Sunday, October 7, 2012

MB Pahang Beramah Mesra Dengan Komuniti Cina Tanah Putih



















Majlis MB Pahang DSD Adnan Yaakob beramah mesra dengan penduduk Tanah Putih terutama komuniti Cina berlansung dengan meriah di SMK Tanah Putih dari pukul 2 petang sampai 6 petang hari ini.

Lebih 2500 orang Cina sudah menunggu MB Pahang sejak tengahari lagi kerana ada pertandingan tarian Oppa Gangnam Style dari Korea Selatan yang demam popularitinya melanda dunia. Selain itu cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah menarik menunggu pemenang bertuah.

Majlis yang meriah dan santai ini dianjurkan oleh NGO Persatuan Tarian Singa Hong Keng Kuantan. MB Pahang juga turut menyampaikan anugerah kecemerlangan PMR dan SPM 2011 pelajar SMK Tanah Putih.

WZWH berkesempatan menyerahkan permohonan peruntukan untuk SMK Tanah Putih dan Kelab Staf kepada DSD Adnan Yaakob secara rasmi pada majlis tersebut.



















DSD Adnan Yaakon MB Pahang memegang seorang bayi sejurus tiba  bersalaman dengan orang ramai.



















DSD Adnan Yaakob MB Pahang sedang menikmati tarian singa. Kelihatan disebelah MB Pahang ialah penasihat majlis iaitu Dato' Ti Lian Ker dan Dato' Tengku Zulkifly Tengku Ahmad orang kuat dibelakang majlis mengumpul orang cina ini.



















Pertunjukan tarian singa dari Persatuan Tarian Cina Hong Keng Kuantan.



















Para hadirin selepas menyanyikan lagu Negaraku terus menyanyi lagu 1Malaysia sambil mengibar bendera Malaysia.



















Siapa kata orang cina tidak menyokong BN? Hanya pembangkang dan Sakmongkol AK47 cakap orang Cina sudah lari dari BN. 



















DSD Adnan Yaakob MB Pahang berucap.

Beliau mengingatkan komuniti Cina bahawa majlis beramah mesra bersama MB bukan dibuat sebab gimik PRU. Dulu tiada pihak mahu menjemput beliau. Sekarang MB Pahang datang.

MB Pahang berterimakasih kepada komuniti Cina yang ramai datang sanggup tunggu beliau sejak tengahari lagi.

Dengan politik yang aman boleh berkumpul hari ini tanpa halangan seperti di negara lain perang saudara meletus.

Kerajaan BN menjaga semua komuniti dan kaum. Mana yang boleh beri dan layak diberi. Mana yang tidak boleh cuba beri mana yang mampu atau fikir cara lain.

Orang Cina boleh berniaga, bekerja tiada orang mahu kacau. kerajaan BN membantu mana yang boleh.

Orang Cina Kuantan mahu sekolah menengah persendirian swasta Cina kerajaan BN beri. Ini menunjukkan    orang Cina Kuantan menyokong projek Lynas sebab itu mahu minta kerajaan BN benarkan bina sekolah menengah persendirian Cina kerana berasakan Kuantan selamat persekitaran!

Banyak bantuan kerajaan Pahang beri kepada orang Cina setakat yang mampu.

Dari segi pendidikan, kerajaan Pahang melalui Yayasan Pahang cukup amat membantu pinjaman dan biasiswa pendidikan kepada anak-anak negeri Pahang tidak kira bangsa. Semua Melayu, Cina dan India yang layak dipertimbangkan dapat.

Berapa ramai anak-anak Cina dan India yang mahu jadi doktor berjaya menjadi doktor dihantar oleh Yayasan Pahang ke Rusia, India, Indonesia dan Mesir terutama anak-anak Melayu.

Yayasan Pahang yang ditubuh oleh DS Najib semasa menjadi MB Pahang pada tahun 1983 telah dikembangkan semasa Tun Khalil dan lebih pesat pertumbuhan semasa era DSD Adnan Yaakob.

Kalau pada awal penubuhan Yayasan Pahang hanya RM1.5 juta diperuntukkan setiap tahun. Kini diera DSD Adnan Yaakob MB Pahang peruntukan telah bertambah sebanyak RM200 juta setiap tahun.

Hingga kini lebih RM1 bilion dihabiskan untuk pinjaman pendidikan dan biasiswa kepada 750,000 pelajar dan murid Pahang.

