Monday, October 22, 2012

Bekerja Kuat Politik Seolah-Olah Esok Pilihanraya

Ulama berceramah sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. Berbanyak beramal ibadatlah kamu seolah-olah esok kamu mati.

Bila mati kita mahu syurga. Amalan dan ibadah kita ditimbang oleh dacing neraca. Lebih berat amalan kita dari amalan jahat maka jaminannya syurga. Belum tentu pangkah PAS boleh masuk syurga.

Cuba tanya TG Nik Aziz ada ke doa masuk syurga? Kalau ada WZWH pun hendak hafal doa itu! Itu syurga dan neraka adalah budi bicara Allah. Itu kerja tuhan.

Dulu dizaman sekolah cikgu kata belajarlah rajin-rajin seolah-olah esok periksa. Dalam politik begitu juga bekerja kuat politik seolah-olah esok pilihanraya.

Bila UMNO dan BN kerja kuat maka sudah tentu rakyat beri markah lebih boleh menang pilihanraya. Kenapa nak menang pilihanraya sebab mahu kuasa memerintah dan mentadbir negara. 

UMNO mahu jaga agama, bangsa dan tanahair. Sebab utama semua pemimpin UMNO dan pengikut UMNO mahu berpolitik diredai Allah sebab mahu masuk syurga.

Bila UMNO berkuasa boleh jaga Islam terpelihara, bangsa dimertabatkan,negara dimakmurkan. Itu Allah suruh sebab itu UMNO diberkati Allah memerintah Malaysia lama dengan kerjasama BN.

Komponen BN percaya kepada UMNO kerana boleh sejahterakan kehidupan duniawi mereka. Ada juga dari mereka mahu masuk syurga dengan keizinan dan rahmat Allah.

Itu mukadimah panjang WZWH tentang konsep "bekerja kuat politik seolah-olah esok pilihanraya".

Hujung minggu lepas dari dari Sabtu sampai Ahad WZWH sibuk kerja kuat politik ini catatannya....



















Pemimpin perlu berdamping dengan rakyat. Hadirilah kenduri kahwin dan kematian orang kampung. Bila pemimpin datang besar hati tuan rumah. Di majlis sebegini pemimpin mudah berjumpa rakyat. Rakyat boleh bertanya permasalahan kepada pemimpin secara kasual tanpa formaliti.



















Rakyat mahu mengadu. Mencerita hal yang baik dan sedih. Bila pemimpin peka dan prihatin senang menyelesai kehendak rakyat.



















Pemimpin kena 'hands-on' turun ke akar umbi. Gerakkan jentera pilihanraya disetiap peti undi. Dengar apa perancangan dan hasil. Kekurangan dibaiki, sasaran di pantau.



















Tanya pemimpin kampung ada tidak rakyat yang susah perlu bantuan dan sumbangan. Pemimpin perlu ambil berat dan membantu meringankan beban, beri sokongan moral, memberi penyelesaian walau tidak semestinya sempurna. Rakyat akan berkeyakinan hidup bila ada pemimpin yang memberi dorongan dan sokongan.



















Pemimpin perlu berdampingan dengan orang muda-muda. Galakkan program-program yang sihat dan produktif untuk orang muda supaya bukan sahaja tubuh badan sihat malah minda cerdas berfikiran positif. Tahniah Saudara Murad Pengerusi MBD Jerantut dan AJK yang rajin mengendalikan program belia.



















Tahniah team futsal Pulau Tawar @ PUTA yang menjadi Johan Futsal Parlimen Jerantut 2012. Hebat anak-anak muda Pulau Tawar mengondol wang tunai RM1000 dan mewakili Jerantut ke pertandingan Futsal Parlimen Malaysia di Putrajaya.



















Bila anak-anak muda kerap beriadah di seluruh gelanggang futsal di parlimen Jerantut diharap gejala-gejala negatif boleh dihindari.



















Pemimpin perlu berdampingan dengan ulama. Pemimpin kena galakkan program-program agama memberi makanan rohani kepada rakyat. Bila rakyat kenyang perut dan rohani sihat maka masyarakat itu akan maju dan progresif.



















Forum Hal Ehwal Islam di Kg Gajah Mati dekat Felda Padang Piol menjadi tumpuan penduduk sekitar seperti Kg Tg Betong, Sg Yap dan Kg Gajah Mati. Panel terdiri dari Ustaz Dato' Abu Hassan bin Din Al-Hafiz dan Ustaz Idris bin Haji Derus. Moderator Ustaz Mohd Rasmawi bin Harun.



















