Thursday, October 4, 2012

Kenapa Kita Perlu Bina 7 Loji Nuklear?


7 lokasi di Semenanjung dikenalpasti tapak pembinaan loji nuklear dengan kos anggaran RM22 bilion.

Malaysia Nuclear Power Corporation (MNPC) telah memilih 7 lokasi di:

  • Kedah (1)
  • Perak (2)
  • Terengganu (2)
  • Johor (2)

Kerajaan sudah ada blueprint cadangan membina loji nuklear cuma masa diperlukan untuk rakyat dimaklumkan dan mendapat pendapat umum.

Selepas berlaku bencana loji nuklear Fukushima memang terdapat tekanan psikologi kepada banyak kerajaan dan rakyat.

Jepun, German, Switzerland mahu 'phase out' loji nuklear samada ada buat sementara, tidak mahu memperbaharui loji nuklear yang tamat tempoh atau menghentikan cadangan pembinaan.

Jepun memang negara yang sering dilanda bencana alam seperti gempabumi, gunung berapi, tsunami, ribut taufan. Tidak Malaysia yang tidak pernah mengalami bencana alam seburuk Jepun.

Loji nuklear adalah masa depan sumber tenaga dunia yang terbaik, paling bersih, paling selamat dan paling murah dari segi jangka panjang.

Krisis tenaga dunia yang bakal berlaku akan datang akan mengheret Malaysia ke krisis post-carbon  dan Malaysia perlu bersedia menanganinya.

Pengurangan pengeluaran minyak dunia, tiada telaga baru dijumpai, harga minyak yang semakin mahal, harga arang batu dan gas juga semakin mahal menjadikan kos pengeluaran seunit tenaga makin mahal.

Di Asia Timur saja 112 loji nuklear sedang beroperasi, 37 loji nuklear sedang dibina, 84 loji nuklear sedang menunggu untuk dibina dan banyak lagi cadangan loji nuklear mahu dibina.

Pertumbuhan pesat pembinaan loji nuklear berlaku di China, Jepun, Korea Selatan dan India.

Kenapa ekonomi superpower Asia ini mahu bina loji nuklear?

Kenapa Malaysia mahu ke belakang tidak mahu ke depan kerana pergantungan negara kepada tenaga nuklear boleh menjadikan ekonomi Malaysia lebih kompetitif.

Adakah rakyat China, Jepun, Korea Selatan dan India tidak mengkaji kenapa mereka perlu kepada loji nuklear?

Adakah pemimpin pembangkang dan rakyat Malaysia lebih bijak dari pemimpin dan rakyat China, Jepun, Korea Selatan dan India?

WZWH sudah nyatakan kenapa kita perlu bina 7 loji nuklear.

5 comments:

Anonymous said...

Harga perkilowatt hour, berapa nak caj.Jangka hayat loji tenaga nuklear bape tahun.Unjuran harga tarif elektrik 10-30thn,mcm mana pulak.Ada subsidi lagi ker?lebih banyak loji tenaga nuklear,maka kosnya makin meningkat di pasaran dunia.Kalau tarif elektrik 3 sen perkilowatt hour dan kekal selama2nya,ok jugak la dgn risiko kehidupan kita akan datang.kalau tarif lektrik mahal dn boleh melonjak naik bila2 masa dan risiko kehidupan kita pun jadi tinggi,dari bahaya dan kos idup makin tinggi....maka tak payah la,loji tenaga nuklear tu.buang masa jer.

Durian Gugur said...

Tak kisah nk buat berapa banyak loji pun en wzwh,yang penting dan peliknya kenapa tiap kali tarif eletrik ni nak naik,isu nuklear berkumandang di bumi Malaysia.kalau buat nuklear pun ,boleh jamin ke dia akan diuruskan oleh kerajaan tanpa menggunakan pihak lain?jika masih kerajaan kena bayar caj dan tunduk kpd tekanan ipp seperti tariff letrik,baik toksoh ler,buat nyusoh ke rakyat je...
Kerajaan ni ibarat suami dan bapa kpd anak2...tp kalau ckp mcm ni dh tentu akn dilabelkan sbg " semua nak free" muflis la negara".
Tapi sesekali kita guna ayat tu kat isteri dan anak kita.contohnya;," makan,tempat tinggal,pakaian dan pendidikan,semuanya kamu nak free,kalau mcm ni,muflis la ayah"..
Tp apapun,cadangan wzwh amat baik,namun pemimpin yg dilantik mengurusknnya perlulah amanah dalam menjaga kepentingan rakyat melebihi kepentingan sendiri.

Anonymous said...

Mcm nie jer la,bina terowong air dari negeri kawasan tanah tinggi dan bercantum di antaranya ke kawasan rendah utk bina empangan hidro elektrik setaraf bakun.Matlamat membina terowong utk perlombongan(jika ada hasil) dan terusan air banjir.kalau nak hilang satu negeri kecikpun tak kisah di kawasan tanah rendah..

Unknown said...

Terbaik..nanti Pok Nik akan ulas dari segi sains nya pulak..

Anonymous said...

Ha ha ha..

Che Wan..orang kat Barat sebuk pasal tenaga Solar, Angin, ombak, thermal,..kita pulak bising nak buat loji Nuklear..ha ha ha.

Agak-agak siapa yang ke belakang..atau ekor mencodat ke celah kangkang..ha ha ha.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...