WZWH sendiri mendapat kemudahan bila pinjaman pendidikan MBA telah dinaiktaraf kepada biasiswa kerana CGPA yang cemerlang membuatkan WZWH boleh saving RM20,000 diberi kelulusan oleh MB Pahang.

DSD Adnan Yaakob mengingatkan jangan terpedaya dengan helah pembangkang senang-senang mahu tukar kerajaan. Ada barang yang tidak boleh mudah ditukar. Hanya BN boleh memberi servis yang baik dan adil kepada rakyat.

DSD Adnan menambah lagi jangan tukar kerajaan nak tukar MB boleh tapi di Pahang kalau boleh kekal MB lagi kerana beliau ada banyak agenda lagi mahu dibuat.

MB Pahang berterimakasih kepada komuniti Cina yang sudi datang menghadiri majlis beramah mesra menunggu beliau dari tengahari sampai petang.



















DSD Adnan Yaakob MB Pahang menyampaikan anugerah pelajar cemerlang PMR dan SPM 2011 SMK Tanah Putih.



















Suasana santai di majlis beramah mesra dengan MB Pahang.






















































DSD Adnan Yaakob MB Pahang sedang 'press conference' menjawab pertanyaan pemberita. Ada soalan yang ditanya adakah MB Pahang mahu buat lagi program majlis ramah mesra bersama MB dengan komuniti Cina.

Program ini sememangnya bagus kerana sebenarnya melibatkan semua pihak. Yang penting sokongan orang Cina kepada BN tetap utuh bila tiba masanya.

15 comments:

Anonymous said...

Bagus la buat programe begini...selepas ni x merasa dah...Hari2 akhir se orng MB..lepas ni blh jd ketua pembangkang,itupun klau menang PRU

Anonymous said...

"DIA OLANG KASI, KITA AMBIK.. INI LUIT BUKAN DIA OLANG PUNYA. DIA OLANG INGAT DIA OLANG BOLEH BELI UNDI...BELUM TENTU MAA", demikian ungkapan uncle Lim kepada saya sebaik saja majlis tersebut selesai.

Sampuk saya, "WAU! LU SUDAH CERDIK SEKARANG". Uncle Lim jawab mudah,"ITU TUAN GULU NIK AJIS KASI TAU MAA".

Anonymous said...

bila PRU gua mau kasi undiii PAaaaaSSS laaaa

Anonymous said...

Kita olang mahu tatang jugak. Lu Dinan lu lulu milang itu mahu kasi sama kita olang tanah. Itu tanah risak mulayu pon lu bolih kasi. Kita olang cina latang makai sluar mindik saja makai maju t sulah cukupla. Kita mukan maw undi itu bein tapi kita maw itu tanah saja. Ini bangkang pon kita maw undi dia olang muleh kasi tolong.

Anonymous said...

cina diutamakn dr anak melayu.... Ramai lg melayu yg merempat..gaji x seberape, sewa rumah bapok la mahalnye...nak beli umah confirm x mampu apatah lg tanah weh... Mende kita dpt slame ameno memerintah pahang ni.. Makin susoh ada la.... Hutang kerajaan negeri pn ngalohkan kelantan(pass) apa cite tu... Hasil bumi banyok...balok, bijih besi dll... Ari2 lori bw balok n bijih lalu kat jalan kita...tapi kerajaan negeri pahang tetap xdok duit...kemana hasil2 bumi pahang ni pegi...ce sape2 yg tau tu bg tau aku ckit kemane pg nye hak rakyat pahang ni... Org dalam pn ada kabo mmg kerajaan phg x beduit lansung..ea ke??????????

Anonymous said...

tak ada yang betul yang kerajaan buat.semua salah.bengong betul manusia jenis ni tak tau bersyukur langsung dengan kemudahan dan kesenangan yang dikecapi.abu jahal betul kau orang ni!

Anonymous said...

Kepala hotak kau. Orang rompak kita RM20K misalnya cuma tinggal kat RM200, adakah kita patut berterima kasih kpd perompak tersebut? Kalau nak ckp pasal kemajuan, aku nak tanya Singapura dgn Msia tu, negara mana yang besar? Siapa yang maju antara kedua negara tersebut? Apa hasil bumi negara tersebut? Dgn thailand pun kita dah kalah sekarang ni, kau tau tak?

Anonymous said...

Hoi anon10.07pm..bersyukur kepala bapak awk,Buat tmpt judi di genting,bukit tinggi nak kena bersyukur undang2 islam x nak tegakkan
Siapa abu jahal..celaka punya Umno

Anonymous said...

