Sunday, October 7, 2012

Nostalgia Jeti Lama Kuala Tembeling


Pemandangan jeti lama Kuala Tembeling diambil dari seberang sungai di Pasir Tambang.

Jeti baru dan moden Kuala Tembeling. 

Nostalgia Jeti lama Kuala Tembeling ialah posting mengenang kembali kehidupan WZWH semasa zaman kanak-kanak. 12 tahun pertama sepenuhnya kehidupan awal WZWH bermula di Kuala Tembeling.

Jeti lama Kuala Tembeling telah menjadi 'in-land port' yang sibuk dizaman kegemilangannya selama lebih 100 tahun.

Stesyen Kereta Api Kampung Sepial merupakan pengangkutan utama dulu menghubungkan perjalanan di antara bandar Jerantut dan Kuala Lipis. Stesyen kecil ini jaraknya hampir 5km dari Pekan Kuala Tembeling.

Dulu Jeti lama Kuala Tembeling menjadi nadi pusat ekonomi Lembah Tembeling dan kampung-kampung pesisiran Sungai Jelai.

Barangan hasil diseluruh pesisiran Sungai Tembeling seperti getah, hasil hutan-geharu, rotan manau, kerbau dibawa hilir ke Jeti lama Kuala Tembeling.

Penduduk Lembah Tembeling dengan puluhan kampung-kampung tradisional hilir mudik Sungai Tembeling membeli barang keperluan di Pekan Kuala Tembeling.

Dulu tiada jalan raya dari bandar Jerantut ke Kuala Tembeling, tiada jalan raya dari bandar Kuala Lipis ke Kuala Tembeling apa lagi tiada jalan raya dari bandar Jerantut ke Tembeling Tengah ke Kuala Tahan apatah lagi jalan 4WD ke Ulu Tembeling.

Pelancung dari dalam dan luar negara yang mahu mengujungi Taman Negara perlu melalui Pekan Kuala Tembeling.

Sumber ekonomi dalaman dan luaran menjadikan Pekan Kuala Tembeling berkembang pesat dengan ekonomi yang terbuka. Dan Jeti lama Kuala Tembeling pasti menjadi pelabuhan pedalaman yang tersibuk.

WZWH masih terbayang-bayang pada awal tahun 1970an banyak bot samada bot panjang, bot diesel, bot galah dan bot kecil di Jeti lama Kuala Tembeling serta perahu penambang membawa penumpang menyeberang ke Pasir Tambang.

Ikan patin, ikan jelawat dan macam-macam ikan yang besar-besar, kura-kura giant besar dipunggah orang di Jeti lama. Melihat orang mengangkat kepingan getah yang berat, barangan lain turun naik tangga jeti lama.

Selalu juga bila air sungai surut, WZWH berjalan-jalan di bawah jeti lama mecari botol-botol terbuang untuk dicuci dan dijual, kadang kerap jumpa duit siling , kalau jumpa siling lama zaman British simpan saja lah tidak boleh beli apa-apa. Ada juga terjumpa duit kertas-kalau not RM50 fuh kaya hari itu boleh belanja kawan-kawan minum air Seven Up di kedai Tukang. Jumpa juga cincin emas.

Bila tiba setiap hari Selasa ramai orang kampung dari pesisiran Sungai Tembeling dan Sungai Jelai turun ke Pekan Kuala Tembeling kerana Pekan Sari. Ini kira market orang kampung. Ada permainan silap mata. Ada orang jual ubat. Hendak lihat anak dara cantik-cantik masa ini lah.

Melihat gelagat dan telatah sedara mara Ulu Tembeling yang bermalam di bot masing-masing dengan senda gurau telatah mereka, cerita-cerita mereka di waktu malam cukup menghiburkan WZWH. Bila mereka sudah jual getah, rotan manau, kayu geharu, madu lebah dan lain-lain selalu juga WZWH dibelanja makan minum di kedai-kedai makan Pekan Kuala Tembeling.

Maka ramai boatman yang WZWH kenali yang kini majoritinya sudah tiada lagi. Muka-muka orang tua-tua pesisiran Sungai Tembeling dan Sungai Jelai yang selalu WZWH jumpa dan tegur selalu menjadi ingatan nostalgia di hati WZWH.

Tapi kini bila semua jalan raya dibina menghubungi semua tempat dan banyak lagi jalinan jalan raya mahu dibina maka Pekan Kuala Tembeling tidak lagi dikunjungi seperti biasa, menjadi perlahan, sunyi dan mati....

