Sunday, November 30, 2014

Tiap Malam Tiap Jam...



Najib Bidas Dan Tegur Bloggers UMNO




DS Najib dalam ucapan penggulungan Presiden PAU 2014 dalam minit ke 42:11 hingga 43:00 telah menempelak dan menegur bloggers UMNO yang suka menyerang tokoh-tokoh UMNO. Beliau mahu bloggers UMNO fokus menyerang pemimpin pembangkang.


Jangan serang kita serang pembangkang

Saya setuju Zahid kata bloggers kita kadang-kadang tembak kita

Dalam istilah perang friendly fire ...friendly fire is not  friendly

Bloggers  kita cari makan dengan siapa? 

Pergi tembak pembangkang

Itu cara kita nak menang dalam perang

Jangan perang sama  sendiri

Tak masuk akal 

Bangang ni!

Friday, November 28, 2014

Adakah Idea Dato' Onn 63 Tahun Dulu UMNO Buka Ahli Bukan Melayu Boleh Buat UMNO Lebih Relevan Dan Solidariti?



UMNO tidak relevan?

UMNO kurang relevan?

UMNO vacuum kepimpinan?

UMNO punya kepimpinan tua?

UMNO kurang intelektual dan bijak pandai?

UMNO ramai pemimpin bodoh dan dunggu?

UMNO kurang minat dari orang muda?

UMNO parti feudal?

UMNO parti bangsawan buat harta?

UMNO rasis Melayu?

UMNO fanatik agama?

UMNO parti kampung?

UMNO tidak laku di bandar?

UMNO parti korup?

UMNO beli pemimpin dan ahli?

UMNO perlu Nabi dan Rasul?

UMNO perlu Imam Mahdi?

UMNO parti ekstrem?

UMNO parti moderate?

UMNO parti tiada ideologi?

UMNO parti tiada roh?

UMNO parti hilang perjuangan?

UMNO perlu buka ahli bukan Melayu?

UMNO mahu solidariti?

UMNO mahu kekal kuasa?

UMNO mahu kekal relevan?

Atau UMNO beransur jadi dinosaur?

The End of UMNO?

UMNO mahu jadi apa?

Terlalu banyak persoalan-persoalan yang WZWH lontarkan buat 3.5 juta ahli UMNO untuk fikir dan renungkan bersama dan mencari jawapan.

Wednesday, November 26, 2014

Perbadanan Tasik Chini



Tasik Chini yang indah dengan legenda naga dan kota purba Khmer adalah laluan sibuk di zaman dulu mengalir ke Sungai Pahang.

Chini dalam bahasa Khmer bermaksud monyet. Kerajaan Kota purba Khmer didiami masyarakat yang mempunyai teknologi tinggi dalam bidang saliran, tadahan air dan empangan.

Masyarakat ini bersawah padi dan aktif melombong emas, timah dan besi. Mereka menyembah patong dan berhala yang dibuat dari emas. 

Dipercayai empangan yang pecah membuatkan Kota Tasik Chini ini tenggelam dan membentuk 12 tasik-tasik kecil. Besar sungguh skala perlombongan purba masyarakat Kota Tasik Chini.  

Bunga teratai Tasik Chini tumbuh meliar lanjutan teratai yang dahulunya disemai oleh penghuni kota Tasik Chini yang tenggelam.

Laporan khas Utusan Malaysia mengenai tasik semula jadi itu akan mati sekiranya tidak dipulihkan kerana hampir keseluruhan ekosistemnya telah berubah sekali gus mengancam keasliannya. 

Masyarakat Orang Asli dari etnik Jakun yang tinggal di persekitaran Tasik Chini juga resah memikirkan nasib mereka yang sebelum ini bergantung hidup pada tasik dan kawasan persekitarannya.

Para saintis dan pengkaji telah mengkaji ekologi Tasik Chini lebih sepuluh tahun dulu merumuskan Tasik Chini perlu 20 tahun untuk pulih dan peruntukan yang besar.

Sebuah perbadanan perlu diwujudkan bagi mengawal selia dan menguruskan Tasik Chini yang kini terancam akibat aktiviti perlombongan, pembalakan dan perladangan.

Langkah itu seperti yang dilakukan terhadap Tasik Kenyir di Terengganu, memudahkan proses pemuliharaan dan penyelenggaraan tasik berkenaan.

Sebagai sebuah kawasan pelancongan yang bertaraf dunia, Tasik Chini perlu diperbadankan bagi memudahkan segala perencanaan pembangunan dilakukan.

Bukan sahaja Tasik Chini, malah tasik-tasik yang terdapat di negeri ini perlu diperbadankan kerana khazanah alam di kawasan berkenaan cukup berpotensi untuk dimajukan dan merupakan produk pelancongan,

Pakar alam sekitar dan kerajaan negeri Pahang telah membincangkan usaha-usaha untuk membaik pulih tasik berkenaan, namun terdapat beberapa kekangan dari aspek peruntukan.

Kerajaan Persekutuan perlu menyediakan peruntukan khas bagi mengawal dan membaik pulih ekosistem tasik berkenaan yang terjejas.

WZWH berpendapat ECER boleh memainkan peranan bersama kerajaan negeri Pahang membentuk Perbadanan Tasik Chini.

Tasik Chini akan kembali pulih dengan kerjasama dan pandangan semua pihak termasuk beberapa penambahbaikan akan dilakukan selepas ini.

DS Najib Lulus Dewan Serbaguna Kg Jerantut Feri

























Khabar gembira buat penduduk Kg Jerantut Feri bila DS Najib telah meluluskan peruntukan membina sebuah dewan serbaguna bagi kegunaan masyarakat Kg Jerantut Feri dan Pedah yang bernilai RM1.2 juta.

Kg Jerantut Feri adalah sebuah kampung di tepi tebing Sg Pahang yang popular dengan perkhidmatan feri bagi mengangkut kenderaan, barangan dan penumpang menyeberangi sungai pada awal tahun 1940an.

Inilah bandar Jerantut yang paling awal kerana semua aktiviti ekonomi berpusat di sini. Bila perkhidmatan kereta api sampai ke Jerantut maka bandar baru Jerantut berkembang dekat stesyen kereta api.

Sebuah jambatan telah siap dibina  pada 1978 bagi mengantikan perkhidmatan feri.

Kg Jerantut Feri dalam DUN Tahan dan menjadi pinggir bandar Jerantut yang sedang membangun.

ECER telah memperuntukan RM9 juta bagi pembinaan rumah kedai bagi memberi peluang perniagaan bagi penduduk tempatan.

Tuesday, November 25, 2014

Sakitnya Tuh Di Sini...




Jika Mahathir Ada Caranya...Najib Pun Ada Style Gaya kepimpinannya



Bila Tun Mahathir posting blog terbaru Selamat Bersidang UMNO itu pandangan sebagai orang tua lama UMNO yang sangat sayangkan parti.

Beberapa blog-blog penyokong Mahathir pun mengulas A Kadir Jasin dan Zainuddin Maidin mengulas lebih jauh.

WZWH tahu blogger-blogger ini memang mahu UMNO kembali kuat.

Tetapi zaman sudah berubah. Globalisasi dan inklusif ini memerlukan pemimpin di negara demokrasi kena bijak dan smart bahawa demokrasi itu a game numbers. 

