Nuffnang Ads

Pages

Monday, October 1, 2012

Bajet 2013 Kesan Penting Kepada Pahang dan Jerantut


Bajet 2013 diumum oleh DS Najib dengan perbelanjaan RM251.6 bilion dan hasil RM208.6 bilion. Sudah tentu bajet 2013 beri kemakmuran kepada seluruh negara.

WZWH berminat menyentuh apa bajet 2013 beri kesan penting kepada Pahang dan Jerantut.

Walau ada 111 inisiatif atau touch points cukuplah WZWH cakap ada 3 dalam posting ini memberi kesan penting kepada Pahang dan Jerantut iaitu:

  1. RapidKuantan
  2. Kawasan jelapang padi baru
  3. Jalan luar bandar

RapidKuantan memberi servis sistem pengangkutan awam yang cekap dan berkesan bagi kemudahan penduduk Kuantan dan sekitar bermula 1 Disember 2012 melalui 3 fasa oleh Syarikat Prasarana. Ciri-ciri negara maju ialah sistem pengangkutan awam yang cekap dan berkesan serta berkualiti seperti di UK dan Jepun.

Kawasan jelapang padi baru diumumkan oleh DS Najib di Pekan dan Rompin dengan perbelanjaan RM140 juta. RM5.8 bilion untuk sektor pertanian. Subsidi dan insentif RM2.4 bilion untuk petani mengurang kos pengeluaran. Skim insuran untuk tanaman padi melegakan pesawah kecil jika berlaku bencana,

Cuma WZWH agak kesal terdapat di Jerantut tanah terbiar dan paya seluas 7,000 hektar untuk tanaman padi dan sayur-sayuran. Jerantut ada banyak kawasan paya tradisional yang diusahakan untuk tanaman padi sejak beratus-ratus tahun dulu.

Bila kita mengusahakan tanaman padi dan sayur-sayuran, kita menolong ekonomi negara dengan tidak payah mengimport beras dan sayur-sayuran.

Kawasan yang boleh diusahakan semula ialah Paya Kangsa, Pulau Tawar, Batu Balai, Jeneris, Damak, Tembeling Tengah, Empang Siat, Paya Poh, Bantai, Tahan, Kampung Tampin dan Kampung Baru.

Sepatutnya pegawai kerajaan yang berkenaan dan wakil rakyat bawa perkara ini ke pengetahuan Kuantan dan Putrajaya supaya boleh DS Najib masuk dalam bajet 2013. Supaya 4 kawasan jelapang padi baru dengan keluasan 19,000 hektar dapat ditambah 7,000 hektar lagi yang ada di Jerantut.

Pembangunan luar bandar berjumlah RM4.5 bilion dan jalan luar bandar diperuntukkan RM1.2 bilion. Ini termasuk peruntukan Projek Jalan Ulu Tembeling fasa 2 dari Kampung Pagi ke Kampung Mat Daling kos projek RM280 juta.

Projek Jalan Ulu Tembeling fasa 1 dari Kampung Tuit Kuala Tahan ke Kampung Pagi kos projek RM121 juta sedang berjalan dijangka siap 2014. Diharapkan Projek Jalan Ulu Tembeling dapat progress mengikut jadual dan ikut peruntukan.

17 comments:

Anonymous said...

Jangan diungkit jalan ulu tembeling
Kerana Akan merosakan kehijauan
Taman Negara sahaja.

Cukuplah jalan setakat Kpg pagi sahaja
Kerana Kpg pagi tu kira ulu sangat.
Tak produktif dan merugikan alam
Sekitar sekitar jangka masa lama.

Anonymous said...

woi simamat...ko tau tak...kat ulu tembeling tu hutan dah semua bogel. mana ada kehijauan dah...dah habis balak2 kat sana. Molek bebenar jalan itu dibuat.

Anonymous said...

Kas rasa tanpa jalan ulu Tembeling dah bogel
Lu pikir sendiri bila Ada jalan
Biarlah ulu Tembeling tetap ulu termasuk dengan orangnya




Anonymous said...

Ko jgn cakap yg bukan2. Lagi hijau alam semula jadi, lagilah melecor air liur. Sabit tuh berebut sangat nak jadi pemimpin as Ketua Bahagian/ADUN/AP AJK pun tumpang dan tak kiralah jawatan sebagi Tok Empat. Jika Tok Batin tu kira oklah juga ditukar dengan beras dan tembakau Cap singa tembakau buku besao.

