Wednesday, October 19, 2011

Pemimpin Muda Ganti Pemimpin Tua Atau Pemimpin Tua Ganti Pemimpin Muda?


YBM Ku Lan sudah insaf, tawaduk lagi zuhud mahu membina kembali 'politik Baru Jerantut'. Inilah anak raja Pahang yang sanggup bergelumang dengan rakyat diwaktu senang dan susah. 55,055 pengundi parlimen Jerantut masih mempertahankan Ku Lan sepenggal lagi.

Dua ADUN Jerantut yang sudah insaf, bertaubat tak mahu sibuk korporat lagi. Mereka sudah mengaku wang bukan segalanya. Wang adalah daun-daun kayu yang perlu mereka cari untuk disedekah kepada masyarakat Jerantut yang memerlukan.

Adakah pengundi 12,767 DUN Tahan dan pengundi 20,629 DUN Pulau Tawar mahu menatang mereka bagai minyak yang penuh...? Siapa yang pengundi mahu?

Dibelakang foto dua ADUN ini adalah barisan pemimpin-pemimpin muda Jerantut yang mencongak kerusi parlimen dan DUN sekiranya yang bakal kosong.

Adakah pemimpin-pemimpin  muda ganti pemimpin-pemimpin tua atau pemimpin-pemimpin tua ganti pemimpin-pemimpin muda?

Blog Urag Drrulug percaya dan yakin pemimpin-pemimpin tua ganti pemimpin-pemimpin muda. Sila klik sini

8 comments:

Anonymous said...

hak paling mengidam nak ganti yang tua ialah hak yang pakai baju coklat tuuuu berdiri belakang dua dari kiri.Dia mengidam nak ganti hak yang berdiri depan nombor 1 dari kiri tu ...

Anonymous said...

Anon 7:22 salah tu...hak yang pakai baju coklat tu mengidam nak ganti hak foto di atas tu baru ada kelas bro...heheheheehe..

gengkelabu said...

tak kira TUA atau MUDA yang penting calun mesti disenangi oleh PENGUNDI mudah JENTERA nak BERKEMPEN.........kalau dulu dulu KEKALKAN 2 lama, 1 calun baru atau KEKALKAN 1 lama, 2 calun baru atau 3 calun baru BOLEH saja tetapi sekurang kurang mesti 1 calun baru bagi semangat untuk JENTERA BARU berkempen....... seelok eloknya calun dari WANITA untuk calun BARU

Anonymous said...

pucat jer muko yg kt blkng ku lan tuh??????????

Anonymous said...

anon 9.01,
apa kata kak wok hitam jadi calon,tentu glamor punya.

Anonymous said...

wok itam ka wok kelabu ka wok putih ka....KITA SOKONG SEMUA...kembalikan DUN TAHAN kepada WANITA

Anonymous said...

wanita tak bole jd adun..kalah

Anonymous said...

wanita dok umoh laaa demer xpayoh susah2 nok jd yb.....jga laki molek2 yg ader laki laaaa...hok xder laki jgan dok gedek lebih2.....

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...