Wednesday, October 12, 2011

Kenapa Zaid Ibrahim Mahu Bertanding Parlimen Jerantut PRU 13?

Barisan KITA Pahang dan Zaid Ibrahim komited mengadakan program di Jerantut. KITA berazam mahu memenangi parlimen dan DUN Jerantut pada PRU 13 nanti.

Abang kepada Nik Aziz turut hadir dalam pertemuan baru-baru ini mampu meraih sokongan dari masyarakat setempat.

Pada mulanya Pengerusi Kita Mohd Nor Jaafar mengesahkan sewaktu berinteraksi dengan WZWH dalam Facebook Dewan Parlimen Jerantut bahawa KITA akan letak calon anak muda tempatan berkelulusan tinggi dan sukses kerjaya bagi menarik minat pengundi muda Jerantut.

Namun bila blog Kutukan Dewata dan WZWH sendiri mengulas niat parti KITA itu maka KITA Pahang dalam blog rasminya menafikan spekulasi itu.

Timbul cerita baru dikalangan pemerhati politik Jerantut. Kenapa Zaid Ibrahim Presiden KITA kerap datang ke Jerantut menghadiri program KITA disekitar parlimen Jerantut. Pernah di satu minggu itu kekerapan Zaid Ibrahim ke Jerantut mengatasi Ku Lan ahli parlimen Jerantut dan begitu jauh meninggalkan Dr Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut itu sendiri.

Mungkinkah Zaid Ibrahim mahu bertanding di parlimen Jerantut. Kenapa? Ini pendapat beberapa orang pengkaji politik Jerantut.

PRU 12 kekuatan UMNO dan PAS di Jerantut adalah seimbang. Di DUN Damak MCA sudah nyawa-nyawa ikan kerana majoriti pengundi Melayu mahu wakil rakyat Melayu.

DUN Pulau Tawar menghadapi masalah nasib orang muda generasi ke dua anak peneroka dan anak muda kampung tradisional dipinggirkan.

Sebab itu KITA Jerantut mensasarkan 2 DUN ini sebagai peluang untuk menang. Sasaran KITA mahu ambil undi pengundi muda yang membentuk 60% daripada keseluruhan 52,000 pengundi parlimen Jerantut.

UMNO Bahagian Jerantut sendiri lemah tidak bergerak ditambah pula kepentingan puak-puak UMNO yang hanya berminat bekerja untuk parti jika calon masing-masing lepas. Orang UMNO Jerantut minat kepada jawatan lebih dari sumbangan kerja kepada masyarakat.

Orang UMNO Jerantut tidak boleh menilai yang mana satu pemimpin intan dan yang mana satu pemimpin kaca. Mereka tidak reti menilai rekod prestasi yang mereka tahu emosi dan mudah percaya kepada fitnah dan cerita kedai kopi.

PAS Jerantut mengalami masalah kepimpinan. 80% cawangan PAS Jerantut sudah tidak bergerak. Pemimpin PAS Jerantut tidak kelihatan.

KITA Jerantut mahu mengambil peluang ini. Jika KITA Jerantut dapat merampas 2 DUN iaitu Damak dan Pulau Tawar ditambah bonus orang UMNO Jerantut tidak bersatu dan sabotaj, PAS Jerantut yang semakin lesu dan pengundi muda Jerantut memberi sokongan tanda protes maka peluang Zaid Ibrahim menang parlimen Jerantut adalah cerah.

Zaid Ibrahim dalam masa terdekat ini mahu mengadakan perjumpaan dengan komuniti media baru Jerantut dengan kumpulan Facebookers, Twitters, Bloggers Jerantut. Ini yang buat orang muda Jerantut suka dengan pemimpin yang turun padang mahu berjumpa bertukar-tukar fikiran dengan mereka.

Zaid Ibrahim berjaya dalam hidupnya. Beliau mempunyai syarikat guaman terbesar di Asia Tenggara. Pejabat guaman beliau ada dimana-mana negara Asean. Zaid Ibrahim boleh memberi pengalaman dan tunjuk ajar kepada orang muda Jerantut.