Nostalgia Jeti lama Kuala Tembeling mengingatkan kembali zaman kanak-kanak WZWH pada tahun 1970an dan awal 1980an. Ekonomi Pekan Kuala Tembeling menjadi semakin mengecil. Bagaimana mahu mengembalikan kegemilangannya seperti dulu sila baca sini.

9 comments:

mychaci said...

tq wzwh mengembalikan nostalgia lama.Pengalaman saya menyelusuri sungai tembeling dari Jerantut hingga ke Kpg Bantal dan ulu tembeling kira2 10 tahun yang lalu bersama rakan2 jemaah Tabligh dan brother Hussein Abd Wahab(nama Islam) dari California ,USA sukar untuk dilupakan.Sambutan serta layanan mesra penduduk tempatan begitu terkesan dihati.

Anonymous said...

ape le kemajuannn pd puak2 nieeee

Anonymous said...

Jangan cerita Kuala Tembeling ( KT ) jika tidak berminat
Untuk memajukankannya.Dari segi geografi, KT terletak di
Lokasi yang tersepit di antara Tanjung Bungor ( Lipis ) , jalan
Keretaapi, jalan roller coaster dan sungai iaitu
dimana sungai jelai dan sungai tembeling menjadi
sungai pahang.

Boleh Dikatakan dalam tahun 1970-1980 KT merupakan
pelabuhan sungai yang tersibuk Di semenanjung
Malaysia. Apabila terbinanya jambatan feri dan seterusnya jalan
Felda Padang Piol sampai ke Kuala Tahan, pelahan lahan
KT menjadi mundur.
Tiada lagi hasil pertanian dari tembeling tengah Dan akhirnya
hasil dari ulu tembeling hanya di hantar ke Kuala Tahan.
Ini menyebabkan KT menjadi mundur dan kedai batu yang
dibina lewat oleh PKNP Iaitu ketika KT mula mundur hanya
menjadi gajah putih Dan amat tidak bermaya.

Episod seterusnya kedai lama kayu diarah untuk dibongkar
oleh kerajaan Jerantut dan semenjak itu KT hanya tinggal lama.

Walaupun KT terletak ditepi jalan diantara jalan Jerantut dan
Kuala Lipis dimana merupakan trafik untuk ke Kota Bharu,
Ia belum cukup untuk memajukan KT.

Sejarah lama KT merupakan lembah Tembeling. Terdapat
Hubungan rapat Dari segi kekeluargan, memori dan kawan.
Tanpa lembah Tembeling, KT tidak akan hidup. KT
hanya tinggal sebagai kampung PAKR yang tidak bergeran
dengan balai polis dan Klinik Kesihatan yang besar
Untuk kampung biasa.

Apa yang diperlukan Oleh KT hanyalah sebuah JAMBATAN
Dan dengan adanya jambatan, sudah tentu KT akan
maju semula sekurangnya tempat orang tembeling tengah
Untuk shopping Dan minum kopi. Towkey getah, Ikan
dan kedai akan kembali.

Itulah sejarah KT. Sejarah tentang orang kampar, wan,
kelantan dan ulu tembelng.
Ketika zaman kegemilangan dahulu, duduk Di jetti sudah
cukup menghiburkan hati Dan apatah lagi jika ada Geng berborak
biasanya terdiri dari WH, WS, WI, HA, HH dan banyak
Lagi yang kebanyakannya telah menjadi arwah.

BINALAH JAMBATAN UNTUK ORANG KUALA TEMBELING
DAN UNTUK LEMBAH TEMBELING.

Assalam


Anonymous said...

Kawah sokong anon 11:13
Kawah tunggu lama jambatan sejok
PRU 10.
Sejok dari tu, kawah dan keluarga
kawah tak sokong BN yang
Tidak sokong orang kampung
macam kawah.
Selamat tinggal Bend

Anonymous said...

terimakasih dah tak sokong UmNOOOO dahhhh, heeeeee kami anak felda dekat tembeling nieee tetap bersama PASSSSS. kesian deme nieee takde kemajuannnn dunia lagiii

EKP said...

Kuala tembeling ni kat mana weh?

Anonymous said...

haaaaaaa.... baik punye soalann

Anonymous said...

Anon 11:13
WZWH dan wan née barua umngok.tak minat
buat jambatan kat tembeling.

Anonymous said...

sah ini blog bodoh....

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024