Pemimpin perlu banyak network dunia dan rapat berkawan bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin dunia. Cara konfrontasi, tanpa memujuk dan kurang fleksibiliti ketika parti tidak kuat tidak sesuai di era keterbukaan ini.

Jika Mahathir ada caranya, Najib pun ada style dan gaya kepimpinannya.

Setiap zaman memerlukan penyelesaian politik yang berlainan.

UMNO mempunyai pemimpin-pemimpin tertentu di setiap era.

Selamat Bersidang UMNO, Wanita, Pemuda dan Puteri.

Fikir dan Usul serta Tindaklah yang terbaik untuk Negara, Bangsa dan Agama

Monday, November 24, 2014

Utusan Malaysia Adalah Penyumbang Besar Kekalahan Pahang PRU 14!



Sang Kelembai tokoh mitos Pahang penjaga hutan, gunung, sungai dan tasik Pahang.

Utusan Malaysia di dalam kegilaan mania menyerang negeri Pahang. Satu-satu isu negeri Pahang dibongkar, didedah, bagi tujuan mempengaruhi persepsi dan public opinion.

Utusan Malaysia suara UMNO sendiri menyerang negeri UMNO! Utusan Malaysia menggunakan modus operandi Alam Sekitar, environment nature sebagai alasan.

Setelah kes Cameron Highlands, team Utusan Malaysia sedang membongkar kes Tasik Chini pula. Selepas ini beberapa kes lagi di Rompin, Jerantut, Lipis akan dibongkar.

Utusan Malaysia masih tidak berpuas hati dengan DSD Adnan Yaakob MB Pahang. Lebih-lebih lagi bila MB Pahang itu mahu menyaman Utusan Malaysia RM15 juta.

Tujuan Utusan Malaysia mahu menjatuhkan DSD Adnan Yaakob sebagai MB Pahang. 

Sememangnya Utusan Malaysia mempunyai advantage. Utusan Malaysia adalah suara kerajaan, akhbar milik UMNO-Suara UMNO.

Beberapa orang pemimpin Pahang menyokong Utusan Malaysia. Lebih-lebih lagi majoriti ADUN dan ahli parlimen Pahang lebih suka membisu dalam isu ini.

Isu Alam Sekitar Pahang di seluruh negeri Pahang. Walau Kerajaan Negeri Pahang punya perancangan dan telah melantik beberapa consultant untuk membaikpulih alam sekitar mengikut setiap kes di negeri Pahang tapi Utusan Malaysia tidak peduli.

Utusan Malaysia lebih suka memperjuangkan isu-isu alam sekitar di negeri Pahang. Utusan Malaysia mahu negeri Pahang ini menjadi kembali seperti negeri Pahang abad ke 19! Hanya Pahang tapi tidak negeri-negeri lain kerana mengikut penilaian Utusan Malaysia negeri-negeri lain itu sangat bagus penjagaan alam sekitar!

Namun pendedahan Utusan Malaysia itu secara eksklusif dan bersiri terancang itu punya hujah-hujah teknikal yang munasabah dan saintifik malah boleh menaik dan menyemarakkan emosi alam sekitar rakyat Pahang dan rakyat Malaysia terutama NGO-NGO.

WZWH meramalkan Utusan Malaysia akan sangat berjaya membina satu persepsi bahawa kerajaan negeri Pahang gagal menjaga alam sekitar negeri Pahang.

Akibatnya rakyat Pahang yang tinggal di negeri Pahang dan luar Pahang akan marah terutama golongan muda dan generasi Y yang membentuk 60% pengundi di negeri Pahang.

Lalu golongan muda dan generasi Y ini oleh kerana percaya kepada laporan artikel dan rencana Utusan Malaysia yang sangat berwibawa dalam isu-isu alam sekitar ini menyebabkan mereka akan mengundi kepada parti-parti pembangkang pada PRU 14.

Bila itu terjadi...maka apa yang WZWH tulis ini akan menjadi kenyataan bahawa Utusan Malaysia adalah penyumbang besar kepada kekalahan Pahang PRU 14!

Utusan Malaysia percaya bila MB Pahang ditukar sekarang maka semua pokok-pokok hutan akan cepat tumbuh semalaman, sungai dan tasik kembali jernih, pendatang haram seorang pun tiada.

Bila Pahang tumbang PRU 14, MB Pakatan Rakyat lah yang memerintah negeri Pahang!

MB Pahang Saman Utusan RM15 Juta

alt

DSD Adnan Yaakob MB Pahang mengikuti jejak langkah DS Najib dan Lee kuan Yew menyaman sesesiapa yang memfitnah politik.

MB Pahang, DSD Adnan Yaakob menghantar surat tuntutan kepada Utusan Malaysia untuk meminta maaf atau berdepan dengan saman fitnah RM15 juta.

MB Pahang memberi tempoh dua minggu kepada Utusan untuk membuat permohonan maaf bermula 18 November lalu.

Ia ekoran artikel terhadap komennya mengenai masalah tanah runtuh di Cameron Highlands yang telah disiarkan dalam dalam akhbar itu dan edisi hujung minggunya, Mingguan Malaysia.

MB Pahang memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia berhubung tulisan “Hebat Sangatkah Adnan?’ dalam ruangan Awang Selamat yang disiarkan pada 9 November lalu.

Utusan menerima surat 18 November daripada syarikat guaman Manjeet Singh Dhillon dengan nilai tuntutan saman sebanyak RM15 juta, lapor akbar UMNO itu.

Utusan tidak akan mengeluarkan sebarang komen mengenai saman tersebut memandangkan ia bakal menjadi kes mahkamah.

Awang Selamat sebelum ini, tanpa menafikan peranan dan kerja keras DSD Adnan Yaakob, berkata ramai berpendapat BN di Pahang boleh menang lebih besar jika beliau umumkan berundur selepas PRU-13.

Menurut kolumnis itu, Utusan sebelum ini menerbitkan laporan khas tentang kebanjiran 30,000 warga asing terutama Bangladesh di Cameron Highlands.

DSD Adnan Yaakob kemudian dikatakan berang dan mengaitkannya dengan agenda media untuk menjatuhkan pemimpin selain mahu melariskan akhbar bagi mengelakkan syarikat akhbar rugi dan tutup.

MB Pahang mahu mengembalikan maruahnya setelah diaibkan oleh Awang Selamat dalam column Bisik Bisik Awang Selamat Mingguan Malaysia.

Langkah ini mengikuti Kerajaan Singapura yang banyak kali menyaman pemimpin pembangkang yang suka memburukkan kerajaan.

Sebelum ini DS Najib juga telah menyaman sebuah portal pembangkang.

Awang Selamat telah menyatakan beliau dan Utusan Malaysia sudah bersedia untuk disaman jika sekiranya MB Pahang mahu menyaman.

Tidak mengapa kerana Awang Selamat berani tulis berani juga kena saman.

Pepatah Melayu mengatakan terlajak perahu boleh diundur terlajak kata badan binasa buruk padahnya!

Kalau Awang Selamat minta maaf kepada MB Pahang dalam masa 2 minggu bermula dari 18 November 2014 mungkin saman itu boleh diabaikan.

