Tuesday, October 18, 2011

Bajet 2012 Apa Berita Baik Untuk Ulu Tembeling?


Bajet 2012 memperuntukkan RM1.8 bilion untuk pembangunan luar bandar. Apa berita baik buat Ulu Tembeling?

WZWH sebagai penasihat ekonomi DUN Tahan perlu menjelaskan berapa Ulu Tembeling dapat dari peruntukan tersebut.

DS Najib bersetuju meluluskan peruntukan yang cukup besar iaitu 10% kepada pembangunan Ulu Tembeling. Terima kasih DS Najib atas keperihatinan membangunkan kawasan luar bandar. Sudah tentu Ulu Tembeling begitu special dihati Perdana Menteri.

Itu peruntukan untuk Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2. 

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 menelan belanja RM121 juta dari Kampung Tuit (Kuala Tahan) ke Kampung Pagi sedang berjalan. Projek jalan yang mengambil tanah-tanah orang Kampung Pagi ialah Projek Jalan tar dalam Kampung Pagi sepanjang 4km termasuk jambatan Pengor kos projek RM12 juta.

Jalan itu dibuat allignment baru hingga ke tepi Sungai Tembeling di Kampung Pagi kerana kerajaan telah meluluskan "Inland port" kos projek RM5 juta. Bila projek Jalan Kampung Tuit (Kuala Tahan) ke Kampung Pagi siap nanti dijangka "inland port" Kampung Pagi akan sibuk dikunjungi oleh pelancong dan penduduk Ulu Tembeling.

Berbagai-bagai perancangan pembangunan akan dibangunkan di sepanjang tebing sungai dari Kuala Tahan ke Kampung Pagi. Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 dijangka siap pada tahun 2013.

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 ialah dari Kampung Pagi ke Kampung Kuala Sat. Projek ini juga menelan belanja yang besar dan memerlukan 10% dari peruntukan pembangunan luar bandar yang DS Najib umumkan sebanyak RM1.8 bilion semasa membentangkan bajet 2012 baru-baru ini.

Seperti juga Kampung Pagi, projek jalan tar dalam Kampung Kuala Sat yang mempunyai banyak subkampung seperti Kampung Benih, Kampung Baru, Kampung Jipang dll, jalan tar dalam kampung sepanjang 7km perlu dibina yang menelan belanja RM28 juta.

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 3 dari Kampung Kuala Sat ke Kampung Bukit Mat Daling akan dibuat melalui RMK10 3rd Rolling Plan juga memerlukan jumlah yang sama banyak dengan Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2.

2 jambatan perlu dibina berdekatan Kampung Bukit Mat Daling iaitu jambatan pertama menghubungi Tanah Memindah. Orang Kampung Bukit Mat Daling punya banyak kebun getah di Tanah Memindah dan Pulau Besar.

Jambatan kedua dari Kampung Bukit Mat Daling ke seberang Sungai Tembeling bagi menghubungi Kampung Gusai bermakna jalan dibuat dari Kampung Bukit Mat Daling ke Kampung Gusai.

Orang Ulu Tembeling dan Jerantut mesti menyokong UMNO dan BN sepenuh jiwa dalam PRU 13 nanti kalau mahu melihat Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 dan Fasa 3 menjadi kenyataan.

WZWH menyeru saudaramara WZWH yang mengundi di Ulu Tembeling tunjukkan sokongan 100% kepada UMNO dan BN. Kalau boleh sifar pembangkang di Ulu Tembeling.

Tunjukkan kesungguhan sokongan dan iltizam terjemahkan dalam undi menyokong UMNO dan BN kepada DS Najib sebagai bukti orang Ulu Tembeling begitu setia menyokong UMNO dan BN sejak dari dulu, kini dan selamanya.

Inilah mimpi 50 tahun orang Ulu Tembeling yang sudah ada bibit-bibit menjadi kenyataan. Ini yang WZWH perjuangkan.

