Monday, February 29, 2016

Mengukur Malaysia A Failed State Guna Fragile States Index 2015






Another 2 years of Najib, Malaysia will be failed state, 
says Lim Kit Siang - sila klik sini.


Ucapan Lim Kit Siang sempena dinner Sambutan 50 tahun DAP dan Birthday ke-75 di Dewan Sekolah Han Chiang Pulau Pinang.

Adakah kenyataan ini berasas atau hanya luahan emosi politik?

Mari kita mengukur Malaysia a failed state ikut Fragile States Index 2015.

Sebelum itu apa definasi A Failed State?

Although there is no one accepted definition, according to the Fund for Peace a state that is failing has several attributes. 

One of the most common is the loss of physical control of its territory or a monopoly on the legitimate use of force. 

Other attributes of state failure include the erosion of legitimate authority to make collective decisions, an inability to provide reasonable public services, and the inability to interact with other states as a full member of the international community. 

The 12 indicators cover a wide range of state failure risk elements such as:

  • extensive corruption 
  • extensive criminal behavior
  • inability to collect taxes
  • inability draw on citizen support 
  • large-scale involuntary dislocation of the population 
  • sharp economic decline
  • group-based inequality 
  • institutionalised persecution
  • institutionalised discrimination 
  • severe demographic pressures
  • brain drain
  • environmental decay

States can fail at varying rates through explosion, implosion, erosion, or invasion over different time periods.

For 11 years now, the Fragile States Index, created by the Fund for Peace and published by Foreign Policy, has taken stock of the year's events, using 12 social, economic, and political indicators to analyze how wars, peace accords, environmental calamities, and political movements have pushed countries towards stability or closer to the brink of collapse. 

The index then ranks the countries accordingly, from most fragile to least: Sila Klik Sini

OVERALL RANK COUNTRY     INDICATOR SCORE

1  SOUTH SUDAN 114.5
2  SOMALIA 114
3  CENTRAL AFRICAN REPUBLIC 111.9
4  SUDAN 110.8
5  DEMOCRATIC REPUBLIC OF THE CONGO 109.7
6  CHAD 108.4
7  YEMEN 108.2
8  AFGHANISTAN 107.9
9  SYRIA 107.8
10 GUINEA 104.9
11 HAITI 104.5
12 IRAQ 104.4
13 PAKISTAN 103
14 NIGERIA 102.5
15 IVORY COAST 100.1
16 ZIMBABWE 100
17 GUINEA-BISSAU 99.9
18 BURUNDI 98
19 NIGER 97.8
20 ETHIOPIA 97.5
21 KENYA 97.3
21 LIBERIA 97.3
23 UGAND A97
24 ERITREA 96.9
25 LIBYA 95.3
26 MAURITANIA 94.9
27 MYANMAR 94.7
28 CAMEROON 94.3
29 NORTH KOREA 93.8
30 MALI 92.9
31 SIERRA LEONE 91.9
32 BANGLADESH 91.8
33 REPUBLIC OF THE CONGO 90.8
34 SRI LANKA 90.7
35 EAST TIMOR 90.5
35 NEPAL 90.5
37 RWANDA 90.2
38 EGYPT 89.9
39 BURKINA FASO 89.2
40 LEBANON 88.1
41 DJIBOUTI 88
42 ANGOLA 87.9
42 CAMBODIA 87.9
44 IRAN 87.1
44 MALAWI 86.9
46 MOZAMBIQUE 86.9
47 TOGO 86.8
48 PHILIPPINES 86.2
48 SWAZILAND 86.2
50 SOLOMON ISLANDS 85.9
51 GAMBIA 85.4
52 UZBEKISTAN 85.3
53 ZAMBIA 85.1
54 EQUATORIAL GUINEA 84.8
55 LAOS 84.4
56 MADAGASCAR 83.6
57 TAJIKISTAN 83.4
57 PAPUA NEW GUINEA 83.4
59 COMOROS 83.3
60 SENEGAL 82.9
61 COLOMBIA 82.5
62 KYRGYZSTAN 82.2
63 TANZANIA 80.8
64 GUATEMALA 80.4
65 RUSSIA 80
66 LESOTHO 79.9
67 ALGERIA 79.6
68 ISRAEL/WESTBANK 79.4
69 INDIA 79.3
70 GEORGIA 79.2
71 THAILAND 79.1
72 NICARAGUA 79
73 BENIN 78.8
74 BHUTAN 78.7
74 VENEZUELA 78.7
76 BOLIVIA 78.1
76 HONDURAS 78.1
78 TURKMENISTAN 77.4
78 BOSNIA HERZEGOVINA 77.4
80 AZERBAIJAN 77.3
81 JORDAN 76.9
82 FIJI 76.7
83 CHINA 76.5
84 UKRAINE 76.3
85 ECUADOR75.9
86 TUNISIA 75.7
87 BELARUS 75.6
88 INDONESIA 75
89 TURKEY 74.6
89 MOROCCO 74.6
91 MALDIVES 74.3
92 SERBIA 73.8
93 SAO TOME AND PRINCIPE 73.7
94 MICRONESIA 73.5
94 CAPEVERDE 73.5
96 MOLDOVA 73
97 VIETNAM 72.4
98 PERU 72
99 MEXICO 71.9
100 GHANA 71.8
101 SAUDI ARABIA 71.6
102 EL SALVADOR 71.4
103 PARAGUAY 71.3
104 DOMINICAN REPUBLIC 71.2
104 GABON 71.2
106 NAMIBIA 70.8
107 GUYANA 70.5
108 ARMENIA 69.7
109 SURINAME 68.4
110 KAZAKHSTAN 68.3
111 SAMOA 68.2
112 CUBA 67.4
113 SOUTHAFRICA 67
114 CYPRUS 66.2
115 MALAYSIA 65.9
116  BELIZE 65.3
117 JAMAICA 64.6
118 MACEDONIA 64.5
119 BAHRAIN 64.4
120 GRENADA 63.5
121 BRUNEI 63
122 BOTSWANA 62.8
123 BRAZIL 62.7
124 SEYCHELLES 62.1
125 ALBANIA 61.9
126 TRINIDAD AND TOBAGO 58.7
127 ANTIGUA AND BARBUDA 57.8
128 KUWAIT 57.5
129 MONGOLIA 57
130 BULGARIA 55.4
131 PANAMA 54.6
132 ROMANIA 54.2
132 MONTENEGRO 54.2
134 GREECE 52.6
135 OMAN 52
136 BAHAMAS 51.5
137 CROATIA 51
138 BARBADOS 49.3
139 HUNGARY 49.1
140 LATVIA 48.5
141 ARGENTINA 47.6
142 COSTA RICA 46.8
143 QATAR 46.3
144 UNITED ARAB EMIRATES 46.2
145 MAURITIUS 45.2
146 ESTONIA 43.7
147 ITALY 43.2
148 LITHUANIA 43
149 SLOVAKIA 42.6
150 CHILE 41.5
151 MALTA 40.9
151 SPAIN 40.9
153 POLAND 39.8
154 CZECH REPUBLIC 37.4
155 URUGUAY 36.4
156 SOUTH KOREA 36.3
157 JAPAN 36
158 UNITED STATES 35.4
159 SINGAPORE 34.4
160 FRANCE 33.7
161 UNITED KINGDOM 33.4
162 SLOVENIA 31.5
163 BELGIUM 30.5
164 PORTUGAL 29.7
165 GERMANY 28.1
166 NETHERLAND S26.9
167 AUSTRIA 25.8
168 CANADA 25.6
169 IRELAND 24.6
170 AUSTRALIA 24.3
171 ICELAND 23.4
172 NEWZEALAND 22.6
173 SWITZERLAND 22.3
174 LUXEMBOURG 22.1
175 DENMARK 21.4
176 NORWAY 20.9
177 SWEDEN 20.2
178 FINLAND 17.7