Di perkemahan belia Kg Batu Balai. Ini foto sebahagaian peserta yang sempat WZWH ambil. Perkemahan di hutan dekat Kg Bonggol di Mukim Ulu Cheka, DUN Damak.



















Pemimpin perlu galakkan anak-anak muda membina sahsiah diri dan keperibadian di program perkemahan. Di Jerantut ini perlu dibina satu kem untuk pembentukan dan pembangunan jati diri dan sahsiah orang muda.



















Pemimpin bersemangat bercakap hal-hal besar menjangkui ruang lingkup persekitaran kampung-kampung tradisional. Apa yang kita ada? Apa yang kita perlu ada? Apa kita mahu masa depan kita? Bagaimana mahu mencapai masa depan kita?



















Walaupun audiennya hanya anak-anak hingusan dan mentah itu tidak mengapa. Siapa tahu ada dikalangan anak-anak hingusan suatu masa nanti akan menjadi seorang Perdana Menteri, MB, CEO, Teknokrat, Korporat antarabangsa, Usahawan, Ulama tersohor kerana mendengar cakap berjiwa besar sang pemimpin.



















Marching lah anak-anak hingusan Tembeling dalam perbarisan yang bersemangat dan penuh disiplin. Masa depan yang gemilang hanya menunggu masa untuk dicapai...



















Pemimpin yang selalu bersama dengan pimpinan akarumbi pasti mempunyai sentuhan politik yang realiti dan berpijak di bumi nyata. Mesej di atas sampai ke bawah. Mesej di bawah sampai ke atas. Komunikasi dua hala yang membina dan harmoni menyuburkan organisasi.






Pemimpin mesti serious dengan "war room" dipeti undi terbesar. Perancangan strategik jentera pilihanraya perlu untuk menyaingi musuh bagi kemenangan calon dan parti. Bekerja kuat politik seolah-olah esok pilihanraya.

8 comments:

Anonymous said...

biarlah dia berkerja, dah akhir dah masa menjadi adun tahan ne, lepas ne lawan jadi calun pakatan pulak, duit dah banyak, begitu lah bagi orang orang yang tak bersyukur?

Anonymous said...

WZWH

orang yang paling kuat untuk memenangkan UMNO adalah Najib. Orang yang paling kuat memenangkan MCA ialah Chua Soi Lek.

wan Zurik tak nak ulas ke pasai Chua Soi lek dok hina Islam ni. Paling best dia hina Islam depan Najib semasa AGM MCA. Gamaknya intrepetasi Islam oleh Chua Soi Lek tu lebih tepat dari intrepetasi PAS kot, sebab tu Najib diam. Menteri-menteri Islam pun diam. Diam maknanya setuju, maknanya mempunyai fahaman yang sama, tidak begitu?

Perkasa pun dah bercanggah pendapat. Setuausaha Agung kecam, Presiden setuju. Mana satu ni.

Kerana nak menang pilihanraya, Najib sanggup berdiam diri apabila Chua Soi lek hina Islam.

Abih tu, camne dengan pendirian ahli UMNO jantut, setuju ke dengan Najib yang setuju dengan Soi Lek.Atau sama pendirian dengan Berahim Ali.

Anonymous said...

Elokler tuu lepah ni dudu alek pembangkang pulak, sebab harta rakyat dah banyak kena kaut. Jadiler tebungkang, hasil dari nyer ambik bahagian rakyat, tak begituer!!!?

Anonymous said...

kepala butuhlah! last2 minut baru nak dekat dengan rakyat! Wan Amizan dibenci oleh orang muda la wei!! keparat!!

Anonymous said...

tak ada hotak ke anon 12:04 kata orang kepala butuh, memang tak sekolah si bahalul ne mengunakan perkataan mencarut, mak bapak awak tak ajar ker berbahasa sikit, tak suka, komen cara betul, keluarkan fakta,barulah boleh di ktakan cerdik, BAHASA MUNUNJUKKAN ?

Anonymous said...

Putihh,,,,1org yg kuat kuat,,mengampu dan menjilat punggung wan mizan,,,suker melaga2kan orgg,,,klu tok4 entoh lahhh...lge kuat korni2 nyerr..org lain semuer xbetoii..anok sendiri pong xterjaga nk jaga org kpg pulokkk,,,,tuiiiii dah lahhh bersifat kenegeriannn....thuiiiiii,,putihhhhh lain kali jaga kerluarga sendiri laaa dluuuu,,,,

Anonymous said...

Anon October 23, 2012 9:28 PM

Apa perbezaan mu ni dengan anon 12:04 ?
Macam ajar ketam jalan dengan betul?Otak mu kat lutut kot.

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=WMZ53ZAf46o&feature=plcp&fb_source=

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...