Jika kita boleh buktikan ini maka Projek Jalan Kampung Bukit Mat Daling ke Kampung Pasir Raja (Terengganu) yang cuma sejauh 50km lagi akan mudah DS Najib kaji dan segerakan peruntukan. Maka ledakan transformasi kemajuan ekonomi Ulu Tembeling akan berubah secara drastik melebihi imiginasi kita orang Ulu Tembeling semua.

14 comments:

TUALANGTIGA said...

harap harap dapatlah seperi yang di katakan oleh peha tuan, orang pendalaman dah terseksa bezaman zaman dah, mengunakan bot hilir mudek.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Tualang Tiga,
DS Najib komited menbangunkan Ulu Tembeling. DS Najib lebih tahu...

dobit127 said...

Salam,
kawan amat gembira dengan pembangunan jalan 60km ni...

Yang kawan lebih tertarik ialah tinggal jarak 50km untuk je Terengganu... Ini adalah berita besar, jika menjadi kenyataan memang amatlah gembira.. Itu pelan strategik jalan negeri pahang, ada sebua jalan akan dibina dari jerantut ke lanchang tembus di mana di jerantut, kawan kurang pasti.. Mungkin WZWH boleh selidik dan warkan di blog ini...

Anonymous said...

Tahniah atas program pembangunn tersebut.
Ada apa apa projek yang saya boleh join sekali dgn tuan penasihat.
Saya boleh jadi cyber trooper untuk promosi Jerantut dan tugas tugas khas..

Punasihat 30%

Frozenthots said...

Tahniah Jerantut kerana Bajet 2012 memperuntukkan byk pembangunan di kawasan tersebut. Walaupun begitu ini tidak bermakna mana mana kawasan yg diperuntukkan projek harus memberi sokongan padu kepada UMNO. UMNO yg menerajui kerajaan semasa mempunyai tanggungjawab membangun mana mana kawasan. Kita cenderung menyatakan bahawa sesebuah kerajaan itu baik bilamana mereka membina sekolah/jalanraya/klinik dan sebagainya. Sejauh pengalaman mana mana negara, ini merupakan tanggungjawab kerajaan semasa setelah membuat feasibilities studies dan mendapati mana mana prokek mampu menaik taraf hidup penduduk. Ini seolah kita terhutang budi kpd kerajaan walhal sesebuah kerajaan itu mendapat mandate dari rakyat dan bekerja untuk rakyat.

Mungkin kita perlu meyimpang sedikit dari melihat Bajet 2012 dari segi micronya dan melihat impat bajet ini dari sudut deficit national (Hutang negara) yg mungkin akan mencapai tahap Trillion Ringgit kalau kita terus mengamalkan "spending more than earning".

Juga kita perlu merenung kenapa banyak "goodies" yg dijanjikan hampir kepada semua lapisan masyarakat. Goodies ini berbentuk "sedative" - panadol yg melegakan sakit kepala buat sementara waktu tetapi bukan penyelesaian. Goodies ini adalah manifestasi bahawa pentadbiran ekonomi kita telah "kaput" - kaput kerana mana mana rakyat seharusnya telah menaiki tangga prosperity/value chain setiap tahun dan purchasing power mereka mampu mengatasi inflasi.

To rob John so we could give it to James is imprudent.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Frozenthots,
UMNO ada track rekod dan history membangun negara. Parti pembangkang tidak diyakini.

WZWH had no idea we had a national debt limit – seems a strange thing to bring up now since the debt/GDP ratio was well past that level from 1983-91. There’s also a semantic problem here, as the Treasury defines the “national debt” to mean combined public and private external debt, and not government debt.

But all that aside, what’s the risk of a breach in the next year and a half or so? It depends on how pessimistic you are.

First let’s deal with this year’s funding requirements. As at 2Q 2011, the government has collected about half of the projected revenue and has spent about 40% of projected expenditure. The net funding requirement for the second half of the year is RM48 billion, and the current level of cash is RM27 billion (all rounded up). Assume that the government wants to hold a “normal” level of cash – mean for the sample period 2000-2011 is around RM20 billion – and doesn’t resort to foreign debt offerings. That gives a net increase in government debt for the second half of the year of around RM41 billion, or a total of around RM462 billion. That translates to a domestic Debt/GDP ratio of around 53%.

