Sunday, October 23, 2011

Nyahkan Aziz Bari Dari UIA, Sepenggalkan Saifuddin Abdullah Parlimen Temerloh

Setakat buat buku falsafah politik baru tapi tidak turun padang jaga politik Temerloh belum tentu Saifuddin Abdullah boleh menang parlimen Temerloh PRU 13 nanti...ekekekekekekeke..

Blog Celah Gelegar mengulas samada Isu Aziz Bari : Kenyataan Saifuddin, Pendirian Kementerian atau Peribadi?

Saifuddin sentiasa bercanggah dengan pandangan bosnya Khaled, Menteri Pengajian Tinggi terutama dalam hal-hal berkaitan kebebasan akademik dan perhimpunan haram.

Beliau sepatutnya menyatakan dengan lebih jelas kepada media sama ada kenyataan yang dikeluarkan adalah pandangan peribadi atau pandangan Kementerian Pengajian Tinggi kerana ia akan menyebabkan rakyat keliru apakah pendirian Kementerian yang sebenar.

Saifuddin menasihatkan rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Prof Abdul Aziz Bari. Mesej teks beliau kepada Datuk Zaleha Kamaruddin pagi ini, di mana beliau berkata penggantungan itu adalah "memudaratkan".

Menurutnya, apa sahaja (sebab-sebab untuk tindakan itu), ia masih salah dari segi moral dan intelektual (kerana) Aziz belum didapati bersalah. "Harap tarik balik penggantungan... harap jangan ambil tindakan terhadap mahasiswa yang demonstrasi (semalam)," katanya.

UMNO tidak perlu pemimpin yang apologetik, lemah, terlalu mengikut kehendak pembangkang. Saifuddin Abdullah perlu disepenggalkan di Parlimen Temerfloh.

Orang-orang politik Pahang cakap Saifuddin ini ahli politik falsafah. Dia suka baca buku-buku falsafah tapi tidak tahu hendak aplikasi falsafah kepada realiti politik.

Di parlimen Temerloh dia pun tidak jaga kawasan. Tidak selalu turun padang sebab dia menyerah sepenuh tanggungjawab kepada Ketua Bahagian UMNO Temerloh Mohd Sharkar.

Feedback dari orang Temerloh yang WZWH dapat kalau Saifuddin bertanding parlimen Temerloh pada PRU 13 nanti dia akan kalah kerana tidak servis kepada rakyat Temerloh.

Saifuddin suka cakap falsafah manalah orang Temerloh yang selalu cakap koi koi koi hendak faham!

Kenapa Aziz Bari perlu dinyah dari UIA? Sebab Aziz Bari menyanggah Sultan Selangor isu DUMC kristianisasi, menyanggah Sultan Perak isu krisis politik Perak dan sememangnya Aziz Bari anti UMNO sila klik sini.

Malang sungguh Saifuddin Abdullah kerana dia lupa Canselor UIA tempat Aziz Bari menoreh getah itu ialah Tuanku Sultan Pahang hehehe.... 

9 comments:

Anonymous said...

sebagai orang yang intelektual saya menyokong pendapat dato saifuddin,,kerana kita perlu menimbal balas atas apa kesalahan yang dilakukan seseorang itu melalui tindakan tatatertib undang2 sesebuah universiti itu...aziz bari wajar dibawa utk tindakan tatatertib,,dan dgn cara undang-undanglah baru orang muda(mahasiswa tidak benci kepada umno)

Anonymous said...

apa hal pulak kalau dia didapati bersalah? akan dikata pulak undang2 dan penjatuh hukum berpihak kepada kerajaan? serba tak kena jika kita ikut rentak pembangkang ni. Jadi... untuk menjadi kerajaan yang berwibawa... persetankan saja segalah tohmahan pembangkang, tindakan tegas pada Saifudin Abdullah (tukar potfolio dsb). Tapi pokok pangkal adalah PM. Kalau PM tegas dan berani, tiada siapa berani ketuk dan pijak kepala. Lawan akan kecut perut.

Anonymous said...

Daripada Aziz Bari mempertikai titah Sultan Selangor bagus dia mengecam tindakan DUMC yg cuba nak memurtadkan 12 melayu?

Anonymous said...

Anon 10:36 adalah orang berfikiran simple logik itu yang sepatutnya Aziz Bari fikirkan...renungkan....apa baik apa buruk...apa agenda?

Anonymous said...

Molek benarlah kalau BN nak penggal Datuk Saifuddin ni jadi sepenggal. Elok Dato' Najib hantar org kampung yang tak berapa nak pandai tapi rakyat faham menda ahli parlimen diaorang nih cakap...biarlah cara politik lama daripada 'politik baru' Datuk Saifuddin yang memeningkan kepala. Elok minta dia berundur dan baca buku dengan lebih banyak lagi.

