Monday, December 25, 2017

Majlis Sambutan Tahun Baru 2018 Generasi Felda Parlimen Jerantut

















Tentatif Program

Majlis Sambutan Tahun Baru 2018 Generasi Felda Parlimen Jerantut


Tempat : Padang Awam Felda Jengka 10

8.00 pg - 6.00 petang
-Kejohanan Futsall Piala Pengerusi MPGB
-Kejohanan Bolajaring Piala Pengerusi MPGB
-Sukanneka Masyarakat J10
-Pertandingan Memasak
-Pertandingan Pakaian Beragam kanak2 / mewarna

9.00 malam
-Persembahan Artis
-Ucapan Perasmian
-Penyampaian Hadiah & Cabutan Bertuah

12.00
-pertunjukan bunga api
-persembahan artis
-bersurai

Tuesday, November 28, 2017

Himpunan Generasi Ke-2 FELDA Parlimen Jerantut








Majlis Permuafakatan Generasi FELDA 1 Pahang yang dipengerusikan oleh YB Dato' Sri Haji Wan Amizan bin Wan Razak bersama Pegawai Daerah Maran dan Pegawai Daerah Jerantut dengan segala hormatnya menjemput semua generasi ke-2 FELDA dalam parlimen Jerantut ke:

Majlis Perasmian Himpunan Generasi Ke-2 FELDA Parlimen Jerantut oleh:

YAB Dato' Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob
Menteri Besar Pahang

Pada 1 Disember 2017 (Jumaat), Jam 2:30 petang
Bertempat di FELDA Jengka 8

20,000 anak-anak muda Generasi Ke-2 FELDA dijangka hadir memeriahkan Karnival Generasi Ke-2 FELDA Parlimen Jerantut yang terdiri dari 15 Rancangan FELDA selama 3 hari bermula dari 1 Disember hingga 3 Disember 2017 yang mengadakan berbagai aktiviti menarik di FELDA Jengka 8.

Mari anak-anak muda warga Generasi Ke-2 FELDA Parlimen Jerantut datang memeriahkan Majlis dan melibatkan dengan aktiviti-aktiviti menarik.

YB Dato' Sri Wan Amizan akan mencadangkan satu USUL yang membawa berita paling gembira buat ratusan ribu warga anak-anak muda Generasi Ke-2 FELDA di seluruh Negeri Pahang Darul Makmur kepada YAB MB Pahang dan YAB Perdana Menteri.

Kita tunggu berita paling mengembirakan dan penuh teruja ini pada 1 Disember 2017 nanti.

Saturday, November 25, 2017

Jerantut Semua Calon Baru PRU14?
















PRU 14 menjadi begitu menarik dikalangan 62,000 pengundi parlimen Jerantut dan tiga DUN  kerana semua parti BN, Pakatan Harapan dan PAS  akan dijangka meletakkan calon-calon baru.


Game changer merombak semua calon adalah strategi semua parti menarik pengundi muda dan mahu muka-muka baru ditonjolkan.

BN akan letak calon baru yang lebih bertenaga dan muda agresif bagi parlimen P081 Jerantut.

PAS sudah tentu akan letak calon baru kerana calon PAS parlimen P081 Jerantut PRU 13 sudah masuk PAN.

Pakatan Harapan pun sudah tentu letak calon kali pertama bagi parlimen P081 Jerantut tidak kira sama ada PKR, Bersatu, PAN dan DAP.

Parlimen Jerantut P081 dijangka 3 penjuru.

BN kalau mahu menang majoriti lebih besar parlimen P081 Jerantut perlu letak calon anak muda berwibawa anak peneroka di DUN Pulau Tawar.

PAS juga meletakkan calon anak peneroka di DUN Pulau Tawar. 

Berkemungkinan juga PAN akan meletakkan calon di DUN Pulau Tawar.

DUN Damak pula BN pasti letak calon baru. Langkah ini turut diikuti oleh PKR. PAS yang tidak bertanding di DUN Damak pada PRU 13 dijangka meletakkan calon baru kali ini. Pertandingan 3 penjuru berlaku.


DUN Tahan akan berlaku perubahan yang membolehkan semua calon baru diletakkan oleh BN, PAS dan Pakatan Harapan.

Bila semua calon baru PRU 14, BN dijangka mempunyai kelebihan untuk memenangi parlimen Jerantut P081 dan 3 DUN tersebut.

Tuesday, November 14, 2017

Agenda Group WhatsApp Gegar Politik Jerantut: "Putting Faces To Names"

Image may contain: 2 people, people sitting


Perjumpaan Group WhatsApp Gegar Politik Jerantut , sesi panel discourse di Hotel Darul Makmur Jerantut pada petang 12 November 2017.


Image may contain: 1 person, sitting, table and indoor


Seramai hampir 90 ahli-ahli Group WhatsApp Gegar Politik Jerantut hadir mengikuti pembentangan data P081 Parlimen Jerantut PRU 14 dan sesi panel discourse.


Image may contain: 1 person, sitting and indoor


Tidak sangka Program 'Putting Faces To Names' masih diperbincangkan sama ada secara realiti di kedai kopi mahupun di laman media sosial 

Ada beberapa orang yang PM dan bertanya mengenainya:

1. 'Putting Faces To Names' dianjurkan oleh badan NGO 'Gegar Politik Jerantut' yang ahlinya seramai 240 orang.

3. Berbagai peringkat kepimpinan UMNO Bahagian ada didalam kumpulan WhatsApp berkenaan.

4. Tiada jemputan rasmi secara bersurat namun adminnya telah mewar-warkannya berulang kali. 

5. Program dijalankan secara santai namun agenda besar yang dibawa adalah memastikan BN menangi 4.0 dalam PRU akan datang.

6. Ahli panel adalah dari kalangan yang berkaliber dalam P081 Parlimen Jerantut: YH Dato' Hj Kamaruzaman Baria mantan KB dan AP, YH Dato' Wan Zamzuri Wan Hasenan Ahli Majlis Daerah dan Ustaz @Ahmad Shah Jamlus Pengarah BTN.

7. En.Wan Jehari Wan Ismail bersungguh-sungguh membentangkan perangkaan bagi mencapai hasrat menangi PRU14 dengan 4.0. Membentang apa yang tak terlaksana oleh Bahagian selama ini.

8. Semua hadirin bebas menyuarakan pandangan dan pendapat masing-masing Bagaimanapun sudah tentu ada batasannya... tidak menyinggung sesiapa.

9. Sebagai moderator saya bertolak ansur namun bertegas bila ada yang pihak yang cuba menjadikan pentas itu sebagai peluang untuk membicarakan perkara sensitif dan peribadi.

10. Program ini diadakan untuk membantu UMNO dan BN mencapai matlamat PRU apabila dirasakan usaha kearah itu tidak dilakukan sewajarnya oleh pihak berkenaan.

11. Mungkin ini adalah program pertama untuk tujuan berkenaan yang pernah diadakan di bahagian, negeri atau negara oleh pihak NGO.

12. Ini juga adalah satu pesanan ringkas kepada pihak kepimpinan bahawa sesuatu tindakan positif perlu dilakukan segera.

13. Antara resolusi perjumpaan adalah beberapa siri perjumpaan seperti ini akan diadakan lagi dengan melibatkan pihak diluar kumpulan WhatsApp supaya matlamatnya sampai ke golongan sasaran bahawa P018 Parlimen Jerantut dalam kesukaran untuk mengekalkan kemenangan.

14. Pengunda muda 'first time' voters adalah penentu kemenangan PRU 14 PO81 Jerantut. Kena dapatkan dan mengadakan komunikasi dengan apa cara untuk dekati mereka.

15. Mengurus persepsi di media sosial dan "the art of positioning perception" sangat penting bagi memenangi pengundi-pengundi muda dan pertengahan ini.

Monday, November 13, 2017

Sarong Run 2017 Karnival Sehati Sejiwa

Image may contain: 4 people, people standing and outdoor


WZWH mewakili ADUN Tahan merasmikan Sarong Run 2017 Karnival Sehati Sejiwa anjuran Persatuan Murid-Murid Tua SRJK Sungai Jan Jerantut pada pagi Ahad 12 November 2017 di padang SRJK Sungai Jan Jerantut.

Dalam ucapan itu, WZWH menyatakan Sarong Run ini iaitu peserta seramai 1500 melakukan larian sepanjang 3km memakai kain batek samada dibuat samping atau dililit kepada badan.

Aktiviti ada 3 faedah: 1) baik untuk kesihatan, 2) merapatkan hubungan antara murid-murid tua dan penglibatan dengan masyarakat. 3) aktiviti yang unik elok dipromosi kerana program ini sangat grand dan indah.

