Thursday, October 13, 2011

Corak Pengundi Cina Jerantut PRU 13 Cina Bukit VS Cina Bangsar


YB Dato' Lau Lee pemimpin Cina Jerantut yang pengalaman, berkarisma dan rajin bekerja untuk komuniti orang Cina dan Melayu di DUN Damak Jerantut.

Parlimen Jerantut berjumlah pengundi berdaftar 48,000 pada PRU 12. Undi kaum Cina berjumlah 9000, India 2000, bakinya Melayu yang berjumlah 37,000 termasuk sedikit Orang Asli. Majoriti pengundi Cina ramai di DUN Damak. Dua lagi DUN ialah Pulau Tawar dan Tahan.

Parlimen Jerantut berjumlah 52,000 pengundi pada PRU 13. Pengundi Cina ada 9000. Boleh menentukan kalah atau menang parlimen Jerantut dan DUN Damak. Bukti jelas:

PRU 13 Majoriti parlimen BN Jerantut 1946 manakala di DUN Damak parlimen BN kalah majoriti 2000. Nasib baik DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar membantu. Calon MCA menang majoriti 509.

Pada PRU 2008 bagi kerusi DUN Damak, pengundi Dun Damak berjumlah 19,412, keluar mengundi 14,542 (75%) keputusannya:

Abang kepada Dr Hamzah calon parlimen PAS iaitu Mohd Nor bin Jaafar bertanding di Dun Damak atas tiket PKR pada PRU 12 tewas ditangan BN. Mohd Nor Jaafar PKR 5165, Dato' Lau Lee BN 5674 dan Cikgu Koh Boon Heng Bebas 3295. BN menang dengan kelebihan 509 undi. 

Sekarang Cikgu Koh Beng Seng sudah masuk DAP dan telah mengembangkan 4 cawangan DAP di Jerantut. Mohd Nor bin Jaafar telah meninggalkan PKR dan kini Pengerusi KITA Jerantut.

Pada Tahun 2004, DAP bertanding di DUN Damak tetapi kalah dengan majoriti 2239 (BN memperolehi 7563 undi & DAP memperolehi 5324 undi). Peringatan bahawa pada masa aura Pak Lah diperingkat maksimun pada PRU 2004 di DUN Damak masih kuat kekuatan pembangkang.

Apa lagi pada waktu sekarang bila trend pengundi Cina lebih menyokong DAP. Kemungkinan besar Pakatan Rakyat akan meletakkan calon DAP iaitu Cikgu Koh Beng Seng.

Tetapi politik sentiasa berubah. Sekali ombak memukul sekali pantai berubah. Bagaimana pemikiran politik orang Cina Jerantut? WZWH akan jelas secara konsep yang mudah mengikut pandangan Helen Ang.

Pemikiran politik orang Cina Jerantut boleh dipecahkan kepada dua samada Cina bukit atau Cina Bangsar.

Kristian yang menyertai DUMC, gereja Methodist di Damansara Utama (sebuah kawasan perumahan kelas menengah atas) adalah dari golongan orang berada. Mereka jenis Cina Bangsar, bukan Cina bukit.

Cina bukit jarang yang ada evangelis Kristian. Cina bukit tidak buat kacau atau cari gaduh dengan orang Melayu.

Lewat ini, ketegangan hubungan kaum sering dipersalahkan atas sifat keCinaan. Ini satu pendekatan serong kerana yang menimbulkan sengketa ialah sikap 'langsi' dan bukannya sifat keCinaan.

‘Cina bukit’ merujuk kepada seorang yang bukan berasal dari bandar – dalam kata lain, mirip Mamat dan Minah kampung. Cina yang keluarganya daif dan kurang berpendidikan atau buta huruf juga kadangkala distereotaipkan Cina bukit.

Mungkin para remaja yang bekerja di Lowyat Plaza menjual peralatan komputer atau di kompleks membeli-belah menjaja telefon bimbit juga dipanggil sesetengah Melayu sebagai Cina bukit.

Namun orang Melayu tidak wajar menyamakan ‘Cina bukit’ dengan kurang ajar atau menggunakan gelaran itu untuk tujuan memerli.

Budak yang tercicir dari sekolah tidak semestinya jahat dan tidak seharusnya dicemuh sebagai ‘Cina bukit’. Walaupun bergaji rendah tetapi bukankah remaja-remaja ini rajin mencari rezeki pada usia begitu muda?

Sebaliknya adakah Cina Bangsar, Cina Damansara Utama, Cina Subang Jaya pula baik-baik belaka? Sikap 'langsi' (riak, takbur) itu boleh melekat kepada sesiapa dengan tidak mengira apa bangsapun.

Biadab ertinya tiada adab

Sudah terdedah kita kepada sikap Bishop Paul Tan Chee Ing dan lain-lain pemimpin dari aliran evangelis Kristian yang ada nama dan kedudukan.

