Wednesday, October 10, 2012

Kenapa Orang Cina Malaysia Paling Ceria Dalam Dunia?



















Orang Cina di negara lain ramai lebih minat berniaga. Tidak ramai yang minat politik. Dulu pun Tunku Rahman kata orang Cina lebih tumpu kepada bisnes, biar orang Melayu berpolitik.

Jika dibandingkan dengan orang Cina di US dan UK, di Malaysia ramai orang Cina minat politik. Ramai orang Cina jadi ahli parlimen, ADUN, Menteri dan EXCO dan Ketua Menteri.

Kenapa orang Cina Malaysia paling ceria dan bahagia dalam dunia? Ini faktanya:

  • Orang Cina memiliki 76% bangunan komersial, rumah kedai, properti bisnes jauh terlebih tingggi dari orang Cina US dan Orang Cina UK walau DEB dikatakan diskriminasi.
  • Orang Cina memiliki equity korporat 36.7% manakala Bumiputera hanya 21.9%
  • Orang kaya Malaysia terdiri dari 80% orang Cina, 15% orang Melayu dan 5% orang India.
  • Orang Cina bebas berniaga dan membangunkan SME.
  • Orang Cina bebas mengamalkan agama dan budayanya.
  • Ada banyak macam-macam tokong dibina.
  • Ada banyak gereja dan Pusat Servis Kristian.
  • Orang Cina boleh bersekolah Cina dan mengoperasi Sekolah Menengah Persendirian Cina.
  • Orang Cina boleh memiliki tanah dan harta.

Walau pembangkang mengatakan kerajaan BN tidak adil kepada orang Cina namun fakta di atas memberi bukti bahawa kerajaan BN sangat adil kepada orang Cina.

Kenapa pembangkang kata orang Cina tidak menyokong kerajaan BN. Sakmongkol AK47 kata 80% orang Cina menolak BN!

Oleh kerana orang Cina sungguh berpengaruh dalam perniagaan dan kewangan maka Pakatan Rakyat terutama DAP memberi jalan dalam mengambilalih pentadbiran dari UMNO dan BN. Terbukti mereka berjaya di Pulau Pinang, Selangor dan Perak.

Lebih kuat PKR dan PAS membenci UMNO dan tidak mahu berkawan dengan UMNO lagi DAP suka kerana Putrajaya itu objektifnya.

Apa yang majoriti orang Melayu berfikir mengenai trend politik terbaru ini? Adakah dalam dunia ada puak majoriti akan membenarkan puak minoriti menguasai politik?

Mengikut kemahuan DAP akan menyenangkan orang Cina buat kepentingan jangka pendek. Dari segi jangka panjang bila majoriti orang Melayu mengkaji semula trend politik ini maka orang Cina akan kerugian dari segi jangka panjang.

Apa yang berlaku di Sarawak dalam PRU terbaru contoh baik bila tiada wakil orang Cina dalam kerajaan Negeri Sarawak yang mentadbir negeri.

Fakta-fakta yang dibentangkan di atas adalah bukti bahawa orang Cina tidak pernah di kacau mahu berniaga , boleh berbudaya, bebas beragama, boleh bersekolah Cina dsb.

Orang Cina Malaysia paling ceria dalam dunia sebab tidak ada ahli politik Melayu yang berfikir seperti Robert Mugabe atau Hitler mahu pun Soekarno!

18 comments:

Anonymous said...

Yg menyebabkan Melayu ketinggalan adalah KAMU. Yg menyebabkan Melayu hilang tanah reserve Melayu adalah KAMU. Yg menyebabkan Melayu Kelantan dan Melayu Trengganu tidak dapat hak ke atas royaliti minyak adalah KAMU. Yg membiarkan gejala sosial melanda dikalangan remaja Melayu adalah KAMU. Yg menjadikan Melayu Sri Langka, Melayu England dan Melayu Sauth Afrika berjaya dalam perniagaan kerana tiada KAMU. Yg menjual tanah kooperasi Melayu kepada syarikat MCA sehingga tercetus skandal PKFZ bukan orang lain melainkan KAMU. Isu Bank Bumiputera yg ditelan oleh bank yg lebih kecil adalah kerja KAMU. Yg menjadikan bandar Jerantut adalah bandar Cina adalah puak2 KAMU. Yg memajakkan tanah Temin kpd taukeh Goh adalah geng2 KAMU.

