Wednesday, October 26, 2011

Memahami Laporan Ketua Audit Negara 2010 Apa Yang Pembangkang Bising?


Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan blog-blog pro Pakatan Rakyat telah cuba mengambarkan Laporan Ketua Audit Negara 2010 itu seolah-olah kerajaan BN yang dipimpin oleh DS Najib ini tidak cekap dan tidak berkesan mengurus perbelanjaan kewangan kerajaan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 bertujuan untuk memastikan kementerian, jabatan, agensi menyimpan buku rekod perakaunan dengan baik, kawalan dalaman, mencegah fraud dan kesilapan, menjaga aset, mematuhi peraturan dan undang-undang dan memastikan cekap dan berkesan.

Ketua Audit Negara adalah independent bebas dan bertanggungjawab melapur kepada Dewan Parlimen. Ketua Audit Negara kerjanya mengesyorkan cadangan-cadangan dari hasil dapatan auditnya.

Kerajaan berbelanja RM523.72 bilion melebehi RM519.99 bilion dari dana asal sebanyak RM3.73 bilion telah digunakan untuk membiayai pembiayaan mengurus, pembangunan, Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI), modal, bayaran balik pinjaman dan amanah ataupun deposit.

Sebanyak 17 kementerian dan 13 jabatan kerajaan memperoleh penarafan empat bintang dalam prestasi pengurusan kewangan pada 2010 dengan memperoleh lebih 90 markah, berbanding hanya 10 kementerian dan empat jabatan pada tahun sebelumnya.

Kerajaan akan bertindak mengikut peraturan dalam berurusan dengan 9 kementerian dan jabatan yang dilaporkan berbelanja melebih had sehingga mengakibatkan penggunaan peruntukan tambahan berjumlah RM3.73 bilion tahun lalu.

Langkah-langkah sewajarnya akan diambil ekoran Laporan Ketua Audit Negara 2010 dikeluarkan bagi memastikan kesilapan-kesilapan lalu tidak berulang. Laporan audit menunjukkan masih ada ruang untuk penambahbaikan.

Kakitangan awam perlu membuat peningkatan mutu kerja terutamanya membabitkan pencapaian Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) supaya perbelanjaan peruntukan yang diberikan dalam Belanjawan Negara setiap tahun dilaksana dengan lebih berkesan.

Tanggungjawab kerajaan adalah supaya tak mengulangi lagi apa yang disebut Ketua Audit seperti tahun-tahun dulu.

Laporan Audit yang dikeluarkan  mengkritik pengurusan beberapa jabatan kerajaan termasuk :
  • Tujuh staf Risda Plantation tak pulang RM1.6 juta, Audit arah kes saman
  • Laporan Audit: LPKP ambil lebih 700 hari selesai kes, aduan
  • Laporan Audit: Pasar Borong Selangor belum capai matlamat
  • Laporan Audit: JPA terlebih bayar pencen lebih 2,300 penerima lebih RM4 juta
  • Laporan Audit: 18 kuda RM4 juta dibeli MSN tak mampu tanding
  • Lebuh Raya Desaru: Silap kira kos ambil tanah, kerajaan pikul RM375 juta
  • Audit beri amaran selenggara segera bumbung Stadum Nasional elak runtuh
  • RM80 juta dibazirkan kerana pembatalan projek-projek polis.
  • Berjuta dibelanja tapi jalan-jalan Sarawak selalu rosak.
  • Laporan Audit: Lebih belanja tak langgar peraturan, kata SPRM
  • Pusat Ternakan Lembu Negara tidak capai sasaran.
Kritikan ini kerana ada segelintir pegawai kerajaan tidak cekap dan tidak berkesan membuat keputusan dan perbelanjaan kewangan, tidak mengikut peraturan dan undang-undang disamping ada tambahan peruntukan kerana sebab-sebab tertentu.

Kalau kita lihat Anwar Ibrahim dan blog-blog pro Pakatan Rakyat suka spin Laporan Ketua Audit Negara 2010 seolah-olah  laporan ini penuh dengan perbelanjaan yang tak masuk akal yang telah dilakukan oleh pimpinan PM 1Malaysia ini.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...