Tuesday, November 11, 2014

Hentikan Segera Polemik Utusan Malaysia VS MB Pahang!



Cameron Highlands akan mendapat sinar baru membawa cahaya dan harapan.

Hentikan segera polemik Utusan Malaysia VS MB Pahang!

Bila WZWH fikir dalam-dalam tidak ada gunanya polemik Utusan Malaysia VS MB Pahang berterusan.

Kita sebenarnya akhirnya membazir resource, tenaga dan masa kerana berperang salah target yang membuatkan kita semua jadi bodoh.

Kita sepatutnya mengembeling usaha untuk menguatkan parti dan kerajaan kita.

Utusan Malaysia adalah suara kerajaan dan UMNO. MB Pahang adalah MB sebuah negeri kerajaan.

Utusan Malaysia perlu hentikan kritikan secara terbuka terhadap DSD Adnan Yaakob MB Pahang.

Dan Pejabat MB Pahang dan blogger media baru tidak perlu berbalas jawab lagi segala polemik.

Inilah masanya kita perbetulkan apa yang berlaku di Cameron Highlands.

Ada dua perkara yang WZWH mahu kerajaan buat sebagai penyelesaian terhadap isu Cameron Highlands:

Pertama: Cameron Highlands High Tech Agropark

Kedua: One Stop Agency Managing Foreign Workers

Satu Corporation perlu diestablish tujuan Cameron Highlands High Tech Agropark bagi mengoptimunkan pengeluaran dan produktiviti sayuran dan bunga secara berteknologi tinggi. Ambil semua tanah-tanah kerajaan. Projek ini memerlukan modal RM3 bilion.

Pusat One Stop Agency bagi mengurus pekerja asing terutamanya ini bagi menangani masalah PATI. Industri sayuran dan bunga Cameron Highlands memang memerlukan labour yang ramai.

Selain dari cadangan Putrajaya dan berbagai Kementerian yang mahu membaik pulih kondisi sungai dan tanah di Cameron Highlands.

Adalah diharap cadangan-cadangan ini boleh menyelesaikan kemelut isu Cameron Highlands.

Kerajaan perlu mendapat kembali keyakinan yang tinggi dari penduduk Cameron Highlands 

Cukuplah...hentikan segera polemik Utusan Malaysia VS MB Pahang. Tidak ke mana dan mudarat kita dapat akhirnya.

We work as one team.

11 comments:

Hashim Sg Ular said...

Yang peliknya kenapa Adnan emosional sangat. Mungkin ayat tu ditujukan kepada pihak Imigresen. Rasanya budak sekolah Menengah pun boleh faham bahasa kiasan tu. Tak kan Adnan bengap sangat Bahasa Malaysia. Ada laporan mengatakan bahawa Adnan mengutuk fizikal orang (Khalid botak dah tak ada). bukan emosional ke tu. Pemimpin kalau tak boleh kena tegur pun susah jugak. Sepatutnya pemimpin akan menjawab segala permasalahan dengan penuh hemah bukan menjawab dengan kutukan. Cameron Highland pun bukan besar sangat. Nak selesaikan masalah pun bukan nya rumit sangat. Hanya pemimpin yang tak tahu memimpin sahaja (macam Adnan) yang banyak menambah masalah di Cameron Highland.

Kalau betul prihatin pergi lah turun berkampung 2-3 hari duduk di Cameron Highland. Majlis Daerah ke Majlis Tanah ke dibawah kuasa dia. Dia sendiri gempur lah berkenaan tanah diteroka secara haram. Kemudian bentangkan pelan khusus untuk menangani masalah-masalah di Cameron. Baru lah rakyat buka mata. Baru lah rakyat melihat ketegasan seorang Menteri Besar dan cara Menteri Besar bertindak. Ini tidak dengan Utusan yang di bebelnya. Pelik sungguh. macam ada nak cover je tindakan Adnan ini

mat saga said...

setuju sangat....

takkan tak boleh faham bahasa malaysia bro... tak kan nak kena cakap bangla baru paham...

Adnan pun bawak-bawak la pegi sana... lepak sana ke... lepak kena kopi o dengan mangsa2 banjir lumpur ke ... beli la jiwa orang cameron bro...

yang nak dikisahkan sangat ayat DITAWAN tu kenapa... kalau Adnan seorang pemimpin yang berjiwa besar dia tak pandang pun isu ayat DITAWAN TU.. keperihatinan dan kebajikan penduduk cameron lebih diutamakan... ini datang pun tak... pemimpin apa... nak tunggu sultan pahang jemput pergi sana ke..

dah tah apa-apa Adnan ni... nasib baik aku bukan orang pahang...

nasib korang la org pahang.. dapat menteri besar macam nie..

Anonymous said...

Saya hanya copy dan pastekan 2 komen diatas dari blog Semut Hitam. Banyak lagi komen seperti itu di blog tersebut

Anonymous said...

