Thursday, October 25, 2012

WZWH Bertalaqqi Politik Dengan Tengku Azlan Demi Masa Depan Politik Jerantut



















YBM Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut, seorang ahli politik yang jujur, berintegriti dan cultured.



















Ku Lan sedang bekerja demi kesejahteraan dan kebaikan orang Jerantut.

Di hari yang baik sempena keputeraan Tuanku Sultan Pahang semoga Allah panjangkan usia Kebawah Duli Tuanku moga dapat memerintah Negeri Pahang dan Jajahan takluknya dengan makmur sejahtera.

WZWH berkesempatan bertalaqqi politik dengan Tan Sri Dato' Sri YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar ahli parlimen Jerantut menyentuh masa depan politik Jerantut.

WZWH mahu 'face to face' dengan Tengku Azlan mahu tahu dari hati ke hati apa yang sebenarnya status politik Ku Lan ini yang semua orang bercakap, banyak media Utusan, BH, Sinar, Star, Malay Mail dan yang terkini Dewan Masyarakat mewar-warkan Ku Lan mahu berundur politik.

Ku Lan mengakui hari ini rakyat di seluruh dunia sudah bangkit dengan 'people power'. Era kerajaan yang tahu semua perkara dan 'patronage' sudah berlalu.

Anak-anak muda terutama yang belajar di luar negara mempunyai mindset yang berbeza suka mengkaji dan menganalisa serta bersuara menegur dan mengkritik kerajaan. Pemimpin hari ini tidak boleh menolak pemikiran baru orang muda dan melatah.

Beza pemikiran politik 30 tahun berlainan generasi tidak membentuk cara fikir yang sama. Ku Lan pun tidak mampu berfikir seperti orang muda berfikir. Apa kehendak orang muda mungkin tidak difahami oleh orang tua.

Lebih-lebih lagi dizaman ledakan maklumat ICT, internet, blog, FB, Twitter dan lain-lain secara real time pantas membentuk persepsi politik mengenai sesuatu isu. Memandangkan kebebasan media sosial melahirkan siber anarki yang boleh buat pengundi muda tidak menyokong kerajaan atau tidak keluar mengundi.

Ku Lan pun merasakan dalam keadaan politik post-2008 di parlimen Jerantut sendiri beliau merasakan kalau beliau diberi peluang bertanding buat penggal keempat pada PRU 13, beliau tidak yakin untuk menang memandangkan perubahan landskap politik Malaysia dan penambahan 9000 pengundi baru parlimen Jerantut yang sekarang berjumlah 56,000 pengundi.

Sebab itu Ku Lan mahu berundur dari politik Jerantut kerana beliau cuba memahami perubahan pemikiran politik dan kehendak pengundi. Biarlah peluang diberi kepada pemimpin-pemimpin muda Jerantut. Lagi satu 3 penggal mahu pun 4 penggal sangat lama tempohnya dan tidak larat kerana faktor fizikal dan minda kerana usia.

Adakah status pemikiran politik Ku Lan yang mahu mengundurkan diri dari politik Jerantut baik untuk masa depan politik Jerantut dan sesuai dengan keadaan politik hari ini? Betul ada ramai AJK UMNO Bahagian Jerantut yang teruja dengan keputusan politik Ku Lan ini kerana memberi peluang kepada mereka mahu memimpin Jerantut.

Adakah keputusan Ku Lan itu betul dan tepat? 56,000 pengundi Jerantut mahu dengar pendapat politik WZWH disaksikan Ku Lan sendiri apa yang WZWH fikir sebagai blogger politik Jerantut.

Siapa mahu bertanding mengantikan Ku Lan dalam keadaan politik genting sekarang? Adakah 2 dan 3 tokoh-tokoh yang disebut itu boleh yakin menang PRU 13 parlimen Jerantut?

Berapa TOV mereka? 30%, 40% 45 %......51% Adakah pengundi Jerantut benar-benar kenal dan suka kepada mereka?

Adakah penyatuan UMNO dan BN Jerantut boleh seutuh pada masa ini?

Bercakap soal pembangunan Jerantut. Tidakkah Ku Lan selama 3 penggal telah berbuih mulut bercakap di Dewan Parlimen dan kepada kepemimpinan negara serta Kementerian secara peribadi bahawa parlimen Jerantut tersangat membutuhkan pembangunan infrastruktur, pendidikan, pelaburan ekonomi, dan perhatian dari Putrajaya dan Kuantan.

Adakah pertumbuhan ekonomi Jerantut dan perkembangan bandar dan pinggir bandar Jerantut hari ini menjadikan Jerantut bandar transit, aktif hidup malam hari, tumpuan eko-resort tidak melambangkan lansung hasil usaha kepimpinan dan polisi UMNO Jerantut?

