Nuffnang Ads

Pages

Thursday, October 6, 2011

Musa Kumil Mahu Kerajaan Tolong Miskin Bandar

Musa Kumil ahli ekonomi kampung kata miskin bandar lebih teruk dari miskin kampung. Miskin bandar adalah 'root' kepada gejala negatif sosial masyarakat bandar.

Musa Kumil ahli ekonomi kampung sila baca sini boleh menerangkan teori dan praktikal ekonomi berpendapatan tinggi kepada WZWH dengan mudah.

Ramai anak-anak Ulu Tembeling yang pergi ke bandar bekerja pulang kembali ke kampung kerana tekanan miskin bandar kata Musa Kumil. Beliau beri contoh dua orang anaknya sudah kembali ke Kampung Kumil setelah berhijrah ke Kuala Lumpur.

Musa Kumil berharap bajet Jumaat ini boleh membantu miskin bandar. WZWH bersetuju golongan miskin bandar perlu diberi perhatian sepenuhnya memandangkan kemiskinan yang melanda mereka jauh lebih dahsyat daripada masyarakat luar bandar.

Disamping bajet tumpu terhadap rakyat golongan pertengahan kerana mereka memacu pembangunan dan kelompok yang setia membayar cukai kerajaan. Kemiskinan akar umbi perlu diambil kira. Tumpukan perhatian terhadap golongan miskin bandar, keadaan golongan miskin bandar ini lebih dahsyat.

Mereka perlu diberi perhatian penuh kerana tidak mempunyai tempat mencari rezeki seperti pertanian, mengail, bercucuk tanam, mencari gaharu yang dilakukan golongan luar bandar.

No comments: