Nuffnang Ads

Pages

Sunday, October 9, 2011

Pertandingan 3 Penjuru Parlimen Jerantut PRU 13 Menarik!

Barisan kepimpinan KITA Pahang dan Presiden KITA Zaid Ibrahim. WZWH mahu mengingatkan UMNO dan PAS Jerantut jangan pandang enteng parti 'underdog' KITA. Silap-silap perkiraan majoriti 60% pengundi Jerantut yang terdiri dari anak-anak muda Jerantut akan buat perubahan dan kejutan besar dalam PRU 13 nanti.

Parlimen Jerantut PRU 13 sangat menarik kerana diramalkan pertandingan 3 penjuru pasti berlaku antara BN, PAS dan KITA.

Ini disahkan oleh Mohd Nor Jaafar Pengerusi KITA Pahang kepada WZWH  bahawa KITA akan letak calon anak muda tempatan yang berkelulusan tinggi dan sukses karier di Kuala Lumpur.

Buat masa ini KITA Jerantut sedang rancak menjalankan berbagai program dihadiri Presiden KITA Zaid Ibrahim. 

Seperti biasa atas kertas BN melalui UMNO meletakkan YBM Tan Sri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar bagi mempertahankan parlimen Jerantut penggal yang ke 4.

PAS menurunkan adik kepada Mohd Nor Jaafar iaitu Dr Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut mencabar Tengku Azlan buat kali ke 3.

Pemerhati politik underground Jerantut meramalkan kejutan besar akan berlaku di Parlimen Jerantut kerana calon dari parti 'underdog' akan merampas kerusi parlimen Jerantut.

UMNO dan PAS Jerantut sedang mengalami masalah dan krisis yang buat penyokong kedua parti beralih arah.

Lebih-lebih lagi berita yang tidak dapat disahkan menyatakan kesemua ADUN-ADUN Jerantut sekarang direhatkan kerana memberi peluang kepada muka-muka baru. Hanya Tengku Azlan kekal bertanding di parlimen Jerantut.

YB Dato' Shukri sudah 3 penggal mahu menumpukan perniagaan hospital swasta puluhan juta ringgit. YB Dato' Wan Amizan mahu menjadi ahli korporat sepenuh masa dengan projek ratusan juta ringgit. YB Dato' Lau Lee yang sudah 4 penggal mahu beribadah menumpukan kepada kegiatan agama Buddhanya.

Tinggallah YBM Tengku Azlan sebagai simbol payung menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat Jerantut. Namun penyokong fanatik terutamanya penyokong Dr Shukri dan Wan Amizan sudah tentu akan melanggar dan melutu dinding pada PRU 13 ini.

PAS pun menghadapi masalah yang ketara juga. Ikuti posting blog Parlimen 81 yang WZWH CnP....

PAS Jerantut makin parah . Risikan oleh parlimen81 menunjukan 80% cawangan PAS di Jerantut tidak berfungsi . Hanya 3% sahaja yang masih bermesyuarat secara tetap setiap minggu . Cawangan lain hancur . Cawangan di Felda langsung tidak berfungsi . Ada cawangan yang tidak diketahui siapa ajknya . Ada cawangan langsung tiada berduit didalam akaun bank .

Memang PAS Jerantut makin parah . PAS cawangan langsung tidak bersedia untuk berhadapaan dengan pilihanraya yang bila2 masa sahaja akan diumumkan oleh PM Najib .

Ada sumber-sumber risikan bahawa terdapat beberapa cawangan di Felda dalam proses untuk dibubarkan dan kesemua ahli-ahli PAS di situ akan mengistiharkan untuk masuk UMNO dalam masa terdekat ini .

Ini menunjukan bahawa PAS Jerantut makin parah .

Dalam keadaaan PAS dijangka mudah menewaskan UMNO dalam PRU13 nanti sesuatu yang tidak dijangka oleh UMNO telah berlaku dalam PAS yang memudahkan untuk UMNO meneruskan tradisi menang di Parlimen Jerantut .

Namun blogger Parlimen 81 tidak mengetahui bahawa UMNO Jerantut pun sudah mahu retak dan pecah jika sesuatu yang drastik tidak dilakukan oleh pengurusan kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut. Jawatan Setiausaha UMNO Bahagian perlu diisi dengan segera.

Setiausaha UMNO Bahagian perlu dilantik dikalangan ahli UMNO yang berminat dan berkeupayaan menjalankan tanggungjawab kerja urusan parti.

UMNO dan PAS Jerantut jangan 'overconfident' silap-silap parti 'underdog' KITA boleh mencuri peluang lebih-lebih lagi pengundi parlimen Jerantut yang seramai 52,000 orang itu 60% adalah terdiri dari pengundi muda yang 'savvy' dengan media baru terdedah dengan berbagai info akses kepada fakta pengetahuan politik tempatan.

5 comments:

Anonymous said...

YB Dato' Wan Amizan mahu menjadi ahli korporat sepenuh masa dengan projek ratusan juta ringgit.

YB Dato' Wan Amizan mahu menjadi ahli korporat sepenuh masa dengan projek ratusan juta ringgit.
YB Dato' Wan Amizan mahu menjadi ahli korporat sepenuh masa dengan projek ratusan juta ringgit.

Anonymous said...

YB Dato' Shukri sudah 3 penggal mahu menumpukan perniagaan hospital swasta puluhan juta ringgit. YB Dato' Wan Amizan mahu menjadi ahli korporat sepenuh masa dengan projek ratusan juta ringgit. YB Dato' Lau Lee mahu beribadah menumpukan kepada kegiatan agama Buddhanya.


Bagus dan selamat maju jaya. Bersara ada tapak dan terus berkhidmat.

Anonymous said...

Jangan dilupa anak perantauan jerantut yg masih mnjadi pemilih di P 81. Kebyakkan mereka ini adalah golongan professional, ahli perniagaan yg berjaya dan anak2 muda yg mmpunyai pemikiran yg cukup kritis. Dan pemimpin politik jrtut tidak cuba utk mengenali dan menghampiri mereka....

WZWH (Wan Zamzuri bin Wan Hasenan AMP) said...

Anon semua itu berita yang belum dipastikan kesahihannya. Jika Najib anggap mereka masih lagi aset dan winnable candidate tentu mereka bertanding lagi heheheheh

Sebenarnya ada pemimpin Jerantut yang buat program mengumpulkan anak-anak Jerantut di KL terutamanya mungkin anon tidak perasaan.

Satu idea yang baik dari anon untuk kumpulkan anak perantauan di ibukota. WZWH akan fikir dan usaha sesuatu.

bananas n munkee said...

sy ni org jerantut duduk di KL.ade ke program mengumpul anak jerantut di KL?sy tak tau pun...