WZWH mengucapkan terima kasih kepada ADUN Tahan yang berjaya mendapatkan peruntukan RM13 juta bagi membina sebuah bangunan 3 tingkat dengan kemudahan 12 bilik darjah untuk SRJK Sungai Jan satu-satunya peruntukan terbesar dalam negara untuk SRJK Cina.

Projek ini telah ditendar dan kontraktor telah pun dipilih. WZWH berharap kontraktor yang terpilih ini dapat menyiapkan pembinaan sebuah bangunan ini supaya anak-anak dapat belajar dengan lebih selesa.

Walaupun ini ialah SRJK Cina kalau dilihat dari komposisi murid-muridnya terdapat 40% pelajar Melayu di sekolah ini.

WZWH menyatakan tahniah dan syabas kepada Dato' Lim Chong Ly Pengerusi Persatuan Murid-Murid Tua SRJK Sungai Jan sebagai penganjur kerana berjaya merealisasikan dengan bergaya Sarong Run 2017 Karnival Sehati Sejiwa.


Image may contain: 9 people, people smiling, people dancing, people standing and outdoor

Image may contain: 1 person, on stage, basketball court and outdoor

Image may contain: one or more people, people standing, crowd, tree and outdoor

Image may contain: 12 people, people smiling, people standing


Image may contain: 2 people, people standing, crowd and outdoor


Image may contain: 3 people, people smiling, crowd and outdoor


Image may contain: 11 people, people smiling, people standing, crowd and outdoor


Image may contain: 3 people, people standing, sky and outdoor


Image may contain: 1 person, standing, crowd and outdoor

Image may contain: one or more people, people standing, crowd and outdoor

Image may contain: 2 people, people standing, crowd and outdoor

Image may contain: 2 people, people standing, crowd and outdoor

Image may contain: 1 person, standing

Image may contain: 8 people, people smiling, people standing

Image may contain: 13 people, people smiling, people standing, crowd and outdoor

Thursday, November 9, 2017

Perjumpaan Group WhatsApp Gegar Politik Jerantut

Image may contain: 28 people, people smiling


Media sosial yang trendy sekarang diguna pakai oleh ramai pengguna selain FB, Twitter, Instagram, Blog ialah WhatsApp.

WhatsApp dikalangan famili, teman, teman sosial, organisasi dan juga komuniti politik. Rakyat membicarakan berbagai isu politik suka guna aplikasi WhatsApp.

Begitu juga di Jerantut, Group WhatsApp politik Gegar Politik Jerantut yang popular dan hangat terkini menjadi trendy.

Oleh kerana mendapat sambutan yang menghangatkan, WZWH sebagai ADMIN Group WhatsApp Gegar Politik Jerantut bersetuju dengan cadangan ahli-ahli untuk diadakan perjumpaan sesama ahli yang seramai 250 members.

Perjumpaan Group WhatsApp Gegar Politik Jerantut telah diputuskan diadakan seperti berikut dengan nama Putting Names to Faces

TARIKH: 12 November 2017 Hari Ahad

MASA:  2.00 petang -6 petang

TEMPAT: Hotel Darul Makmur Jerantut, Napoh Ballroom

Perjumpaan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli yang merupakan Jentera hardcore UMNO Bahagian Jerantut yang menghimpunkan ramai pemimpin dari past, present and future dari berbagai kumpulan (all warlords) dan para pengikut.

Kerana politik Jerantut sifatnya terlalu warlords and tribe politics maka WZWH terpaksa mengambil initiatif mengumpul dan menghimpunkan semua kluster kumpulan politik Jerantut ini dibawah satu bumbung Group WhatsApp Gegar Politik Jerantut.

Tujuan hanya satu, BN Jerantut mampu retain 4-0 dalam PRU 14. (menang mempertahankan kerusi parlimen, DUN Pulau Tawar, DUN Tahan dan DUN Damak).

Group WhatsApp Gegar Politik Jerantut adalah merupakan think tank politik Jerantut akan mencari strategi, taktikal, kaedah dan mekanisme bagaimana bagi mencapai tujuan utama tersebut.

Pembentangan perangkaan P81 terkini penting kerana politics is about numbers.

PRU 14 akan diadakan dalam keadaan business not as usual jadi kita kena lebih fokus. Tidak perlu highlight 'perpecahan' yang wujud. Kita boleh huraikan masalah dan penyelesaian.

Aurcara Majlis ini yang lebih berfokus dan berpusat kepada ahli-ahli Group WhatsApp yang merupakan aset UMNO Bahagian Jerantut.

WZWH berharap KEHADIRAN yang positif dan memberansangkan dari ahli-ahli akan memberikan satu force yang jitu dan menyakinkan.

Jerantut adalah kubu benteng terakhir BN Negeri Pahang Darul Makmur yang perlu dipertahankan.

Image may contain: 2 people, people sitting

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting and indoor

Image may contain: 1 person, sitting, table and indoor

Image may contain: 1 person, indoor

Image may contain: 3 people, people sitting and indoor

Image may contain: 5 people, people sitting, indoor and food

Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting, people eating, table, indoor and food

Image may contain: 5 people, people sitting, table, indoor and food

Image may contain: 3 people, people standing

Image may contain: 6 people, people sitting and food

Image may contain: 1 person, sitting and indoor

Image may contain: 3 people, people sitting and indoor

Image may contain: 1 person, sitting and indoor

Image may contain: 1 person, standing and indoor

Monday, October 23, 2017

Empayar Johor-Pahang-Riau-Lingga

Image result for empayar johor riau


KEKUASAAN KERAJAAN JOHOR-RIAU-PAHANG BERDIRI SELAMA 296 TAHUN

KEKUASAAN KERAJAAN RIAU-LINGGA BERDIRI SELAMA 89 TAHUN

SILSILAH KESULTANAN JOHOR-PAHANG-RIAU HINGGA RIAU LINGGA

SILSILAH KESULTANAN JOHOR-PAHANG-RIAU HINGGA RIAU LINGGA


(Keturunan Kesultanan Melaka), Serta Secebis Riwayatnya


“PERIODE JOHOR-PAHANG-RIAU”


1. Sultan Alauddin Riayat Syah I (1528-1564)
☺Nama asli Raja Ali ( Anak Sultan Mahmud, Sultan Melaka)
☺Beliau memindahkan pusat kerajaan Johor ke Kota Kara/Bintan, sebagai kota pertahanan terhadap serangan Portugis di Melaka tahun 1535
☺ wafat tahun 1564
☺Laksamana Hang Nadim


2. Sultan Muzzafar Syah (1564-1570)
☺ Pusat kerajaan dipindahkan ke Bukit Seluyut
☺Nama asli Raja Muzzafar, Memerintah 1564 – 1569/70
☺ Beliau anak Raja Ali/Sultan Alauddin Riayatsyah I
☺ Bendaharanya Sri Nara Diraja


3. Sultan Abdul Jalil Syah I (1570)
☺Keponakan dari Raja Muzzafar/Sultan Muzzafarsyah (Diambil sebagai anak angkat)
☺Memerintah dari tahun 1570, tapi karena masih kecil, maka urusan pemerintahan dikendalikan olehBendahara Seri Maharaja.
☺ Beliau memerintah pada usia 9 tahun, dan belum setahun memerintah
Beliau wafat karena diracun oleh para pembesar kerajaan tahun 1570/71


4. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Riayat Syah (1571-1597)
☺Nama asli Raja Omar, beliau ipar dari Sultan Muzzafarsyah dan beliau Juga adalah Sultan Pahang yang terakhir sebelum Pahang takluk dibawah Johor
☺ Pada tahun 1587 Portugis di melaka menyerang Johor
☺wafat tahun 1597


5. Sultan Alauddin Riayat Syah II (1597-1613/15)
☺Nama asli Raja Mansyur.
☺ Anak dari Sultan Ala Jalla Abdul jalil Riayatsyah
☺Beliau tidak mengambil berat terhadap Kerajaan, seolah-olah adiknya Raja Abdullah
Yang memerintah negeri dan dibantu oleh Bendahara Tun Seri Lanang.
☺ Akhirnya tahun 1613 Johor kalah perang terhadap Aceh, Sultan dan adiknya dibawa ke Aceh, Dan mereka mendapat perlakuan baik oleh Sultan Aceh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, malah adiknya Raja Abdullah dikawinkan dengan adik Sultan Aceh.
☺Beliau wafat sekitar tahun 1613-1615


6. Sultan Abdullah Ma’ayah Syah (1615-1623)
☺Penghujung Tahun 1615 beliau diangkat menjadi Sultan.
☺Nama asli Raja Abdullah, dan adik angkat dari Sultan Abdul Jalilsyah I, dan beliau
Anak dari Sultan Muzzafarsyah
☺Pada masa beliau tahun 1623 kerajaan Johor diserang Aceh, karena Sultan Aceh merasa terhina adiknya diceraikan oleh Sultan Abdullah, dan dianggap Johor tidak bersungguh-sungguh membantu Aceh dalam berperang melawan Portugis. Karena Johor kalah Sultan berundur ke Lingga Kemudian ke Pulau Tambelan, dan mangkat di Tambelan bulan Maret 1623.