Saturday, November 22, 2014

Derhaka Kepada Ketua Bahagian



Saudara Ramlan Mat Amin bersama YB Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Ini adalah posting luahan perasaan Ramlan Mat Amin AMP @ Farouk seorang AJK Pemuda Pemuda UMNO Bahagian Jerantut dari Kuala Tahan. Beliau mahu WZWH sampaikan mesej beliau dalam blog WZWH.

Oleh kerana blog WZWH merupakan satu platform atau medium bagi orang muda Jerantut dan generasi Y maka WZWH harus melayan permintaan.

Nasihat WZWH terimalah luahan, rintihan dan kritikan orang muda kepada pihak yang berkenaan dengan positif terutama pemimpin politik kena berjiwa besar dan dengar keluhan orang muda.

Isu ini terjadi bila pada mulanya Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut telah diberi status pemerhati kerana dianggap tidak sah oleh Pengurusan UMNO Malaysia kerana ada bantahan dan komplen dari pihak tertentu.

Memang pada WZWH, Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut 2014 agak janggal kerana dibuat SELEPAS Mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut. Tidak pernah berlaku dalam sejarah UMNO Malaysia.

Walau bagimanapun Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut 2014 berlansung pada time frame yang ditetapkan dan dirasmikan oleh ADUN Tahan dan Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang.

Berikut luahan keluh kesah luahan perasaan saudara Ramlan Mat Amin...

Salam dn selamat pg..
Hari ini Jumaat 21.11.2014
Bermula la episod dendam,benci,kecewa dan menyesal..
Dengan lafas bismilahirahmanirahim
Aku bersumpah dengan nama Allah yang pemurah lagi maha peyanyang iaitu Melancarkan Perang Kebencian dan Hilang Kepercayaan terhadap Ketua Umno Bahagian Jerantut!
Allahu akbar!Allah hu akbar!
Jangan tanya aku SEBAB?
Memang aku ada SEBAB!
Jangan tanya aku sape?
Aku tau la aku sape?
Aku sebahagian dari kuarga?x yah cakap la!sendiri mau ingat..x sudi aku mjdi kuarga yg mcm ini!!
bak kta pepatah;
"harapkan pagar,pagar makan padi.."
Kalau d Bahagian K.B di anggap bapa kepada sayap..Pemuda di anggap anak!apa?anak?pui!!haaagtui..
X payah la..tu semua poyo la!!anak KB adalah saudara lan labit..ini benar!aku tak tipu?semua org tau kn?
Anak sangat la tu!anak hantu ada..
Bapa konon!!Bapak tidak mengaku pemuda adalah anak!!ambik ong..padan muka!!nak sangat..
Apa pasa watikah Pemuda Bahagian tak di hantar ke Umno Malaysia?punya busuk hati,peram di pejabat umno..
Sabotaj pewakilan pemuda ke kuala lumpur!tulis surat hantar ke umno Malaysia..ha jawab??
Memang berniat jahat terhadap pemuda bahagian..bagus!!satu contoh yg baik kepada semua..
Inilah yg dikatakan makluk perosak kepada umno!bagus sunguh..macam kuarga la yer?pas dlm umno..kikiki
Sememang aku menyesal bekerja memenangkan calun BN ini semasa pilihan raya!!!x halal dunia dan akirat setiap titik peluh aku yg mengalir utk orang yg bergelar Ketua Bahagian dan juga Ahli parlimen..nak mntak aku tarik balik kata td?sory la..dh trlewat..
Bersongkok aku rasa ok gaya nye!!kalau aku tau la bigini punya hati yg sangat busuk,hanyir,hancing dan macam lg lah!x sudi aku menolongnye..bior nye hilir macam kayu,pongkor yg hanyut macam masa banjir!
Eh KB yg bersongkok senget nampak mcm budiman,nak tanya?bapak saudara aku meninggal Ketua Umno Cawangan kg Padang..ada sape2 turun??ada ziarah??ada jumpa ahli kuarga?jawapan nye tak ada kan!!kesian beliau kn?mohon beliau pergi dgn aman!aminnn..aku lah yg akn bertanggung jawab,MEMBELA beliau seakan tidak ADA HARGA nye beliau ini..tidak mintak simpati!beliau adalah ahli..memangla kn,Jawatan dan kuasa dah dapat!peduli apa kn?betul tu..syabas dn tahniah!tak halal aku bg pihak arwah serta kuarga kepada mereka yg tidak menghargai jasa dan budi di dalam arena hamjadah ini..
Aku tidak makan gaji dgn Umno
Aku tidak ada elaun bekerja utk pati
Aku x mntk sesen pun
Tapi aku adalah Ahli Umno PATI KERAMAT yg mempunyai tanggungjawab untuk berkerja demi masa depan pati dan generasi akan datang..
Selepas mesyuarat bahagian,TIDAK PERNAH ADA MESYUARAT DENGAN PEMUDA BAHAGIAN??
Dah la tak mengiktiraf Pemuda bahagian!!ujud pemuda Parlimen dn tak nye puduli terus ke kome tu!!matii..
"sayang semua nye sudah terlambat,tak guna engkau tangiskan lg.."
Ini adalah tindakan aku sendiri..
Aku tidak di suruh oleh sape2..sory la!!
Aku pemuda bermaruah!
Aku pemuda bermaruah!
Aku pemuda bermaruah!
Renung2 kan lah..

Jikalau aku di angap derhaka kepada KETUA BAHAGIAN..pergi la mampus gun!!!aku tak heran la..
Jangan aku biadap dan derhaka kepada mak serta ayah aku sudah!
Jangan aku menghancurkan pati umno keramat sudah!!
KETUA BAHAGIAN la yang nenyebabkan aku bertindak sedemikian!!
KETUA BAHAGIAN la yg bertanggungjawab memulakan DENDAM DAN BENCI di bahagian!!
Beringatlah dan sedardiri wahai KETUA BAHAGIAN..Sebab di undi KB dapat kerusi!
Nak barlagak lg ke??
Nak tunjuk kuat??
Nak tunjuk alim??
Kalaw setakat baca khutbah..aku pun buleh la!!org alim ulama pun tak tunjuk mcm ong..
Arwah aki aku di panggil "beliau rimau"ia itu Harimau
Aku x mcm sestengah org!nmpk mcm ada telor!!tp cakap je
Ini suara aku!!!apa aku peduli..
Jika di takdirkan hari ini aku di persalah dalam hal ini..hah aku terima!!aku x kisah la wahai KB yg alim..
KB lagi teruk pd aku!!KB nk menghancurkn pati terus!
Aku bangga ada seorng isteri yg banyak berkorban utk aku berkerja utk pati!walaupun adakalanye beliau menangis du sebab kan aku lebih kan kpd pati dari seorg isteri yg bergelar ibu dn ank2!!
Biar lah aku berkekahi dgn KB,ASALKAN AKU TIDAK KEHILANG SEORANG ISTERI..
Pergi lah mampus dan janam lah engkau..
Hidup menyusah org..
Aku tidak mintak simpati..tlg la
Aku bertindak mencari kebenaran
Jangan simpati ada org yg bersimpati dengan tindakan aku ini!
Kita ada bapa presiden pati yg blh aku mengadu supaya di perbaiki
"apa nak jadi,jadi la.."
"alang2 menyelop pekasam,biar sampai ke pangkal lengan.."
Ya allah ya tuhan ku,maha pengasih dan maha penyayang..
Tunjukan lah kebenaran kepada aku tentang pemimpin yg SOMBONG DAN BONGKAK ini..dimanakah sifat2 pemimpin beliau yg aku sememangnye "duri dalam daging,gunting dalam lipatan"..sedarkan lah insan yg tidak "berhati perut dan berlagak alim"..semoga sedar dan berpatah balik..amminn


Perkembangan Terkini

Status Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut sudah WZWH anggap selesai bila DS Najib selaku Presiden UMNO telah mengarahkan Tg Adnan Setiausaha Agong UMNO Malaysia supaya mengeluarkan surat menyatakan BAHAWA status Pemuda UMNO Bahagian Jerantut sebagai PERWAKILAN dan Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut 2014 adalah SAH.