No problem so far.

About goodies. Tak bagi nanti pembangkang kata kerajaan tak prihatin dan mesra rakyat....bila bagi kata kerajaan bagi sedative pulak. Takda apa yang kena ekekekekekek

Anonymous said...

Kali ini guna nama syarikat mana pulak tuan ? Beta Exclusive Construction lagi ke ?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Projek Jalan Ulu Tembeling dari Kg Tuit ke Kg Bukit Mat Daling telah kerajaan bagi kepada satu syarikat Class A tempatan sebelum PRU 12 lagi. Kerajaan patuh dan ikut perjanjian. Tidak kiralah 100 fasa pun. Jangan kita dengki dengan syarikat itu. Yang penting jalan boleh dibina mengikut jadual dan syarikat itu berkemampuan.

Anonymous said...

Salam tuan WZWH

Bajet 2012 Apa Berita Baik Untuk Ulu Tembeling?

Satu syarikat satu projek. Satu projek satu untung. Lainlah kalau satu syarikat untung berlapis2, itu Ali Baba. Jika benar2 tulus kerajaan pentadbir, bolehkah diwujudkan satu syarikat bertaraf antarabangsa dikendalikan oleh Bumiputra Alur Tembeling. Kerajaan boleh kawal. Bagi anak tempatan, rakyat dan pengundi boleh cari makan. Nak subkon boleh diagih2kan kepada syarikat non bumi. Syarikat kepunyaan non bumi, sub kon diberikan kepada bukan bumi. Rakyat cuma telah air liur. Tanyalah siapa dapat faedah dari hasil projek tersebut. Rakyat mungkin dapat menikmat kemudahan jalanraya yang sekejab dipotong, dilurus, ditimbus disitu sini. Jika nak berkata2 banyak nanti orang kata kita dengki. Semenag pun patut kita dengki, dengki bukan khianati. Projek mega selalunya orang akan khianati masyarakat bahkan hasil mahsul kurniaan Allah boleh dikongsi bersama!!! Tanyalah siapa untung ruginya... Tq.

Pang5 Banir, pun kekadang nak tanya penduduk Ulu Tembeling kian bertambah!!!, malangnya rancangan kerajaan menghadkan masyarakat disini mendapatkan tanah sendiri. Tanah Fecra dan lain2 belum tentu lagi!!!.

Anonymous said...

pang5 Banir ni asyik menyalak aje.lesen kelas F pun tak ada.jangan cakap aje buatlah lesen kelas A kemudian masuk tender.tak dapat baru menyalak.dengki tak habis-habis.marah ke orang dapat bonus dan dividen,tapi diri sendiri melabur pun tak pernah.poooooodddaaahhhhh!!!!
bising aje lebih.

Anonymous said...

Salam tuan WZWH & Sema2....


Tk. 18, 1151 tk, Banir amat teruja bila ada yang menyatakan menyalak. Salak tak bererti bukit gunung akan runtuh. Paling tidak pun, orang yang menjaga bukit gunung akan terkejut. Bimbang juga, anjing2 jika bapak makan tahi, semua keturunan makan tahi, sebab itu apabila tuan dia buat perkara yang mengkhianati kepada masyarakat, hakikatnya tiada pertolongan setiap individu, maka makin berleluasa jika tidak ada yang berani menyalak. Sebab anjing peliharaan tidak akan menyalak kepada tuannya, bahkan ada sesetengahnya sanggup menjilat lendir2 dan nanah2 lebihan yang mengalir. Jadi fikir2 dan siasatlah jika hanya sanggup memberikan sokongan kepada perkara2 yang hanya mendatangkan faedah kepada tuannya melalui apa yang disifatkan “membodohkan rakyat”. Kena ingat, pemimpin tidak semua cerdik, masyarakat tidak semua bodoh. Jika makan nasi gulai ikan; “jika tak masin pemimpin kata gulai ini kurang garam, masyarakat pun kata serupa juga”. Tiada bezanya. Tq.