Hari ini projek jalanraya seperti Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 dan nak masuk Fasa 2, penambahbaikan Jalan Jerantut-Benta dan Jalan Jerantut-Maran serta jalan-jalan kampung luar bandar ditar adakah tidak kerana dibawah kepimpinan Ku Lan?

Penubuhan institusi pendidikan Kolej ADTEC, Kolej Komuniti dan bakal universiti berkembar serta politeknik menyusul tidak lama lagi. Upgrading dan bangunan tambahan banyak sekolah SMK dan Rendah di parlimen Jerantut membuktikan kepentingan pendidikan dipandang keutamaan oleh Ku Lan.

Siapa Jerantut dipandang orang sebelum Ku Lan menjadi ahli parlimen? Hari ini ramai orang-orang 'Besar' di Jerantut. Ramai juga jutawan-jutawan di Jerantut dihasilkan. DS Najib pun pada tahun 2012 kerap kali turun ke Jerantut membuat lawatan kerja.

Adakah Jika Ku Lan menjadi ahli parlimen Jerantut jika menang PRU 13 dimasa insyallah DS Najib dapat mengekalkan jawatan Perdana Menterinya maka Jerantut menjadi lembab untuk maju?

Ku Lan wajar risau dengan 9000 pengundi baru namun DS Najib lagi risau dengan pertambahan 22,000 pengundi baru di parlimen Pekan yang perlu ditangani kearah mana sokongan mereka!

WZWH secara peribadi percaya parlimen Jerantut tidaklah seburuk dan tahap kronik hingga UMNO dan BN Jerantut jadi fobia bahawa akan kalah jika nak dibandingkan dengan 221 parlimen lain lagi.

Sebab itu Ku Lan bercakap 'reverse psychology' dan selalu kadangkala nampak negatif kerana mahu 20,000 orang UMNO terutamanya sedar dan berfikir bahawa orang UMNO dan Jentera parti perlu kerja kuat bagi memenangkan parti.

Jika di satu DUN itu ada 19 AJK UMNO Bahagian berasal dari DUN itu sepatutnya boleh menghasilkan keputusan PRU yang lebih baik lagi.

Dibantu dengan ADUN-ADUN yang kuat bekerja menambah lagi sokongan dan kekuatan parti.

56,000 pengundi Jerantut tanya sama Ku Lan apa yang Ku Lan ada selama menjadi ahli parlimen Jerantut?

Tanah untuk tapak rumah pun Ku Lan tiada di Daerah Jerantut lebih-lebih lagi beliau anak Raja tidak diambil kesempatan apa lagi berebut projek-projek dengan orang Jerantut.

Personaliti Ku Lan sebagai anak Raja yang 'the most gentleman' penuh lemah lembut menghormati rakyat tidak pernah meninggi diri dan berbangga dengan status kedudukan beliau boleh buat lawan pun segan kepada beliau.

Jika ditanya WZWH bolehkan Ku Lan bertanding lagi di parlimen Jerantut PRU 13 jawab WZWH sekarang Ku Lan masih diperlukan oleh UMNO dan BN Jerantut.

24 comments:

Anonymous said...

Sign cek kat mana tu.....banyak nampak..... untuk sape?

Anonymous said...

Assalamualaikum Wan,

Elok enta bertalaqqi dgn Tun Dr M juga agar dapat dianugerahkan sanad zikir "Kapitalisme dan Secularisme"....

Kampong man said...

Salam Wan,

Kampong man berpendapat sama dengan WZ memujuk dan mahukan Ku Lan terus meneraju Jerantut bagi penggal keempat.Pertama kali Kampong man sampai ke Jerantut adalah sekitar tahun 1983/84 menghadhiri perkahwinan rakan baik saorang Town planner dan saorang Engineer dikampong Felda disana.KM terpaksa meninggalkan kereta di tepi jalan dan menaiki sampan disebabkan banjir .Satu pengalaman jugak tu .Selepas itu tidak pernah sampai lagi bandar Jerantut.

Kali ini dengan Najib orang Pahang maka Pahang yang rata rata di belakang UMNO/BN Pahang harus diberi keutamaan pembangunan terutama di kawasan pendalaman dan kampong kampong yang mundur merapatkan lagi jurang kemakmoran di kota dengan yang di kampong kerana mereka yang memilih UMNO/BN walau apa pun parti lawan berretorik.

Kampong man yakin Pahang adalah untuk BN dan Ku Lan berintegriti,jujur dan tidak selfish, a winnable Candidate kecuali ada yang lebih baik.