WZWH salute Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut yang dipimpin oleh Saudara Mohd Zamri Abdul Rahim dan kepimpinan AJK Pemuda memang POWER!

Dalam politik kalau kita mahu ketuk kepala anjing, anak anjing atau malah anjing kurap sekalipun kita kena tahu siapa tuannya. Jangan ketuk sebarang ketuk!

Thursday, November 20, 2014

Alhamdulillah, DS Najib Luluskan Masjid Baru Felda Padang Piol



Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan bersemangat dengan jawatan parti sebagai Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Jerantut yang baru dilantik oleh Tn Hj Nazlan Idris Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

WZWH baru menulis posting lantikan itu sila klik sini.

Satu agenda Wan Amizan ialah membina banyak masjid baru di parlimen Jerantut. Terbaru ialah masjid baru Kg Ulu Cheka di DUN Damak. Kos pembinaan RM3 juta. Masjid baru Kg Kuala Sat Ulu Tembeling pun sudah lama siap.

Oleh kerana Wan Amizan sangat sayangkan parti maka beliau mahu membantu Nazlan Idris menguatkan UMNO Bahagian Jerantut.

Wan Amizan berbesar hati dengan lantikan yang baru dibuat oleh Nazlan Idris pada minggu lepas.

Oleh kerana UMNO Bahagian Jerantut sudah berpadu sama-sama semua pemimpin mahu buat yang terbaik demi orang Jerantut maka itu satu signal yang baik bagi parti.


























DS Najib sangat gembira lalu meluluskan lagi permohonan membina masjid baru Felda Padang Piol di DUN Tahan juga kos pembinaan RM3 juta.

Ini berita baik bagi para jemaah kariah Felda Padang Piol.

WZWH harap Biro Agama UMNO Bahagian Jerantut lebih aktif berperanan meningkatkan syiar Islam di Jerantut.

Tuesday, November 18, 2014

Sejarah Masjid Lama Pulau Tawar Dan Keturunan Orang Pulau Tawar



Ia adalah masjid lama Pulau Tawar tetapi sudah dijadikan sebuah madrasah.

Ada satu komen dari pembaca blog WZWH sedemikian...


Cultural Heritage said...
Assalamualaikum Dato'..

Saya mewakili Prof Madya Dr Faridah Noor dari Pusat Dialog Dan Peradaban UM sedang menjalankan kajian mengenai digital Mapping on Cultural heritage in Malay Archipelago.

jikalau Dato' tidak keberatan,boleh saya dapatkan contact number untuk berhubung megenai Masjid Pulau tawar ini. ini adalah kerana masjid ini tersenarai dalam masjid terawal di Tanah Melayu.

Terima Kasih Dato'


WZWH adalah seorang blogger politik Pahang. Tapi banyak juga menulis posting tentang sejarah, dan folklore dan mitos serta hikayat-hikayat negeri Pahang yang punya peminat pembacanya.

Salah satu posting WZWH mengenai Pulau Tawar telah mencecah 50,876 view sila klik sini.

Masjid lama Pulau Tawar sudah berusia lebih 200 tahun.

WZWH ingin bercerita tentang kisah sejarah masjid lama Pulau Tawar. Masjid lama Pulau Tawar menjadi tumpuan seluruh penduduk Malaysia pada tahun 1969 bila tokoh nasionalisme pahlawan lagenda Mat Kilau muncul memperkenalkan dirinya.

Kewujudan masjid lama di situ berkaitan sejarah kepahlawanan Melayu Tok Gajah, Mat Kilau, dan pengikutnya kerana di situlah tercetusnya kebangkitan semangat nasionalisme menentang penjajah Inggeris di Pahang.

Namun begitu masjid lama itu lebih sinonim berperanan sebagai pusat pengembangan ilmu serta syiar Islam bermula dari kurun ke-18 hingga awal tahun 1970-an.

Perkembangan institusi pengajian pondok di Pulau Tawar berhubung rapat dengan masjid lama itu. Di situlah markas tempat berkumpulnya tokoh ulama terkenal yang berasal dari Sumatera seperti Allahyarham-Allahyarham Imam Malim, Imam Ahmad, Imam Haji Abd Rahim, Imam Daud dan Imam Yahya.

Masjid lama itu berperanan menyebarkan dakwah Islamiah. Malahan banyak pelajar dari seluruh Pahang, Kelantan dan Terengganu datang belajar di situ pada kurun ke-18.

Menurut keterangan orang-orang tua, tapak asal pembinaan masjid lama itu dilakukan oleh Imam Perang Rasu (Tok Gajah), Mat Kilau serta orang-orang Melayu Pulau Tawar pada awal tahun 1880-an.

Masjid lama itu kemudiannya dibangunkan dengan wajah baru pada tahun 1923 tetap mengekalkan perspektif seni bina tradisional yang menggunakan kayu dan pelupuh dari hutan tempatan.

Dalam buku Sejarah Pahang ada menceritakan pembesar British, Hugh Clifford, pernah mendarat di tebing berdekatan masjid itu untuk mengadakan perundingan dengan Mat Kilau dan Tok Gajah serta penduduk Pulau Tawar supaya jangan mencampuri urusan pentadbiran Inggeris di Pahang.

Setelah mengalami kerosakan teruk diancam banjir besar tahun berikutnya, masjid lama itu mengalami sekali lagi perubahan dengan binaan simen di bahagian bawah serta lantainya supaya kelihatan lebih teguh.

Walaupun berhadapan dengan arus putaran masa, kubah dan mimbar masjid berkenaan masih lagi dalam bentuk binaan asal iaitu mempunyai ciri-ciri pengaruh seni bina Minangkabau.

Yang lebih unik, sehingga ke hari ini, sebatang tongkat yang dibuat daripada kayu teras berusia hampir sama dengan pembinaan masjid asal masih tersimpan rapi dan digunakan oleh khatib sewaktu membaca khutbah.

Sebuah beduk kayu yang juga berusia hampir dua abad hilang dari masjid berkenaan dipercayai dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Makam pusara Pahlawan Mat Kilau berdekatan dengan masjid lama Pulau Tawar.

WZWH mendapati melalui sejarah Pulau Tawar, orang-orang tua dulu ada menceritakan di Pulau Tawar dulu ada istana tempat Sultan Bersemayam. Tapak istana lama Pulau Tawar sekarang ialah kawasan dibina Sekolah Menengah Pulau Tawar.

