Tuesday, October 11, 2011

Pandangan Akar Umbi UMNO Jerantut Demi Memenangkan PRU 13


Adrianiamri @ Dobit127 adalah pengkomen tetap blog WZWH yang selalu memberi pandangan yang bernas. Adrianiamri adalah AJK Pemuda UMNO cawangan di DUN Pulau Tawar. Berikut komen beliau yang pada WZWH adalah pandangan akar umbi UMNO Jerantut demi memenangkan PRU 13.


"Tugas menarik pengundi tidak kira muda, tua, baru atau lama bukan hanya terletak di tangan seorang sahaja tetapi bergantung kepada semua pihak terutamanya yang beria memegang jawatan pelbagai.. Jawatan hendak tetapi kerja harap pada seorang....Jika berpakat mudahlah kerja. Sebagai contoh, adakah UMNO bahagian sudah menyediakan gerak kerja untuk menghadapi PRU akan datang?.. Ker masih di takuk lama dengan hanya menunggu tarikh PRU sambil mengharap calon pilihan akan naik..Jika tak naik, siaplah calon lain...Jika ada, perbahagikan tugas, biar akar umbi nampak ada kerja... Jangan pulak program jamuan hari raya dijadikan aktiviti utama.."

Mari kita analisa pandangan akar umbi ini....

Ada 19,000 ahli UMNO Jerantut. Berapa yang berkualiti dan berkuantiti serta tahap sokong itu telah diterjemahkan dalam PRU 11, 12 dan akan diterjemahkan lagi dalam PRU 13.

Kerja menarik pengundi terletak kepada semua ahli parti. Terutama yang berjawatan kerana jawatan dipilih oleh ahli UMNO. Jawatan adalah amanah yang perlu dipikul. Wakil rakyat ahli parlimen dan ADUN-ADUN cuma menambah semangat juang, mengerakkan jentera, memukul gendang perang.

Apa gerakkerja UMNO Bahagian sebagai persediaan bagi menghadapi PRU 13? Dibantu oleh sayap-sayap parti baik Wanita, Pemuda dan Puteri.

Secara mudah itu memang kerja ahli parlimen, ADUN-ADUN mencari peruntukan dan banyak projek masuk dalam kawasan masing-masing bagi kemudahan dan keselesaan dan kemahuan pengundi.

Ahli parlimen dan ADUN-ADUN melalui kedudukan dan peruntukan serta kreativiti mereka menceria dan mengaktifkan aktiviti masyarakat. Mereka perlu dekat dan rapat dengan masyarakat. Kehadiran mereka mesti dirasai.

Gerakkerja UMNO Bahagian Jerantut berperanan mengikut hierarki:
  • Ketua UMNO Bahagian: Kepala jentera mengerakkan parti. Memberi motivasi dan semangat. Gendang perang perlu dipalu. Rapatkan barisan. Kerap berjumpa dengan jentera kempen.
  • Timbalan Ketua UMNO: Menolong Ketua Bahagian. Gerakkan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. Kepandaian mencari dana perlu digunakan untuk menceriakan aktiviti gerakkerja kempen.
  • Naib Ketua UMNO: Membantu Ketua dan Timbalan, liase dengan sayap-sayap parti.
  • Setiausaha UMNO: Melancarkan program-program parti. Pemudahcara. Penyampai feedback kepada Ketua. Kena balance ada feedback positif disamping negatif. Liase dengan sayap-sayap parti. Kena banyak sabar dan tahan karenah ahli-ahli.
  • Ketua Penerangan: Memberi penerangan kepada Jerantut bahawa UMNO itu parti terbaik memerintah Jerantut dan UMNO Jerantut mesti menang PRU 13. Program-program penerangan, ceramah dsb. Menjadi pemimpin dan menguasai media baru dan media sosial. Gunakan bloggers Jerantut yang ada pro UMNO. Bina hubungan dengan komuniti media baru: internet, Facebook, Twitter, Blog dsb.
  • Bendahari: Uruskan belanjawan parti dengan cekap dan berkesan. Pastikan dan audit RM1 yang dibelanjakan memberi nilai ekonomi yang tinggi kepada aktiviti parti.
  • AJK-AJK UMNO Bahagian: Bergerak melalui biro-biro yang ada. Memantapkan gerakkerja politik di DUN masing-masing.
  • Ketua Pemuda @ Timbalan Ketua. Seperti di atas.
  • Ketua Wanita  : Aktifkan aktiviti kaum ibu dan kemasyarakatan
  • Ketua Puteri: Aktifkan aktiviti orang muda dan kemasyarakatan.
  • AJK cawangan: Jaga cawangan masing-masing sebaik-baiknya.
JIKA BERPAKAT MUDAH KERJA

Jika hanya menunggu tarikh PRU sambil mengharap calon pilihan akan naik..Jika tak naik, siaplah calon lain. Maka UMNO Bahagian Jerantut tidak boleh menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam PRU 13 nanti.

Ini kerja seorang pemimpin untuk 'mobilise'kan jentera-jentera parti. Siapa mahu mula dulu?

4 comments:

123lekuk said...

Minta link kan blog 123silekuk.blogspot.com ke laman blog saudara. Terima Kasih

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam 123lekuk,
Blog saudara dah lama ada dalam dashboard WZWH. Dulu pun ada dalam list blog Jerantut. WZWH tak perasan boleh tertinggal blog saudara bila WZWH buat cover baru blog WZWH. Lagi pun posting blog saudara yang last 10 bulan dulu. Tapi WZWH sudah linkkan semula. tahniah saudara telah buat posting baru. Teruskan menulis politik Jerantut.

dobit127 said...

Salam,
Tak sangka pula pandangan sipi-sipi kawan pon dijadikan tajuk utama blog ini...
Itu hanya fikiran kawan. Tiada apa-apa pon..
Tapi bila membaca tajuk ini, kawan nak bertanya siapa Ketua Penerangan Pemuda dan Puteri UMNO Jerantut, bukan apa..Selalunya orang muda ni agak berkebolehan dalam bidang2 IT terutamanya FB, Twitter (walaupon kawan tiada keduanya)..
Kawan bertanya itu, bukan apa... Nak bertanya apa kerja ketua penerangan ini selain pegang title jawatan itu... Nak tanya Ketua Penerangan Bahagian dan Wanita takut alasannya dah tua, tak berapa celik IT...

Anonymous said...

tidor laaaa belekerrrr xpayah uat keje bgi puak pembakang jerrrr uat keje sbb BN nk kaloh doh d jerntut nieeeee.....tidor..tidor..tidorrrr

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...