Buat pusat judi dan menyundal tu tumpanglah sekaki pemerintahan ari ni, jika kita xpegi xtumpang sekaki mungkin terlepas kot. Masalahnya tanah yang seluas tu di negeri Pakhang boleh ejes2 sikit bagi ke rakyat. Kaki tangan kerajaan nak balik ke pahang pon tak sanggup. nak ke tapak sikit untuk pacak tiang gangau empat lima batang pun kena berapa tapis dulu. Nak tengok awak alamat mana dan ngundi mana dan parti apa lagi macam hal. Sabit tu pemimpin ameno nih berebut nak jadi ketua bahagian/ketua pemuda/adun dan ketua segala mak bapak projek.

Anonymous said...

yg salah mmg kita cakap salah bro.. Yg betul kita cakap betul...kas x nok jd mcm org ameno yg saloh pn kate betul.. Kas nak tanye btl2 ni...mane peginye HASIL BUMI NEGERI PAHANG ni... Harap ke karam sigh walia tolong, dia dah karam dgn gelaran dato' dah(kena beli dah)....ce en anon 10.07 jawab ckit... KEMANA HASIL BUMI NEGERI PAHANG PEGI??? HAK ANAK2 CUCU CICIT PAHANG

Anonymous said...

anon 11:55, Kelantan lagi teruk, jika ic selain dari 03- jangan harap nak pohon tanah, kat pahang kira ok lah, orang sana datang sini tebang tebas buat tanpa kelulusan, pas tu boleh mohon pulak, cuba perincikan orang luar dapat tanah kat pahang ne berapa ramai, khususnya orang kelate?, hok betul kita citer betul, jagn dok spin2 lah

Anonymous said...

Anon 10:09
Kalau orang cina atau india atau bangla atau myanmar atau nepal tebang tebas dan dapat tanah macam mana pula? Orang Kelantan Islam tebang dan tebas hutan dan semak samun diPahang awak tak suka.

Kebencian awak terhadap sesuatu kaum itu tidak rasional dan bijak. Apakah awak akan setuju jika orang Myanmar/Bangladesh/Nepal/Filipina/Indonesia/Thai mendapat tanah kalau mereka memangkah UMNO?

Apakah awak tidak merasa keciwa dengan tindakan UMNO mencuri hak royalti rakyat Kelantan?

Keluarlah dari Jerantut kalau ingin berfikir lebih bijak Anon 10:09

Anonymous said...

ANON 1:21 saya tak kesah pun orang cina, bangla, myamar atau kelantan sekali pun ,jika undang undang tubuh kerjaan telah membenarkan pemilikan tanah tersebut, tak lulus pun berapa ramai orang orang cina juga kelantan tebang tebas tanah di pahang ne, akhirnya buat permohonan lulus juga, tapi boleh ke orang luar tebang dan mohon untuk mendapat kan milik kekal tanah di kelantan, dah berapa ramai agaknya orang pahang yang mendapat lot lot tanah pertanian yang di anugerahkan oleh kerajaan kelantan, itu isunya, sam juga berapa ramai orang perlis, pahang atau perak, yang menjadi ketua jajahan di daerah di kelantan, jika di sini di panggil pegawai daerah,kenapa jawatan tersebut tertutup?, yang orang kita hendak, yang kita kemut habis, duduk dalam satu negara?, BUKAN NIAT MENBENCI SESATU KAUM, TAPI BIAR LAH ADIL

Anonymous said...

sbb tu tanah2 kelantan terjaga...masalah nye kat pahang ni byk sgt pegawai atasan yg bleh dibeli.....

Anonymous said...

kat kelantan tu jika pegawai pun boleh di beli sekali pun dah undang undang tubuh kata tak leh beri pada orang luar nak buat guana, sini tak beli pegawai pun, orang kelantan yang jadi pegawai, contoh, kampung cik AWAS, RATA RATA ORANG KELANTAN YANG TEROKAI,JANGAN LAH CKAP ORANG PEGAWAI ATASAN BOLEH DI BELI, SAMA JER ORANG KELANTAN PEGAWAINYA BERI PADA KELANTAN JER, ORANG PAHANG DAN ORANG TEMPAT LAIN ADA JUGA BERI PADA ORANG KELANTAN JUGA, MEMANG DAH DASAR BELANDA ORANG KELANTAN NE?

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...