7. Sultan Abdul Jalil Riayat Syah (1623-1677)
☺ Nama asli Raja Bujang, anak dari Sultan Alauddin Riayatsyah/Raja Mansyur.
☺Atas persetujuan pembesar-pembesar kerajaan Johor, beliau diangkat
Menjadi Sultan Johor 1623-1677, tetapi dengan syarat: “apabila telah sampai usia Raja Bajau (anak dari Sultan Abdullah), maka ialah yang menjadi Sultan”. Tapi karena ia masih muda, maka ia dijadikan Raja Muda (YamTuan Muda) di Pahang, tetapi tahun 1676
Beliau wafat. Maka yang menjadi Sultan adalah anak Raja Bajau yaitu Raja Ibrahim.
☺Beliau berbaik-baik dengan Belanda & ingin bersama melawan Portugis di Melaka
☺Tahun 1640 bersatu angkatan perang Aceh, Johor dan Belanda menyerang Portugis di Melaka, dan tahun 1641 Portugis menyerah kalah.
☺Tahun 1673 Johor diserang kerajaan Jambi, dan Sultan Abdul Jalil Riayatsyah berundur ke Pahang dan akhirnya beliau wafat tahun 1677 di Pahang.


8. Sultan Ibrahim Syah (1677-1685)
☺Beliau Anak Raja Bajau Ibni Sultan Abdullah Ma’ayah Syah
☺ Tahun 1678 beliau meninggalkan Pahang dan memerintahkan Laksmana Tun Abdul Jamil Paduka Raja membuka Hulu Riau di Sungai Charang untuk berkerajaan disana.
☺beliau berkawin dengan anak Tun Abdul Jamil, dan mendapat putera Raja Mahmud
☺ wafat di Hulu Riau tahun 1685 bergelar Marhum Bongsu


9. Sultan Mahmud Syah (1685-1699)
☺beliau memerintah pada usia 10 tahun (diputerakan tahun 1675),
maka kerajaan dipangku oleh Bunda beliau dan segalan usrusan di lapangan dijalankan oleh kakeknya Tun Abdul Jamil Paduka Raja, dan Tun Abdul Jamil tidak disenangi oleh pembesar Kerajaan Johor.
☺Beliau anak Sultan Ibrahim.
☺ tahun 1688 Bendahara Paduka Raja dihalau oleh pembesar Kerajaan yang diketuai oleh
Bendahara Tun Pikrama Tun Habib Abdul Majid, dan ditahun ini juga Bendahara Paduka Raja wafat di terengganu Dalam pelariannya disana, dan digantikan Bendahara Tun Pikrama Tun Habib Abdul Majid dengan gelar Sri Maharaja.
☺ Bendahara Tun Habib Abdul Majid membawa Sultan Mahmud Pindah ke Kota Tinggi Johor Makam Tauhid
☺ Bendahara Tun Habib Abdul Majid wafat tahun 1697 & digelar Marhum “Padang Saujana” dan digantikan anaknya Bendahara Sri Maharaja Abdul Jalil
☺Bulan Agustus 1699 Sultan Mahmud yang berusia 24 tahun dibunuh oleh Hulubalang Megat Sri rama/Laksmana Bentan di atas julangannya ketika akan pergi shalat jumat di Kota Tinggi Johor.


Putus dan Tamatlah Silsilah Keturunan Raja-Raja Johor dari titisan keturunan Raja-Raja Melaka, menurut adat Melayu Purbakala apabila putus asal Raja-raja, maka yang digantikan menjadi Raja adalah Bendahara, karena Bendahara juga dari golongan Raja-raja.




10. Sultan Abdul Jalil Riayat Syah (1699-1718) (Bendahara Sri Maharaja Abdul Jalil)
☺ Bergelar Marhum Tauhid (dalam wilayah Kota Tinggi)
☺ Semua anggota saudara dan anaknya sebelum beliau menjadi Sultan dipanggil Tun, dan setelah Menjadi Sultan dipanggil Tengku atau Raja.
☺ Juga setelah beliau jadi Sultan adiknya Temenggung Tun Mahmud jabatannya diganti jadi Raja Muda (YDM), dan adik satunya lagi Tun Mas Jiwa dijadikan Temenggung.
Tetapi tahun 1706 Tun Mas Jiwa diangkat jadi Bendahara bergelar Seri Maharaja, danJabatan Temenggung diberikan pada adiknya Tun Abdullah
☺Tahun 1700 Kerajaan dari Kota Tinggi dipindahkan ke Pancur dekat Johor Lama, ditempat tsb istana Sultan yang indah Terbakar, dan membangun istana baru di atas bukit.
☺ Tahun 1708 Akhirnya beliau pindah kerajaan di Hulu Riau, dan kira-kira tahun 1715
Kembali semula ke Pancur karena terjadi kekacauan di Riau yang dilakukan oleh orang Minang, Bugis, dan Patani
☺Akhir 1717 Johor diserang oleh Raja Kecil yang mengaku putra dari Sultan Mahmudsyah, yang ingin merebut tahta Dan membalaskan dendam terhadap ayahandanya. Kedatangan mereka disambut dengan angkatan perang Johor Yang diketuai oleh YDM Tun Mahmud, tetapi Angkatan tersebut kalah dan Tun Mahmud berundur ke pancur. Tahun 1718 Raja Kecil menyerang Pancur dan Tun Mahmud gugur dalam peperangan itu dan bergelar Marhum Mangkat di Kayu Ara. Karena kalah Tun Abdullah melarikan diri dan Sultan Abdul Jalil Berundur ke Pahang. Tahun 1719/20 Baginda Sultan membuat negeri di Kuala Pahang. Raja Kecil juga menyerang Kuala Pahang, karena kekalahan juga Sultan Abdul Jalil Setuju hendak dibawa ke Riau dengan anak-anaknya dan dijanjikan akan dijadikan Bendahara oleh Raja Kecil, tetapi baginda dibunuh dalam Perahu Gurabnya yang berlayar ke Riau oleh orang-orang suruhan Raja Kecil, dan jenazah beliau dikebumikan di Kuala Pahang.
☺ Putra beliau Raja Sulaiman, Raja Abdul Rahman serta kelima Putri Beliau dibawa ke Riau . Adiknya Tengku Kamariah berkawin dengan Raja Kecil.




11. Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah (1718-1722)


☺Nama Asli Raja Kecil (yang mengaku Putra Sultan Mahmud Syah)


☺Menjadi Sultan pertama di Siak Sri Indrapura


☺ Dimasa beliau memerintah datanglah Raja Bugis Daeng Relaga beserta kelima anak-anaknya: Daeng Perani, Daeng Menambon, Daeng Marewah, Daeng Chelak, Daeng Kemasi, yang mengembara ke Barat dan berpangkalan di Siantan untuk mencari kekuasaan memerintah negeri baru. Dan mereka melawat Johor dan di jamu oleh Raja Kecil dengan jamuan layaknya tamu kerajaan. Dan pada kesempatan lain Raja Sulaiman beserta adik-adiknya juga menjamu Raja-Raja Bugis tersebut di Istana mereka, dalam pertemuan tersebut akhirnya mereka mengikat satu Perjanjian Rahasia, yang isinya: “Raja-raja Bugis diantara lima bersaudara akan dijadikan Yam Tuan Muda Kerajaan Johor turun-temurun jika berhasil mengambil semula Kerajaan Johor dari tangan Raja Kecil”. Dalam Perjanjian ini pihak Bugis diwakili Daeng Perani, dan pihak keluarga Sultan Abdul Jalil diwakili Raja Sulaiman.


☺Bersamaan dengan hal ini Tun Abdul Jamal (Raja Indera Bongsu) adik dari Sultan Abdul Jalil Riayatsyah yang sebelumnya ikut meninggalkan Johor dan Ke Melaka telah berkumpul kembali dengan Kandanya di Pahang, dan di Pahang Sultan Abdul Jalil mengangkat dindanya itu Tun Abdul Jamal menjadi Bendahara menggantikan Bendahara Tun Abdullah adik dari Temenggung Mutahir yang telah meninggal dunia. Bersamaan dengan hal diatas Raja Kecil pindah ke Hulu Riau, dan membuat istana untuk memerintah kerajaan Johor-Pahang pada tahun 1719


☺Di Terengganu ada seorang saudara seayah dengan Sultan Abdul Jalil bernama Tun Zainal Abidin digelar oleh baginda Paduka Maharaja Terengganu, setelah setahun di terengganu sebelum berangkat pulang ke Pahang Sultan Abdul Jalil melantik anak Tun Zainal Abidin yang bernama Tun Hussain sebagai Bendahara di Terengganu.