Syabas Wan.Continue to do your best and you should achieve success !

Anonymous said...

Umno tetep umno
Nak bertalaqqi sampai subuh tak apa
Tapi biar infrastruktur tu nampak
Bertandinglah lagi 1 penggal
Selesaikan masalah asal penduduk
luar bandar Jerantut
Jambatan Dan Jalanraya
Geran Tanah Dan Rumah

Ini khas untuk orang kampung
Itupun kalau menang

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Kampong Man dan Anon-Anon semua,
Terima kasih atas dorongan dan pendapat.

Insyallah, BN menang di Parlimen Jerantut dan 3 DUN pada PRU 13.

Harap segala keperluan infrastruktur di pedalaman luar bandar Jerantut dapat diselesaikan selepas PRU 13.

WZWH percaya dan yakin Tengku Azlan, DS Najib dan MB Pahang mengotakan kata janji ditepati.

Anonymous said...

Dengar cerita Datin sri Rosmah nak bertanding di Parlimen Jerantut

Anonymous said...

BAPOOK kuat bodek dia ni

Anonymous said...

Tak perlu dihormati apa jua keputusan. Buatlah keputusan sendiri hanya didalam blog, syok sendiri!!!? Nampak sangat penyokong sebagai pengampu tak tahu hujung pangkal. Pernah suatu ketika dahulu YB ni merupakan penentang kerajaan dan Umno. Sebelum jadi AP, YB ni pernah lawan calun Umno tetapi tewas. Sebelum bertanding, beliau ke seluruh pelusuk menghentam Umno dan kepimpinan sebagai perosak negara, kaki rasuah dan sebagainya. Ini kata2 luahan beliau; apa guna saya berpolitik, saya anak raja, hidup senang dalam istana makan minum orang sajikan, ada tukang picit, tetapi demi menolak Umno/Bn yang rasuah sanggup bersama berjuang dengan kepimpinan ini untuk menolak kemungkaran. Mengenai kekanda saya, jangan bimbang kita boleh pengaruhi dan kemana baginda akan bersetuju. Siasatlah sapa YB kesayangan anda tu.

Jangan jadi siang pemimpin lain, bila malam bertukar wajah, bertukar sebutan tapi makna sama, bermuzakarah atau bermesyuarat @ berbincang. Usrah atau majlis ilmu.

Anonymous said...

Buat masa ini dah terlambat
Untuk berjanji.

KERAYANT KOME said...

Lar yerla weh, kenkadang fikir2 betoi juger cakap demeh ni "TOTO" - TIPU ORANG TADAK OTAK.

Anonymous said...

Ku Lan saje je tak nak bagi Wan Zari kecik hati.

Sabenornya Ku Lan merasakan org Jelantut kebanyakannya terlalu sempit cara mereka berfikir. Terlalu Jelantut minda mereka.

Jelantut ada WZWH, Cikgu Ngah, Dutukan Kewata, cucu-cicit Mat Kilau, Wan ini Wan itu dan yg seangkatan dgn nya. Ku Lan tahu golongan ini akan pangkah UMNO 110% dan akan terus setia, kenang budi pada UMNO hingga akhir hayat.

Masaalahnya ialah masyarakat am Jelantut yg tidak berUMNO nafas mereka. Mereka hidup cara sendiri. Ambil nafas dari udara yg ada. Takde kabel-kebel UMNO. Kalau buat projek, projek sendiri aje. Tak mainlah MOF, EPU sebab kebanyakan projek mereka tahap pasar malam.

Tapi mereka berusaha bersungguh-sungguh dibantu anak isteri. Golongan ni kalau nak suruh kenang budi, kena pakai modal kitar semulalahh. Siapakah yg sediakan sekolah untuk anak, masjid, jambatan, hospital hinggalah ketapak tempat berniaga?? UMNO kan?? sebab itu awak mesti kenang budi dan pangkah UMNO. Ku Lan dah tahu dah cara org UMNO Jelantut berhujah.

Keduanya tentang 9000 pengundi baru tu. Kita tolak 9000 ini dengan anak-anak saudara Cikgu Ngah, cucu Cikgu Ngah, semua keturunan Wan dan Mat Kilau, kesemua keturunan dewa-dewa Dutukan Dewata. Tinggal berapa? Hampir 90% lebihan ini sukar untuk memangkah UMNO, kenapa?

Kerana tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang ada hari ni yang mereka hormati. Kenapa Ku Lan perlu bimbang 9000 pengundi baru Jelantut sedangkan DS Najid berhadapan dengan 20000 pengundi baru di Pekan. Jawapannya orang Kemboja, Nepal, Bangla, Myanmar dan lain-lain yg tidak dapat ditentukan kewargaan mereka akan membantu DS Najib.