Faktor yang penting ialah di parlimen Jerantut ini ada 8500 pengundi orang Kelantan Jerantut. Sebab itu Zaid Ibrahim mula-mula mahu bertapak di Jerantut, beliau pergi ke Damak dan Batu Balai dulu. Keluarga Nik Aziz ramai di Batu Balai. Mohd Nor Jaafar adalah abang kepada Dr Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut.

Keghairahan orang Kelantan Jerantut dan Zaid Ibrahim untuk memerintah Jerantut sudah tidak dapat dikawal dan dipendam lagi. KITA Jerantut yakin dengan gerak kerja politik . KITA pasti bertanding disemua DUN dan parlimen Jerantut.

Terpulang kepada Ku Lan sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerantut jika mahu memastikan kemenangan UMNO dan BN di Jerantut PRU 13 nanti. Ketua Penerangan UMNO Jerantut carilah pakar-pakar media baru dan media sosial di Jerantut ini. Cari mereka, dapatkan kepakaran mereka untuk bina cybertrooper UMNO. Linkkan dengan komuniti internet, Facebook, Twitter dan blog Jerantut. Tunjuk dan buat kerjalah.

15 comments:

Anonymous said...

Memang tidak dinafikan ketokohan Dato Zaid Ibrahim yang sangat berwibawa. Tidak mementingkan kedudukan, apatah mahu mencari kemewahan menerusi cara berpolitik. Bukan hendak menunjukkan riak terhadap orang lain, hakikat sebenar ramai pemimpin politik tertinggi tahu, bahkan masyarakat juga tahu Dato Zaid bukan mencari kekayaan melalui politik. Bahkan perjuangan politik beliu turut "mengkempiskan" poket sendri demi rakyat yang memerlukan. Ramai percaya kekerapan kehadiran di kawasan Parlimen Jerantut dan memudahkan cara perhubungan terus bersemuka dan dapat mengetahui isu semasa, walaupun masih belum berkuasa di P 81 ia sesuatu harus di puji kerana memudahkan cara.

Bukan terlalu nak memuji, jika ditakdirkan benar KITA meletakan calon di P81 dan tiga DUN sekelilingnya, sesetengah politikus yang tidak dikeriktikus menyatakan ia ada alternatif bagi parti KITA menempa kejayaan. "Syabas"

Harap2nya parti2 lain terus berperanan seperti sediakala tanpa menghiraukan masayarakat tapi terus menerus mengisi poket, agaknya mungkinkah mereka ini menempah pukulan "KO".

Anonymous said...

alahai kesian sungguh dgn WZWH ni...asyik bangga pemimpin dari parti pembangkang....kutuk pemimpin parti sendiri seolah olah org tu hampas sangat demi kepentingan bos dia dompok tuh... semua org dah tau bahkan satu malaysia tau dompok ni dah tak layak untuk dijadikan calun BN PRU13 ni... elok lah WZWH bodek pembangkang tu..sbb kemungkinan besar dompok akan bersekongkol bersama pembangkang nanti dalam usaha mencantas calun yang dikemukakan oleh BN.. tapi tak mengapa walau apa dompok dan WZWH lakukan BN tetap menang...di Jerantut ...hanya kami mau harapan dompok dan WZWH Cukup sampai disini bak lagu spring

Anonymous said...

Anon 11:03,
BN tetap menang...
Mana gerakkerjanya bro. Pergilah ke seluruh pelusuk parlimen dan DUN-DUN ada UMNO Jerantut buat kerja? Posting WZWH mahu membuka minda UMNO Jerantut supaya peka dan alert dan bertindak agresif sekarang. UMNO Jerantut masih tidur. Terlalu yakin dan complacent dengan comfort zone. Kalau macam ini UMNO dan BN tidak gerenti boleh menang!

Quiet Despair said...

Kahkahkah. Tak laku di Kelate atau di mana-mana, nak undi orang Jerantut pulok.
Kaeh sebagai anak Pahang tak merelakan Zaid bertanding di Jerantut atau kawasan lain di Pahang.
Kita akan selar dia dan buat dia hilang deposit jika nak bertanding juga.
Bodoh punya orang yang ingat dia orang pilihan yang liberal di Malaysia. PORAH.
Pergi tunggang whisky lagi baik..

