syumul.

jangan cakap aje besar!

buktikan.

kalau gagal ternyatalah ianya hipokrit.

belum dapat bolehlah cakap.takut dah dapat nanti jadi lah macam kelantan.makslat menjadi-jadi!!!

Anonymous said...

kebodohan ulamak pas terselah apabila menghalalkan tahaluf siasi dengan dap bersandarkan perjanjian 'hilf fudhul' smasa nabi belum dilantik menjadi rasul. sedangkan semasa nabi berdakwah berpuluh ayat yang menceritakan tentang larangan meminta bantuan kafir dalam menegakkan agama.. jangan mengambil mereka menjadi org kepercayaan .. memberi wala' kepada mereka... SEMOGA ALLAH MENUNJUKKAN BALASAN KEPADA ULAMAK PAS YANG TERANG2 MEMPERMAINKAN ANCAMAN ALLAH.... isu sama dengan Negara Islam... akhirnya menreka kata TIADA NEGARA ISLAM DALAM AL-QURAN... "Ya Allah, skiranya tiada hidayat lagi untuk ulamak dan orang PAS ini KAU HANCURKAN MEREKA... jangnlah agama dipermainkan dan dijual-beli oleh mereka lagi..."

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...