Nuffnang Ads

Pages

Thursday, October 11, 2012

Pelajari Urusniaga India-Australia, Reputasi Pelaburan Lynas, Malaysia Serious Mahu Pelaburan?

Singh and Gillard

Kerajaan Malaysia pro-bisnes, galakkan pelaburan namun apa yang berlaku sebenarnya baik eksekutif, legislatif dan judiciary tidak memahami samada Malaysia serious mahu pelaburan!

Mari kita belajar urusniaga India- Australia...

PM Australia, Julia Gillard akan melawat India pada 15 Oktober berjumpa PM India, Manmohan Singh bagi merundingkan penjualan uranium untuk fuel loji nuklear India.

Australia adalah negara pengeluar uranium memiliki 40% rezab uranium dunia. Rundingan penjualan uranium ini akan memberi kesan besar kepada industri nuklear India. 

Sebelum ini Australia telah membekal uranium kepada US, China, Jepun dan Taiwan. Sumber diplomat menjangkakan penjualan sebenar akan mengambil masa setelah beberapa rundingan dan perjanjian lanjutan dimeterai.

Malaysia lebih dulu berurusan dengan Australia berkenaan penjualan 'rare earth' bagi kilang Lynas di Gebeng yang dijangka bila siap kelak yang terbesar di dunia boleh memecah monopoli China.

Jika Malaysia sudah bersedia dan rakyat Malaysia boleh faham dan menerima maka senang bagi Malaysia untuk membeli uranium dari Australia kerana pengalaman berurusniaga dengan Australia bagi projek loji nuklear Malaysia.

Apa Pakatan Rakyat dan NGO Kempen Anti Lynas sudah buat? Mereka bergembira bila Mahkamah menangguhkan operasi kilang Lynas kepunyaan syarikat perlombongan Australia.

Saham Lynas sudah jatuh 15% di pasaran saham Australia bila berita TOL kilang Lynas ditangguh keputusannya oleh Mahkamah Tinggi Kuantan sehingga 8 November.

Kempen Anti Lynas yang cuba menganggu dan melambat-lambatkan operasi kilang Lynas telah buat kilang Lynas rugi AUS$80 juta. Ini menyusahkan Lynas.

Adakah ini yang rakyat Malaysia patut gembira? Apa kesan kepada reputasi Malaysia baik ekonomi dan politik.

Lynas telah belanja AUS$250 juta (RM790 juta) membina kilang di Gebeng. Komitmen Lynas di Malaysia selama 30 tahun, beribu pekerjaan dalam industri.

Lynas memberi komitmen kepada Malaysia 'in good faith' dengan pandangan pakar luar dan dalam negara bahawa kilang Lynas selamat.

Tambahan pula China berminat mahu bina Industrial Park di Kuantan yang hanya beberapa km dari kilang Lynas. China sudah lihat kawasan Gebeng sudah pesat berkembang dan berminat.

Tetapi penangguhan operasi kilang Lynas telah menjadi perbualan akhbar antarabangsa menjejaskan reputasi Malaysia menarik pelaburan dan Kuala Lumpur sebagai 'regional financial hub'.

Pelabur antarabangsa tertanya-tanya adakah mudah berurusniaga di Malaysia kalau macam ini?

Ya memang DS Najib memimpin Malaysia pro-pelaburan dan terbukti kesungguhan. Tetapi apa maknanya jika Mahkamah yang hanya peringkat negeri boleh buat pelaburan projek semega ini tergendala berdasarkan taktik bijak melambat-lambatkan oleh NGO Anti Lynas yang ini!

Anwar Ibrahim telah berkata, "jika PR merampas Putrajaya, PR akan batalkan Lynas".

Pengundi mahu tahu samada PR boleh koyakkan kontrak Lynas dan Perbendaharan terpaksa membayar berjuta-juta kompensasi.

Pengundi dan pelabur luar mahu tahu di mana pendirian Malaysia tentang pelaburan berteknologi tinggi.

WZWH percaya projek Lynas akan terus berjalan dan beroperasi. Persoalannya apa kerosakan yang NGO Anti Lynas dan PR telah buat menjatuhkan reputasi Malaysia di kaca mata pelabur-pelabur antarabangsa?

13 comments:

Anonymous said...

masih membela perlunya kewujudan lynas...sy ttp tidak setuju..klu btolla uranium dibekalkn kpd india, jepun dll...tp tempat utk memprosesnya ialah malaysia yg jd pak sanggup...biarlah x mmberi manfaat pd beribu peluang kerja..asalkan tidak merana kesannya pd alam sekitar dan jiwa manusia...biarlah wzwh berckp ats dasar keprihatin sesama sejagat...bkn ats dasar kepentingan yg telah diarahkan..