Anonymous said...

Saudara wzwh, saya nampak saudara ada potensi utk mnjadi pemimpin pada masa akan dtg. Sbb apa? Sbb gaya saudara memberikan posting yg jujur dan terbuka wpun nampak juga weighted saudara ke arah mana dan siapa. Satu lg, saudara mmpunyai telinga besi yg tahan maki, kutukan, cacian dan hinaan. Gambar profil saudara yg 'terkernying' tu menampakkan saudara sgt selamba. Saudara tidak cepat melatah dan melenting spt org lain. Sy doakan saudara akan mnjadi pemimpin kelak, dan lakukan kerja dgn ikhlas demi AGAMA, bangsa dan negara tanpa mengira landasan parti mana saudara berdiri. Sekian....

Anonymous said...

memang wzwh ni teringin sgt nak jadi calun..bila anon ckap gitu lagi kembanglah pungkoq dia tu..haha tapi kami kami org umno tak merelakan org mcm wzwh jadi calun untuk kami sokong... sbb dia ni penyokong kepada sorang kaki pungkor camna kami nak bersama dia ni

Anonymous said...

Nasihat/ pandangan sy utk wzwh: jika hendak jd pemimpin. Letakkan AGAMA paling utama...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

WZWH mahu lihat UMNO dan BN tunjuk prestasi terbaik pada PRU 13. Itu saja UMNO banyak berjasa kepada WZWH sejak kecil lagi. Dah banyak apa yang UMNO bagi kepada WZWH. Itu sudah cukup. Matlamat utama WZWH mahu lihat DUN Tahan membangun dan Jerantut maju jaya sejahtera. Itu yang WZWH mahu lihat....

Anonymous said...

Ya koh ning, ah... tadork apo lagi dorhlah, abih dorhla lawan parti KITO (KITA) dalam PRU ko 13 ning. Lawe KITO tu hok banyok2, selamo ko ning nyo wat loklok ko pengundi hok ngundi. Nyo tipu reto sokmo2, mace jadi bodoh nyo wat ko demo tuh. Kipen tok mudorh la weh, undilah parti ambo, ambo akan bui kemudohae. Kali ning sngoti KITO nok bui kemudahae. Mene, ah takdo apolah we, KITO bulih sa Palimen Jelantut, tigo DUN cukopla dulu wat gapo dio banyok2. Ko banyok kawase demo dok oyat, pemimpin hok ado tuh nyo ko kuat nepu. Ambo tok kato, demo dok oyatlah.

Mahaf loh deh, ambo cumo nok bui sukungae moral ko calon KITO. Sekali lagi ambo mintok mahaf banyok2. Nok kecek bahaso Pahae ambo tok bapa reti, nyo bulih kecek bahaso Kelate sikit2 pon Alhamdulillah. KITO mene ambo nok belaja kecek Pahae pulok, sebobnyo tok wakil KITO, ambo yakin tok nepu dae tok kekoh reto ning. Nok tulung sngoti. Ini buke nok pekaumae negeri, pasal ambo ore Kelate pon dok cari make kot ning jugok. Ambo pon doh becucu doh jadi mace kampong lamae sdiri di Jelatut ning...

Sepupu Pang5 Banir...

Anonymous said...

suasana pengundi menentukan siapa yg akan menang,golong pengundi luar,muda kebayakan tidak akan mengundi BN sbb mereka sudah muak dengan perangai YB2 yang sedia ada....kalu ader rezeki pihak pembankang akan menang semua dun dan parlimen....insayallahhhhhh.....