MB Datuk Wan Mizan..hehe

Anonymous said...

Pak long nan mane nk turun padang kalo xde SULTAN DAN PM sebab carier politik nan hanye bergayut kt seluar sultan dan PM.


P/S Rakyat phg: Dato NAN awok dah jadi liabiliti dalam umno elok la berundur.. bg peluang org lain pulak tadbir pahang..xkn nk tggu smpai umno trsungkur d pahang baru nk berundur.. sudah2 la tu NAN..

Anonymous said...

ptut MB2 seluruh malaysia ni kene belajar dgn dato nan mcm mane nk kekal MB lame mcm dia wlaupun xde apa sumbangan kt pahang tu, jwpnya mudoh je jaga TUANKU, KERABAT TUANKU pm NAJIB..hahahaha

Anonymous said...

Salam semua,
Wak rasa ke dua dua pihak hendak lah cool dulu. Tak perlu nak tubuh menuduh. Utusan nak highlightkan masalah pendatang haram yang membanjiri CH tanpa kawalan serta penerokaan tanah secara haram. Justerulah UM kena dari caption yang mengancam dan terpapar dimuka depan. Tak kan lah nak selit dimuka belakang, macam keputusan ENE. Lagi pun memang betul pun.
Pihak MB pulak tak perlu lah emo sangat. Kalau betul seperti di war war, ngaku je la dan cakap tindakan berterusan sedang di ambil dengan bantuan semua agensi. Betul atau tak betul, itu cerita penglipur lara lain. Teringat Wak dolu dolu, bukan MB ni ke yang dikatakan menunjuk isyarat lucah. Kalau silap ingatan Wak, pohon maaf kes amnesia.
Lagu ni la, let's the dust settle n we go forward. Tak teringin nak passing baton pada orang lain ke?

Anonymous said...

Baru 2-3 hari sebelum lapuran Utusan seorang sahabat lama beritahu negeri Pahang ini macam takde MB..benar juga cakap sahabat lama tu..MB negeri lain dan Exco2 semua hebat dan berkarisma tapi di Pahang barisan Exco pun orang Pahang sendiri tak kenal...

Akhir2 ini terserlah sangat tandusnya kepimpinan Dato' Nan sebagai MB..contoh :

1. Hutan Simpan di sekeliling Tasik Chini yg telah mendapat pengiktirafan dunia RAMSAR gondol dan setelah mendapat liputan media Utusan kwsan hutan itu telah di tanam balik anak2 pokok hutan

2. Taman Negeri Kenong yg mendapat lawatan pelancung Eropah hampir 20,000 orang setahun telah diluluskan lesen pembalakan dan perlombongan..hanya setelah campur tangan Ahli Parlimen Lipis lesen itu berjaya dibatalkan

3. Isu pemberian lesen pasir kepada sykt dari Selangor di Sungai Pahang hingga menimbulkan kegelisahan kepada penternak ikan sangkar di sepanjang Sungai Pahang dan nelayan sungai...Ahli Parlimen Kuala krau mendedahkan sebanyak 15 juta dibelanjakan utk membaiki jalan di Kuala krau yg rosak dari lori2 pasir sedangkan hasil pasir yg diperolehi tidak seberapa.

Jadi memang rakyat Pahang sekarang gelisah dengan kepimpinan Dato' Nan yg tidak langsung menunjukkan kepekaan kpd kepentingan rakyak tapi seolah2 menjaga kepentingan satu pihak sahaja.

Malah apabila timbul isu Cameron Highlands kenyataan Dato' Nan seolah2 lepas tangan hingga memaksa PM mengambil alih isu tersebut hingga ke peringkat mengerahkan tentera.

Seperti kata sahabat lama dan juga rakyat Pahang yang lain masa untuk Dato' Nan untuk berundur sebenarnya sudah tiba.

Anonymous said...

Bagi meraikan kebodohan pahang dlm menjaga hutan.. Ayuh kita sama sama buka hutan secara haram.. Siapa nak tanah sila datang ke pahang. Ambillah mana yg kamu suka. Dijamin takkan tertangkap. Kekalkan ds adnan dua penggal lagi. Yahooooo.

Anonymous said...

Dia seorang MB. Ada kuasa paling besar berkaitan TANAH. Kenapa perlu takut dgn ugutan yg kononnya dikenakan kpd penguatkuasa? Pandir lalu.. Kalau rasa dah tak boleh guna kuasa tu, serah aja pada yg boleh guna.

Semua org yg waras tahu ada yg tak kena pada CH.

Antihipokrit

Anonymous said...

Kas nak tanya aok WZWH,

Siapa punya kerje yg gondol bukit di Jerantut ni dari bawah sampai ke puncak? Aok pegi sendiri ke sg lekok dan beberapa tempat lagi.

Kes Pandir lagi? DO, MB terlepas pandang ke? Atau Istana punya keje?

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024