☺ Pada Tahun 1719/20 Raja Kecil di Hulu Riau mengurus satu angkatan perang orang-orang Minangkabau yang diketuai oleh Laksmana Nakhoda Sekam, yaitu untuk membawa Sultan Abdul Jalil sekeluarga ke Hulu Riau, Tetapi setiba di Pahang Baginda Sultan sekeluarga menolak dan akhirnya diserang dan mengalami kekalahan. Bendahara Tun Abdul Jamal tetap tinggal di Pahang untuk memerintah, dan setelah semua dinaikkan ke Perahu/Gurab dan siap akan diberangkatkan ke Hulu Riau, datanglah utusan dari Raja Kecil dari Riau yang bernama Mas Radin dengan membawa surat yang ditujukan kepada Laksmana Nakhoda Sekam, surat tersebut berisikan “Agar Sultan Abdul Jalil jangan dibawa serta, tapi dibunuh kita tahu matinya saja”.


Mendapat perintah kedua tersebut Laksmana menjadi bimbang dan tidak menyetujui karena bertentangan dengan perintah pertama dahulu. Tapi akhirnya setelah dipertimbangkan terpaksalah ditaatinya perintah tersebut. Diperintahkannya 4 orang hulubalang minangkabau berbaju rantai dan beberapa orang askar mendekati perahu Sultan Abdul Jalil, dan di dapati Baginda sedang membaca Wirid setelah sembahyang Subuh. Lantas Hulubalang Minangkabau tersebut mengamuk menetak Baginda dengan Pedang dan terluka, Baginda masih melawan dan sempat mengambil pedang lawannya dan membunuh 8 orang Minangkabau, kemudian barulah Baginda Mangkat, dan Baginda yang bernama Tun Abdul Hamid gelar Tun Nara Wangsa juga turut terbunuh.


Kemudian Laksmana Nakhoda Sekam serta Putra-putri Baginda mengebumikan Baginda di Kuala Sungai Pahang Bernama Teluk Kawdang, dan Baginda diberi gelar Mangkat di Kuala Pahang dan dikenali sebagai Kampung Marhum.Anak-anak Almarhum Tun Abbas, Raja Sulaiman, Tengku Tengah, Tengku Mandak, Tengku Kamariah (jadi isteri Raja Kecil) dibawa ke Riau.


☺Tahun 1746 Raja Kamariah dan suaminya Raja Kecil telah mangkat di tahun yang sama.


“PERIODE RIAU- JOHOR-PAHANG”


12. Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah (1722-1760=38th)


☺ Baginda memerintah di Hulu Riau


☺Beliau anak dari Datuk Bendahara Johor Sri Maharaja Abdul Jalil (Sultan Abdul Jalil Riayatsyah) bin Bendahara Tun Pikrama Habib gelar Sri Maharaja (yaitu Bendahara Sultan Mahmudsyah, Sultan ke-9 Johor)


☺R. Sulaiman dan Kakandanya Tun Abbas yang diam di Riau secara rahasia mengirim surat kepada Raja Bugis Untuk menindak lanjuti perjanjian mereka terdahulu. R. Sulaiman juga meminta bantuan kepada pamannya Bendahara Tun Abdul Jamal di Pahang. Tak lama kemudian Raja Bugis serta beberapa orang besar dan hulubalangnya Dengan satu angkatan perang datang menyerang Raja Kecil di Riau, akhirnya Raja Kecil dapat dikalahkan dan
Berundur ke Siak.


☺Bulan Oktober 1722, Raja Bugis bersaudara dan orang-orang besar suku Bugis dan Melayu yang ada di Riau melakukan:


1. Melantik Raja Sulaiman sebagai Sultan Johor-Riau-Pahang dengan gelar Sultan Sulaiman Badrul Alamsyah ibni Sultan Abdul Jalil Riayatsyah. 
2. Dengan persetujuan Sultan Sulaiman serta kakandanya Tun Abbas, Raja dan orang Bugis
Telah memilih dan mengangkat Daeng Marewah yang dikenal dengan gelar Kelana Jaya Putra menjadi YamTuanMuda.
3. Mengangkat Kakandanya Tun Abbas menjadi Bendahara untuk di Riau dengan gelar Seri Maharaja. Jadi pada masa Itu bendahara dalam Kerajaan ada 2 orang, Tun Abbas bendahara di Riau dan Tun Abdul Jamal Bendahara di Pahang. Ditahun yang sama juga telah dilangsungkan istiadat perkawinan antara puteri di Raja Johor-Riau-Pahang dengan
Raja dan orang-orang besar Bugis yang telah berjasa membantu Raja Sulaiman.


☺ Tahun 1725 Sultan Sulaiman memerintahkan Daeng menampok digelar Raja Tua pergi ke Terengganu untuk Meresmikan pelantikan Pamannya Tun Zainal Abidin Paduka Maharaja Menjadi Sultan Terengganu yang Pertama. Dan anaknda Sultan Zainal Abidin yaitu Tun Hussain yang tinggal di Terengganu diangkat menjadi Bendahara.


☺Bulan Agustus 1728 Daeng Marewah YDM I mangkat di Riau (gerlar Marhum Sungai Baru), dan digantikan oleh adindanya Daeng Chelak sebagai YDM II yang berkedudukan di Hulu Riau.


☺Tahun 1733 di Terengganu Sultan pertamannya Sultan Zainal Abidin mangkat (gelar Marhum Bukit Nangka) , dan digantikan oleh Putranya Raja Mansyur atau Tun Dalam.


☺Tahun 1743 Daeng Menampok Raja Tua mangkat didalam Riau


☺Beliau wafat tahun 1760 dengan gelar Marhum mangkat di Batangan


☺Tahun 1739 Baginda Sultan Sulaiman menikahkan puterinya Raja Bulang dengan Yang Dipertuan Kecil Terengganu Tun Dalam (Raja Mansur). Sejak itu Tun Dalam tinggal di Riau dan segala urusan Kerajaan diserahkan Pada Bendahara Tun Hussain.


☺Tahun 1740 Kerabat diraja Sultan Sulaiman, Tun Hasan Raja Indera Bongsu (Anaknda Bendahara Tun Abbas) Dan adiknya Temenggung Abdul Majid serta orang-orang besar dari Riau berangkat ke Terengganu, dan disana Menerima kedatangan orang besar Kelantan bernama Long Pandak, untuk melantik dan meresmikan Tun Dalam (Raja Mansyur) menjadi Sultan Terengganu kedua, dan bergelas Sultan Mansyursyah ibni almarhum
Sultan Zainal Abidin (1733-1793)


☺Tahun 1745 YDM Riau ke II Daeng Chelak Mangkat (gelar Marhum Mangkat di Kota). Orang-orang besar Bugis Di Selangor mencalonkan Daeng Kemboja putra Daeng Perani sebagai YDM III Riau, tetapi saat itu Sultan Sulaiman belum melantik pengganti Daeng Chelak.


☺Tahun 1748 Sultan Sulaiman melantik Daeng Kemboja sebagai YDM Riau III, Raja Haji ibni Daeng Chelak Sebagai pembantu YDM bergelar Engku Kelana, Tak lama setelah itu Tun Hassan Raja Indera Bongsu ibni Bendahara Tun Abbas sebagai Bendahara bergelar Seri Maharaja, dan adiknya Temenggung Abdul Majid dijadikan Raja Indera Bongsu.


☺Tahun 1748 juga Sultan Sulaiman memerintahkan kepada Tun Dalam dan Bendahara Tun Hassan untuk Meminta bantuan kepada Belanda di Melaka untuk membantu Raja Mahmud (Raja Buang) ibni Raja Kecil dari bundanya Tengku Kamariah dinda Sultan Sulaiman untuk menyerang dan mengambil kembali takhta Kerajaan Siak dari tangan kakandanya Raja Alam (dari bunda yang berlainan) yang sebelumnya Raja Alam telah menyerang Raja Mahmud dan mengambil takhta Kerajaan Siak. Tetapi tindakan tersebut tidak disetujui oleh Daeng Kemboja, karena hal Tersebut adalah perselisihan adik-kakak dan tak perlu belanda turut campur. Karena perselisihan pendapat dengan Sultan Sulaiman, maka Daeng Kemboja dan keluarga serta orang-orang besar Bugis dan Beberapa meriam besar miliknya pergi meninggalkan Riau dan memerintah di Lingga.