Jadi KAMU jangan berselindung disebalik daun pisang...setelah dedaun menjadi kering segala macam bentuk tubuh KAMU yg kurap, pekong akan terserlah.

Tabiat kamu, setelah tersepit dan batang tubuh kamu mula ditelanjangkan maka KAMU mula menuding jari kesalahan kpd pihak lain sebagai agen Yahudi...rakan Soros, makan semangkuk dgn DAP dan berbagai2 lagi.

Siapa KAMU? Tanyalah Kampung Man, Kutukan Dewata atau mungkin juga Anon 5.01 pasti mereka terketar2 menjawabnya. Pasti mereka akan berkata KAMU adalah PAS...

Anonymous said...

Anon 7:14
' Kamu ' hanya berkerjasama dengan
Cina zionis.
Tidak seperti zaman sriwijaya Dan
Zaman Melaka, tanah melayu
berkawan dengan cina tradisional.
Itulah yang merosakan orang
Melayu.

Anonymous said...

Hanya 15% orang kaya M'sia terdiri dikalangan Melayu. He3x. 15% ini bukanlah orang Melayu PAS. Yg pasti tersenarai termasukalah anak Mahathir, anak menantu Pak Lah, adik Najib....anak Tun Ghafar pasti tercicir.

Kampong man said...

Salam Wan,

Satu topik yang menarik.Buat masa ini saya terlalu sibuk dengan urusan kerja.Insyallah, nanti bila ada masa kampong man beri pandangan.

Masih ada percubaan menyalahkan UMNO atas semua kegagalan dan kejayaan tidak pula dicanang.Mudah menuding jari pada KAMU sedangkan lebih banyak jari menuding ke DIRI SENDIRI.Serpihan ini banyak ada di blog anti kerajaan saperti di blog bro Sakmongkol , Aspan dan Pirates of Putrajaya.Bacalah pandangan gheng lama disana dan lihat bagaimana penulisan bercelaru mereka yang lebih berminat meracun pemikiran pembaca dan tidak balance dan amat prejudis. Mengunakan ugama bagi tujuan politik lagi saolah olah oranf UMNO kafir dan mereka lebih Islamik.Orang orang ini saya jemput hadhir diblog Wan tanpa tapisan.Insyaalah kita bincang secara ilmiah nanti.Salam.



pandangan.Ada bernsu

Anonymous said...

Anon 10, 2012 12:55 pm

Pegangan equiti orang Melayu tidak sampai angka dua peratus pun. Saya setuju dengan Anon 10, 2012 7:14 am  atas sebab sebab asas, mengapa? 

Kutukandewata said...

gejala sosial pun salahkan kerajaan.mak bapak dia orang buat apa?

anak sape2 pun tak kira umno atau pas akan terjun ke kancah gejala sosial kalau mak bapak asyik berpolitik dan tak mahu ambil tahu hal anak2.

mengumpat ke sana sini akhirnya anak sendiri jd hantu seharu-haru.

kerajaan tak suruh pun kau orang merempit,berzina,meliwat,buang anak,dan lain-lain lagi.

bukan salah ibu mengandung tapi salah bapak tak pakai sarung!!!!

Anonymous said...

Bodoh mcm lembu shsrizat kutukan dewata ini...siapa yg meluluskan konsert2,lesen judi,tv3/4 dan segala mcm bentuk maksiat.Kita blh kawal anak3 didlm linkungan kita aje tp bila fi luar rumah????siapa

Anonymous said...

Kerja orang2 umno memang hebat bak jual menjual, jual tanah, jual balak, jual bijih besi dan terakhir tok nan sibuk nak jual air. Melayu umno tak pandai berniaga itu sebab ah chap di jerantut frankie di ktn kaya raya atas jualan puak2 umno. syabas puak umno yang di dokong olih kutukan dewata dan yang sewaktu dgnnya.

Kampong man said...

Salam Wan dan pembaca yang dihormati,
Part 1 -Politik kaum Cina - The smart Alex

Orang Melayu tidak kira apa fahaman politik harus bersatu demi survival bangsanya. Perpecahan yang ada sekarang langsong tidak membantu mereka, period.

