Tuesday, October 11, 2011

Siapa Anak Muda Tempatan Calon Parlimen KITA Jerantut PRU 13?


Blog Kutukan Dewata (KD) dalam posting terbarunya sila klik sini telah membayangkan siapa anak muda tempatan calon parlimen KITA PRU 13. Blog KD semakin popular. Portal  Free Malaysia Today yang punya ratusan ribu pembaca telah menyiar satu posting blog KD dalam ruangan Other Blogs. Tahniah KD!

KD menulis...

Blog WZWH telah meramalkan pertandingan 3 penjuru parlimen Jerantut PRU 13. Beberapa blog Jerantut seperti Urag Drrulug dan Suara Prihatin UMNO Jerantut bersetuju bahawa kemungkinan berlaku pertandingan 3 penjuru.

WZWH telah memberi amaran kepada UMNO Bahagian Jerantut bahawa pengundi muda yang membentuk 60% dari kesemua pengundi 52,000 parlimen Jerantut akan membuat perubahan dan kejutan besar dalam PRU 13 nanti.

WZWH juga mengatakan parti 'underdog' KITA akan menurunkan calon muda anak tempatan berkelulusan tinggi dan berjaya untuk menarik pengundi muda Jerantut.

KD merasakan pengundi muda Jerantut mahu orang muda bertanding parlimen Jerantut.

KD tertanya siapa anak muda tempatan calon parlimen KITA Jerantut PRU 13 yang akan menarik perhatian majoriti pengundi-pengundi muda Jerantut. Anak muda tempatan Jerantut ini dikatakan sedang meyusun jadual perjumpaan dengan pengundi-pengundi muda terutamanya di parlimen Jerantut. Anak muda tempatan Jerantut ini akan mula berkempen ke DUN Damak, DUN Pulau Tawar dan DUN Tahan.

Perjumpaan dengan anak-anak muda Jerantut di bandar Jerantut akan diadakan pada masa terdekat. Sebuah restoran besar di Jerantut telah ditempah bagi mengatur pertemuan dengan pemimpin-pemimpin muda NGO Jerantut.

KD ingin mengingatkan kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut tidurlah...dan tidurlah....dan tidurlah wahai UMNO....tidurlah wahai Raja...

Amaran SPU bahawa kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut yang jauh ketinggalan dalam penggunaan media baru dan media sosial akan memberi kesan dalam PRU 13 nanti akan menjadi kenyataan!

WZWH berpendapat YB Dato' Wan Amizan Wan Razak, Ketua Pemuda UMNO Bahagian merangkap Timbalan UMNO Bahagian Jerantut dan EXCO Pemuda UMNO Malaysia perlu berbuat sesuatu. 

Jika pada PRU 13 nanti ada DUN-DUN dan parlimen Jerantut sendiri kalah YB Dato' Wan Amizan yang perlu dipersalahkan 120%. Beliau perlu mencari formula bagaimana mahu menarik minat pengundi muda Jerantut seramai 31,200. Seluruh pengundi parlimen Jerantut berjumlah 52,000 orang.

YB Dato' Wan Amizan perlu guna kelebihan yang ada padanya berbuat sesuatu bagi menarik golongan pengundi muda Jerantut. Beliau perlu berkorban lebih demi parti. Pemuda UMNO Bahagian Jerantut perlu bertanggungjawab sekiranya pengundi muda Jerantut lari.

Bukankah ini tugas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut?

4 comments:

Anonymous said...

wan amizan juga sudah tidak dihormati orang dan tidak dipedulikan, elok kita jaga rumah kita supaya adak ari kita tidak hilang

adrianiamri said...

Tugas menarik pengundi tidak kira muda, tua, baru atau lama bukan hanya terletak di tangan seorang sahaja tetapi bergantung kepada semua pihak terutamanya yang beria memegang jawatan pelbagai.. Jawatan hendak tetapi kerja harap pada seorang....
Jika berpakat mudahlah kerja. Sebagai contoh, adakah UMNO bahagian sudah menyediakan gerak kerja untuk menghadapi PRU akan datang?.. Ker masih di takuk lama dengan hanya menunggu tarikh PRU sambil mengharap calon pilihan akan naik..Jika tak naik, siaplah calon lain...
Jika ada, perbahagikan tugas, biar akar umbi nampak ada kerja... Jangan pulak program jamuan hari raya dijadikan aktiviti utama.. Sate rusa pulak tu..hehee...

Kawan teringat bila menghadiri satu program penerangan tentang pelembagaan UMNO baru, kawan mencadangkan kepada Dato' Wan agar memaparkan segala aktiviti di laman web.. Malangnya beliau berkata, tidak boleh kerana takut dibaca oleh orang lain (pembangkang).. Kawan pon duduk sambil menggelengkan kepala...

Anda tafsirlah sendiri...

Anonymous said...

Kenapa WZWH masih mengharapkan kepada Wan Mizan sedangkan sudah jelas selama dia menjadi KP.. pemuda amat lesu diperingkat bahagian apatah lagi cawangan.. belah lah WZWH dgn Wan Mizan

Anonymous said...

apa apa pun jgn kasi Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil Wan Abdul Jalil tu terlibat.kaki tipu dan temberang yg merosakkan nama baik umno jerantut

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...