☺Bulan Agustus 1760, Sultan Sulaiman Mangkat di Hulu Riau dengan usia 60 tahun (gelar Marhum Batangan)


13. Sultan Abdul Jalil Muazzam Syah (1760- Desember 1760=5 bulan)


☺ Baginda memerintah di Hulu Riau 


☺ Nama aslinya Raja Abdul Jalil (Raja diBaroh), Beliau putra Sultan Sulaiman dengan Tengku Puteh ibni Daeng Chelak


☺sewaktu pengangkatan beliau sedang sakit di Selangor


☺ 5 bulan setelah pengangkatan sebagai Sultan, pada bulan Desember 1760 beliau mangkat di Kuala Selangor, Dan oleh Daeng Kemboja dan Raja Haji jenazah beliau dibawa ke Rembau terus ke Riau, dan pada bulan Februari 1760 dimakamkan di Hulu Riau.


14. Sultan Ahmad Syah (1760-1761)


☺ Baginda Memerintah di Hulu Riau


☺setelah pemakaman Sultan Abdul Jalil selesai, Daeng Kemboja serta para Pembesar Kerajaan Melantik Raja Ahmad ibni Sultan Abdul Jalil Muazzam Syah yang baru berusia 9 tahun


☺dalam tahun 1761 Raja Ahmad Syah mangkat dan bergelar Marhum Tengah


15. Sultan Mahmud Syah (1761-1812=51 Tahun)


☺ Baginda Memerintah dan dilantik di Hulu Riau tahun 1761, dan tahun 1787 memindahkan Pusat kerajaan ke Daik-Lingga


☺YDM Daeng Kemboja melantik pula Raja Mahmud ibni Sultan Abdul Jalil Muazzam Syah,
Dan mulai memerintah 1761-1812 (51th)


☺Beliau adik-beradik kandung dengan Sultan Ahmadsyah


☺karena beliau masih berumur satu tahun, maka segala kuasa pemerintahan dilaksanakan oleh YDM Daeng Kemboja dan Engku Kelana Raja Haji.


☺Kawin dengan Encik Makoh binti Encek Ja’far Daeng Maturang dapat anak Yaitu Tengku Husin/Tengku Long.


☺Beliau juga suami dari Raja Hamidah gelar Engku Puteri binti Raja Haji (hasil perkawinan R.Haji dengan R.Perak binti Daeng Kamboja) tidak mendapat anak


☺Di Lingga menikah dengan Encek Maryam binti Datuk Syahbandar Hasan, Dapat anak Tengku Abdul Rahman.


* Beliau menikah juga dengan Engku Puan binti Bendahara Pahang Tun Abdul Majid, Tidak mendapat anak


☺Wafat tahun 1812 dengan gelar Marhum Lingga


☺Tahun 1770, Temenggung Tun Abdul Majid ibni Bendahara Tun Abbas diangkat menjadi Bendahara di Pahang Menggantikan kakandanya Bendahara Tun Hassan yang telah meninggal dunia.


☺ Tahun 1777 YDM III Daeng Kemboja Mangkat dan bergelar Marhum Janggut. Waktu itu Raja Haji Masih di Kalimantan Barat untuk mendirikan Kerajaan baru bersama Paduka Pangeran Syarif Abdul Rahman dan Juga ikut melantiknya menjadi Sultan Pontianak Pertama bergelar Paduka Sultan Syarif Abdul Rahman Al-Qadri.


☺Sebelum pulang ke Riau Raja Haji singgah ke Pahang, oleh Bendahara Tun Abdul Majid di Pahang Raja Haji Dilantik menjadi YDM ke IV untuk Kerajaan Johor-Riau-Pahang. Mendengar Raja Haji ada di Pahang, Sultan Mahmudsyah Bersama Raja Abdul Samad ibni YDM Daeng Kemboja, berangkat ke Pahang dan membawa Raja Haji Pulang ke Riau.


☺ Tahun 1778, Kakanda Raja Haji yaitu Raja Lumu bergelar Sultan Salehuddin ibni Daeng Chelak Sultan selangor Pertama Telah mangkat di Kuala Selangor dan bergelar Marhum Saleh (1756-1778). Setelah itu Raja Haji Melantik keponakannya yaitu putra almarhum manjadi Sultan ke dua bergelar Sultan Ibrahim Syah (1778-1826).


☺Tahun 1782 Raja Haji bermusuhan dengan Belanda, Karena Raja Haji dan Belanda telah merampas muatan Candu dari Kapal Inggris (Betsy) di perairan laut Riau, dan Belanda telah mungkir janji atas perjanjian yang dibuat Sebelumnya yaitu hasil rampasan akan dibagi dua. Sejak saat itulah Raja Haji mengganggu dan menyerang kapal-kapal Belanda dari Betawi ke Melaka.


☺Bulan Januari 1784, Askar Selangor yang dipimpin Sultan Ibrahim sendiri dan dibantu askar Rembau menyerang Belanda di Melaka untuk membantu pasukan Raja Haji, mereka berkubu di Batang Tiga selama 4 bulan. Bulan Pebuari askar Riau yang dipimpin Raja Haji menyerang Belanda di Melaka dan berkubu di Tanjung Palas Teluk Ketapang. Belanda di Melaka telah mendapat bantuan satu kapal perang dari Batavia yang di ketuai Laksamana
Jacob Pieter van Braam. Ketika terjadi peperangan sengit di daratan Teluk Ketapang Raja Haji dan beberapa Panglima Bugis tertembak oleh pasukan Belanda, maka gugurlah Raja Haji dan tanggal 18 Juni 1784 mereka mengalami kekalahan. Tanggal 25 Juni 1784 jenazah Raja Haji dimakamkan oleh orang Melayu Melaka dengan istiadat di Raja di Bandar Melaka
Berhampiran dengan Bukit Melaka (bukit Bendera sekarang).


☺ Tahun 1784 Sultan Ibrahim di Selangor mengawini Puteri Bendahara Pahang Tun Abdul Majid, yaitu Tun Salamah.


☺Tahun 1786 Sultan Mahmud Syah, Bendahara Tun Abdul Majid, serta para Pembesar Riau melawat ke Melaka, dan Disambut dengan keramahan dan barisan kehormatan oleh Gabenor Belanda Abraham Couperus. Dalam Lawatan itu juga Sultan menziarahi Makam Raja Haji Fisabilillah.


☺ Bulan Pebuari 1787 Sultan Mahmud Syah dan Bendahara Tun Abdul Majid memenuhi undangan Gabenor Belanda di Melaka, dan tanngal 7 Pebuari Sultan dipaksa menandatangani satu perjanjian yang sangat merugikan pihak kesultanan Johor-Riau-Pahang, yaitu:


1. Sultan Mahmud Syah harus menyerahkan Pentadbiran Riau kepada Kompeni.
2. Baginda dibebaskan/dilepaskan kuasanya dari orang besar Raja Tua Bendahara Tun Abdul Majid, Temenggung, dan Raja Indera Bongsu.
3. Tongkang China dan lainnya diharuskan membayar cukai kepada Belanda di Tanjungpinang Riau, sebelum masuk Pahang dan negeri lainnya yang masuk kawasan Kerajaan Johor-riau-Pahang. Ini berarti Belanda sengaja merusak perekonomian dan pemerintahan Sultan agar Kerajaan Johor-Riau-Pahang Kesulitan dalam anggaran pendapatan belanja Kerajaan. Apalagi Belanda telah menempatkan Resident nya Di Tanjungpinang.


☺Bulan Mei 1787, 40 buah kapal layar besar yang membawa askar Lanun dari Tempasok Kalimantan, mereka Datang memenuhi utusan agar Raja Lanun menyerang Belanda di Tanjungpinang. Dan ramailah orang Belanda Mati terbunuh, Resident Belanda dan beberapa yang masih hidup lari ke Melaka. Setelah kemenangan itu Sukacitalah Sultan Mahmud Syah dan mengadakan jamuan besar sebagai ucapan selamat atas kejayaan askar Lanun.


☺sepulangnya askar Lanun ke Tempasok, Sultan Mahmud Syah khawatir untuk menetap di Riau lama, takut akan Datang serangan balasan Belanda dari Melaka, maka di tahun 1787 juga beliau dengan angkatan 200 buah Kapal layar pergi bersemayam ke Pulai Lingga (Daik), Bendahara Tun Abdul Majid dengan angkatan 150 buah Kapal layar kembali ke Pahang, Temenggung Tun Abdul Jamal dan sekalian orang-orang Melayu pindah ke Pulau
Bulang (Sekarang kecamatan di Batam) dan memerintah untuk kawasan Johor-Singapura-Batam-Karimun-Kundur.


