Saturday, October 15, 2011

Tokoh Pemimpin Pelapis DUN Pulau Tawar

Mohd Adil bin Mohd Zain, AJK UMNO Bahagian Jerantut, tokoh pemimpin pelapis DUN Pulau Tawar.

WZWH adalah blog Jerantut bertangungjawab mengenengahkan calon pemimpin muda 'winnable candidate' menurut pandangan WZWH. 

Betul memilih  calon 'winnable' candidate adalah tugas pucuk pimpinan melalui agensi-agensi tertentu namun WZWH sebagai orang Jerantut yang menjiwai politik Jerantut ada pandangan tersendiri.

Akar umbi yang tahu mana pemimpin muda yang boleh ditonjolkan agar pihak atasan memberi perhatian.

WZWH percaya pemimpin UMNO yang baik itu lahir dari kilang Pemuda UMNO maksudnya pemimpin itu pernah bersama samada sebagai AJK Pemuda UMNO Bahagian atau pernah melibatkan secara aktif dalam aktiviti UMNO. 

Pemimpin begini tahu etika dan budaya UMNO. Faham aspirasi perjuangan UMNO. Tahu masalah dan kehendak akar umbi.

Tokoh pemimpin pelapis DUN Pulau Tawar yang WZWH mahu perkenalkan kepada 19,000 ahli UMNO Jerantut dan 18,000 pengundi DUN Pulau Tawar yang majoriti terdiri dari peneroka Felda ialah Mohd Adil bin Mohd Zain.

Mohd Adil, 48 tahun adalah AJK UMNO Bahagian Jerantut. Beliau adalah pemimpin yang lahir dari kilang Pemuda UMNO Bahagian Jerantut selama 2 penggal 1996-2004. Pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO cawangan Pulau Tawar dan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Jerantut.

Mohd Adil adalah anak jati Pulau Tawar. Berkelulusan dari UTM Sekudai in electrical communication. Bekerja di sebuah syarikat GLC komunikasi Telco dibawah Celcom. Beliau bertanggung jawab kepada operasi Pantai Timur.

Berpengalaman dari segi pentadbiran dengan sektor koperat dan sektor awam. Beliau rajin turun padang melibatkan diri dalam aktiviti parti samada di DUN Pulau Tawar dan parlimen Jerantut.

WZWH faham DUN Pulau Tawar ada calon-calon favourite yang akan dipertimbangkan oleh pemimpin atasan namun jika sekiranya pada tapisan terakhir ada masalah tertentu maka Mohd Adil adalah tokoh pemimpin pelapis DUN Pulau Tawar sebagai alternatif. Beliau adalah calon yang bersih dan senang untuk dimarketingkan.

WZWH ingin beri satu fakta selama 54 tahun merdeka anak tempatan Pulau Tawar belum pernah seorang pun bergelar wakil rakyat di bumi sendiri. Orang Pulau Tawar baik yang tinggal di kampung tradisional mahu pun di felda-felda mahu melihat anak jati Pulau Tawar merasa menjadi calon.

Mana tahu..insyallah Mohd Adil Mohd Zain akan mencapai impian orang Pulau Tawar. Beliau mempunyai personaliti menarik dan dari keluarga besar yang baik-baik di Pulau Tawar.


Mohd Adil Mohd Zain menerima penghargaan dari DS Najib disaksikan oleh MB dan EXCO Pahang dalam satu majlis.

11 comments:

Anonymous said...

persoalan yang ingin dilontaran mengapa selama 50 tahun tiada seorang yang layak dari Pulau Tawar dicalonkan?

apa masalahnya tidak dicalonkan?
mengapa kilang pemuda umno yang perlu dipilih.......ahli lain tak boleh atau tak layak?

atau yg betul layak telah dicantas awal?

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=19byrwhBcaQ&feature=related HUDUD Ustaz Ismail Kamus.

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=19hW_Aw8rho Maju, Bahagia dan Selamat Bersama Islam.


http://www.youtube.com/watch?v=gZdKSWX5-2I&feature=youtube_gdata_player Najib tolak Hukum Islam.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 11:39,
Soalan kenapa selama 50 tahun tiada seorang yang layak dari Pulau Tawar dicalonkan adalah misteri dan memerlukan kajian mendalam.

Mengapa dari kilang Pemuda UMNO itu adalah pendapat peribadi WZWH dan sememangnya Pemuda UMNO adalah sayap parti tempat pemimpin-pemimpin pelapis UMNO belajar menimba ilmu dan faham ideologi UMNO.

Ahli lain boleh dan layak itu terpulang kepada pucuk pimpinan.

Kalau betul yang layak telah dicantas kenapa calon-calon dari Pulau Tawar rela dan membiarkan mereka dicantas?

Anonymous said...

WZWH jgnlah bias sgt. Tonjolkan juga potensi calon Wanita. Sebab sebelum ini kita ada 2 w.rakyat wanita yg cemerlang.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 12:38,
Tunggu dilain posting, hari ini giliran tokoh pemuda. Dalam posting yang lepas WZWH mendesak Pahang bagi kuota Senator kepada Wanita Jerantut.

aminamad said...

WZWH juga adalah bakat yang sedang dilahirkan dari kilang pemuda. Berpendidikan tinggi . Winnable.

chenerong ular said...

WZWH memang layak di calukan untuk parlimen jerantut untuk mengantikan YBM Tengku, berpelajaran tinggi, ada tokoh dan berwawasan. harapan menang BN dalah cerah

Anonymous said...

WZWH,

Usah lah ong memecah kepala ong fikir. Tak usah lobi-lobi lah. Biar lah di tentukan pucuk pimpinan parti ong di pusat dan MB ong. Kalau ong lobi sana lobi sini, nama-nama tu terpancong puloh, bukan ong tak tau. Tak sejarah lama bangkit balik. Siapa punya rezeki dia dapat. Tak kan 25 orang dalam bahagian tak layak ke, tak kan dompok baru satu penggal dah nak ganti, doakan dia dapat 2 penggal lagi, baru lah boleh tinggok apa yaang dirancang menjadi.

Ini pandangan hakuq ajek.

dobit127 said...

Penduduk DUN Pulau Tawar terutamanya pengundi PRU13 akan datang sudah semestinya melihat semua keadaan. Keadaan yang mana pucuk pimpinan atasan sahaja yang tentukan calon mungkin akan menyebabkan ada yang kalah...
Ibarat menarik rambut di dalam tepung, hendaklah secara berhati-hati walaupon semua sedia maklum bila rambut di dalam tepung, maknanya tida penjagaan...
Calon muda , veteran, baru dan lama, itu tiada masalah... Yang lebih pentingnya, bagaimana calon itu memberi khidmat kepada para rakyatnya sesuai dengan gelaran wakil rakyat.. Dato' Shukri dilihat kian lama lebih menfokuskan kepada perniagaannya berbanding kehulu ke hilir berjumpa rakyat..Adakah YB sudah mengetahui nasibnya...
Kita sesama menunggu..

Anonymous said...

sape je calun dun pulau tawar kita terima kecuali;
1.DOMPOK
2. HJ NAZRI NGAH
3.WZWH
mereka bertiga ini kami akan tolak, jika mereka dicalunkan juga mari sama-sama kita pakat undi PAS

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...