Anonymous said...

fudin ni songsang sokmo.fudin ni pengikut al anur al belakangi.masa jadi ketua mbm dulu cakap bayak cetik,tapi cakap saja;lal'

mbm taulah dengan fudin ni. cakap manisss macam madu bunga,cara politik hapasss ta guna.

tuggu pru 13 kita kasi lingkup dia.... ada faham fudi /


aku pendukong umno temerloh'''''

tk

ahmad faizal said...

pilihlah pemimpin yang mendokong rakyat tempatan..semakin bercelaru pendapat yang dikeluarkan..harap umno melihat perkara ini sedalamnya..perlu ada jawapan kolektif supaya parti tidak dilihat sebagai caca merba..pendirian perlu diteguhkan agar parti terus mendapat kepercayaaan

Anonymous said...

http://www.sahabat-gunung.com/2011/10/jangan-cakap-tak-serupa-bikin-bela-aziz.html
Jangan Cakap Tak Serupa Bikin.. Bela Aziz Bari Tapi Lupa Khianat Dr Rosti
Bagi penganalisis politik dan ahli akademik, Prof. Dr. Ahmad Atory, tindakan yang dibuat oleh UIA terhadap Aziz Bari adalah berkaitan dengan tugasnya sebagai penjawat awam yang tertakluk kepada perintah am dalam melaksanakan tugas.
“Kedudukan Aziz Bari juga sama seperti saya iaitu penjawat awam jadi segala kenyataan yang dikeluarkan walaupun dalam dunia akademik tetapi masih tertakluk sebagai kakitangan kerajaan apatah lagi kerajaan tersebut adalah Barisan Nasional (BN),” katanya yang juga menjawat pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM).
Difahamkan Aziz Bari menerima surat tunjuk sebab daripada UIA ekoran tindakannya mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan JAIS di sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.
Tindakan tersebut telah menimbulkan polemik sehinggakan wujud segelintir pihak yang mahu mewujidkan himpunan membantah penggantungan tugas beliau atas alasan membelakangkan prinsip ‘kebebasan akademik’.
“Kebebasan ada hadnya walaupun dalam dunia akademik kerana semua yang terlibat tidak boleh bercakap sesuka hati dengan menyentuh mana-mana pihak semata-mata untuk kepentingan peribadi atau ada agenda tertentu apatah lagi dalam hal-hal yang melibatkan sesitiviti; tambahan pula apa yang dipertikaikan oleh Aziz Bari adalah titah Sultan Selangor yang sememangnya mempunyai tanggungjawab dan kuasa penuh atas agama Islam dan adat istiadat orang Melayu dan rakyat di seluruh negeri Selangor.
“Jika mahu bercakap tentang kebebasan janganlah bersikap berat sebelah sebaliknya biarlah adil dan memberikan pihak universiti kebebasan juga untuk mengambil tindakan atas kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Aziz Bari yang secara tidak langsung telah mengheret nama universiti terbabit.
“Salahkah pihak universiti mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada kakitangannya dan sewajarnya, sebagai seorang ahli akademik maka Aziz Bari perlu bertanggungjawab atas kenyataan yang telah dikeluarkannya dan ikutlah prosedur dengan menjawab saja surat tunjuk sebab yang dikemukakan,” katanya.

Anonymous said...

Apa asas undang-undangnya untuk mengatakan Sultan tidak konsisten dan bertindak tidak ikut Islam sedangkan perkara tersebut adalah prerogatif Sultan selaku Ketua Agama.

Tidak cukup dengan itu, "berpolitik" di Pasir Gudang dan Gelang Patah. Apa motifnya sebenarnya? Lesen beliau adalah akademik bukannya lesen politik kecuali beliau adalah ahli parti politik - perlu daftarlah kalau nak berpolitik.

Kebebasan bersuara bukan bermakna seseorang itu boleh bersuara sesuka hatinya semasa kahtib membaca khutbahnya,ataupun didalam suatu mesyuarat. DiDUN atau Parlimenpun, ada peraturan bila hendak bersuara - kena tunggu giliran dan bila dibenarkan Speaker untuk berbuat demikian.

Jika nak berpolitk perlulah beerdaftar seperti bila mahu beristeri perlu juga berdaftar. UIA tidak pun membenarkannya "berpolitik" sedangkan gajinya dibayar UIA bukannya parti politik.Mahu dengar cakap UIA atau parti politik???
Mungkin kot beliau pun menyedari bahawa masanya di UIA sudah boleh dihitung harinya, Cuma cepat atau lambat.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...