Majlis Permuafakatan Generasi FELDA 1 Pahang yang dipengerusikan oleh YB Dato' Sri Haji Wan Amizan bin Wan Razak bersama Pegawai Daerah Maran dan Pegawai Daerah Jerantut dengan segala hormatnya menjemput semua generasi ke-2 FELDA dalam parlimen Jerantut ke:
Majlis Perasmian Himpunan Generasi Ke-2 FELDA Parlimen Jerantut oleh:
YAB Dato' Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob
Menteri Besar Pahang
Pada 1 Disember 2017 (Jumaat), Jam 2:30 petang
Bertempat di FELDA Jengka 8
20,000 anak-anak muda Generasi Ke-2 FELDA dijangka hadir memeriahkan Karnival Generasi Ke-2 FELDA Parlimen Jerantut yang terdiri dari 15 Rancangan FELDA selama 3 hari bermula dari 1 Disember hingga 3 Disember 2017 yang mengadakan berbagai aktiviti menarik di FELDA Jengka 8.
Mari anak-anak muda warga Generasi Ke-2 FELDA Parlimen Jerantut datang memeriahkan Majlis dan melibatkan dengan aktiviti-aktiviti menarik.
YB Dato' Sri Wan Amizan akan mencadangkan satu USUL yang membawa berita paling gembira buat ratusan ribu warga anak-anak muda Generasi Ke-2 FELDA di seluruh Negeri Pahang Darul Makmur kepada YAB MB Pahang dan YAB Perdana Menteri.
Kita tunggu berita paling mengembirakan dan penuh teruja ini pada 1 Disember 2017 nanti.
No comments:
Post a Comment