Yang perlu kita ingat ialah Bishop Paul amat tipis ‘sifat’ keCinaannya, itupun kalau ada sekelumit.

Dia tidak pernah bertutur dengan pemberita dalam bahasa Cina. Setiap wawancaranya dengan media adalah dijalankan dalam bahasa Inggeris (yang penguasaannya begitu ‘England’ dan power sekali).

Biskop itu sebenarnya seorang Mat Salleh celup. Dia tidak melambangkan sifat keCinaan kerana sememangnya majoriti bangsa Cina bukan beragama Kristian.

Perincian banci penduduk negara tahun 2010 menggambarkan etnik Cina berjumlah 24.6 peratus (lebih kurang suku daripada pemastautin) di Malaysia. 

Yang beragama Buddha, yang mengamalkan Taoisme, yang mengikut ajaran Kong Zi serta kepercayaan-kepercayaan tradisi Cina ialah 22.2 peratus .

Sekiranya ditolak jumlah keseluruhan penduduk etnik Cina iaitu 24.6 peratus dengan jumlah yang beragama Buddha dsb sepertimana disenaraikan di atas, iaitu 22.2 peratus, maka yang tinggal hanya 2.4 peratus orang Cina sahaja yang beragama Kristian.

Meskipun demikian, begitu ramai sekali politikus DAP yang Kristian, contohnya Teresa Kok, Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew, James Ngeh Koo Ham, David Nga Kor Ming, Chow Kon Yeow, Liew Chin Tong, Teo Nie Ching, Tony Pua, Hannah Yeoh, Edward Lee, Anthony Loke, Wong Ho Leng, Lim Lip Eng dan Lim Jack Wong – kesemuanya Adun dan Ahli Parlimen.

Beralih kita kepada siapa yang dituduh biadab?

Sekiranya anda membuat carian perkataan ‘samseng’ di YouTube + ‘Ng Wei Aik’, anda akan menemui beberapa klip video yang merakam gelagat setiausaha politik Lim Guan Eng itu.

Orang Cina tidak harus dikatakan biadab (tidak beradab). Mereka mewarisi peninggalan tamadun berusia lebih 5,000 tahun dan falsafah bangsa yang utuh diuji zaman-berzaman.

Kenapa Ng Wei Aik (setpol Guan Eng) dikatakan ‘samseng’?

Jawapannya kerana dia bukan Cina. Dia mendakwa dirinya Anak Malaysia (ala DAP). Dia tiada adab/tidak tahu-menahu adab Cina.

Bersifat Cina tidak semestinya disamakan dengan sifat perkauman yang negatif.

Misalnya seorang Ah Beng yang bekerja di bengkel motor sedang mengorat Minah Melayu yang bekerja di kedai 7-Eleven berdekatan. Mahupun pelat namun mamat itu bercakap Melayu juga dengan aweknya.

Bandingkan dengan anak-anak orang kaya Bangsar Malaysia yang dihantar ke Australia atau Amerika untuk sambung belajar. Lepas duduk hanya dua-tiga tahun di luar negara akan mampu bercakap Inggeris dengan loghat yang pekat mengalahkan orang putih sendiri.

Soalan cepu emas: Siapa yang kurang mahir berbahasa Melayu/kebangsaan – Cina bukit atau Cina Bangsar?

Tidak seharusnya sekolah vernakular dipersalahkan sepenuhnya atas ketidakupayaan menguasai bahasa kebangsaan.

Cuba tengok pada pekerja-pekerja Bangladesh dan Myanmar atau Cambodia. Masuk beberapa tahun mereka sudah petah bercakap Melayu. Orang bangsa asing ini tidak disekolahkan bahasa kebangsaan kita, bukan?

Alih-alih, ianya berbalik kepada ‘sikap’ yang dipegang juga.

Beralih kepada corak pengundi Cina Jerantut PRU 13. Lebih condong ke mana? Pemikiran politik Cina bukit atau Cina Bangsar?

2 comments:

dowLAH said...

tentu sekali cina jerantut x same dengan cine kl, namun harus di ingt cine akan berbeza skap di tempat majoriti mereka. cube bndingkn sikap cine sg.jan dengan cine k.trengganu? tentu jauh beza bukan?

Anonymous said...

Sudah terdedah kita kepada sikap Bishop Paul Tan Chee Ing dan lain-lain pemimpin dari aliran evangelis Kristian yang ada nama dan kedudukan.


Yang perlu kita ingat ialah Bishop Paul amat tipis ‘sifat’ keCinaannya, itupun kalau ada sekelumit.


Dia tidak pernah bertutur dengan pemberita dalam bahasa Cina. Setiap wawancaranya dengan media adalah dijalankan dalam bahasa Inggeris (yang penguasaannya begitu ‘England’ dan power sekali).


bagiamana pula melayu yang cakap melayu kampung dan bagiaman pula gabenor bank negara malaysia Zeti Aziz yang tak penah cakap melayu diwawancara di tv?

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...