Wednesday, October 12, 2011

DUN Tahan Bandar Rimbaraya Dunia Pertahankan Sampai Kiamat!

Tengku Temenggong sedang menyiram pokok yang baru ditanam sambil diperhatikan ayahanda dan bonda Tuanku Sultan Pahang dan Sultanah Pahang.

Setakat ini WZWH telah berkarya 792 posting. Banyak WZWH cerita ekonomi dan politik Jerantut terutama DUN Tahan. Ini masa WZWH tulis tentang hutan warisan DUN Tahan. WZWH ada tulis tentang Temenggong Initiative dalam memelihara hutan negeri Pahang dan tanggungjawab masyarakat menjaga bersama.

Hutan flora dan fauna DUN Tahan terutamanya Lembah Tembeling dan Taman Negara (Pahang) adalah aset yang tidak ternilai. Nilai biodiversiti hutan Tembeling berbilion-bilion tak ternilai. Membekalkan oksigen berkualiti dan tadahan air membekalkan air bersih.

Keluasan Lembah Tembeling ialah 570,068.78 hektar iaitu 75% dari keluasan Daerah Jerantut. Kalau dari keluasan tanah Lembah Tembeling sangat dominan di Daerah Jerantut.

Oleh kerana keluasan tanah Lembah Tembeling adalah 75% dari seluruh keluasan Daerah Jerantut seluas 755,771.93 hektar maka ini adalah aset ekonomi kepada Lembah Tembeling. Kita harus perlu terima fakta bahawa sebahagian dari kawasan Taman Negara adalah dalam Lembah Tembeling namun ianya masih lagi luas tanahnya.

Taman Negara Malaysia dibuka pada 1938/1939 sebagai Taman Negara King George V. Ia kemudian dinamakan sebagai Taman Negara selepas kemerdekaan. Keluasan kawasan Taman Negara ialah 4,343 km².

Taman Negara terletak di antara sempadan 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri. Enakmen Taman Negara (Pahang) No.2 pada 1939 dibuat untuk Pahang, Enakmen Taman Negara (Kelantan) No.14 pada 1938 untuk Kelantan, dan Enakmen Taman Negara (Terengganu) No.6 pada 1939 untuk Terengganu. Semua enakmen memiliki persamaan kandungan.

Taman Negara Pahang merupakan yang terbesar dengan keluasan 2,477 km², diikuti oleh Taman Negara Kelantan seluas 1,043 km², dan Taman Negara Terengganu seluas 853 km².

Berapa tanah hutan lagi yang kita ada di Pahang? Buat kita pertahankan untuk cucu cicit kita. Kita tidak mahu pengurusan hutan negeri Pahang yang lemah.

Pernah keluar Laporan Ketua Audit Negara mendapati pengurusan hutan di Kelantan, Pahang, Johor dan Sarawak kurang memuaskan.

Menurut laporan itu antara faktor yang menyebabkan terjadinya demikian ialah pembalakan haram, pembalakan di kawasan hutan simpan atau taman negara dan kawalan serta penguatkuasaan yang kurang berkesan oleh pihak yang berkenaan.

Pengurusan hutan yang kurang cekap antara lain telah menyebabkan pencemaran sungai, hakisan dan tanah runtuh serta kemusnahan spesies flora dan fauna, menurut laporan itu.

Laporan serta tanggapan negatif mengenai keadaan pembalakan di Pahang belum mampu menggugat hakikat bahawa perhutanan di negeri itu masih dibawah pentadbiran dan pengurusan yang berkesan.

Jelaslah bahawa, kejadian atau perkara yang menerima laporan atau tanggapan negatif itu sebenarnya sama ada kes terpencil atau berdasarkan fakta kurang tepat.

Masih kekal hakikat bahawa, sebahagian besar negeri Pahang - 51 peratus atau 1.83 juta hektar daripada 3.60 juta hektar keluasan negeri itu, masih dilitupi hutan dan kehijauan seperti tanaman kelapa sawit, getah dan pelbagai jenis pertanian.

Keluasan ini ialah kira-kira 23 kali ganda keluasan negeri Perlis (seluas 75,900 hektar) atau 75 kali ganda keluasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (24,365 hektar).

Oleh kerana keluasan itulah, kawasan tadahan airnya juga banyak yang menyumbang kepada air yang mengalir kepada beratus sungai di negeri ini. Menurut kajian, kira-kira 12.66 juta meter padu air yang mengalir setiap hari dari sungai ini hingga ke hilir, sebelum mengalir masuk ke Laut China Selatan di sebelah timur Pahang.

Jumlah air yang besar ini mampu menampung kira-kira 5.6 kali ganda keperluan air bagi penduduk Lembah Klang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang sebanyak 2.26 juta meter padu sehari bagi tahun selepas 2010.

DUN Tahan punya hutan rimba yang unik dan tertua di dunia. Flora, fauna, herba dan biodiversiti sangat bernilai lebih dimasa hadapan. Sememangnya status hutan perlu dipelihara kekal. 

DUN  Tahan mahukan pembangunan. Bila infratruktur dibina hutan terpaksa ditebang. Perlu ada keseimbangan dan kemusnahan hutan yang minima.

WZWH bernasib baik dilahirkan baru lagi. Jika WZWH hidup di zaman politik Tun Razak, WZWH akan beri pandangan kepada Tun Razak dan Tuanku- "Haramkan segala pembalakan di DUN Tahan hatta atas nama pembangunan". Tidak perlu buat jalan. Tidak perlu buat Felcra atau Felda. Tidak bagi kepada agensi kerajaan negeri dan persekutuan, anak syarikat, GLC, dan korporat mohon tanah di DUN Tahan.

Biarkan DUN Tahan hutan berdaung. Kekalkan begitu. Biar penduduknya guna sungai sebagai pengangkutan. Mungkin guna kapaterbang kecil boleh dipertimbang. Biar penduduk Ulu Tembeling menjadi muzium hidup seperti dizaman abad ke 18.

Biar hutan DUN Tahan itu lebat hijau menggiurkan, biar hutan DUN Tahan itu kaya galian mineral emas dan besi, biarkan DUN Tahan itu tidak diusik untuk sumber tenaga alternatif diperbaharui, biarkan Hutan DUN Tahan tidak ditebang dibuat ladang...Itu sebenarnya yang terbaik!

Tetapi orang tua-tua kita tidak berupaya untuk mempertahankan hutan DUN Tahan warisan anak cucu. Nenek Moyang kita tidak perjuang untuk gazetkan bahawa hutan DUN Tahan itu perlu 'dipreserved', tidak boleh ditebang atas apa-apa alasan.

Orang tua-tua kita tidak berupaya menasihati dan menghalang kasta pertama, kasta kedua, kasta ketiga, CEO, pemimpin, tokoh korporat dari menghilangkan warisan hutan nenek moyang kita.

Sekarang kita dalam dilema. DUN Tahan mahu kemajuan. Jika kita tidak layan orang DUN Tahan sendiri bising marah kepada kita. Natijahnya kita perlu jaga DUN Tahan bandar rimbaraya dunia pertahankan sampai kiamat.

Orang luar terutama pelancong asing tahu bahawa hutan DUN Tahan kita ini sangat tidak ternilai. Sebenarnya jika kita menjaga hutan DUN Tahan kita ini mengurus sebaik-baiknya ianya tetap memberi pulangan ekonomi kepada kita dari segi jangka panjang.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...