Kampong man pernah menulis bagaimana bijaknya rakan kita kaum cina berpolitik dan berniaga .Pada 2004 mereka bertekad dibawah BN dan memberi satu kemenangan terbesar pada BN sejak selamanya BN memerintah.Pada 2008 mereka mengajar MCA , Gerakan dan UMNO dengan kebijaksanaan mereka menolak parti itu dan berdiri menyokong DAP sahinggakan Gerakan dan MCA kecundang besar. Sentimen sepadu kaum ini akan berterusan ke PRU 13 memberi mandat pada DAP memenangi lebih banyak lagi kerusi kepada lebih dari 38 kerusi pada analisa Kampong man (2008 -DAP dapat 29 kerusi) dan ini tidak termasok kerusi kemenagan Sakmongkol dan Aspan yang kini amat hebat menghentam parti UMNO dulu kiri kanan depan dan atas membantu DAP asalkan ABU.Bolehkah mereka berjaya kita tidak tahu.Yang pasti DAP akan tetap menjadi parti tunjang PR bukan PKR dan bukan PAS.

Kaum Cina kini sudah dan sangat bijak berpolitik. Mereka sekarang punyai wang dan kekayaan tidak saperti nenek moyang mereka dahulu yang datang dari tanah besar cina membela nasib keluar dari kemiskinan dan kesusahan hidup mencari rezeki di tanah bertuah ini tanpa ada minat pun dalam politik Tanah Melayu dulu.Sekarang bertukar kan ?.

Kampong man tidak hairan pun siapa yang mereka hendak pilih .Mereka boleh menolak BN sekira itu yang mereka mahu dan sanggup menerima risiko tanpa representation dalam BN yang jelas mempunyai peluang amat cerah untuk berpegang PUTRAJAYA.Indicator baik terbaru adalah kemenangan 85% kerusi Pro Asasi yang memihak kerajaan di Pilihanraya Kampus Universiti baru ini.

Apa salahnya kaum Cina mahu mencuba satu scenario baru pula. Mana tahu mungkin lebih baik.Inilah hebatnya demokrasi kita di Malaysia ini memilih yang terbaik setiap lima tahun sekali.What is the big deal ? Tetapi selama 55 tahun ini BN belum terjejas lagi.Yang akan datang kita belum tahu lagi.

Sebenarnya dari segi politik hanya orang Melayu yang menentukan hala tuju pemerintahan Malaysia BUKAN kaum Cina.Maka amatlah penting mereka bersatu terutama ketika orang Melayu sedang bercakaran berpecah.Jangan salahkan kaum Cina salahkan sikap kita semua orang Melayu.Fikirlah sendiri pasal percaturan the smart Alex ya .

@ Part 2 -The way forward ( To be continued kalau ada masa)




Anonymous said...

Dulu tak timbul pun soal perpaduan MeLayu...Bila UMNO nak hilang baru kuasa baru ingat perpaduan...Dah terlambat, PAS vs UMNO di kawasan Parlimen MeLayu, DAP vs MCA/GERAKAN di kawasan majoriti Cina....Apa masalahnyer....? Kalo betol nak kuat MeLayu mengapa Negeri-Negeri Kelantan, Terengganu Dan kedah tidak ditambah kerusi Parlimen sekitar tahun 1999-2004 dahulu....Walhal persempadanan Semula tahun 2002, banyak
Kerusi Parlimen campuran ditambah di sebelah Pantai Barat seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang serta Johor....sebab mudah saje..Org Cina ketika itu menyokong BN ketika itu.....Sekarang terima akibat kamu wahai pemimpin UMNO......Dari Kuala Retang/ Jerantut ke Raub.....

Anonymous said...

Memandangkan UMNO sebuk sangat nak bersatu dgn PAS tiada jalan lain melainkan..pakat org Melayu atau Umno sokong PAS pada PRU13. Jika ini berlaku 90 kerusi yg dipertandingkan UMNO menjadi milik PAS (PAS bertanding dikwsn UMNO shj). Dgn cara ini PAS menjadi suara majoriti di parlimen dan dgn kuasa yg mereka ada banyak perkara dapat dilakukan demi manafaat umat Islam dan Melayu amnya.

UMNO macamana? Bubar saja...

Kamping man said...

Sdr Anon 8.56,dan Anon 10:03

Salam dan dihormati,

Tidak salah pun pertembungan PAS vs UMNO.Asalkan ianya pemilihan yang sihat dan demokratik.Mungkin di Kelantan dan Terengganu PAS amat terserlah.Lihat fakta dibawah bagaimana pula sekira PAS kita bubarkan dan perbaiki UMNO supaya lebih islamik dan Melayu ?.

