Thursday, October 20, 2011

Wok Itam Wok Kelabu Wok Putih Kembalikan DUN Tahan Kepada Wanita!

Ku Lan membisik peransang semangat kepada Ketua Wanita UMNO Jerantut,"Wok kena kerja kuat kalau nak bertanding di DUN Tahan tu!"

Ada komen pembaca blog WZWH yang begitu menyentuh kalbu WZWH. Komen tersebut seperti dibawah.

Anonymous said...

wok itam ka wok kelabu ka wok putih ka....KITA SOKONG SEMUA...kembalikan DUN TAHAN kepada WANITA  October 20, 2011 1:06 PM

WZWH amat faham hasrat dan keinginan Wanita Jerantut. WZWH akui Wanita Jerantut kuat kerja parti, komited, bersatu hati, bulat hati bersemangat memenangkan parti.

Memang WZWH akui Wanita Jerantut bersikap nostalgia kepada kegemilangan lalu.

ADUN Wanita pertama Jerantut dulu di DUN Tembeling Arwah Cikgu Kamariah. Beliau ketika itu berjawatan Naib Ketua Wanita UMNO. Arwah Cikgu Kamariah dua penggal dari tahun 1982 hingga 1990.

Kemudian Dato' Chu Rahimah juga dua penggal di DUN Tembeling @ Tahan dari tahun 1990 hingga 1999.

WZWH terlibat secara lansung dalam kempen PRU memenangkan kedua calon Wanita tersebut.

Selepas itu Wanita Jerantut ada Dato' Cikgu Nazilah sebagai Ketua Wanita selama tiga penggal. Dato' Nazilah ada peluang bertanding di DUN Pulau Tawar pada PRU 12 dulu tapi tidak lepas. Beliau melepaskan perasaan kepada WZWH semasa hari penamaan calon PRU 12 di kantin Pejabat Daerah Jerantut.

Dato' Nazilah sepatutnya diprojek sebagai Senator Wanita pertama Jerantut tetapi malang kerana politik Jerantut tidak bersatu dan kerana percaturan  pertandingan politik Jerantut 2009 beliau dikalahkan oleh Wok Kelabu.

Wanita Jerantut ada tiga Wok yang kuat kerja komited kepada parti : Wok Itam, Wok Putih dan Wok Kelabu.

Wok Itam cuba tanding Ketua Wanita. Gagal.
Wok Putih sambung usaha Wok Itam cabar Ketua Wanita juga gagal.
Wok Kelabu akhirnya berjaya menjawat Ketua Wanita.

Sekarang tiga Wok ini dalam satu kumpulan Wanita UMNO Jerantut. Itu tak campur dengan Naib Ketua Wanita Siti Hajar yang mahu mengulangi kegemilangan arwah Cikgu Kamariah.

Bila tiga Wok ini bersatu biasanya apa yang mereka minta dapat...

Nak bertanding di DUN Tahan ni masalahnya ADUN Tahan telah set standard dan piawaiaan yang sangat tinggi. Tuntutan DUN Tahan bukan macam dulu. Orang DUN Tahan kini agresif. Mereka mahu perubahan dan keputusan. Tak ikut kehendak mereka nanti kena undi tak percaya dicawangan. Susah.

Silap-silap terjun Sungai Tembeling KITA....

Nasihat WZWH kepada Wanita UMNO Bahagian Jerantut kita kerja kuat untuk parti. Kita pastikan parlimen Jerantut dan tiga DUN menang pada PRU 13 nanti insyallah.

WZWH akan perjuangkan minta tambahan satu DUN lagi di parlimen Jerantut jika sekiranya BN boleh menang 2/3 majoriti pada PRU 13. Ini DUN boleh kita namakan DUN Tebing Tinggi. Wanita boleh bertanding di DUN Tebing Tinggi kerana dekat dengan bandar Jerantut senang buat kerja.

DUN Tahan ni biar YB Dato' Wan Amizan sepenggal lagi. Ada banyak agenda mahu dibereskan di DUN Tahan.

Sabarlah Wanita UMNO Bahagian Jerantut.

16 comments:

Anonymous said...

