Nuffnang Ads

Pages

Monday, October 3, 2011

Permintaan Lelaki Tertua Di Pahang Kepada DS Najib....


Ayah Long Abu Zaman bin Yusuf, 110 tahun adalah lelaki paling tua dalam negeri Pahang. Beliau ada permintaan mahu DS Najib Perdana Menteri menjejakkan kaki ke Kampung Bantal, Ulu Tembeling.

Pada hujung minggu lepas WZWH telah mudik turun padang menyertai program ADUN Tahan di beberapa kampung di Ulu Tembeling.

WZWH berkesempatan berjumpa dengan seorang lelaki yang merupakan lelaki tertua dalam negeri Pahang di Kampung Bantal.

Nama beliau ialah Abu Zaman bin Yusuf. Mengikut kad pengenalannya beliau berumur 101 tahun. WZWH percaya beliau berumur lebih tua lagi. WZWH anggarkan umur beliau mungkin 110 tahun berdasarkan cerita-cerita yang melibatkan keluarga WZWH.

Orang Kampung Bantal memanggil beliau Ayah Long Abu Zaman. Beliau masih sihat lagi, bahasa pertuturan dan ingatan masih utuh seperti lelaki berumur 60an.

Beliau pernah berada di zaman pemerintahan empat orang Sultan Pahang iaitu:

  • Almarhum Sultan Mahmud Shah ibni Almarhum Sultan Wan Ahmad (1909-1917)
  • Almarhum Sultan Abdullah ibni Almarhum Sultan Wan Ahmad (1917-1932)
  • Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Sultan Abdullah (1932-1974)
  • Sultan Haji Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (1974-kini)

Ayah Long Abu Zaman adalah dari keturunan orang besar Brunei yang mengikuti Wan Ahmad balik ke Ulu Tembeling dari Brunei. Wan Ahmad adalah utusan khas dari Sultan Wan Ahmad (1882-1909) untuk pergi ke Brunei didalam misi untuk menyelesaikan kekacauan di Brunei. Sultan Brunei sendiri yang meminta pertolongan dari Sultan Pahang.

Wan Ahmad telah membawa pulang tujuh orang besar Brunei dan seorang isteri Brunei bernama Khatijah atas perkenan Sultan Brunei. Hingga ke hari ini rombongan dari Istana Sultan Brunei sering melawat ke Ulu Tembeling. WZWH adalah keturunan ke lima dari  Wan Ahmad. Sila baca sini cerita lanjut tentang Wan Ahmad.

Berbalik kepada cerita Ayah Long Abu Zaman. Beliau adalah penyokong kuat parti UMNO sejak ditubuhkan pada tahun 1946. Sejak zaman Parti Perikatan hingga BN dari PRU pertama hingga PRU 12, Ayah Long Abu Zaman tetap mengundi UMNO dan BN. Begitu setianya beliau kepada parti UMNO.

Beliau mengajukan permintaan sebagai lelaki paling tua di Pahang menyatakan hasrat mahu berjumpa dengan DS Najib Razak Perdana Menteri Malaysia. Beliau mahu DS Najib menjejakkan kaki ke Kampung Bantal walaupun 'hanya sebelah kaki'.

Menurut Ayah Long Abu Zaman kali terakhir DS Najib menjejakkan kaki ke Kampung Bantal ialah pada ketika DS Najib menjadi MB Pahang iaitu sekitar dari tahun 1982-1986. Ayah Long Abu Zaman mahu DS Najib datang melawat Kampung Bantal Ulu Tembeling. Beliau mahu berjumpa Perdana Menteri secara 'live'. 

Ini adalah permintaan dari seorang lelaki yang paling tua dalam negeri Pahang kepada Perdana Menteri yang juga berasal dari Pahang. Kata Ayah Long Abu Zaman, " sebelum saya menutup mata...ini permintaan terakhir saya,". Sedih juga WZWH dengar. Maklumlah seorang yang sangat tua susah untuk beliau pergi ke Putrajaya.

WZWH akan buat apa yang terdaya. WZWH berjanji kepada orang tua itu yang paling tua dalam negeri Pahang bahawa WZWH akan tulis dalam blog WZWH. Sekarang WZWH sudah menulis. 

WZWH berharap kepada orang-orang yang rapat dengan DS Najib yang membaca blog WZWH tolong sampaikan mesej ini kepada DS Najib Perdana Menteri Malaysia.

1 comment:

Anonymous said...

Wzwh, sedih juga cerita awak ni tapi saya percaya YB Adun Tahan pasti Ada caranya untuk menjemput PM datang Ke Hulu Tembeling....Doakan lah Semoga Allah SWT memperkenakanya