Friday, October 21, 2011

Aziz Bari Pengikut Mahathir Warnanya Pembangkang


Aziz Bari Profesor Phd Perlembagaan dan Undang-undang selama 22 tahun di UIA. Aziz Bari semasa mudanya terpengaruh dengan pemikiran Mahathir dalam isu pindaan Perlembagaan menyentuh imuniti dan kekebalan Raja-Raja Melayu.

Biar Mahathir ada logik tapi apa Mahathir buat hanya untung jangka pendek sahaja. Mahathir pun sudah menyesal apa yang dibuat pada tahun 1983 dan 1993. Banyak buruk dari baik.

Aziz Bari tidak faham mentaliti UMNO: bila kuat buli Raja, bila lemah sembah Raja!

Aziz Bari tidak belajar Sejarah Melayu, psyche Melayu. Itu kekurangan Aziz Bari.

Aziz Bari lebih cenderong kepada bekerjasaman dengan Pakatan Rakyat terlibat dengan Harakah, Suara Keadilan, Malaysiakini dan seminar PAS.

Aziz Bari juga mengkritik Sultan Perak semasa krisis politik Perak. Aziz Bari mengkritik lagi konon Sultan Selangor tidak bertindak mengikut berpelembagaan isu DUMC kristianisasi.

Aziz Bari bangga dia Melayu profesor yang berani dan dipuja bukan Melayu.

Aziz Bari lupa dia berkhidmat dengan UIA. Pemikiran Aziz Bari boleh mempengaruhi beribu-ribu pelajar UIA dan pengikut muda Pakatan Rakyat menuju republik.

Bila UIA gantung Aziz Bari selama seminggu, bagi masa jawab surat tunjuk sebab, gaji penuh berjalan sudah kecoh Pakatan Rakyat dan NGO pro Pakatan Rakyat anggap Aziz Bary 'martyr'.

Mahathir yang sedar kesilapannya buli Raja anggap Aziz Bari 'kurang ajar'. Sekurangnya Mahathir sudah sedar tapi Aziz Bari bangga Melayu sanggah Raja.

Aziz Bari bernasib baik hanya diberi surat tunjuk sebab kalau di zaman Sultan Iskandar Muda Thani dan Mahkota Alam Acheh yang 'well educated' sudah tentu kepala Aziz Bari kena penggal.

Aziz Bari menyanggah tindakan Sultan Selangor mengurus hal ehwal urusan agama Islam adalah kesalahan serious dan besar implikasi. Tak percaya tanya Tun Perak!

Nasihat WZWH kepada Aziz Bari: Bertandinglah atas tiket Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti. Jangan berumah ditepi pantai jika takut dilambung ombak.

Tunjukkan bahawa anda anti UMNO. Kenyataan Aziz Bari selama ini memang anti UMNO:

"Umno bukan lagi sebuah parti yang berupaya menyelamatkan kedudukan orang Melayu di negara ini. Orang Melayu perlu berani untuk berubah dengan meninggalkan parti itu yang disifatkan gagal mempertahankan demokrasi dan prinsip yang terkandung dalam perlembagaan negara. Kita sudah lihat bagaimana pelaksanaan perlembagaan disabotaj oleh Umno. Dan ini berlaku kerana orang Melayu tidak mempunyai parti lain yang boleh menyemak dan imbang Umno. Mereka perlu ubah ini; orang Melayu kena tinggalkan Umno dan perkasakan parti-parti yang komited dengan perlembagaan kerana di sana ada formula yang adil; bukan sahaja untuk orang Melayu tetapi juga kaum-kaum lain. Pada saya itu menunjukkan perubahan minda di kalangan orang Melayu khususnya generasi sekarang yang tidak lagi melihat Umno sebagai satu-satunya parti yang boleh menyelamatkan mereka. Ertinya politik orang Melayu lebih kompleks sekarang dan Umno akan tenggelam jika tidak berubah. Kita juga harus ingat bahawa sebahagian besar mereka yang meninggalkan negara adalah generasi muda Melayu. Ini satu lagi fenomena yang menjelaskan anjakan politik yang kita lihat itu,” Apakah kuasa Melayu akan terhakis sekiranya pakatan memerintah, ia hanya lah teori yang digunakan Umno untuk memastikan survival politik mereka. Soal itu hanya teori sahaja; ia tidak boleh menjadi kenyataan. Umno-BN sendiri berkuasa selama ini dengan sokongan bukan Melayu. Dalam PRU 1999 selepas reformasi orang bukan Melayu yang menyelamatkan mereka. Kemenangan besar 2004 juga sebahagiannya kerana undi bukan Melayu. Memang ada orang Melayu yang dangkal akalnya yang percaya dengan gula-gula itu. Dan Umno-BN ada Perkasa untuk mengipas ketakutan dan mitos itu. Jadi kita jangan layan retorik survival Melayu di parlimen kerana orang lain juga, ertinya bukan Melayu, tidak boleh bermain dengan teori itu,”. Selama ini pun Umno-BN menggunakan taktik pecah dan perintah untuk terus berkuasa dan kini mereka mengulang putar isu ketuanan Melayu kerana tahu tidak mempu memperoleh sokongan Cina dan India. Isu kuasa Melayu mereka mainkan sekarang kerana mereka tahu undi bukan Melayu tidak akan kembali kepada mereka. MCA, MIC dan Gerakan sudah menjadi liabiliti kepada BN. Dalam keadaan sekarang; yakni selepas 54 merdeka orang Melayu kena lebih berdikari. Mereka tidak harus termakan dengan dakyah Umno yang sengaja mengipas isu-isu tadi untuk kepentingan politik mereka. Orang Melayu perlu memperkasa demokrasi di negara ini kerana inilah sebenarnya jaminan masa depan mereka".