Penghulu Sg Jan


Anonymous said...

PAS BELUM DAPAT KUASA LAGI! TUNGGULAH JIKA MEREKA TAWAN PUTRAJAYA KELAK MAKA AKAN TIMBULLAH BELANG MEREKA..! TAK HAIRAN PUN JIKA MEREKA MENGATAKAN BOLEH DIROGOL PEREMPUAN YANG TAK MENUTUP AURAT..! ISTERI SENDIRI PUN HALAL UNTUK DILIWAT..! HUDUD ITU UNTUK KEADILAN TETAPI PAS GUNA UNTUK MELEMPIAS GEJOLAK NAFSU MEREKA..!

Anonymous said...

Rasanya, kenyataan Chua Soi Lek tidak salah. Dia hanya mengatakan yang benar. PAS bukan ISLAM. PAS hanya parti politik yang menggunakan Islam untuk berkuasa. Hudud yang PAS yang gunakan pun tak betul..

Boleh meliwat isteri? Hudud PAS boleh..

Anonymous said...

Video tunjuk perasaan Pas didepan Wisma MCA ini adalah merupakan kebiadapan orang Pas terhadap orang bukan Islam dan bukannya kebiadapan orang Islam terhadap Cina. Cara mereka mendakwah adalah menakutkan orang bukan Islam. Orang Cina bukan menentang hukum atau Islam tetapi ketidakadilan yang akan berlaku sekiranya hukum hudud itu hendak dilaksanakan hanya di kalangan orang Islam sahaja.

Orang Cina MCA selama ini adalah menghormati Islam .Mereka tidak masuk kekawasan masjid tanpa menutop aurat tetapi wanita wakil rakyat DAP berbuat demikian. Kenapa masa itu Pas biarkan. Nak bertindak dalam pekara kecil bagini pun tak berani,apatahlagi nak jalankan hukum hudud.

Kebanyakan orang Pas ni memang bahlol, tak boleh berfikir,cakap ikut perasaan tetapi banyak perbuatan dan sikap mereka sendiri memalukan Islam.

Anonymous said...

PAS akan lakukan apa sahaja demi survival politik sempit mereka. Golongan edrogan PAS xpernah lekang dengan kerja2 yg sia2, mereka lupa bahawa apa yg mereka tunjuk xsama dgn apa yg kita lihat. Apa yg mereka tunjuk adalah kedangkalan MCA tentang hudud, tapi apa yg kita lihat sebenarnya adalah kebodohan PAS yg menjadi barua politik DAP. Kenapa sebaik sahaja DAP mengeluarkan kenyataan menentang hudud mereka tunduk? Tetapi sebaik sahaja MCA mengeluarkan kenyataan yg sama mereka beria2 menentang? Adakah Islam pas mengiakan kenyataan DAP manakala perbuatan menentang MCA dianggap Jihad ISLAM PAS????

Kita nampak PAS adalah parti yg sudah usang dimamah sumpahan umat islam di malaysia ni. Kehadiran edrogan dalam kepimpinan tertinggi PAS menunjukkan yg islam yg satu tidak lagi relevan dalam PAS, golongan Ulama terus dipinggirkan. Kehadiran PAS dalam Pakatan hanyalah nasi tambah kepada undi2 melayu utk PR kerana bayangan pembahagian kerusi PR tidak sedikitpun menunjukkan yg PAS parti Dominan. PAS harus terima hakikat bahawasanya mereka adalah KUDA TUNGANGAN DAP.

Anonymous said...

Ketidakupayaan Pas untuk membaca tindakan tunjuk perasaannya itu adalah membantu mengembalikan keyakinan orang Cina terhadap MCA dengan jelas kita dapat membaca sejauh mana dangkalnya pak pak lebai memahami politik.

Tindakan mereka adalah menakutkan orang Cina terutama sekali mengingatkan kembali mereka terhadap tindakan rusuhan bersih dahulu.

Kebodohan politik Pas ini menjelaskan kepada kita jika Pakatan Rakyat berkuasa maka siapakah yang akan memakan siapa. Nauzubillah.

Anonymous said...

Ketidakupayaan Pas untuk membaca tindakan tunjuk perasaannya itu adalah membantu mengembalikan keyakinan orang Cina terhadap MCA dengan jelas kita dapat membaca sejauh mana dangkalnya pak pak lebai memahami politik.

Tindakan mereka adalah menakutkan orang Cina terutama sekali mengingatkan kembali mereka terhadap tindakan rusuhan bersih dahulu.

