Monday, October 10, 2011

Tahniah Setiausaha Bahagian UMNO Jerantut Yang Baru!


SUB UMNO Jerantut yang baru dilantik...Mohd Zukarmi Abu Bakar

WZWH ucap tahniah kepada Mohd Zukarmi Abu Bakar kerana telah dilantik oleh YBM Tan Sri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Ketua UMNO Bahagian Jerantut merangkap ahli parlimen Jerantut.

Walaupun berita ini belum disahkan secara rasmi namun Mohd Zukarmi adalah calon terbaik pilihan Ku Lan dari seramai 12 calon yang telah dishortlistedkan.

WZWH juga ucap tahniah kepada Ku Lan kerana cepat bertindak melantik SUB yang baru setelah perginya Allahyarham Dato' Ghazali Sulaiman.

Ini satu langkah yang bijak diambil Ku Lan memandangkan UMNO Bahagian Jerantut telah diarahkan oleh DS Najib supaya bergerak lebih laju bekerja untuk PRU 13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Sesungguhnya Ku Lan telah membuat pilihan yang sangat tepat kerana Mohd Zukarmi adalah ahli UMNO yang sangat komited kepada parti, kuat bekerja dan suka mendekatkan diri kepada orang ramai. Beliau pernah menjadi AJK UMNO Bahagian Jerantut. 

Air muka beliau yang sentiasa tersenyum manis boleh memikat majoriti ahli UMNO. Beliau memang personaliti popular dalam UMNO Bahagian Jerantut sebab itu selalu terpilih ke perwakilan G7 setiap tahun.

Mohd Zukarmi Abu Bakar bekerja di Syarikat Warisan Jengka. Beliau memang tokoh muda dari DUN Pulau Tawar dan aktif berpolitik di Jerantut.

Beliau adalah anak mantan wakil rakyat DUN Pulau Tawar Allahyarham Cikgu Abu Bakar. Hubungan allahyarham bapanya rapat dengan Ku Lan sewaktu Ku Lan mula berpolitik di Jerantut.

WZWH berharap Mohd Zukarmi Abu Bakar dapat menyesuaikan diri sebagai SUB yang baru dan menjalankan pengurusan UMNO Bahagian Jerantut dengan cemerlang. WZWH akan turut membantu sedaya yang mampu.

Blog Parlimen 81 meramalkan Mohd Zukarmi Abu Bakar boleh pergi lebih jauh lagi dalam politik Jerantut.


Mohd Zukarmi Abu Bakar sedang memikirkan strategi. Strategi politik Mohd Zukarmi seperti dipermudahkan . Beliau adalah calon berpotensi untuk mengalas tugas sebagai calon DUN Pulau Tawar . Melepas lagilah DO Bera dan Enchu Norzari nampak gayanya .

Blog Urag Drrulug menulis dalam posting terbarunya...."Cikgu Norzari adalah tokoh yang lebih berhemah untuk dicalonkan, tapi jikalau UMNO lebih suka memilih yang hitam dari yang putih, maka memang bukan suratan takdir bahawa UMNO memang sedang rebah. Apakah meletakkan Zukarmi sebagai proksi bertujuan menutup sesuatu? Saya tidak tahu tetapi tentu ramai yang ingin tahu!" Parti 'KITA' mensasarkan DUN Damak dan DUN Pulau Tawar sebagai kawasan yang mereka berpeluang membuat kejutan. Menurut khabarnya KITA akan meletakkan seorang aktivis masyarakat juga seorang blogger tersohor Pahang sebagai calon. Jika dibandingkan dengan calon yang Parlimen81 letakkan itu, antara mereka berdua jauh bagai antara bumi dengan langit dan peluang kelihatan memihak kepada CMK tambahan pula jika berlakunya persaingan 3 penjuru."

Kenapa Urag Drrulug tidak menyenangi Mohd Zukarmi tidaklah WZWH ketahui yang pasti Wan Shamsuri Wan Jalil selalu disukainya itu hak peribadi Urag Drrulug.

Sebuah blog yang sudah 10 bulan mendiamkan diri sudah buat posting terbaru menyokong Mohd Zukarmi Abu Bakar sebagai SUB baru. Sila klik 123silekuk.

2 comments:

Anonymous said...

Taniahhh di ucpkan kepada en zulkarmi.....berhati-hati dan bersikap teluss adalah tugas SU..berhati=hati org2 di sekeliling anda terutama Ramli JKR dan sahabat baik nyer Atan POt,,juga kwan2 dri dun Plau Tawar akan menggunakan anda untuk kepentingan sendiriiii

adrianiamri said...

Sape yer EN Zukarmi ni...x berapa nak kenal sangat ler...Maklumlah kurng popular... Tapi anak bekas YB..

SO, kiranya ni ler calon pilihan nak ganti Dato' Shukri dalam PRU13 nanti.. Tengok muka macam boleh harap.. Tapi x berapa kenal..
Harap2 lepas dilantik jadi SU Bahagian ni, kerap2 ler rajin ke akar umbi untuk saling kenal mengenali..Ini tidak, kawan ni berjawatan jugak dalam pemuda cawangan tetapi tak kenal langsung kepimpinan atasan bahagian kecuali yang selalu keluar paper... Nasib baik ada WZWH ni selalu war2kan berita jerantut, kalau tidak sampai bila-bila ler kawan x kenal...
Ini kawan yang selalu online, yang berjawatan tapi tak beronline macam mane pula...
SU Bahagian, sila fikirkan satu pandangan dari akar umbi...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...