Anonymous said...

Anon 12:26 Uranium bukan Rare Earth. Walau Rare Earth ada Thorium yang boleh digunakan sbg fuel nuklear alternatif kepada uranium. Australia tidak jual uranium kepada Malaysia kerana Malaysia bukan kelab negara nuklear.

Anonymous said...

Kita boeh setuju bahawa semua langkah2 keselamatan telah diambil bagi mengelakkan berlaku pencemaran radiasi dari bahan radioaktif rare earth (thorium) di kilang Lynas namun, kebimbangan kita ialah adakah ada jaminan bahawa kes pencemaran tidak boleh berlaku untuk jangka masa 30tn akan datang. Berdasarkan pengalaman2 lepas, perhatian dan tumpuan sesuatu perkara oleh pihak berwajib hanya dilakukan diperingkat permulaan sesuatu projek...selepas beberapa tahun, pemantauan mula longgar apabila masyarakat civil mula menyepi...

Drp menanggung risiko yg berpanjangan, lebh baik kita cari altenatif lain....fokas kpd sektor perkhidmatan (ict)dan halal food (nilai pasarannya yg sangat besar) berbanding sektor pembuatan.

Kita bimbnag yg menerima bala dri projek Lynas nanti tidak lain melainkan Wan Anu Bin Wan Anu Bin Wan Zurik serta generasi2 seangakatan dgnnya.

Anonymous said...

Wan Zurik,

Saya bersetuju dengan pendapat Anon 9:43 mengenai tahap pengawasan dan penguatkuasaan agensi kerajaan dalam apa juga bidang kat Malaysia ni.

Yang selalu menjadi masaalah dan menimbulkan masaalah dalam penguatkuasaan dan pengawasan di negara kita bukan pada peringkat awal tetapi tak payah tunggu lama, dalam 6 bulan selepasnya penguatkuasaan dan pengawasan ni hancus lebur.

apatah lagi dalam isu lynas ini. melihat kepada rekod dan prestasi penguatkuasaan dan pengawasan agensi kerajaan ( tak kira agensi mana sekalipun), tak payah le benarkan lynas tu beroperasi. Banyak lagi industri-industri lain yang jauh lebih selamat boleh dibenarkan beroperasi kat malaysia ini.

dalam isu lynas ini, 2 perkara yang kita boleh nampak kecetekan dan kedangkalan pihak yang membawa kilang ini ke negara ini.Pertama, bebal sangat ke depa-depa ini untuk memahami bahaya kilang lynas ini dan begitu bebal sekali sehingga tidak berupaya untuk menarik pelabur-pelabur industri yang lebih selamat melabur kat malaysia ni.( kata sindiran: kata pandai sangat memerintah. cakap Dia je yang reti memerintah, orang lain tak pandai...orang lain semuanya 3/4, dia je yang bijak).

Kedua, kita lihat wayang kulit atau alasan-alasan bodoh yang cuba disuap kepada rakyat untuk membolehkan lynas ini beroperasi juga di malaysia. Ada tuduhan yang mengatakan kita dah kena ikat dengan perjanjian oleh lynas sehingga tak boleh nak batalkan lagi - yang ni saya tak pasti, ade terdengar je, Wallahualam.



Anonymous said...

Wan Zurik,

Saya bersetuju dengan pendapat Anon 9:43 mengenai tahap pengawasan dan penguatkuasaan agensi kerajaan dalam apa juga bidang kat Malaysia ni.

Yang selalu menjadi masaalah dan menimbulkan masaalah dalam penguatkuasaan dan pengawasan di negara kita bukan pada peringkat awal tetapi tak payah tunggu lama, dalam 6 bulan selepasnya penguatkuasaan dan pengawasan ni hancus lebur.

apatah lagi dalam isu lynas ini. melihat kepada rekod dan prestasi penguatkuasaan dan pengawasan agensi kerajaan ( tak kira agensi mana sekalipun), tak payah le benarkan lynas tu beroperasi. Banyak lagi industri-industri lain yang jauh lebih selamat boleh dibenarkan beroperasi kat malaysia ini.

dalam isu lynas ini, 2 perkara yang kita boleh nampak kecetekan dan kedangkalan pihak yang membawa kilang ini ke negara ini.Pertama, bebal sangat ke depa-depa ini untuk memahami bahaya kilang lynas ini dan begitu bebal sekali sehingga tidak berupaya untuk menarik pelabur-pelabur industri yang lebih selamat melabur kat malaysia ni.( kata sindiran: kata pandai sangat memerintah. cakap Dia je yang reti memerintah, orang lain tak pandai...orang lain semuanya 3/4, dia je yang bijak).