Kebodohan politik Pas ini menjelaskan kepada kita jika Pakatan Rakyat berkuasa maka siapakah yang akan memakan siapa. Nauzubillah.

Anonymous said...

PAS akan terus dipinggirkan kerana terlalau beremosi dan jelas menjadi kuda tunggangan DAP.lihat di Perak dulu mereka sanggup baring diatas jalan raya menghalang kereta sultan mereka Sultan Petak yang dulunya juga pernahmenjafi Yang Di Pertuan Agong dan pernah menjadi Hakim .

Kenapalah PAS ini terlalu dangkal dan sempit politik mrreka.Dimana rakan politik mereka DAP ketika mereka baring distas jalan.Tidak saorang pun muka cina DAP boleh kita lihat.PAS hanyalah parti politik tunggangan DSP dan PKR.

Anonymous said...

Selamat Aidiladha Kampung Man and all ! No worries with your kind of diplomacy. Better korban your dream of becoming a minister in Melaka huh ? and remain a very mindful and a sincere good hearted person! Better korban your adulation for ahem ahem ! Cheers.

Kampong man said...

Salam Aidiladha to all my dear friends here and anon 1:32 above.You very well know i cannot be one( a minister).Wont be pushing my luck too far and its late for now anyway.They don't like me stepping on their toes.No, i was just kidding mah...

Balik pulak fikir apakah cukup PENGORBANAN yang kita lakukan untuk ugama, bangsa dan keluarga kita ?.A constant reminder untuk diri .Semoga hidup kita semua diberkati .Ameen.

Anonymous said...

Kampung Man,

Same here, can't be a politician, though I was once or twice mocked for not working in the UN to transfer funds to deserving nations because close colleagues say I have high integrity and a sense of impatience to assist, serious.

won't last more than a few weeks, too impatient with craps, mind control and suffocating protocol, that's why despite the fact, we are from a different tangent, we know there are common right and just politics, socio- economics, integrity, fairness for all Malaysians in our democratic nation..

Hence the high diplomacy and respect get us to talk at the octagon coffee table, hard talks, hard listening about ahem ahem too many of them in umno bn.

You are one of those good mindful people who will, who can shake the coconut trees and chop down them down if they can't behave in the allignment of right is right, wrong is wrong, any wrongs need to be undone swiftly, amputate recalcitrant bad habits, injustice so as not to cause gangrene ...

Let's say spare Kampong Man from a politician portfolio, banyak rasuah, ( even in your wildest dream after you makan your best half's cooking hahaha ), continue to do what you like, doing many good deeds quietly. Good chat. Salam bro. Terima kasih semua.

P/S will vote for Sakmongkol or PK. That's it.

Anonymous said...

Seronok balik kampung untuk berhari raya
Dan Bawa kereta dari Jauh Dan menuju
Jerantut.
Jalan lancar dan seronok sehinggalah
Sampai ke Gong Halt, naKL kereta macam
Naik kuda meloncat-loncat.

Begitu Lah taraf kerja dan taraf berpolitik
Umno Jerantut.

Anonymous said...

Orang Jerantut tidak mempunyai keazaman politik yg tinggi. Politik mereka adalah politik kampung. Itu sebab J'tut selalu tertinggal dibelakang berbanding2 rakan2 Temerloh, Pekan dan Kuantan.

Apabila kita membalas hujah dgn hujah...penyokong2 tegar kedua2 pesaing kadang2 membelakangkan fakta, meletakkan angka tunjuk jauh ditapak kaki. Mereka lebih suka melontarkan hujah yg remeh dan beremosi...retorit.

Umpamanya ada seorang ustaz mengeluarkan fatwa kononnya, jika mengundi PAS sama dgn mengundi Cina, malah lebih mendukacitakan jika mengundi PAS bermakna menyokong Yahudi.

Dipantai barat Semenanjung, kematangan berpolitik terserlah...itu sebabnya pembangunan fizikan, infrastruktur jauh ke hadapan. Jalan menunju ke Sri Iskandar dari simpang pulai Perak sebagai contoh, walaupun volume kenderaan jauh lebih rendah berbanding jum kereta yg menggunakan Jalan Raya J'tut-Temerloh namun jalan disana cukup luas dan sehala.

Wan Zurik sebagai Bloger yg baik, perlu mengemukakan artikel2 yg lebih bermutu dan berimpak positif


Sekian dan TQ

Anonymous said...

kau terer sangat buatlah blog sendiri.
mungkin artikel kau paling bermutu.buatlah blog kau sendiri aku nak baca artikel kau yang sangat bermutu tu!

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...