Perpindahan kuasa yang berlaku di Pekan iaitu daripada tangan raja Melayu (corak pemerintahan tradisional) kepada Inggeris sememangnya menimbulkan ketegangan. Menyedari kemungkinan berlakunya kemelut politik ini, terutama gejala kuasa pemerintahan baginda diatasi oleh Inggeris, Sultan Ahmad melantik putera sulung baginda Tengku Mahmud sebagai Tengku Mahkota di samping memberikannya kuasa sebagai wakil Sultan di Pekan, sementara baginda sendiri berundur kira-kira 200 batu ke ulu Sungai Pahang di suatu kawasan yang bernama Pulau Tawar dan membina istana di sana. 

Baginda dikatakan bersemayam di Pulau Tawar selama 3½ tahun (Disember 1889 hingga Mei 1893) dan meninggalkan bandar Pekan, ibu negeri Pahang, di bawah jagaan Tengku Mahmud.

Daerah Pulau Tawar pada masa itu di bawah pegangan Orang Kaya Maharaja Indera Setia Gajah Pahang atau Tok Gajah Rasu bin Syahrum.

Baginda suka memburu seladang dikawasan Tanjung Balik Angin berhampiran Tebing Tinggi dan Burau tak jauh dari Pedah, direkodkan pada 1889 baginda berjaya memburu lebih dari 60 ekor seladang dan salah seekor telah dihadiahkan kepada Governor British waktu itu.

Governor telah menghadiahkan seladang itu kepada Zoological Gardens London. Selain daripada keturunan Tok Gajah,Tok Kaya Indera Setia Raja Jusoh bin Tukang ada juga keluarga bangsawan yang bermastautin di Pulau Tawar mengikut dari salasilah keturunan ,mereka berasal dari Pagar Ruyung Minangkabau atau Siak di Sumatera.

Ini salasilahnya:

Tawang bin Long bin Tun Ahmad bin Tun Sinar Sulaiman bin Tun Sinar Hassan bin Tun Sinar Deraman bin Tun Sinar Putih ca(1450-1550) bin Tok Raja Debalang(hulubalang) Jengka (adakah mereka dari keturunan Orang Besar Berlapan Pahang iaitu Tok Raja Dewa Hulubalang Tanjung Belawan?) Tun Sinar Abdul Jalil bin Tun Sinar Matahari (berhijrah ke Kampung Kedondong Jerantut) bin Sultan Syed Mansor Shah Mahkota Alam bin Syed Abdul Aziz bin Syed Abu Bakar bin Syed Muhammad bin Syed Abu Bakar dari Bani Tamim Hadramaut Yemen.

Keluarga Perdana Menteri yang ke-enam juga asalnya dari Pulau Tawar.. Mohd Najib bin Abdul Razak bin Husin bin Mohd Taib bin Jahidin.. Jahidin sepupu Tok Muda Abas of Pulau Tawar.

Jelas keturunan Orang Pulau Tawar berasal dari Sumatera.

Pulau Tawar perlukan pemimpin muda yang dinamik, berpandangan jauh ke depan dan ada perasaan sayang kepada kampung halaman dan rakyatnya.

Nazlan Idris Akhirnya Memerlukan Sokongan Wan Amizan Membantu Menguatkan UMNO Bahagian Jerantut



















Selepas setahun lebih selepas pemilihan kepimpinan UMNO bahagian Jerantut akhirnya Nazlan Idris Ketua UMNO Bahagian Jerantut memerlukan sokongan Wan Amizan membantu menguatkan UMNO Bahagian Jerantut.

Sebelum itu Wan Amizan yang dipilih sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut telah diketepikan dari diberi jawatan pengerusi sebarang biro. Sepatutnya mengikut perlembagaan parti Wan Amizan haknya diberi Pengerusi Pengurusan parti dan Timbalan Pengerusi Biro Politik.

Itu sebab mantan Ketua Bahagian Kamaruzaman Baria telah menegur hal ini dalam Mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut 2014.

Dalam Mesyuarat AJK UMNO Bahagian yang terbaru, Nazlan Idris telah melakukan rombakan biro dengan melantik Wan Amizan sebagai Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Jerantut. Dan Wan Amizan dengan besar hati menerima tanggungjawab itu.

WZWH fikir ini satu keputusan yang bijak dan matang. Sudah sampai masanya selain dari kehebatan dan kebolehan mencari peruntukan hampir sebilion ringgit memajukan DUN Tahan, pengalaman menguruskan Pemuda UMNO selama 4 penggal, pengalaman menguruskan parti selama 2 penggal sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian, ini masa yang tepat untuk Wan Amizan meningkatkan syiar Islam di Jerantut.




















Media TV3 turut teruja dengan kesudian Wan Amizan memegang Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Jerantut. Wartawan menemuramah Wan Amizan bertanya vision Wan Amizan memberi lebih kefahaman Islam kepada orang Jerantut terutama kepada generasi muda.

Apa infrastruktur-infrastruktur agama baik fizikal dan rohani bagi mengembangkan syiar Islam di Jerantut.



















Media RTM pun turut berminat dengan sudinya Wan Amizan memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Jerantut. Bagaimana  terutamanya orang UMNO Jerantut perlu dididik dengan roh agama supaya perjuangan alif, ba , ta menjadi tunjang utama ahli-ahli UMNO Jerantut.

Pemimpin-pemimpin UMNO Jerantut perlu punya hati yang bersih, tidak busuk hati. Jangan agama dijadikan hanya kosmetik tanpa punya isi yang menjiwai ajaran Islam.

Pemimpin-pemimpin UMNO jangan hanya pandai bercakap agama tapi tidak menunjukkan dengan amalan-amalan yang dipraktiskan.

Jangan kedekut, kena pemurah, kena rapat dengan masyarakat, jangan memandang rendah keislaman orang lain, jangan merasakan diri lebih hebat kerana perawakan dan kewarakan tapi hati kosong dengan pengisian dan amalan.

Pemimpin-pemimpin UMNO jangan berdendam, jangan tidak boleh berkawan dengan ahli UMNO yang tidak menyokong, berfikiran terbuka, sokong apa-apa kebaikan kepada masyarakat tidaklah menentang dan membuat masyarakat huru hara.

Barulah ahli-ahli UMNO dan masyarakat hormat.




















Wan Amizan sedang memberi tazkirah agama kepada jemaah di satu masjid dalam DUN Tahan. Wan Amizan akan buat banyak program keagamaan di parlimen Jerantut. Ustaz-ustaz dan ulama-ulama dari seluruh Pahang dan nasional akan dibawa memberi ilmu kepada orang Jerantut.

Dari segi kerajaan pusat tiada masalah kerana hubungan yang baik antara Wan Amizan dengan Menteri Agama di JPM. Tentu lebih banyak peruntukan dapat dicari bagi meningkatkan syiar Islam di Jerantut.




















Wan Amizan sangat pemurah dan suka membantu sekolah-sekolah tahfiz. Wan Amizan mahu mendirikan lebih banyak sekolah tahfiz, berhasrat mahu mendirikan sebuah rumah anak-anak yatim di Jerantut.