Kedua, kita lihat wayang kulit atau alasan-alasan bodoh yang cuba disuap kepada rakyat untuk membolehkan lynas ini beroperasi juga di malaysia. Ada tuduhan yang mengatakan kita dah kena ikat dengan perjanjian oleh lynas sehingga tak boleh nak batalkan lagi - yang ni saya tak pasti, ade terdengar je, Wallahualam.



Anonymous said...

Saya terbaca komen awak di blog Sak AK47. Kalau saya ada kuasa, saya tak mahu Sak pautkan blog awak kat dia. Sebabnya tulisan awak meliputi politik Jelantut dan Pahang saje. Masih lagi Mat Kilau, Tok Gajah, Wan ini Wan itu, aristokrasi, kesetiaan, balas budi dan jasa. Masih ditakok Kelana, Damak, Dutukan Kewata dan dewa2. Awak perhatikanlah pengomen2 blog awak yg terlampau Jelantut perspektif mereka.

Pengomen2 Sak kebanyakannya berilmiah hujah2 mereka, membaca komen mereka banyak menambahkan pengetahuan dan memberi peluang kita berfikir secara luas ( bukan takok Jelantut je )tahap nasional dan global gitu.

Toksahlah awak mintak link. Blog awak sangat sesuai untuk awak dan golongan2 yg sewaktu dengan awak beriteraksi. Lagi pulak kebanyakan pengunjung blok Sak guna bahasa inggeris.

Saya ada terbaca tulisan awak dlm bahasa inggeris di blog awak( tak pasti awak atau orang lain yg tulis ) tetapi komen awak diblog Sak tu.....mcm tak konfiden je menulis dlm BI.

WZWH (Wan Zamzuri bin Wan Hasenan AMP) said...

Would Anon 5:35 like to give comment on WZWH's above posting...please you are welcome. Thanks for giving a straight talk comments on Jerantut, Pahang and WZWH readers. Whatever they are WZWH always respect them because only them determine the future of Jerantut and Pahang. Thanks any way for your concern regarding WZWH respect to Sakmongkol AK47.

Anonymous said...

Kalau nak tahu apa itu sabenarnya Rare Earth, googlelah Rare Earth-Ma dan dengar betul2. Kat youtube pun ada. Cubalah dan saya pasti ia menambahkan setidak2nya pengetahuan anda.

Mungo Jerry

Anonymous said...

This is my take on Lynas, NFC, PKFZ, Bakun, Paya Indah, InventQ, Bukit Merah Rare Earth and endless other projects concocted by the present government.

When at proposal stage, whatever the project is, the oft-repeated, recycled, mundane, morbid, tired, dull, diplomatic line is

" As a responsible govt we will ensure this project will protect the interest of the rakyat first without compromising the safety of its people "

" We will make sure the increase in toll rates will not burden the rakyat "

Haven't you heard this before, and if you want more I will list more statements ( verbatim if you like )of this nature for your consumption.

I haven't said a single word about Bukit Merah yet.

Wan Zari, it doesn't take a rocket scientist to digest all this rubbish.

Food for Thought

Anonymous said...

Wan Zuri, I've commented as Anon 6:20pm in response to your request of 5:44pm. Do respond.

Anonymous said...

Ini cerita lagi RARE...

Kata Dato' Nan "Saya tak kenal siapa2 pun dan saya tak tahu siapa pemilik syarikat yang JV dgn Lynas ni...." huhuhuhu

Kata Dato' MD Lynas " Ooo Dato' Nan tu jiran saya..." huhuhuhu

Sudah terang lagi bersuluh...tak lama lagi semua terbarai terburai...huhuhu

Boleh WZWH kirim salam kat Dato' Nan confirm cerita ni betul ke tidak? Orang jerantut nak tahu juga...orang Agensi Nuklear semua dah tahu...huhuhuhu

Anonymous said...

ada kepala alang yg lg besor dr dato nan.... Byk dah dia telan duit lynas...sbb tu suka x suka nak jln kn projek lynas ni.... Harta2 pahang yg lain pn dia yg blasah gak... Sbb apa karam sigh walia dpt dato? Dulu ye ye je buat laporan isu balak haram kat phg lps tu teus dia diam...tup2 dapat dato n kasi clear itu isu lynas hahaha

Anonymous said...

Semua ilmu yang kami pelajari menjadi sia-sia..Lagi terang tak usah bersuluh.Politic+Money=Rubbish.Mana pendapat saintis2 kita yang duk berkokok di universiti tiap2 hari??Usah dipakai pendapat mereka yang jahil.yang merana nanti bukan geng2 politician ni, tp keluarge aku,kwn2 aku..kalau lah projek ni tak merbahaya, dicadangkan supaya dibina berdekatan dengan kediaman orang yang berkepentingan.