Di Pahang BN 12 dan PAS tiada.
Terengganu BN 7,PAS 1
N.Sembilan BN 5 PAS tiada
Melaka BN 5 PAS tiada
Johor BN 24 PAS Tiada
Sabah BN 22 PAS Tiada
Sarawak BN 30/31 PAS Tiada
Perak BN 13 PAS 2
Perlis BN 3 PAS Tiada
...... Di mana agaknya relevan PAS sebagai parti politik Islam semelaya dengan kerusi yang amat terendah dan kecil sekali malah di banyak negeri TARAK.

Maka amat baik sekali percantuman UMNO dan PAS yang kita harus alukan.Tak gitu ?.Wallahwuallam.

@ Yang bijak bro Sakmongkol dan bro Aspan masok DAP.Parti DAP yang kuat selain UMNO.

Anonymous said...

kami skong Cina, kami ade bndr Indelapula heeee, sape punye Tan Sili Datuk sili LImmm baik punyeeee...kami sokong leeeee

Kampong man said...

Salam Wan dan pembaca semua,

Izinkan saya tampalkan berbagai pandangan dari Dah Ikhwan weblog atas tajuk " PILIHAN RAYA KAMPUS 2012: PETANDA BAIK UNTUK BARISAN NASIONAL? " untuk kita fikir bersama :

"Kampong man | September 28, 2012 at 7:31 am | Reply
Sdr Dah Ikhwan,

Ramai penyokong Pakatan Rakyat mahukan CHANGE kononnya kerana kerajaan BN telah memerintah terlalu lama ,55 tahun.Berbagai isu dibangkitkandari kedua belah pihak BN dan PR .Faktor penting sebagai INDICATOR dan arah tuju masa depan negara terletak pada tangan dan kehendak generasi muda X dan Y.Bagi kami orang lama kami telah mengharungi pelbagai keadaan dari perolehi kemerdekaan negara ,trajidi berdarah 13 may dan terkini kecelaruan demonsrasi jalanan Hindraf,Bersih dan berbagai bagai.Ini dapat di atasi kerajaan memerintah ,BN dengan baik.Apakah CHANGE kepada PR akan lebih baik dan membuka satu era baru yang gemilang dan terbilang ? saya ragu.Saya yakin kemenangan Pro -Aspirasi menjadi satu aspirasi kemenangan BN meneraju negara dengan lebih adil dibawah Najib kali ini.Kerajaan BN harus juga berubah dengan lebih drastik dengan calon calon DUN dan Parlimen yang lebih berwibawa dan mesra rakyat bagi kemajuan negara Malaysia menuju wawasan 2020 ilham mantan PM kita Tun Dr Mahathir.Takniah pada yang berjaya.Salam.

drmuzaffar | October 9, 2012 at 6:09 pm | Reply
PRU ke 13 jika undi Melayu mampu ke arah 80 % dicanai bersama dgn undi pengundi India melebih 70 % , tidak mustahil 2/3 mampu dikembalikan dgn pertolongan rakan2 dari Sabah serta Serawak.

Undi Cina , mereka agak tekad hidup mati bersama DAP.

Mungkin situasi di Serawak bakal berlaku pada PRu ke 13 nanti.

Saya amat berminat dgn cara KM Serawak menangani post Pilihanraya Negeri Serawak dgn menghapuskan jawatan Tim Ketua Menteri 1 dan hanya melantik seorang exco muda dari berketurunan Cina.

DAH IKHWAN | October 10, 2012 at 7:41 am | Reply
Terima kasih atas komen daripada Kampongman dan drmuzaffar. Saya yakin yang keputusan pilihanraya kampus akan menimbulkan kesedaran dikalangan masyarakat umum, terutama yang di Lembah Kelang akan perlunya perpaduan untuk mengekalkan kuasa Melayu/Bumiputera di Malaysia.

Melayu/Bumiputera perlukan change yang positif untuk kepentingan bangsa dan ini nampak dalam program transformasi Najib. Tetapi, change yang melibatkan pertukaran kerajaan hanya akan memporak- perandakan atau menjatuhkan kuasa Melayu dan amat merugikan kita.