Membasmi kemiskinan tegar dan golongan mudah miskin adalah minat Wan Amizan dalam meningkatkan ekonomi orang Islam Jerantut.

Kemiskinan boleh membuatkan orang Islam kufur dan senang digoda oleh syaitan. Bila orang Islam miskin tegar dan mudah miskin boleh mudah terjerumus kepada perbuatan-perbuatan mungkar.




















Agenda Wan Amizan ialah membina banyak masjid-masjid moden yang sesuai dengan masyarakat tempatan di Jerantut. Baru-baru ini Wan Amizan berjaya mendapat kelulusan peruntukan RM3 juta dari DS Najib bagi membina masjid baru Kg Ulu Cheka yang sudah 50 tahun menggunakan masjid lama.

Masjid Kuala Tahan dengan peruntukan RM11 juta akan dibina. Demikian juga Wan Amizan melalui ECER memdapat peruntukan RM500,000 membina surau baru Kg Labu dekat Labu Sentral. Masjid baru Kg Kuala Sat RM2.9 juta sudah siap dibina.




















Sudah tentu Tuanku Sultan Pahang sebagai Ketua Agama Islam Pahang berasa bangga dan sukacita kerana Wan Amizan mahu dan sanggup memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Jerantut.

WZWH berharap Majlis Agama Islam Pahang boleh membantu dengan memberi lebih banyak peruntukan demi meningkatkan syiar Islam di Jerantut.

Sunday, November 16, 2014

Kahwin Muda...

















Illustrasi dari Blog

TOO PRETTY TO LIE

UMNO Tidak Memerintah Sampai Kiamat, Kebarangkalian Menjadi Dinosaur Ada!



UMNO perlu melihat kepada persekitaran, mengurus perubahan, melakukan transformasi jika tidak akan menjadi dinosaur politik terakhir abad ini.

UMNO   perlu berubah supaya tidak terus kehilangan sokongan dalam PRU akan datang.

Tanpa sebarang perubahan, UMNO dilihat tidak akan kekal lama sekiranya masih mengharapkan sokongan pengundi tradisi di kawasan kampung.

Perubahan pengundian rakyat Malaysia, yang kini lebih bersikap lebih urban dan muda.

Pasaran yang sedang berkembang adalah jutaan belia yang berpindah ke kawasan bandar untuk mencari rezeki.

Dianggarkan, sekitar 70% daripada 5 juta pengundi muda akan mengundi dalam PRU akan datang. 

64% daripada pengundi masa depan adalah pengundi Melayu.

Dijangka  2016, 75% populasi akan menetap di bandar.

Trend berikut selari dengan kekalahan BN di kerusi bandar.

Bilangan profesional muda bertambah daripada sejumlah 450,000 pada 1970 kepada 2.3 juta pada 2010.

Jika pengundi melihat UMNO dan BN sebagai parti secara keseluruhannya masih lagi cerita lama, parti lama, tiada apa yang boleh dibuat.

Mampukah UMNO berubah? UMNO masih tidak berubah dan berada semakin jauh daripada masyarakat terutamanya di bandar.

Parti itu perlu melakukan transformasi segera supaya terus kekal relevan.
Orang Melayu kini sedang melakukan penolakan terhadap parti itu secara terbuka dan dapat dilihat dalam dua pilihan raya umum lalu.

Benar UMNO punyai lebih tiga juta ahli tetapi adalah juga benar yang kebanyakan ahli UMNO adalah hanya pada keahlian.

Ramai yang menyertai UMNO bukan lagi kerana perjuangan tetapi sebagai instrumen politik untuk pengaruh, kuasa, prestij dan kekayaan.

Ahli-ahli Umno perlu bersama secara kolektif untuk merancang dan mengurus perubahan parti itu.

Jika ini pilihan , maka jalannya ialah pengislahan dan memodenkan Umno.

UMNO  memerlukan suatu transformasi dan bukannya perubahan kosmetik yang bersifat luaran semata-mata,

Lihat bagaimana parti pembangkang mula mendapat tempat di seluruh negara.

UMNO  jangan bergerak ke belakang.

UMNO perlu bersikap lebih inklusif agar dapat memenangi kembali hati rakyat Malaysia.

Perubahan bagaimana yang dapat dilakukan UMNO untuk menjadi kembali relevan sedangkan masyarakat Malaysia kini sudah pelbagai termasuk Melayu dan Islam itu sendiri.

Masalah utama kebanyakan pemimpin dan ahli UMNO adalah mereka merasakan parti itu akan terus memerintah Malaysia sehingga bumi ini hancur.

Sebab itu majoriti pemimpin dan ahli UMNO tidak merasakan perubahan itu satu keperluan yang mendesak.

Walaupun pernah kehilangan beberapa negeri seperti Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Terengganu, pemimpin dan ahli UMNO tidak mempunyai pengalaman kehilangan Putrajaya.

UMNO tidak memerintah sampai kiamat malah kebarangkalian menjadi dinosaur itu ada!

WZWH akan mengupas isu perubahan transformasi UMNO dengan lebih mendalam dalam posting akan datang.

Awang Selamat Tiada Agenda Gugat Kepimpinan MB Pahang?



Awang Selamat ditakuti oleh ahli politik UMNO kerana sebelum ini kononnya dikatakan ramai PM, Menteri, MB jatuh disebabkan senjata Utusan-Awang Selamat. Tapi dengan MB Pahang akhirnya Awang Selamat mengaku surrender...!

Awang Selamat akhirnya mengaku tiada berniat agenda mahu menggugat kepimpinan DSD Adnan Yaakob MB Pahang dalam tulisan terbaru Bisik Bisik Awang Selamat.

Mungkin setelah dikritik hebat oleh blog-blog politik Pahang yang mempertahan MB Pahang dan kemungkinan sebarang tindakan mahkamah yang mahu diambil ke atas Awang Selamat mahupun Utusan dalam isu Cameron Highlands membuatkan Awang Selamat buat U-turn dan bersikap apologetik, akomodotif dan mesra.

Jika Awang Selamat mengambil pendekatan yang begini sejak mula dan profesional serta kritik membina bukan kritik membunuh maka barulah memang ikhlas niat Awang Selamat tiada agenda gugat kepimpinan MB Pahang.

Keterlajakan Awang Selamat menelanjangkan maruah MB Pahang sehingga sanggup melibatkan Tuanku Sultan Pahang dalam hal mantan MB Pahang yang lalu yang Awang Selamat tidak tahu fakta cerita yang sebenar.

WZWH reproduce CnP kenyataan Awang Selamat Mingguan Malaysia 16 November 2014...sila klik sini.

Jika ada yang mengharapkan Awang meneruskan nada tulisan minggu lalu yang mengkritik Adnan Yaakob, ia tidak akan kesampaian minggu ini. 

Pertama, ia membuktikan tiada agenda untuk menggugat kepimpinan beliau. Tulisan pada ruangan tersebut lebih kepada menyanggah kenyataan tidak wajar Adnan terhadap Utusan, tidak lebih daripada itu. Memadai dengan mesej jelas yang telah sampai kepada beliau. Utusan perlu melindungi kepentingannya. Lagipun kritikan perlu ada nilai dan rasional, bukannya dibuat sesuka hati. Pada Awang, beliau tetap menteri besar yang dihormati. 