Anonymous said...

Kalau awok pergi ulu tmbeling,
Sayang weh kalau ada kereta
Semua buaya merosok

Anonymous said...

Sebagaimana biasa, PM tidak menyebut sepatah haram pun mengenai J'tut. Nama Pekan, Kuantan, Temerloh dan Rompin telah bermain dibibir PM semasa pembentangan Bajet yg lepas.

Persoalannya, mengapa J'tut dipinggirkan...Sebabnya pertama, J'tut tiada orang kuat. Kuat dgn erti kata wakil rakyat yg boleh memain peranan yg penting serta bersuara lantang di parlimen. Yg sedia ada didapati tidak bermaya, lebih mementingkan diri drp keperluan rakyat...


Ke dua, Orang Melayu J'tut jenis tak kisah..asal boleh makan dan dapat beli kereta dgn loan cukuplah. Yg menjadi kebangaan mereka tak lain, hanya berkaitan bandar J'tut yg semakin membesar dgn pasar raya serta kedai2 dan rumah2 yg tumbuh macam cendawan walaupun berharga tinggi..dan mereka tak mampu memilikinya.

Soal kek ekonomi yg tidak berkembang mereka tak ambil pusing. Bagi mereka asalakan harga sawit dan getah tak turun cukuplah....

Sampai bila J'tut akan dipinggirkan...mungkin selagi ada puak2 Wan dan kerabatnya mendominasi polotik 'Pak Pandir' di Jerantut.

Anonymous said...

Bajet
DS Najid Pakai baju melayu hijauaaaaaaaaa
Bior orang kampung tau
PM suka hijau

WZWH (Wan Zamzuri bin Wan Hasenan AMP) said...

Anon 2:37,
WZWH tak mahu cakap banyak....tunggu lawatan DS Najib ke Ulu Tembeling bulan Oktober nanti....Kita semua orang Jerantut dengar sendiri apa DS Najib nak cakap dan umum....

Anonymous said...

wZWH

Ini link antara analisis bajet 2012. Tolong sembelihkan skit...pandai aje nak buat cerita bohong pasai PM kesayangan kite

http://www.financetwitter.com/2012/10/budget-2013-what-the-government-doesnt-want-you-to-know.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Financetwitter+(FinanceTwitter)

Hidup Jantut!

Anonymous said...

Nampaknya Kuala Tembeling tidak Ada dalam
peta politik Ameno.
Dah lama. Dah 5 PRU lenyap.
Mungkin orang ameno dah lupa.
Tapi ORANG KUALA TEMBELING ORIGINAL
tidak lupa.

Mari sokong PAS ramai-ramai

Anonymous said...

Ikut engkau lh nk sokong sape,tak yah ckp lah,nk pangkah PAS.DAP atau pkr.tak dok sape nok ambik kesoh

Durian Gugur said...

Sapa cakap jerantut dilupakan dalam bajet 2013?
1.harga gula telah dinaikkan dan rakyat jerantut akan mendapat manfaatnya.rebat bg belia 200 inggit utk membeli gajet tapi RM 800 kn tambah.pastu kn beli dgn pengedar di jerantut yg terpilih shj.padahal jika bg 200 terus kpd belia,beliau boleh beli banyak model di pasaran bwh rm 500.diskaun 20% bg anak jerantut yang melunaskan ptptn secara sekaligus.bayangkan anak jerantut yg terdiri dari kalangan anak penoreh getah dan peneroka felda akan menyerbu pejabat ptptn untuk membuat bayaran secara sekaligus bg mendapatkan diskaun 20%.peruntukan sawah padi di pekan dan rompin akan menyebbkn penghijrahan rakyat jerantut ke pekan dan rompin bg mendapatkn peluang pekerjaan.Sapa cakap jerantut dilupakan dalam bajet 2013?
1.harga gula telah dinaikkan dan rakyat jerantut akan mendapat manfaatnya.rebat bg belia 200 inggit utk membeli gajet tapi RM 800 kn tambah.pastu kn beli dgn pengedar di jerantut yg terpilih shj.padahal jika bg 200 terus kpd belia,beliau boleh beli banyak model di pasaran bwh rm 500.diskaun 20% bg anak jerantut yang melunaskan ptptn secara sekaligus.bayangkan anak jerantut yg terdiri dari kalangan anak penoreh getah dan peneroka felda akan menyerbu pejabat ptptn untuk membuat bayaran secara sekaligus bg mendapatkan diskaun 20%.peruntukan sawah padi di pekan dan rompin akan menyebbkn penghijrahan rakyat jerantut ke pekan dan rompin bg mendapatkn peluang pekerjaan.
Kpd anon2 semua,rakyat jerantut tidak pernah dilupakan dlm bajet tersebut..