Soal sokongan Melayu untuk BN, berpandukan pilihanraya pilihanraya yang lepas, ia lazim diantara 54% (agak rendah dan berbahaya) dan 62% (cukup tinggi untuk Semenanjung Malaysia). Insya Allah, dengan sokongan baik dari Masyarakat Melayu, jika ditambah dengan sokongan dari undi masyarakat India 55%, dan sedikit undi Cina, ini sudah mencukupi untuk BN menang dengan agak selesa.

DAH IKHWAN | October 10, 2012 at 9:02 am | Reply
Komen saudara drmuzaffar tentang cara KM Taib Mahmud menangani keadaan post piliharanraya negeri Sarawak saya setuju ia agak menarik. Tetapi itu saya rasa disebabkan oleh ketiada ahli dun dari masyarakat Cina yang menang. Dengan ketiadaan mereka dalam kabinet negeri, kita harap masyarakat Cina faham akan perlunya bertolak ansur, lambat laun akur dengan hakikat kekuatan dan peranan politik setiap kaum.

Sekiranya, keadaan di Sarawak berulang di Putra Jaya, saya rasa ada eloknya PM Najib bertegas dan jangan terlalu beralah. Biarlah pengundi menentukan masyarakat mana yang menguasai jawatan jawatan penting kabinet. Inilah hakikat dan fundamental demokrasi di Malaysia dan di mana mana jua pun..

bersambung....

Kampong man said...

Sambungan ...

drmuzaffar | October 10, 2012 at 9:23 am | Reply
Yeap saya setuju, jika situasi Serawak berlaku di Semenanjung dgn penolakan calon2 BN dari MCA dan Gerakan oleh pengundi Cina, saya amat berharap PM Najib tidak melantik mereka yg tewas sebagai senator.

PM Najib wajar bertegas , hanya yg diberi hak oleh pengundi sahaja layak mewaklli rakyat di Parlimen.

Jika pengundi Cina memilih pembangkangutk mewakili mereka , so be it.

Politik hari ini sungguh malang apabila demi undi, agama baik di masjid dan digereja dipergunakan secara maksimum.

Itu tidak sihat untuk jangka masa panjang.

Malaysia hanya mampu utuh jika rakyat berbilang kaum hidup bertoleransi."


Blog Dah Ikhwan Weblog menarik kerana terdapat analisa berfakta dan tidak retorik.Harap kita semua dapat menafaat.Sekian ,Selamat pagi Malaysia.

Anonymous said...

OREANG YANG NAK SANGAT PEMBANGKANG MEMERINTAH BUAT LAH KERJA KUAT2.JANGAN BERCAKAP AJE.ORANG YANG PANDAI BERCAKAP DAN MENYALAHKAN ORANG LAIN BIASANYA HABUK PUN TARAK.

Anonymous said...

KUTUKAN DEWATA TU BETUL.BINI MENGANDUNG PUN SALAHKAN KERAJAAN.ANAK UPSR DAPAT 5D PUN SALAH KERAJAAN.ORANG MELIWAT BONTOT ORANG PUN SALAH KERAJAAN.BADRUL AMIN KHALWAT PUN SALAH KERAJAAN.

YANG BETUL DIA ORANG AJE.YANG SALAH SEMUA KERAJAAN.

OTAK BENGONG MEMANG MACAM TU!

Anonymous said...

Anon 3:50PM,
Perkara ini belum terkena batang tubuh aok, bolehlah cakap...dan bolehlah aok membengongkan orang lain. Sepatutnya aok berfikir, sebagai sebuah negara demokrasi rakyat berhak memilih kerajaan yg dia rasa lebih adil dan lebih memberi kebaikkan kpd rakyat.

Takkan isu Lembu KOndominium kita kena diam, isu tanah kooperasi Melayu yg dijual kpd Kuala Dimensi (MCA) dgn harga tersangat murah dan kemudian KUala Dimensi jual balik kpd Lembaga Pelabuhan Klang dgn harga berlipat ganda menggunakan wang rakyat sehingga tercetus skandal PKFZ kita kena pun diam...Isu anak pak Mat curi getah scrap seguni kena penjara 6 bulan sedangkan pencuri2 harta rakyat/negara melalui penyelewengan mega kita patut diam...

Ingat: Jangan jadi pak pandir....
UMNO tu bukan kerajaan dan kerajaan itu pun bukanlah UMNO. Aok yg bekerja dgn kerajaan dan menerima gaji sehingga mampu menyara anak bini, bukanlah duit UMNO..ia bersumber drp perbendaharaan negara melalui cukai yg dikutip drp rakyat awam ...faham!

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...