☺ Tahun 1793 Sultan Mansyur Syah mangkat di usia 60 Tahun dan di gantikan Putranya Sultan Zainal Abidin II menjadi Sultan Terengganu ke III.


☺Sementara Belanda bercadang berdamai dengan sultan Mahmud Syah di Daik Lingga, di Bulan Agustus 1795 Dengan syarat perjanjiannya:


1. British ( Kompeni Inggris) mengambil alih Melaka dari tangan Belanda
2. Belanda harus membebaskan Riau dan menyerahkan emula kepada Sultan mahmud Syah. Dan Oktober 1795 beberapa orang pegawai Kompeni Inggris pergi ke Riau (TanjungPinang) untuk menyaksikan serah terima kepada Sultan Mahmud Syah.


☺Tahun 1802 Bendahara Pahang Tun Abdul Majid mangkat di Pahang, dan oleh Sultan Mahmud Syah Di Lingga Dilantiklah anaknya Tun Muhammad ibni Tun Abdul Majid sebagai Bendahara Pahang. Dalam perjalanan pulang ke Pahang melewati Pulau Tioman perahu beliau dipukul Ombak dan karam, beliau Dan isterinya hilang dilaut, maka digelar Marhum mangkat dilaut.


☺Maka tahun 1803 Sultan Mahmud Syah di Lingga mengangkat adik Tun Muhammad yaitu Tun Koris Ibni Tun Abdul Majid Sebagai Bendahara Pahang bergelar Paduka Raja. Dan ditahun ini juga Sultan melantik Raja Ali ibni Daeng Kemboja sebagai YDM ke V Riau Lingga.


☺ Tahun 1803 juga Sultan Mahmud Syah menikahkan putranya Tengku Husin (Tengku Long) dengan Chek Puan Bulang anak dari Engku Muda Muhammad ibni Temenggung Tun Abdul Jamal (dia juga keponakan dari Alm. Bendahara Tun Abdul Majid, dan isterinya Raja Maimunah ibni Daeng Perani). Dan pada tahun ini Juga Sultan di Lingga melantik Engku Muda Muhammad menjadi Temenggung menggantikan kakandanya Temenggung Abdul Hamid ( Daeng Kecil) ibni Temenggung Tun Abdul Jamal yang telah mangkat. Tetapi Engku Muda Muhammad menolak, beliau mahukan kedudukan sebagai YDM, tetapi tidak disetujui Sultan.


☺Maka Tahun 1806 itu juga juga Sultan melantik Abdul Rahman ibni Temenggung Abdul Hamid (Daeng kecil) menjadi Temenggung menggantikan ayahndanya yang telah mangkat, dan bergelar Temenggung Seri Maharaja


☺Tahun 1806 YDM Raja Ali mangkat dan bergelar Marhum Pulau Bayan, tak berapa lama Sultan melantik Raja Jaafar Ibni Raja Haji Fisabilillah menjadi YDM ke VI dan berkedudukan di Riau.


☺ Bendahara Tun Koris telah mangkat di Pahang, beliau meninggalkan putra dua orang Tun Ali (Wan Ali) dan Tun Muhammad. Maka Sultan Mahmud Syah di Lingga melantik Tun Ali (Wan Ali) yang baru berusia 25 tahun menjadi Bendahara Pahang dengan gelar Bendahara Siwaraja (Seriwaraja).


☺Masa ini kerajaan Johor-Riau-Pahang mulai terpecah-belah karena orang-orang besar Kerajaan saling Tidak bersepahaman, hal ini juga akibat campur tangan Inggris dan Belanda.


☺Tahun 1811 Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja yang berkedudukan di Pulau Bulang memindahkan Tempat tugasnya ke Singapura, dan membawa serta keluarganya dan seramai 150 orang kerabatnya.


☺ Tahun 1811 juga Tun Hussain dinasihatkan oleh Belanda ke Pahang untuk memperisteri Wanesah adik dari Bendahara Tun Ali Siwaraja.


☺ 12 Januari 1812 Sultan Mahmud Syah Mangkat di Daik bergelar Marhum Masjid Sultan.
Sebelum mangkat Baginda berwasiat:


1. Jika Baginda ditakdirkan Mangkat, maka putera sulungnya Tengku Hussain bakal menggantikan sebagai Sultan Johor-Riau-Pahang.
2. Putera kedua Tengku Abdul Rahman yang sangat kuat menjalankan ibadah Islam agar dapat berangkat ke Mekkah untuk menunaikan ibadah Haji.


☺Mengikut adat istiadat kesultanan Johor, Putera Sulung lah yang berhak dilantik menjadi Sultan, ini juga Sesuai dengan wasiat Sultan Mahmud Syah. Tapi YDM Raja Jaafar mau adik dari Tengku Hussai, Yaitu Tengku Abdul Rahman Yang dilantik. Perselisihan ini menjadi hebat dikalangan orang-orang besar kerajaan.


☺Oleh karena ombak besar dilaut, maka Tengku Hussain terlambat sampai di Daik, dan dilantiklah Tengku Abdul Rahman menjadi Sultan Johor-Riau-Pahang.


16. Sultan Abdul Rahman Syah (1812-1832)


☺ Baginda memerintah di Daik-Lingga


☺ Sampai di Daik Tengku Hussain menuntut haknya sebagai putra sulung untuk menggantikan ayahndanya, Lagipula Bendahara Tun Ali di Pahang telah melantik Tengku Hussain sebagai Sultan Johor berikutnya, seperti yang pernah dilakukan Bendahara Tun Abdul Majid melantik Raja Haji menjadi YDM. Tuntutan Tengku Hussain tidak dapat Dukungan oleh orang besar kerajaan di Daik karena mereka telah dipengaruhi oleh Raja Jaafar.


☺Beliau di Sultankan tanpa memakai Alat-alat kebesaran Kerajaan bahkan


Gendang Nobat menjadi sumbang, dan baru kali ini gendang Nobat dimainkan Dengan korp musik Belanda, Rantai Sayap Sandang yang seharusnya dikalungkan Hanya diberikan ditangannya saja.


☺ Tengku Hussain pergi ke Penyengat menemui bunda tirinya yang juga kakanda YDM R. Jaafar yaitu Raja Hamida Engku Puteri ibni YDM R. Haji Fisabilillah untuk mengadukan kejadian di Daik Lingga, Engku Puteri juga tidak setuju dengan tindakan dindanya YDM. R. Jaafar. Maka di Penyengat Tengku Hussain dan Engku Puteri mengumpulkan lascar perang untuk meyerang Lingga, tapi sebelum ke Lingga Tengku Hussain juga meminta Kepada Bendahara Tun Ali Siwaraja mengumpulkan laskar perang dan kumpul di pulau Bulang dan bersama-sama Laskar penyengat menyerang Lingga. Ketika YDM R. Jaafar pulang dari Daik ke Riau, beliau mengetahui Hal tersebut dan merasa khawatir akan dirinya yang telah menyalahi adapt istiadat Kesultanan Johor, maka iapun Memintan bantuan kepada Resident Inggeris di Melaka (Melaka dalam pemerintahan Inggeris 1795-1818). Hal ini dikarenakan YDM R. Jaafar takut jika Tengku Hussain jadi Sultan di Lingga tugas dan wewenangnya akan berkurang. Dan Resident Inggeris di wakili Adriaen kock ke Pahang untuk memberitahu kepada Bendahara supaya Jangan turut campur dalam perseteruan Kerajaan Johor dan menarik balik laskarnya di Bulang, jika tidak akan Membangkitkan permusuhan besar antara Bendahara dan Inggris.


☺ Tanggal 21 September 1818 Inggris menyerahkan semula Melaka kepada Belanda.


☺dan 28 Januari 1819 satu angkatan perang Inggris dari Bangka Hulu (Sumbar) yang dikomandani oleh Leftenan Gabenor Sir Thomas Stamford Raffles tiba di Singapura dekat Sekijang. 29 Januari 1819 Raffles dengan Asistennya Mejar William Farguhar naik ke darat Singapura untuk menemui Temenggung Johor pulau Bulang yaitu Datuk Abdul Rahman yang bermaksud untuk berunding dan meminta izin Inggeris akan membangun Loji di Singapura. Tapi perjanjian ini belum bias diputuskan, karena Singapura masih dalam kawasan Kesultanan Johor-Riau-Pahang dan diperintah oleh Temenggung, maka harus
mendapatkan izin dahulu dari Sultan Johor-Riau-Pahang di Daik-Lingga. Dan kesempatan yang baik itu juga dimanfaatkan oleh Inggris untuk menjemput Tengku Hussain/Long di Riau.


