Thursday, October 6, 2011

WZWH Mahu Parlimen Tembeling Dipecahkan Dari Parlimen Jerantut Menjelang 2020


Parlimen Jerantut terlalu luas kawasan dengan penduduk hampir 100,000 orang. Keluasan Daerah Jerantut adalah 6 kali keluasan Singapura. DUN Tahan adalah DUN yang paling luas dan mundur dalam negeri Pahang.

Untuk membangunkan DUN Tahan, selepas 37 tahun WZWH berfikir DUN Tahan perlu keluar dari parlimen Jerantut dan membentuk parlimen sendiri yang WZWH cadangkan parlimen Tembeling. Sekurang-kurangnya 2 DUN diwujudkan DUN Tembeling Ulu dan DUN Tembeling Hilir.

WZWH mahu orang Tembeling mengurus sendiri politik, ekonomi dan sosial parlimen Tembeling kalau mahu bergerak maju. Politik Jerantut terlalu terkebelakang dalam pemikiran dan tindakan politik. Biarkan orang Pulau Tawar, Jerantut Hilir, Ulu Cheka dan anak-anak raja mengurus parlimen Jerantut.


" Cita-cita WZWH mahu lihat selepas 2020 akan ada Parlimen Tembeling dengan dua DUN. DUN Tembeling Hulu dan DUN Tembeling hilir. " - WZWH

Ini misi statement politik WZWH.


Untuk merealisasikan parlimen Tembeling terdapat beberapa syarat perlu disasarkan antaranya:

  • Jumlah penduduk perlu ditambah
  • Berbagai infrastruktur, ameniti dan kemudahan perlu dibina
  • Penjanaan ekonomi dan peluang pekerjaan

Mudah saja sebenarnya untuk menjadikan parlimen Tembeling menjadi kenyataan bila kita aturkan perancangan yang kreatif dan inovatif.

Buat masa ini penduduk hampir  18,000 orang. Bagaimana mahu menarik ramai penduduk? Bagaimana mahu membina lebih banyak infrastruktur, ameniti dan kemudahan? Bagaimana mahu menjana ekonomi dan peluang pekerjaan?

Itu semua kerja politikus yang berfikir, fokus, ada matlamat, ada visi dan misi serta ikhlas dan jujur dalam perjuangan.

2 comments:

Anonymous said...

betoi amet kateq aok tu tuan zurik.. memang luas kawsasan nye, urang nye tak seberape, seklarang banyok kayu kayan....esok -esok banyaok pokok mengkirai dan lalan je wok. biaor praktikal sikit wok kalau buat cadangan tu wok. lagi pun mahu ke urang tembeling hilir bertuankan kumpulan wan septi ong, dumpok. kalau suri, boleh timbang lah.. itu pun kalau dacing masih ade untuk di timbang. Jadi wok..merepek ini.

Anonymous said...

wzwh .koi sokong awok wzwh . strategi kita ramaikan penduduk di Tembeling ni . senang je . sekrang program 6P ada lebih sejuta yang berdaftar . kita minta kerajaan legalkan mereka itu dan beri ic merah . 12 tahun lagi kita birukan ic mereka . insyallah menjelang 2020 penduduk tembeling akan bertambah dan kita boleh mohonkan pecahkan parlimen jerantut ini dan wujudkan parlimen tembeling . tapi masa tu blog UD dah tak valid lagi sebab bahasa tembeling dah berubah . pak , tante , neng , mas adalah perkataan baru bagi parlimen tembeling nanti .

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...