Kedua, Adnan memperlihatkan sikap terbuka dengan memilih untuk tidak menjawab tulisan tersebut dan beberapa komentar lain. Dengan kata lain, beliau boleh menerima teguran walaupun mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pengikut setianya. Nampaknya Adnan mahu melihat ke hadapan, begitu juga semangat Awang. 

Tercetus sesekali 'perbalahan' di antara pengamal media dan pemimpin politik adalah perkara biasa dalam dunia demokrasi. Sebab itu Awang tidak kisah biarpun menerima kritikan liar dan tohmahan beberapa pihak termasuk blog penyokong Adnan sebagai respons mereka kepada tulisan minggu lalu. Sedikitpun tidak ambil hati, lebih-lebih lagi menginsafi betapa kerdilnya diri sebagai hamba Allah s.w.t. 

Sesungguhnya inilah juga cabaran media yang turut dikupas dalam ucapan Sultan Perak, Sultan Nazrin sempena ulang tahun penubuhan SPRM/BPR ke-47. Baginda antara lain memperihalkan bagaimana media begitu mudah menjadi mangsa dan dipersalahkan dalam usaha melawan kemungkaran terutama dalam isu integriti dan rasuah. 

Maka dugaan seperti itu diterima dengan senyuman. Ini termasuk sebarang tindakan mahkamah yang mahu diambil ke atas Awang mahupun Utusan dalam isu Cameron Highlands. Sesiapa pun berhak untuk menyaman media jika mempunyai asas yang kuat. Tiada apa yang perlu Awang gundahkan. Alah bisa, tegal biasa.

Sebab itu kalau mahu character assassination MB Pahang kena berani buat betul-betul jangan buat sekerat jalan itu sebab DSD Adnan Yaakob MB Pahang memang hebat kerana boleh survive lama dalam politik.

Dana Dan Saintis Dunia Perlu Bagi Menggali Tulang Rangka Dinosour Taman Negara



Dinosaur Ornithischia petanda gigi dijumpai oleh saintis di Hutan Taman Negara baru-baru ini.



Dinosaur Spinosaurid Therapod petanda gigi juga dijumpai di hutan Taman Negara dekat dengan lokasi penemuan gigi dinosaur Ornithischia.

Lima penyelidik terbabit dalam penemuan fosil gigi dinosaur itu iaitu dari Universiti Malaysia, Universiti Waseda dan Universiti Kumamoto, Jepun.

Salah seorang penyelidik dari bahagian geologi Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Masatoshi Sone yakin penemuan itu akan membawa kepada penemuan fosil lain terutama tulang dinosaur.




Beliau menjangkakan Malaysia terutama Taman Negara akan menjadi tumpuan saintis seluruh dunia selepas penemuan fosil ini.

Labih banyak dana dan ramai saintis dunia diperlukan bagi menggali tulang rangka dinosaur Taman Negara.

Putrajaya melalui Kementerian Sains perlu membantu memberi dana tambahan.

Adalah diharap dengan adanya Tembeling Safari Park yang boleh menempatkan replika berbagai jenis dinosaur dari dua spesis tersebut dapat menarik ramai pelancong melawat Taman Negara.

Friday, November 14, 2014

Dinosour Taman Negara Akan Di Abadikan Di Tembeling Safari Park



10 spesis dinosour Ornithischia yang akan diabadikan untuk didisplay di Tembeling Safari Park dekat Taman Negara. 

Tembeling Safari Park adalah salah satu komponen dalam Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika. Dinosour Spinosaurid Therapod juga akan dipertontonkan. Selain ikan sturgeon the living fossil atau ikan purba yang hidup sejak 150 juta tahun dulu di Caviar Park Kuala Tahan.

WZWH berharap ini akan create values menarik minat pelancong ke Kuala Tahan Taman Negara.




Penyelidik dari bahagian geologi Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Masatoshi Sone memberi keterangan mengenai fosil tersebut.

Sekumpulan penyelidik mendedahkan penemuan pertama fosil gigi dinosaur Ornithischia yang pertama di Malaysia.

Fosil dinosaur jenis herbivor itu ditemui di kawasan Taman Negara, Pahang, Disember tahun lalu.

Lima penyelidik terbabit dalam penemuan fosil gigi dinosaur itu iaitu dari Universiti Malaysia, Universiti Waseda dan Universiti Kumamoto, Jepun.

Salah seorang penyelidik dari bahagian geologi Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Masatoshi Sone yakin penemuan itu akan membawa kepada penemuan fosil lain terutama tulang dinosaur.

Fosil gigi dinosaur Ornithischia itu berukuran 13 milimeter panjang dan 10.5 milimeter lebar.

Ornithischia hidup antara seratus hingga seratus sepuluh juta tahun dan hanya memakan tumbuh-tumbuhan.

Beliau menjangkakan Malaysia akan menjadi tumpuan saintis seluruh dunia selepas penemuan fosil ini.

Selain Pahang, Terengganu, Johor dan Kedah turut menjadi lokasi tumpuan penyelidikan fosil dinosaur.

Sebelum ini, fosil gigi dinosaur Spinosaurid Therapod ditemui di Pahang oleh kumpulan penyelidik yang sama tidak jauh daripada lokasi penemuan fosil terbaru ini.

Thursday, November 13, 2014

Signal Politik Yang Membimbangkan WZWH Bahawa Pahang Tumbang PRU 14!



Tajuk Utusan Malaysia 2 November 2014 yang membawa polemik Utusan VS MB Pahang.



Mingguan Malaysia 9 November 2014 yang membuatkan polemik Utusan VS MB Pahang kemuncak.

Bertindak Rasional Bukan Emosional sila klik sini sambungan polemik Utusan.

Jangan Jadi "Pembela Tidak Bertempat" sila klik sini ini amaran Utusan.

Tun Mahathir menulis dalam Blog Chedet bertajuk "Deforestation" sila klik sini ini peringatan dan amaran Tun Mahathir bahawa  hutan hujan telah 70% ditebang atas sebab ekonomi:


  • Tebang balak secara halal atau haram
  • Getah dan sawit
  • Tarah bukit tanam sayur dan halia
  • Perlombongan
  • Perumahan, bandar, suburban, tepi hutan

Akhirnya hujan yang lebat turun tidak boleh ditampung tanah dan mengakibatkan bencana alam banjir, banjir lumpur, tanah runtuh dll yang buat hilang nyawa dan harta benda.

Tan Sri Zainuddin Maidin dalam posting terbaru Blog Zamkata bertajuk "Menteri Besar Pahang Menempah Maut" sila klik sini

Sebelum itu WZWH telah menulis posting Blog WZWH bertajuk" Hentikan Segera Polemik Utusan Malaysia VS MB Pahang! sila klik sini.

1.5 juta rakyat Pahang baik di Pahang dan di luar Pahang mengikuti isu ini dengan penuh minat dan berfikir apa yang sebenarnya berlaku kepada politik dan pentadbiran negeri Pahang.

Pengundi muda di Pahang semakin bertambah. 60% pengundi muda dari umur 21 hingga 40 akan mengundi pada PRU 14.

WZWH cukup bimbang kepada signal politik yang membimbangkan WZWH bahawa Pahang akan tumbang PRU 14.