☺ dan atas persetujuan dari Temenggung Abdul Rahman dan kesepakatan dengan pihak Inggris, maka tanggal 6 Pebuari 1819 Raffles melantik Tengku Hussain menjadi Sultan Singapura-Johor ke 17 dan bergelar Sultan Husin Syah ibni Almarhum Sultan Mahmud Syah. Taktik licik ini dibuat Raffles hanya untuk menguasai Singapura dari tangan pewaris kerajaan Johor-Riau-Pahang.



Sejak terjadinya hal ini, maka terpecahlah Kerajaan Johor-Riau-Pahang menjadi 2 wilayah kekuasaan karena pengaruh bangsa asing. Yaitu Singapura-Johor-Pahang di bawah pengaruh Inggris dan Riau-Lingga dibawah pengaruh Belanda.




17. Sultan Husin Syah (1819-1824)


☺Dibuat perjanjian antara Inggris diwakili Raffles dengan pihak Sultan Husin diwakili Datuk Abdul Rahman (Temenggung):


1. Inggris dibenarkan membangun Loji perniagaan di Singapura
2. Inggris akan memberi gaji bulanan setiap bulannya kepada Sultan Husin $ 1500, dan Temenggung Abdul Rahman $ 800
3. Inggris menempatkan seorang Resident untuk mengendalikan roda perniagaannya yaitu MEJAR WILLIAM FARGUHAR.


☺Tanggal 7 Pebuari 1819, Raffles meninggalkan Singapura untuk menjalankan tugasnya ditempat lain.


☺Temenggung Abdul Rahman mengirim surat kepada Bendahara Tun Ali di Pahang tentang hal ikhwal yang terjadi Di Singapura, dan diberitahukan juga taat setia Bendahara Tun Ali tetap menjalankan tugas dan melaporkan ke Daik-Lingga, Dan tidak akan dicampuri hal ikhwal di Singapura.


☺Kemudian Bendahara Tun Ali mengirim surat kepada Gabenor Belanda di Melaka Timmerman Thyssen, Memberitahukan mengapa Inggris menceraikan adik-beradik, anak-beranak, sahabat handai mereka. Hal yang sama Juga diutus ke Sultan Abdul Rahman di Daik-Lingga.


☺Tanggal 17 Maret 1824 Inggris dan Belanda membuat Perjanjian di London (Treaty Of London) :


1. Inggris dan Belanda menetapkan kawasan Nusantara dengan membuat garis melintang yang dijangkakan terletak di selatan selat Singapura.
2. Inggris tidak akan mencampuri hal ikhwal di Pulau Batam, Bintan, Karimun, Lingga, dan seluruh pulau-pulau disekitar Kepulauan Riau yang terletak di selatan Singapura.
3. Belanda tidak akan menuntut Singapurra dan tidak akan mencampuri hal ikhwal negeri di Semenanjung Tanah Melayu yang letaknya di utara Singapura.


☺Setelah perjanjian tersebut ditandatangani, maka untuk kedua kalinya (1818 dan 1824) Belanda yang menguasai Melaka menyerahkan kembali kepada Inggris. Sedangkan Bangka Hulu Yang dikuasai Inggris sejak 1685-1824 di Serahkan kepada Belanda.


☺ Tanggal 2 Agustus 1824 dengan tipu helah Inggris akhirnya Singapura dapat juga terlepas dari kekuasaan Sultan Husin Syah dan Temenggung Seri Maharaja Abdul Rahman. Dan Sultan Husin Syah dan Temenggung Abdul Rahman menandatangani penyerahan Singapura kepada Inggris, yaitu:


1. Sultan Husin Syah akan diberi uang sagu hati $ 33.200 dan gaji bulanan $ 1.300 hingga akhir hayat baginda
2. Temenggung Abdul Rahman diberi uang sagu hati $ 26.800 dan gaji bulanan $ 700
3. Jika Sultan dan Temenggung mau keluar dari Singapura, maka akan mendapat uang tambahan $ 20.000 untuk Sultan dan $ 15.000 untuk Temenggung.
☺ Pada 8 Desember 1825 Temenggung Abdul Rahman Seri Maharaja mangkat diistananya di Teluk Belanga Singapura, dan di gantikan oleh putranya Tun Ibrahim Daeng Ronggek nergelar Seri Maharaja Johor. Beliau bersemayam di Teluk Belanga juga bersama saudaranya Daeng Kechil dan Tengku Chik.
☺ Tahun 1834 Sultan Husin Syah beserta keluarga pindah ke Melaka. Dan Tanggal 5 September 1835 Baginda mangkat dan dimakamkan di Terang Kera Melaka. Baginda meninggalkan putra Tengku Abdul Jalil Yang tinggal di Pahang dan Tengku Ali yang tinggal di Johor.


17. Sultan Ali Iskandar Syah (1825-1855)


☺ Baginda Putra dari Sultan Husin Syah


☺ Walaupun sudah bergelar Sultan, baginda tetap tidak diakui oleh Pemerintah Inggeris. Untuk meredakan hati Baginda, Pihak Inggeris memberi gaji bulanan sebesar $250 kepada baginda Sultan dan Temenggung Ibrahim. Pada saat itu Temenggung Ibrahim Pandai menarik perhatian pihak Inggris, sehingga beliau mendapatkan Wewenang penuh untuk mengelola jual-beli Karet rakyat Johor, sedangkan Sultan Ali tidak mendapatkan hak apapun baik terhadap kekayaan Johor maupun Kuasanya sebagai Sultan. Tanggal 10 Maret 1855 baginda mangkat dan saat itu barulah Pemerintahan Inggeris secara resmi Mengangkat Baginda sebagai Sultan Johor dengan gelar Sultan Ali Iskandar Syah.


☺ Tahun 1862 Temenggung Ibrahim mangkat dan digantikan oleh putranya Temenggung Abu Bakar Bergelar Seri Maharaja Johor, dan pada Bulan Juni 1868 Majelis Adat-Istiadat di Johor Bahru gelar Temenggung Diganti menjadi Maharaja Abu Bakar.


Sejak Sultan Ali Iskandar Syah mangkat, maka berakhirlah keturunan Sultan Mahmud Syah Marhum Mesjid Sultan Lingga sebagai Sultan Johor. Maka untuk seterusnya negeri Johor oleh Inggris diserahkan kepada Temenggung Ibrahim dan ahli warisnya.


18. Maharaja Abu Bakar


☺ Baginda mangkat di London Inggris tanggal 4 Juni 1895. dan digantikan oleh Putra baginda Yaitu Tengku Ibrahim


19. Sultan Ibrahim


☺Baginda dilantik pada usia 22 tahun, resmi dilantik tanggal 7 September 1895,
Dan baginda putra dari Maharaja Abu Bakar.



“PERIODE RIAU-LINGGA”
SEBUAH KESULTANAN MELAYU HASIL DARI TREATY OF LONDON 1824
(Sebuah perjanjian antara Inggris dan Belanda untuk membagi Wilayah kekuasannya)




1. Sultan Abdul Rahman Syah (1824-1832)


☺Sejak Kesultanan terpecah, maka baginda akhirnya mulai memerintah tahun 1824
sebagai Sultan Riau-Lingga yang pertama
☺ Abang sebapak lain ibu nya yaitu Tengku Hussain/Tengku Long
☺ Tahun 1831 YDM Raja Jaafar mangkat di Daik Lingga, dan dimakamkan dibelakang Mesjid Sultan Lingga.
Almarhum meninggalkan putra Raja Abdul Rahman, Raja Ali, dan Raja Haji Abdullah.
☺ Wafat tahun 1832 dengan gelar Marhum Bukit cengkeh-Lingga


2. Sultan Muhammad Syah 1832-1841


☺ Nama Asli Tengku Besar Muhammad
☺ Beliau anak dari Sultan Abdul Rahman Syah, hasil perkawinan
Dengan Engku Dalam cucu Daeng Chelak.
☺ Baginda mengadakan acara istiadat selama 4 bulan untuk Pertabalan Putranya Raja Mahmud menjadi Tengku Besar Dengan gelar Tun Mutahir (Wan Mutahir) dan anak sulung Bendahara Pahang Tun Ali diberi gelar Engku Muda. Dan Engku Muda dikawinkan dengan putri Sultan Muhammad yaitu Tengku Chik.
☺ Tahun 1833 atas persetujuan Resident Belanda di Tanjungpinang Riau, Sultan Muhammad di Daik Lingga Melantik Raja Abdul Rahman menjadi YDM Riau ke VII, dan adindanya Raja Ali menjadi Engku Kelana Dan mereka bersemayam di Riau.
☺ Tahun 1841 baginda mangkat di Daik Lingga, dan dimakamkan di bukit cengkeh, dan bergelar Marhum Keraton.