Anonymous said...

sebenarnya pembangkang tidak mempunyai kekuatan sangat..tetapi pemimpin umno seperti bos WZWH ni yang menyukarkan BN ..kerana jika mereka tidak mendapat tempat untuk dicalunkan maka kerja utama mereka ini akan mengerat dan mencantas calun yang ada.... kerana inilah kerja diaorang selama ini..... jangan marah WZWH awak kena akui perkara ini benar

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 9.19,
Setiap perbuatan ahli politik yang berjawatan direkod. Apa dia buat kempen atau sabotaj direkodkan. Ini salah satu tapisan calon nak jadi YB. Soal cantas calon tidak timbul sebab ADUN Tahan sudah calon. Yang lain nak kerat dia adalah...heheheheheh

Anonymous said...

satu soalan buat WZWH..minta tlg jawab kenapa PRU12.. atan dompok dapat majoriti 1200 ....sedangkan Ku lan hanya dapat majoriti 600 undi... perbezaan yang nyata dompok dan WZWH tidak membantu Ku lan.... tu tak cantas atau tak kerat nama nyer.. tu masa dompok jadi calun..tgk lah dompok tak dicalunkan lepas ni..apa kerja utama dompok ? dia balik buat kerja asallah kerat calun dari parti sendiri.. tak usah nafi lah WZWH awak pun buat kerja yg sama sbb pencacai dia

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 8:35,
Wan Amizan majoriti 1400, Ku Lan majoriti 1017 di DUN Tahan.

Lebih detail...

Dari analisa taburan undi parlimen Jerantut mengikut DUN PRU 2008 pula:

Jumlah pengundi Dun Damak,19,412 keluar mengundi 14,203(79%) BN Peroleh 5930 PAS perolehi 7910 BN kalah dengan majoriti - 1980 tidak keluar mengundi 4,815. Undi rosak 363.

Jumlah Pengundi Dun P Tawar 18,074 keluar mengundi 14,336 (79%) BN Perolehi 8,312 PAS perolehi 5522 majoriti BN 2790 tidak keluar mengundi 4,240. Undi rosak 224

Jumlah Pengundi Dun Tahan 11,326 Keluar Mengundi 8,937 (81.6%) BN perolehi 4,977 Pas perolehi 3,960 BN majoriti 1,017 tidak keluar mengundi 2,389. Kertas undi rosak 207,inilah keputusan pilihanraya peringkat parlimen Jerantut.

Barang diingat jumlah keluar mengundi masih rendah berbanding tahun sebelumnya. Peratusan keluar mengundi hanya 78.01% dan hampir 10,734 orang tidak mengundi. Apakah jika mereka keluar mengundi mereka akan pilih PAS atau mereka ini ahli BN. Maka adalah menjadi tangungjawab semua untuk kenal pasti dan bawa mereka ini ke medan pertempuran sebenar. Merujuk kepada fakta ini UMNO/BN perlu diperkasakan.

Terdapat banyak sebab mengapa majoriti undi parlimen merosot:
BN kalah majoriti 1980 di DUN Damak sebab undi orang Cina protes hal isu tempatan melibatkan tanah dan sekolah Cina.
Orang UMNO DUN Damak ramai mengundi PAS atas sebab peribadi dan hal isu tempatan melibatkan tanah bandar Jerantut yang gagal dipertahankan.
Orang UMNO DUN Damak ramai tidak keluar mengundi.
Mood PRU 2008 yang anti Pak Lah

WZWH = UMNO, Anon bercakap dengan WZWH keturunan UMNO yang unggul di Jerantut.

Kenapa WZWH mahu kerat Ku Lan darah daging WZWH sendiri?

Anonymous said...

PERLU INGAT...JIKA KITA BERTANDING DI DUN TAHAN, HARAPAN UNTUK MENANG SANGAT CERAH TAU...KENAPA...?

1. PAS PERNAH MEMEGANG SATU PENGGAL TETAPI TAK MEMBERI MAKNA KEPADA PENGGUNDI DUN TAHAN.

2. UMNO MEMANG DAH LAMA, TAPI PEMIMPIN UMNO PULAK YANG BUAT PERANGAI, MENYEBABKAN MEREKA DIBENCI OLEH HAMPIR 50% PENGUNDI UMNO...

DALAM PROSES PILIHANRAYA KALAU 1 UNDI MELEBIHI PIHAK LAWAN DAH DIKIRA MENANG, ITULAH PELUANG KITA UNTUK MEMENANGI DUN TAHAN....

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...