Bukan itu sahaja akan berlaku kebangkitan rakyat Pahang yang akan membuat satu keputusan yang drastik dan mendesak satu perubahan besar.

Sebenarnya majority rakyat di usia 30-55 tahun sudah bosan dengan apa yang berlalu di dalam negeri terutamanya yang melibatkan pimpinan yng sedia ada.... kami cuma tunggu waktu untuk meledak jer...mohon Allah SWT berikan keinsafan dan kesedaran kepada kepimpinan Melayu/Islam kita... aaamiiiin.

Bila rakyat Pahang yang selama ini hanya mendiamkan diri, tidak berkata hanya melihat sahaja...tapi tunggulah waktunya bila rakyat Pahang sudah tidak tertahan lagi...rakyat Pahang akan bangkit.

Ketika itu bukan sahaja parti sudah tewas dan hancur malah segala institusi-institusi yang ada di Pahang akan hilang.

Ketika itu nasi sudah menjadi bubur.

Ketika itu WZWH hanya boleh melawat ke pusara Nenek Moyang WZWH sambil menitiskan air mata dan berkata, "Maaf Moyang , WZWH sudah gagal mempertahan segala parti dan institusi yang beratus tahun..."

Zaman sudah berubah...

Inilah signal politik yang membimbangkan WZWH bahawa Pahang tumbang PRU14!

Wednesday, November 12, 2014

Better The Devil You Know Than The Angel You Don’t




Ini idiom ( simpulan bahasa ) orang putih yang ahli politik - ahli politik otai suka cakap...

“Better the devil you know than the angel you don’t”

Kalau diterjemah direct...

 “lebih baik (memilih) syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal”

meaning...


Maksudnya....

"adalah lebih baik kita berurusan dengan pihak yang kita tahu keburukannya, kerana kita akan lebih berwaspada dengan pihak begini, berbanding kita berurusan dengan pihak yang dilihat bertopeng dengan rupa yang seolah baik, tapi tidak diketahui niat buruknya."







Ini just a joke sahaja...ekekekekekekeke


Lain-lain peribahasa Melayu yang orang politik Melayu suka guna...

‘Air yang tenang jangan disangka tiada buaya’

‘Lidah Tak Bertulang’

‘Mulut Manis di Bibir’.

‘Menanam Tebu Di Hujung Bibir’.

‘Sang Musang Berbulu Ayam’ 

‘Si Lidah Bercabang’.

Tapi paling teruk...

“nampak je baik macam malaikat, tapi perangai mengalahkan setan”.

Tuesday, November 11, 2014

Hentikan Segera Polemik Utusan Malaysia VS MB Pahang!



Cameron Highlands akan mendapat sinar baru membawa cahaya dan harapan.

Hentikan segera polemik Utusan Malaysia VS MB Pahang!

Bila WZWH fikir dalam-dalam tidak ada gunanya polemik Utusan Malaysia VS MB Pahang berterusan.

Kita sebenarnya akhirnya membazir resource, tenaga dan masa kerana berperang salah target yang membuatkan kita semua jadi bodoh.

Kita sepatutnya mengembeling usaha untuk menguatkan parti dan kerajaan kita.

Utusan Malaysia adalah suara kerajaan dan UMNO. MB Pahang adalah MB sebuah negeri kerajaan.

Utusan Malaysia perlu hentikan kritikan secara terbuka terhadap DSD Adnan Yaakob MB Pahang.

Dan Pejabat MB Pahang dan blogger media baru tidak perlu berbalas jawab lagi segala polemik.

Inilah masanya kita perbetulkan apa yang berlaku di Cameron Highlands.

Ada dua perkara yang WZWH mahu kerajaan buat sebagai penyelesaian terhadap isu Cameron Highlands:

Pertama: Cameron Highlands High Tech Agropark

Kedua: One Stop Agency Managing Foreign Workers

Satu Corporation perlu diestablish tujuan Cameron Highlands High Tech Agropark bagi mengoptimunkan pengeluaran dan produktiviti sayuran dan bunga secara berteknologi tinggi. Ambil semua tanah-tanah kerajaan. Projek ini memerlukan modal RM3 bilion.

Pusat One Stop Agency bagi mengurus pekerja asing terutamanya ini bagi menangani masalah PATI. Industri sayuran dan bunga Cameron Highlands memang memerlukan labour yang ramai.

Selain dari cadangan Putrajaya dan berbagai Kementerian yang mahu membaik pulih kondisi sungai dan tanah di Cameron Highlands.

Adalah diharap cadangan-cadangan ini boleh menyelesaikan kemelut isu Cameron Highlands.

Kerajaan perlu mendapat kembali keyakinan yang tinggi dari penduduk Cameron Highlands 

Cukuplah...hentikan segera polemik Utusan Malaysia VS MB Pahang. Tidak ke mana dan mudarat kita dapat akhirnya.

We work as one team.

Jangan Ganggu Ekonomi Cameron Highlands Kepentingan Kepada Pahang



Cameron Highlands sejak 1920an lagi zaman kolonial British sudah terkenal dengan tanaman sayur, buah, bunga, teh dan pelancongan.

Hari ini penduduk Pahang dan Malaysia semakin ramai. Keperluan bertambah. Nilai ekonomi contohnya sayur Cameron Highlands sahaja menyumbang RM2 bilion setahun.

Sayur-sayuran Cameron Highlands membekal 80% keperluan negara. 25% dieksport ke Singapura. Cameron Highlands pengeluar bunga ketujuh dunia.

Pelancongan tanah tinggi menyumbang kepada ekonomi tempatan.

Ekonomi Cameron Highlands memberi hasil kepada kerajaan Negeri Pahang dan Malaysia melalui cukai yang dikenakan kepada penjualan sayur, buah, bunga, teh dan pelancongan.

Apa yang pengusaha ekonomi Cameron Highlands perlu adalah tanah. Lebih banyak tanah diperlukan dan tanah adalah terhad selain dari lebih ramai pekerja. 

Bila pengusaha ekonomi Cameron Highlands bersaing maka tanah diteroka samada secara TOL atau secara haram.

Sejak 1970an lagi kerajaan sepatutnya berfikir apa teknologi yang membolehkan pengusaha ekonomi Cameron Highlands boleh meningkat produktiviti dengan menggunakan  kurang tanah.

Atau apa lagi alternatif tanah tinggi yang lain di Pahang.

Ini mengakibatkan krisis nature alam. Banjir lumpur dan tanah runtuh , kehilangan nyawa dan harta benda.

Ekonomi Cameron Highlands yang bernilai berbilion-bilion ringgit dengan risiko 3 atau 4 kematian setahun adalah satu pilihan kehidupan yang berbaloi.

Di setengah negara ada kawasan pertanian yang subur dengan risiko ledakan gunung berapi dan aliran lava serta banjir besar mengakibatkan ramai petani mati juga masih satu pilihan kehidupan yang berbaloi.

Malah di seluruh negara lebih ramai rakyat yang mati sebab kemalangan jalan raya. Apa yang kerajaan harus buat bagi mengurangkan kematian di jalan raya?

Ahli politik dan pentadbir tidak perlu panik.

Jangan ganggu ekonomi Cameron Highlands kepentingan kepada Pahang.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024