Monday, October 8, 2012

DS Najib Percepatkan Projek Jalan Kereta Api KL-Kuantan-Kuala Terengganu-Kota Bahru



Walau Projek Lebuhraya Pantai Timur belum siap terutama di Terengganu dan Kelantan. Diharap jika rakyat beri mandat lebih 2/3 kepada DS Najib menjadi PM lagi dan BN menang di Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan projek LPT siap sepenuhnya.

Projek jalan kereta api baru menghubungkan Lembah Kelang ke negeri Pantai Timur amat dialukan. Ini projek jalan kereta api 620km menghubungkan Gombak-Bentong-Temerloh-Maran-Gambang-Kuantan-Kuantan Port-Kemaman-Kertih-Paka-Dungun-Ajil-Kuala Teregganu-Penarik-Kampung Raja-Tok Bali-Jelawat-Kota Bahru-Tumpat.

Projek ini dengan anggaran kos RM29 bilion boleh meningkat pertumbuhan ekonomi negeri-negeri Pantai Timur dan memajukan projek-projek ekonomi ECER. Kawasan industri lebih mudah assesibiliti dan pengangkutan barangan menjadi lebih mudah.

Rakyat perlu sokong projek jalan kereta api yang baik untuk sistem pengangkutan awam negara. Tidak kira dari mana atau apa-apa peringkat dan fasa bila mahu mula projek ini.

Walaupun projek ini tidak melibatkan Jerantut secara lansung namun pembinaan lebih banyak projek jalan raya akan datang menghubungkan Jerantut ke Sungai Lembing Kuantan dan Jerantut ke Terengganu melalui Ulu Tembeling akan menambah connectivity jalinan perhubungan darat.

Rakyat perlu beri mandat yang besar kepada DS Najib bagi menjayakan lebih banyak projek pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

8 comments:

Anonymous said...

En Wan, nak buat rail kereta api Pantai Timur tak memerlukan Najib atau BN menang 2/3 kerusi Parlimen. Apa kena mengena menang kerusi 2/3 baru boleh buat jalan. Adakah nak buat jalan keretapi memerluan pindaan perlembagaan persekutuan.

Di Pulau Pinang sebagai contoh, projek perumahan rakyat yg sepatutnya dibuat oleh kerajaan persekutuan telah dibina sendiri oleh mereka dgn peruntukkan yg tinggi...

Soal buat jalan ini tak payahlah dikait dgn BN mesti menang pilihanraya...kerbau pun pandai buat jalan. Sepatutnya BN dgn sisa2yg masih ada memberi perhatian lebih tentang urus tadbir negara/negeri dgn baik, berintergeriti tinggi, tiada ketirisan, tidak menggunakan harta kerajaan sebagai harta parti, memperkasakan demokrasi, tidak guanakan wang dari perbendaharaan negeri untuk urusan peribadi...majlis kawin mega.

Anonymous said...

Salam,

Setuju untuk membangunkan pantai timur...tapi pembangunan perlulah ikhlas dan bukan atas dasar politik. Tak kira siapa memerintah ..pembangunan perlulah diteruskan.
Jalan keretapi yg kita ada sekarang ni adalah bekas tingalan British lagi... lihat lah kelemahan pemimpin yang kita ada ..sampai sekarang tak ada jalan keretapi yg baru. Keretapi adalah pengangkutan utama untuk menjadi negara maju.
Sekadar memberi pendapat.

Anonymous said...

jangan cerita pasal tempat yang sudah ada rangkian perhubungan yang sudah agak baik, cuba fikir, bagaimana nak beri orang HULU TEMBELING mengecapi nikmat jalan dengan segera, ini isu pokok, banyak lagi tempat lain yang tidak sumpurna infranya termasuk sabah dan serawak,jangan dok fikir yang mega mega, sebagai contoh insentif bebilion bilion di berikan pada syarikat besar, tapi apa yang rakyat pendalaman dapat, buat projek mega mega, seperti sekarang ne tun razak exchange, untuk siapa ini, ada kah untuk rakyat, fikirlah, masa ada kuasa ne, berikan pendapaatan negara sama rata untuk kebaikan rakyat, bukan beri pada rakyar BRIM500 tapi ambik duit rakyat SAPU5 BILION. Cakap tak serupa bikin?, saya tak menyokong mana mana, tapi ketirisan duit rakyat amat saya benci juga menyalahgunakan kuasa, cuba kita lihat pemimpin UMNO, DALAM keadaan najib berhempas pulas mengambil hati rakyat, tabur sana,tabur sini, tiba tiba, meletup cerita rekod malaysia, Perkahawinan anak ali rustam, pecah rekod teramai yang hadir makan?.bayang kan perbelanjaan yang perlu di keluarkan, mujur lah ali rustam dan keluaraganya menabung dari anakanak lagi, cukuplah nak buat kenduri yang memakan belanja jutaan ringgit, belum masok kos mengunakan perkhidmatan dan peralatan agensi kerajaan, itu lah gayanya jika manusia mudah lupa?, saya selalu sebut, jika pehak yang berkuasa jujur menguruskan wang negara, pasti rakyat yang berada di paras kemiskinan TEGAR boleh dikurangkan, atau pun hampir 0.tapi nasib lah rakyat malaysia ne, dapat hampir semua pemimpin yang ada, tak jujur, gila kuasa dan rakus menghabiskan duit dan harta negara, termasuk lah raja raja.

Anonymous said...

BN perlu menang ke baru dapat projek.setahu aku,kalau negeri yang jatuh kpd PR baru projek dr kerajaan pusat datang mengumpan.moh org pahang,teganu dn kelantan jadikan eastern kubu PR...

Kampong man said...

Salam semua.

Pada pandangan saya kejujuran kerajaan BN banyak terbukti demi rakyat.Lihat Penang bridge Second link tetap diteruskan walaupun DAP/PR memerintah Penang.Tak gitu ? Kenapa semua harus di politikan ?

Anonymous said...

hahaha ada comment yg kena delete ke...kenapa ye...lpt pn x siap2 lg weh.. Berape thn doh tu....

Anonymous said...

Orang Putih memerintah Kelantan betul-betul tak sampai 50 tahun (kita ambil daripada Perjanjian Inggeris Siam 1909 hingga merdeka 1957 - hanya 48 tahun) tetapi boleh buat landasan keretapi melalui kawasan hutan banat hingga ke Kota Bharu (Tumpat) walaupun hasil bumi Kelantan masih tersembunyi kemas dalam perut bumi lagi. Tetapi kerajaan sekarang dah memerintah 57 tahun.....

Unknown said...

RM 62B.... RAMAI LAH ORANG AMNO KAYA LAGI JADI JUTAWAN. KALU PEMERENTAH AMANAH DUIT NEGARA TAK BOCOR LEBIH MAKMUR NEGARA DENGAN PROJEK KERETAPI, LEBUHRAYA, PROJEK HYDRO ,PELABUHAN, AIRPORT DI PANTAI TIMUR. NEGERI NEGERI PANTAI TIMUR KAYA DENGAN MINYAK TETAPI HASIL DAPAT KE PUSAT. SISTEM FEDERALISAM DI NEGARA INI SUDAH FAIL DI KHIANAT OLEH POLITIK KACAU AMNO.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...