AGENDA YANG MAHU DIBERESKAN..... memang benar BALAK BALAK DI DUN TAHAN banyak yang tidak ditebang lagi, bagilah WZWH tu kenyang sama, jgn dompok makan sorang je, pastu bagi kuah je kat penyokong2 mcm wzwh

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon nampak benda yang kecil...WZWH nampak benda yang besar buat orang DUN Tahan. Itu perbezaan mentaliti antara kita berdua ekekekekekekeekekeeke.

Anonymous said...

memang lah wzwh nampak benda yang besar, macam lombong bijih besi wan zurik dah ada dah, haji rusdi dah ada dah, nak lumbong emas pulak lah gamoknya, syabas kerana banyak lagi harta benda yang belum di bereskan di dun tahan ini,walau pun hasil mashul telah di monopoli oleh pemimpin dan juak juak dun tahan tapi maseh banyak lagi yang belum di kutip, sekarang ne pun dah kaya raya amat doh oh, melampau demaq yok?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 5:47,
Itu barang kecik lagi ada barang lebih besar lagi untuk orang DUN Tahan. Bagi satu penggal lagi...WZWH akan tunjukkan the wonder of DUN Tahan especially Tembeling Valley the promising land.

Anonymous said...

Mana projek ni tuan penasihat?
Ambo pun nok makang jugok. Hulur laa sikit.

Punasihat 30%

Anonymous said...

Salam WZWH.Sapa lagi yang nak dun tahan sekarang ni untuk sepenggal lagi?.cuba tanya org disepelusuk dun tahan. Tak ada yang nak dia dah.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 7:02 kena bagi bukti impirikal. Apa data support. Buat kajian berapa peruntukan yang ADUN Tahan sekarang sudah curah ke DUN Tahan. Kalau peruntukan ke DUN Tahan sudah melebehi RM500 juta adakah ADUN Tahan tak buat kerja. WZWH mahu tanya berapa peruntukan yang ahli parlimen dan ADUN Pulau Tawar dan ADUN Damak sudah bawa ke kawasan masing-masing. Lihat kepada fakta ini baru kita tahu samada wakil rakyat itu perform atau tak perform. Lihat kepada angka.

Anonymous said...

jgn bagi wanita..kalah nanti

Anonymous said...

wzwh,
jangan dok layan sangat anon2 yang rendah mentaliti ni.mereka hanya membuat andaian berdasarkan perasaan benci.
mereka bukan ahli data.mereka benci pada angka sebab tak tahu nak calculate data.pakai bedal aje.jumlah mereka ni hanya beberapa puntung aje.tapi hak yang beberapa puntung nilah yang kuat menyalak riuh satu dunia.
silent majoriti masih berpihak pada wan amizan sebab mereka nampak apa yang wan amizan bawak ke dun tahan.

Yang penting wan amizan terus buat
kerja.jangan peduli tohmahan orang.sabar itu adalah kemenangan!

Anonymous said...

rm500 juta kali 30% ... wow banyak tuuu ....

Anonymous said...

anon diatas ni sama aje dengan anon bingai di atas tu yang tak habis2 dengki dan prasangka.agaknya diaorang ni keturunan si kitol.

Anonymous said...

apa kemajuan di dun tahan skrg? apa yg ada kat feri? kg lada? plau mansok? bt embun? py teh? pdg piol? sg rtg? tlg bezakan perubahan ketara disemua tempat ini dgn dulu? tak jauh beza, walaupun dah nak abis penggal..nak lagi pulok tuh... JADI LAH PADAN LAH jgn asyik nak pungkor ke org lah..org lihat jgk jgn nak pungkor je

Anonymous said...

wzwh ni kalau nak tau, dia ingat Dun Tahan ni, untuk Tembeling je.....

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 7.53 kena turun padang dan lihat perubahan Felda Padang Piol dan Felda Sungai Retang. Itu vote bank terbesar di DUN Tahan. Feri, Kg Lada, Pulau Mansok, Bt Embun, Paya Teh adalah Suburban bandar Jerantut. Satu perancangan komprehensif untuk memajukan Suburban pinggir bandar Jerantut dalam perlaksanan. 75% tanah Jerantut dalam Lembah Tembeling.

Anonymous said...

Sokong wanita..kalau puteri lagi kawan sokong...

Relevan said...

Steady kak wok..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...