3. Sultan Mahmud Muzzafar Syah (1841-1857)


☺Mulai memerintah sewaktu berumur 18 tahun
☺Nama asli Tengku Besar Mahmud, dan beliau anak dari Sultan Muhammad Syah
☺ Baginda sering meninggalkan Daik Lingga dan pergi ke Singapura, karena tidak suka dengan tindakan YDM Raja Abdul Rahman yang selalu dipengaruhi oleh Resident Belanda di Tanjungpinang.
☺Tanggal 19 Agustus 1841 Bendahara Tun Ali di Pahang diundang secara resmi dan mendapat kehormatan oleh Gabenor Inggeris Samuel George Bonham di Singapura untuk meresmikan pelantikan Temenggung Tun Ibrahim Daeng Ronggek sebagai Temenggung Seri Maharaja Johor di Bukit Alor Teluk Belanga Singapura. Padahal Pengangkatan Tun Ibrahim telah dilakukan Tahun 1825.
☺ Tahun 1844 YDM Raja Abdul Rahman Ibni Taja Jaafar Mangkat di Pulau Penyengat, dan beberapa waktu Kemudian Sultan Mahmud melantik adinda YDM R. Abdul Rahman yaitu Raja Ali menjadi YDM Riau keVIII
☺Setelah YDM Raja Ali Marhum Kantor mangkat, dipertengahan tahun 1857 timbul perselisihan antara Sultan Mahmud di Daik dan Resident Belanda di Tanjungpinang, dimana Sultan mau menantunya Raja Muhammad Yusuf Ibni YDM Raja Ali, tetapi Residen Belanda dan sebagian besar pembesar kerajaan mau Raja Haji Abdullah dinda dari YDM Raja Abdul Rahman YDM Raja Ali yang menjadi YDM Riau berikutnya. Akhirnya pelantikan ditunda.
☺ Pada 23 September 1857 Baginda dimakzulkan/dipecat oleh Belanda, karena baginda tidak patuh Atas nasihat dan perintah-perintah dari Pemerintahan Belanda sementara Kerajaan Riau-Lingga dibawah kekuasaan Belanda. Dengan surat Abdikasi yang dikeluarkan di Bogor Jawa Barat.
☺ Setelah di Pecat Sultan Mahmud dilarang Belanda meninggalkan tanah Daik, tapi pada bulan Oktober 1857 Baginda melalui jalan darat Resun-Pancur-menuju Singapura untuk pergi ke Pahang. Di Pahang baginda Menemui iparnya Bendahara Tun Mutahir (Engku Muda) Bergelar Bendahara Gancong ibni Alm. Bendahara Tun Ali (Wafat 15 Oktober 1856) untuk memohon kepada Bendahara dan Temenggung Johor Tun Ibrahim Daeng Ronggek agar diangkat menjadi Sultan Pahang, tetapi tidak ditanggapi oleh kedua Pembesar tersebut karena mereka beranggapan akan menimbulkan bahaya dan akan menggoyahkan kedudukan mereka sebagai Bendahara dan Temenggung, karena Sultan mahmud adalah pewaris yang kuat dari Sultan-sultan Johor terdahulu. Kemudian Sultan Mahmud Juga pergi ke Terengganu menemui saudaranya Sultan Umar, tujuannya juga memohon bantuan untuk Menjadi Sultan Pahang yang juga tidak ditanggapi. Akhirnya Sultan Mahmud ke Kelantan dan terus ke Siam Juga untuk mencari bantuan kepada Raja Siam.
☺ Tanggal 8 Juli 1864 Baginda Wafat di Pahang, Bergelar Marhum Pahang. Baginda
meninggalkan anak Engku Embong Fatimah.


4. Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah (1857-1883)
☺ Selanjutnya Pemerintah Belanda mengangkat mamanda Sultan Mahmud Muzzafar Syah yaitu Raja Sulaiman anak dari Sultan Abdul Rahman Syah Marhum Bukit Chengkeh, dan beliau satu bapak lain ibu dengan Sultan Muhammad Syah. Serta melantik juga Raja Haji Abdullah menjadi YDM Riau ke IX
☺ Baginda sangat memerhatikan perekonomian rakyat dan kerajaan dengan menggalakkan pembuatan Sagu Di Hulu Sungai Pahang Daik-Lingga. Baginda juga membangun Istana Damnah tahun 1860 untuk tempat bersemayam dan Balairung untuk tempat bermusyawarah yang menghadap ke Gunung Daik
☺Tahun 1858 YDM Riau ke IX Raja Haji Abdullah mangkat di Pulau Penyengat dan bergelar Marhum Murshid. Dan atas persetujuan dari Belanda diangkatlah Raja Muhammad Yusuf al-ahmadi ibni YDM Raja Ali menjadi YDM Riau ke X dan beliau Menantu Sultan Mahmud Muzzaffar Syah Marhum Pahang. YDM Riau Yusuf al-ahmadi beristerikan Tengku Embong Fatimah ibni Sultan Mahmud Muzzaffar Syah Marhum Pahang.
☺ Bulan Mei 1863 Bendahara Pahang Tun Mutahir sedang gering (Sakit Keras), dan tidak disangka putranya Wan Koris (calon pengganti Bendahara Pahang) meninggal dunia di Kuala Pahang. Ketika dalam perjalanan Dari Pahang ke Johor dan sampai di Kuala Sedeli Bendahara Tun Mutahir mangkat pula, kedua jenazah tersebut Dibawa ke Bandar Tanjung Puteri (sekarang Johor Bahru) untuk dimakamkan.
☺ Pada 10 Juni 1863 Wan Ahmad adinda dari Bendahara Tun Mutahir diangkat oleh orang-orang besar
Pahang dilantik sebagai Bendahara Pahang bergelar Bendahara Siwa Raja (Seri Wak Raja).
☺ Wafat di Daik-Lingga tahun 1883


5. Sultan Abdul Rahman al-muazzam Syah (18 Pebuari 1883-10 Pebuari 1911)
☺ Beliau anak dari perkawinan Tengku Embong Fatimah ibni Sultan Mahmud Muzzafarsyah Marhum Pahang
Dengan YDM Riau ke-X Raja Muhammad Yusuf Al-Ahmadi ibni Raja YDM Riau Raja Ali.
☺YDM Riau ke X pusat pemerintahannya di Pulau Penyengat dan selalu pula pulang ke Daik tempat isteri Dan anakndanya berada yaitu di Damnah/istana Robat. Beliau adalah seorang Ahli Sufi. Di Damnah beliau Juga membuat istana khusus untuk beribadat dan melaksanakan amalan Tarekat Naksabandiyah.
☺Pusat pemerintahan baginda tetap di Daik hingga mangkat ayahndanya YDM Riau ke X Raja Yusuf Al-ahmadi di Daik pada tahun 1899 bergelar Marhum Damnah., setelah itu barulah baginda memindahkan Pusat pemerintahan di Pulau Penyengat (1900-1912). 
☺Tahun 1899 juga Kelembagaan Yang Dipertuan Muda (YamTuan/YDM) dihapus dari Kerajaan Riau-Lingga, dan yang tinggal hanya Sultan yang memerintah dalam kerajaan.
☺ Tahun 1909 dikarenakan Beliau tidak mau menandatangani Surat Perjanjian Antara Hindia-Belanda dan Kesultanan Riau-Lingga menjadi punca Pemaksulan Beliau dan Puteranya sebagai calon Sultan yaitu Tengku Besar tanggal 10 Pebuari 1911 dan Berpuncak pada penghapusan Kerajaan pada tahun 1913. Sejak itu Baginda dan keluarga pindah ke Singapura dijalan Seranggon Batu 2,5 rumah No.985 hingga akhir hayatnya.
☺ Adinda baginda yaitu Raja Ali kelana ibni YDM Riau ke X Raja Yusuf al-ahmadi adalah pejuang kerajaan Riau-Lingga setelah dihapus oleh Belanda tahun 1913. Beliau dan Syech al-hadi aktif mencari dana untuk perjuangan tsb, dan mereka berhasil mendapat Bantuan dari Sultan Trengganu dan Mantan Sultan Abdul Rahman Muazzam Syah 3000 Ringgit. Raja Ali Kelana wafat di Rumahnya Jalan Tebrau Johor, dan dikebumikan di pemekaman diraja Mahmudiyah Johor.
☺ Tanggal 28 September 1930 Baginda mangkat di Singapura dan dikebumikan di Bukit Raden Mas Ayu Teluk Belanga Singapura.

Ditulis kembali : DAENG FIRMAN AFRIYANSYAH/RYAN

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024