Wednesday, October 3, 2012

Loji Nuklear: Kaji Tapak Baru...Perlu Sokongan Rakyat Untuk Bina Cepat


Kerajaan setakat ini hanya mengkaji pemilihan tapak loji nuklear tetapi belum membuat sebarang keputusan muktamad untuk melaksanakan projek tersebut.

Hanya kajian pemilihan tapak yang berdasarkan pelbagai peta digital bagi Semenanjung sahaja telah dijalankan, tanpa sebarang kerja lapangan dilaksanakan hingga kini.

Kajian awal berkenaan hanya tertumpu kepada usaha mengenalpasti “keperluan dan persediaan awal” sekiranya projek tersebut dilaksanakan.

Cadangan pembinaan projek dua loji nuklear itu disenaraikan bawah Projek Permulaan (EPP) dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Status kajian berkenaan, yang disenaraikannya menyebut:

  • Kajian menyeluruh tentang kesediaan perundangan dan kawalselia nuklear negara sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada awal 2013.
  • Kajian kemungkinan yang lengkap termasuk penyediaan Pelan Pembangunan Infrastruktur Kuasa dan kajian pemilihan tapak loji janakuasa nuklear, masih dalam peringkat persediaan untuk dilaksanakan.
  • Program penyebaran maklumat mengenai penggunaan tenaga nuklear untuk kesemua pihak berkepentingan termasuk tinjauan pendapat umum yang komprehensif mengenainya, belum dimulakan.
  • Kajian untuk mengenalpasti atau menubuhkan sesuatu entiti tujuan khas bagi memiliki dan mengendalikan loji janakuasa nuklear sedang diteliti secara amnya.

Tujuan kajian-kajian terperinci ini dilaksanakan adalah untuk memastikan bahawa, semua aspek persediaan telah diambilkira secara terperinci dan komprehensif lebih awal, sekiranya penjanaan kuasa nuklear diperlukan bagi memenuhi permintaan tenaga negara pada masa hadapan.

Pemilihan tapak berkenaan akan menggunapakai kriteria yang disyorkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Perundangan dan peraturan negara juga akan dipatuhi, termasuk dari segi:

  • Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).
  • Penilaian Impak Radiologi (RIA). 
  • Penilaian Impak Sosial (SIA).
  • Penilaian Impak Kesihatan (HIA).

Pada Disember 2010, kerajaan dilapor mengumumkan pelan untuk membina dua loji tenaga nuklear yang mampu menjana 1,000 megawatt.

Projek pertama dilaporkan sedia beroperasi pada 2021 dan loji kedua, setahun kemudian sebagai rancangan jangka panjang menyeluruh untuk bekalan tenaga yang seimbang.

Loji nuklear hanya peringkat kaji tapak baru. Perlu sokongan rakyat dan kerjasama antara kerajaan dan pembangkang untuk memahami bahawa lambat laun krisis tenaga akan menjejaskan kompetitif ekonomi Malaysia.

2 comments:

Karok said...

minta tuan punya blog wzwh linkkan blog saya kedalam blog tuan.http://karokmalam.blogspot.com/

Anonymous said...

UTAMA | TERKINI | SEARCH
Menteri: Kenaikan tarif elektrik tak dapat
dielak
11:44AM Okt 2 2012
Menteri Tenaga, Teknologi dan Air Datuk Seri Peter Chin
Fah Kui berkata penyelarasan tarif elektrik pada masa
depan tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan harga
bahan api antarabangsa termasuk arang batu dan gas
asli.
Walau tidak menjelaskan masa
dan kuantum kenaikan tersebut,
Chin berkata harga tarif yang lebih
tinggi akan menggalakkan
masyarakat menjimatkan tenaga
dan beralih kepada teknologi
hijau.
Dalam satu wawancara dengan
akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily, Chin
mendedahkan bahawa penggunaan elektrik negara
meningkat 3.4 peratus setiap tahun, lebih rendah
daripada pertumbuhan KDNK.
Katanya, perkara itu menyebabkan kerajaan meluluskan
lebih banyak loji tenaga dan mengambil kira loji tenaga
nuklear.
Dengan memberi contoh Denmark, yang merekodkan
penggunaan elektrik yang stabil sejak 20 tahun lalu, Chin
berkata pertumbuhan ekonomi yang tinggi tidak
semestinya melibatkan penggunaan tenaga yang tinggi.
"Mungkin tidak tidak dapat elak peningkatan
penggunaan tenaga namun jika kita boleh
mengurangkan peningkatan, kita boleh lambatkan
pembinaan lebih banyak loji tenaga," katanya.
Beliau turut
menekankan
kepentingan
untuk
meningkatkan
kesedaran
kepada orang
ramai dan
kanak-kanak
untuk
menjimatkan tenaga.
Menurut laporan itu, Chin mengakui bahawa kerajaan
mengambil kira rancangan untuk membina sekurang-
kurang sebuah loji tenaga nuklear pada masa depan,
namun tiada keputusan muktamad dibuat, katanya.
Chin pada minggu lalu enggan mengulas apabila ditanya
sama ada kenaikan tarif elektrik itu akan dikuatkuasa
pada November.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...