Pang5 Banir bukan nak membezakan penykong dan yang disokong. Jika nak disokong semua jadi baik, tunggu sampai masanya putaran roda seseorang pemimpin itu....

pang5 akar said...

hoi anon di atas,awak lembu pakai spek mata kuning.jadi rumput hijau pun awak nampak kuning.ini bukan soal penyokong dengan pemimpin.ini soal kenyataan.pada awok langsung tak ada benda baik yang di buat yb.awok nampak yang salah aje.sia-sia tuhan beri awak otak tapi tak dapat nak tapis yang mana baik dan mana yang tak elok.awok memang mentaliti pembangkang.tak ada langsung kebaikan orang yang awok nampak.semuanya buruk.ke awok ada yang tak puas hati dengan yb.
jadi duduklah awok dicelah banir seumur hidup awok.untung-untung boleh duduk sebelah babi.

Anonymous said...

Tklah, 19, 1147. Ade urang nampok sangat tiada perbezaan pemimpin dan penyokong. Pandai pulok mengaku kenyataan. Kenyataannye hok macamane. Kenyataan hok disuruk bawah atau dicelah banir. Tapinye setakat babi dok diceloh banir, toksah dok suruk!!!. Setakat jenis babi baru idup 30/40 tahun, baru tahu politik 7/8 tahun toksah nok jadi penjilat bangkai, hasilnye akan menjadi darah daging.

Jika nak dipuji hok cantek kesemuanye, jalan raya buat cantek, kawasan balok kena tebang nok buat kemajuan konon habis segale reta warisan, mende urang kampongnye dapat pon cantek juga. Kawasan tadahan air 1,000 ekar nok ditebang hanya ditukor dengan taik lembu pon cantek juge. Aku tok tahula. Gone tengok, sekarang baru omor 40 taun, tandalah 10/15 taun lagi, siapa dia akan bekongsi duduk disebeloh banir. Batpenye gone terasa, jika tak sanggup nok berpolitik gone bulihle bermain ”poletaik” kepada urang kampong. Urang kampong khususnye di alor Sungai Tembeling nih ada yang doh beromor 60/80, dah kenai politik 40/50 taun dulu dan akhir2 ini, tingok pembangunan berlalu pantas akibat dicantas rakus, mungkin..., ade hok tok berapa kena kot!!! Sebok itu, jika sikor babi baru kenai pulitik 7/8 taun, keluarlah dari bawah tempurong, ketahui ”poletaik” tak perlu ade PHD tapi cukup sekadar Perasaan Hasad Dengki kepada yang cuba berselisih pendapat untuk kebaikan. Urang yang makan ditangan sebegini sampai bila pun tidak dapat menolong memajukan masyarakat tapi hanya cukup sekadar makan sepinggan, entah esok entah lusa akan bertukar kiblat lain pula. Tk.

Pang5 Banir tork penorh katerk ke urag, tapirknyerk suroh demerk turk berfikir sket unturk jangka panjang jika nork berpulitik lain lorh jika nork main ”POLETAIK”....

Anonymous said...

suruh orang berfikir?minda awok pun di bawah kepompong nafsu nafsi.mengata orang tanpa rasa hormat langsung pada maruah orang.ini disebabkan oleh ajaran tok pekong awok urag druluug.
kenapa awok tak bersemuka dengan yb dan beri nasihat serta pandangan yang bernas.itu lebih berhemah daripada awok memburuk-buruk dan menjejaskan maruah orang.kat blog awak handallah.bersemuka kalau berani.berani kerana benar.lagi pun inilah yang dianjurkan islam.
jangan ingat buah awok aje,buah orang awok tak tahu.
dulu aku hormat juga buah fikiran awok,penuh dengan rasional.tapi sekarang......

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...