Monday, October 10, 2011

Realiti Gaji Rendah Ahli Parlimen Malaysia


WZWH rasa simpati dengan ahli parlimen-ahli parlimen Malaysia yang bergaji rendah tapi tuntutan dan komitmen politik tinggi.

Majoriti ahli parlimen seramai 222 itu bukan semuanya background korporat dan profesional. Memang ada ahli parlimen dari lawyer, doktor, arkitek dsb.

Ramai yang mengharap kepada gaji yang rendah dan sebenarnya tidak cukup ini disemak semula. Persepsi rakyat ahli parlimen banyak duit. Sebenarnya tidak, hanya ahli parlimen yang pandai berjaya mengurus kewangan.

Berapa ramai ahli parlimen yang junior dan biasa, melengoh kerana pendapatan mereka tidak boleh membayar perbelanjaan.

YBM Tengku Azlan pernah cakap kepada WZWH bahawa gaji beliau lebih rendah dari gaji anaknya yang baru bekerja. Tambahan pula mengurus parlimen Jerantut yang keluasannya 6 kali Singapura dengan transportasi geografi yang berbagai darat , air dan udara begitu tinggi kosnya.

Jika kita mahu Ku Lan mengelilingi ke seluruh pelusuk Jerantut saban minggu sudah tentu perbelanjaannya besar. Tapi biasalah rakyat Jerantut tetap menjangkakan Ku Lan ahli politik anak raja yang 'extraordinary'.

Berapa gaji ahli parlimen Malaysia? 
Gaji hakiki           : RM6508.59
Elaun Pemandu   : RM1200

Sejak Bil Gaji ahli parlimen di Aktakan pada tahun 1980, gaji ahli parlimen telah disemak pada tahun 1992, 1997, 2001, 2002 dan 2005. Selepas tahun 2005 tidak ada kenaikan gaji ahli parlimen.

Jika dibandingkan dengan gaji ahli parlimen negara jiran sebulan:
  • Singapura- RM33,589
  • Indonesia- RM18,112
  • Thailand-   RM12,539

Nyatalah gaji ahli parlimen Malaysia antara yang terendah sekali.

Niat DS Najib baik mahu memberi kemjudahan kepada semua ahli parlimen tidak kira kerajaan atau pembangkang namun DS Anwar Ibrahim tidak bersetuju walaupun ramai ahli parlimen junior Pakatan Rakyat sebenarnya tidak senang hati.

DS Najib sudah pun mahu allocate RM30 juta bagi bajet 2012 untuk cadangan kenaikan gaji itu.

Berapakah gaji ahli parlimen yang sesuai dengan budaya politik Malaysia? WZWH berpendapat RM20,000 sebulan baru selesa ahli parlimen buat kerja tidaklah muka nampak moyok.

Itu semua untuk kemudahan kerja ahli parlimen, pengurusan pejabat, penyelidikan dan transport.

5 comments:

Anonymous said...

Salam,
Kita boleh tengok gaji MP atau ADUN nie berpatutan masa pilihanraya.
Kalau masih ada yang sanggup jadi calon, bermakna gaji yang ditawarkan berpatutan.
Kalau tak ada yang sanggup jadi calon kerana gajinya rendah, masa tu barulah kita boleh semak semula bayaran gaji tu.
Kita kena juga gunakan kuasa pasaran untuk menentukan gaji mereka.
Kalau mereka kata gaji MP kat negara lain lebih bagus, pegi je jadi MP kat negara tu.

Anonymous said...

untuk makluman, gaji ahli parlimen juga adun memang lah rendah walau pun di campur lain lain elaun, TAPI HARUS DI INGAT, BAHAWA JUMLAH PENDAPATAN AHLI2 YANG BERHURMAT DI PEHAK PARTI YANG MEMERINTAH, KHUSUSNYA PEHAK KERAJAAN, TAK KIRA LAH PUSAT ATAU NEGERI MEMANG LUMAYAN, NEGERI YANG DI KUASA OLEH PAKATAN PUN SAMA, PENDAPATAN MEREKA MEREKA INI MENCECAH RATUSAN RIBU SEBULAN, TAK PERCAYA TENGOK CARA HIDUP MEREKA?, DENGAN RUMAH, KERETA BERBELAS BIJI, CURAH DUIT PADA PENYOKONG MENGALAHKAN DAPAT DUIT DARI LANGIT?< FIKIR FIKIRKAN LAH, BIAR ELAUN KECIL TAPI PENDAPATAN BANYAK?, JIKA TIDAK?, MANAKAH MUNGKIN BEREBUT REBUT NAK JADI yB?

Anonymous said...

Tak payah susah-susah bayar gaji tinggi kat MP dgn ADUN ni. Kalau diorang tak sanggup kita ambik je INDON ke, NEPAL ke atau MYANMAR ke untuk jadi MP atau ADUN. Tak payah bayar gaji lebih-lebih.

Anonymous said...

Betul 2... Ko patut tgk dulu gaji sebelum ko bertanding MPlah.. Dah bertanding, menang, bising2 gaji rendah... Ko berkhidmat untuk rakyat... Mangkuk ayun, jerman barat! Nak banding dgn singapore, kerja macam haram... Lawat kawasan time pilihanraya!!!

adrianiamri said...

isu berkenaan gaji MP ni sudah berlarutan di kalangan mereka.. Ada kat ok, banyak kata rendah berbanding negara jiran..Fakta disahkan oleh WZWH ...
Tapi orang ramai beranggapan jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai...
Betul juga.. Korang nak berkelah, janganlah kaitkan dengan jiran sebelah..Pergilah berkelah. Bawa sendiri kelengkapannya...

Isu ini sebenarnya berkaitan dengan MP pembangkang yang mana mereka acap kal imembangkitkan ketidakadilan terutamanya tiada peruntukan untuk kawasan.. Nak tak nak duit kocek digunakan ...Itu isunya untuk hal ini..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024