CEO ECER Dato' Sri Jebasingam Issace John semasa lawatan ke Kuala Tahan pada tahun lepas bersama team ECER, Felda, Pejabat Daerah Jerantut dan Majlis Daerah Jerantut meninjau Kuala Tahan dan Kg tradisional di Lembah Tembeling.
ECER berkata peruntukan ECER lebih RM20 juta untuk membangunkan prasarana Kuala Tahan dan kampung-kampung tradisional telah diberi lebih setahun tetapi tidak digunakan kerana isu pelantikan Ahli Majlis Daerah Jerantut belum selesai.
WZWH percaya peruntukan ECER lebih RM20 juta terbantut setahun ini akan SEGERA disalurkan ke Kuala Tahan dan kampung-kampung tradisional bagi membina prasarana-prasarana yang diperlukan bagi menarik minat pelancong datang mengunjung selesai selepas pelantikan Ahli Majlis Daerah Jerantut pada tahun depan.
ADUN Tahan YB Dato' Sri Wan Amizan Wan Razak dan WZWH selalu ada untuk memastikan dan memantau pembangunan terutama di Lembah Tembeling di DUN Tahan berjalan pantas mengikut perancangan.
They never say NO to us....Barang Sebut Barang Jadi! Insyallah.
Gambaran artis bila siap Projek Jambatan Labuan-Sabah.
Projek Jambatan Labuan-Sabah sepanjang 13km akan menjadi ikon pembangunan Malaysia Timur. Projek jambatan ini kos pembinaannya dijangka RM5 bilion.
Beberapa cadangan telah dikemukakan. Satu daripadanya ialah hasil dari JV sebuah syarikat tempatan dan sebuah syarikat pembinaan dari China.
Kerajaan tidak perlu keluar modal kerana pihak swasta mahu menanggung kos 100% dengan cara pembayaran melalui tanah yang direclaim seluas 8500 ekar.
Dari segi ekonomi, the overall construction cost of the bridge, port and reclamation of the islands with basic infrastructure are estimated at US$5.4 billion and the overall development cost over 20 years is estimated at US$20 billion.
Keputusan segera Kerajaan bagi meluluskan projek ini akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi WP Labuan dan negeri Sabah.
DS Najib akan buat keputusan bila tiba masanya yang sesuai.
Adalah sukar untuk menyedarkan sebilangan pemimpin politikus Malaysia dan pengikut mereka tentang peri pentingnya penyatuan, kerjasama, perpaduan politik demi agama, bangsa dan negara.
Bila pemimpin besar negara menyarankan satu kerjasama antara parti politik dan menghulurkan pendamaian dengan pihak yang bertelagah juga sukar untuk buat pemimpin-pemimpin dan pengikut-pengikut mengerti.
Banyak retorik, hujah dan alasan bantahan yang tidak bersetuju walau tidak dinafikan secara umum ramai yang bersetuju dan nampak faedah dan kebaikan.
Kitab-kitab agama, hadis-hadis, saranan ulama-ulama pun tidak didengar tentang ajaran Rasulullah dan Al-Quran menyeru manusia bersatu, berpakat, bekerjasama supaya umat lagi kuat demi masa depan Islam. Namun ramai juga yang tidak menerima dengan berbagai alasan.
WZWH berpendapat hanya seekor beruk boleh buat mereka semua ini yang tidak bersetuju boleh faham logiknya kenapa pemimpin besar negara menyarankan sesuatu yang baik untuk umat.
Lihat foto di atas....
Seorang lelaki yang rezekinya menjual buah kelapa. Buah kelapa banyak guna dan faedah kepada bukan sahaja masyarakat rantau Asia Tenggara bahkan ke seluruh dunia. Lelaki itu cuba membawa buah-buah kelapa tetapi tidak terdaya kalau beliau seorang buat kerja.
Lelaki itu terpaksa minta bantuan dari seekor beruk untuk membawa semua buah kelapa itu. Seekor beruk yang biasanya ditugaskan memetik buah kelapa dihujung pokok kelapa boleh membantu lelaki itu seraya berjalan berdiri seperti manusia.
Nampaknya beruk pun mengerti pasal semangat setia kawan tuannya.
Sedangkan beruk pandai membuat kerja apatah lagi manusia.
Kerjasama manusia dan beruk membuahkan hasil yang nampak apatah lagi kerjasama antara manusia dan sesama manusia atau kabilah manusia.
Demikianlah bagaimana seekor beruk boleh menyedarkan politikus dan pengikut mereka di Malaysia.
No Retreat No Surrender . Bagaimana lahir semangat ini? Sila klik sini.
Tidak ada ahli politik UMNO yang berani say NO to Mahathir kecuali Najib.
Walau Mahathir cuba guna Daim, Ku Li , Mahyuddin, Shafie, pemimpin veteran BN, dan pembangkang untuk memberi tekanan kepada Najib tapi...
Najib tetap bangkit melawan...
Mahathir underestimate strength kekuatan politik Najib.
Mahathir berjaya dengan Tunku Abd Rahman, berjaya dengan Pak Lah dan sebelum itu berjaya dengan Musa Hitam dan Ku Li.
Mahathir gagal menjatuhkan Najib sebab Mahathir telah bertemu buku dengan ruas.
Mahathir kurang belajar sejarah Melayu, Sejarah Pahang, Sejarah Empayar Johor Pahang Riau Lingga. Sebab itu Mahathir terkedu.
Mahathir lupa Najib telah belajar banyak politik selama hampir 40 tahun. Najib tahu banyak apa yang Mahathir buat: Kelemahan dan kekuatan, peluang dan ancaman.
Najib lebih berani dari Mahathir.
Najib lebih bijak dari Mahathir.
Muhyiddin dan Shafie tidak nampak ini...
Ini politik dalaman yang Najib telah menguasai.
Dasar-dasar luar politik luaran dan antarabangsa Najib lebih praktikal, cekap dan berkesan serta mengembang pertumbuhan ekonomi negara.
Najib beyond 2020...
Wawasan 2020 akan berakhir 5 tahun lagi.
Najib berfikir menjangkau Wawasan 2020. Apa selepas 2020?
Menguasai dan dominan dalam politik dalaman UMNO dan meyakinkan rakyat dalam PRU 14 dan seterusnya hanyalah beberapa langkah awal.
Langkah awal ini yang yang diikuti oleh beberapa ribu langkah lagi.
Beyond 2020....
Negara Malaysia yang competetitive boleh bersaing dalam kalangan TOP 10 dunia.
Sebelum itu rakyat Malaysia yang berpendapatan tinggi untuk mengatasi kos sara hidup rakyat.
Penyelesaian kepada permasalahan legasi ekonomi yang diperlukan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Pertumbuhan ekonomi hasil dari pembuat keputusan ekonomi yang betul dan tepat bagi mengembang ekonomi negara dengan lebih mampan.
Ini gesture yang baik buat politik dalaman UMNO. Juga sampaikan kepada PAS bagi politik Melayu yang lebih besar.
Tapi buang masa saja dengan Mahathir, Muhyiddin dan Shafie yang "sombong dan ego politik" ini.
Apa yang perlu Najib buat ialah buat kerja sahaja....pastikan kerja diimplemen dengan berjaya.
Dalam mengurus negara dan pentadbiran hanya bangsa Melayu yang terpilih dan kaya budaya politik sahaja boleh membina tamadun dan empayar politik.