UIA tidak perlu pakar perlembagaan dan undang-undang kononnya yang buta falsafah politik dan sejarah Melayu seperti Aziz Bari. Nyahkan Aziz Bari dari UIA!

8 comments:

Anonymous said...

aziz bari lupa canselor UIA tempat dia ambik PHD ialah Sultan Pahang hehehe

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Saja malah WZWH nak cerita takut puak pro Aziz Bari tembak Tuanku Sultan Pahang pulak sedang itu Senat UIA punya keputusan ekekekkekeke.

zulkifli said...

Syabas Aziz Bari-seorang wira yg berani kerana benar. Kita amat kekurangan wira semacam ini. Dulu kita ada seorang yg menyamar sebagai wira, sayangnya dia sebenarnya hanya wira kerala yg berpura pura.

Frozenthots said...

Pelik and menghairankan. Apabila seseorang itu mengutarakan hujah, bukan hujah yang didebat tetapi peribadi. Kita mendengar politician/statesman/academician mengatakan Aziz Bari "kurang ajar", menderhaka, tindakan displin etc. Tapi tak seseorang pun yg "dissect" apa yg dikatakan dan memberi pandangan/hujah yg berbeza. Nampaknya impact sistem pelajaran kita yg mau semua rakyat mengakui satu pandangan sebagai "altrusim" telah menular hingga ke puncak. Kenapa kita tidak dapat menerima bahawa idea/proponents adalah seperti "ass" semua org ada satu. Aziz Bari adalah seorg academician sama seperti Association of Porfessors yg baru baru ini menyatakan kita tidak pernah dijajah - itu hujah mereka. Kalau kita tidak terima, kita kemukan kenapa dan apa hujah kita dan bukan "personality assasination". Kalau kita meneruskan cara begini dan tidak menggalakkan "flourishing of ideas" - project Talent Corps akan gagal dan brain drain akan berterusan.

hoqni said...

22 tahun Aziz Bari di UIA. Macam kuil mengaku 150 tahun aje ni

Anonymous said...

Zulkifli aok pun bodoh macam Aziz Bari tidak faham falsafah politik dan sejarah Melayu.

hoqni said...

What is a suspension of an employee that he cannot do work but "can enter the premises, and associate with the employer"? http://www.bernama.com.my/bernama/v5/newsgeneral.php?id=621720

The Rector is a legally qualified person.

The real problem is this. Aziz Bari is a lecturer at its law faculty. The point he discussed was relating to construing of constitution, the supreme law in Malaysia. His point may be disagreed to, no doubt, but you can't penalise a law lecturer for having a different point of view from another person, who may be a medical doctor.

It does not augur well for lawyers from UIA. What if that happens to them, when they lose an appeal at Federal Court? Because they have a different view from an incumbent?

Kutukandewata said...

Soalnya sekarang aziz bari kurang ajar dengan sultan.sultan atas kapasitinya sebagai ketua agama wajib mempertahankan tindakan jabatan agama islam selangor bagi menyelamatkan akidah umat islam.
aziz bari merasakan dia bijak sangat dalam segala hal.

tak perlulah berselindung atas title ahli akademik kalau banyak kenyataannya condong kearah pembangkang.terjun sahaja ke alam politik.itu lebih bermaruah sebagaimana ahli2 politik lain di malaysia.itu lebih gentleman.jadi tak lah anak didik nya di UIA jadi serba salah.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024