Bagi mengekalkan keindahan flora dan fauna di daerah jerantut,kita sbg anak jerantut mesti bersatu bersama pemimpin bn jerantut menolak peruntukan yg cuba dianugerahkn oleh kerajaan pusat..

He3333
Nasib kg ku,jerantut..

Anonymous said...

kawe pduli ape jlantut bukan kg kahhh kawe anak peneroka jeeee kami dpt beli harta dah d sini jwtn dah byk puak kawe dpt dlmpolitik pun ramai org luar umno jlantut yg hebat org luarrrr org jlantut kawe lage je dlm umno heeeeee nak name kawe bgiiiii nak keeeeeee

Anonymous said...

Peneroka jadii alat politik
Meminggir rakyat kampung tradisional
Semua bajet Dan infrastruktur dibawa kekawasan
Felda
Rakyat asal terpaksa pindah ke Felda
Dan kampung tradisional sepi Dan banyak
Diambil peluang Oleh pendatang kelantan.
Rakyat yang masih tinggal di kampung tradisional
Terpaksa bernafas dalam debu. Penuh Susah
Payah untuk hidup. Tanpa bantuan untuk
Setiap hari Dan sepanjang tahun macam
pendatang Felda.
Itulah nasib orang kampung. Takkan nak minta
duit tiap2 bulan Dari wakil rakyat walaupun Peruntukan duit rakyat memang Ada.
Tapi AWAS, nasib pendatang Felda mungkin
Berubah.

Anonymous said...

Kas peneroka J12. Kas tak teringin langsung nak beri kat Felda untuk urus ladang sawit kas seluas 10 ekar. Tau sebab apa? Mereka tak urus ladang dgn betul...Kawan2 kas yg serah ladang kat Felda cuma dapat hasil buah sawit tak sampai 10 tan sebulan banding dgn kas dapat boleh mencecah 15 tan sebulan. Bila kas perati, yg serah ladang kat Felda kebanyakkan org tempatan Phg yg kuat UMNO...

Lagi satu, macam2 kos yg dikenakan oleh Felda ke atas peneroka2 yg menyebabkan kos setan buah sawat mencecah RM250 setan berbanding yg kas buat sediri cuma kira2 RM150 setan. Bayangkan kalau buah sawit berharga RM600 setan, mereka cuma dapat RM350 setan atau RM3,500 sebulan sementara kas pulak dapat RM450 setan atau kira2 RM6,000 sebulan.

Kas kesian sangat kat kawan kas tu...tah abih2 kena 'tipu'. Kas kata tipu sbab produktiviti tak meningkat manakala kos tersangat tinggi banding Sime Darby, IOI...

Org atas Felda ni bukan buat kerja sangat..sibuk nak melayan pengerusi Felda. Manakala pengerusi Felda sentiasa nak ikut 'buntut' menteri Felda. Lihat kebelakangan ni sibuk pasal kerja2 listing FGV...yg pasti menguntungkan pegawai2 atas Felda dan kawan2 mereka...kerja2 asasi dah mula diketepikan. Macamana nak produktif...

Kpd peneroka2 Felda, cukup2lah kena tipu...kita pakat tukar kerajaan, nasib kita jadi lebih baik....

Bajet 2013 bukn ada menda...Najib cuma pandai beri ikan yg dah masak kpd rakyat...itulah kerja yg dia pandai. Defisit belanjawan masih ditahap tersanggat tinggi 4%...menyebabkan hutang yg kita semua kena tanggung tersanggatlah tinggi...







Anonymous said...

Sokong Anon 10:27
Gua caya lu

Anonymous said...

Patut le Anon 10:27 dapat 6,000 sebulan, dia cerdik. Pasai bajet 2012, defisit belanjawan pun dia tau.

Orang cerdik susah le nak ditipu hidup-hidup.