Malaysia masih jauh lagi untuk menjadi a failed state. Kedudukan 115/178 membuktikan kenyataan Lim Kit Siang itu adalah tidak berasas hanya lebih kepada retorik politik semata-mata.

Halalin Aku...




Sunday, February 28, 2016

Laksamana Tun Abdul Jamil Model Baru Politik Johor Setelah Muhyiddin Yassin Dan Musa Hitam Gagal



Lagu 'Sayang Laksamana Mati Dibunuh'  adalah merujuk kepada peristiwa Laksamana Tun Abdul Jamil mati terbunuh di pantai Kuala Terengganu pada tahun 1688 semasa bertempur dengan orang-orang Bendahara Tun Habib Abdul Majid Padang Saujana Johor.




Ilustrasi artis gambaran Dato’ Laksamana Paduka Raja Y.M. Sri Paduka Tun ‘Abdu’l Jamil. 


Tidak perlu untuk WZWH ulas mengenai Dato' Onn Jaafar yang jadi Presiden UMNO kemudian meletak jawatan atas alasan great idea beliau tidak diterima untuk keahlian UMNO dibuka kepada bukan Melayu. Dato' Onn Jaafar berfikir terlalu advance melangkau masa depan.

Dato' Onn kemudian jadi pembangkang hingga Ketua Pembangkang di Dewan Parlimen. Tetapi tidak mengapa anak beliau Tun Hussein berjaya menjadi Perdana Menteri (1976-1981). Cucu beliau kini menjawat Naib Presiden UMNO.

Selepas itu UMNO Johor berharap kepada Tun Musa Hitam dan akhir sekali TS Muhyiddin Yassin walau masing-masing sudah pegang jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri tetapi kecundang berhenti setakat itu sahaja.

Tun Mahathir kata Tun Musa Hitam tidak sabar menunggu. Tun Mahathir pun kata DS Anwar Ibrahim pun tidak sabar menunggu. Tapi susah untuk percaya kredibiliti kenyataan Tun Mahathir sebab beliau juga kata Tun Abdullah dan DS Najib perlu berundur.

TS Muhyiddin tersangkut sebab terlalu percaya kepada cerita politik Tun Mahathir. Akibat itu beliau selalu mengkritik DS Najib secara terbuka. Diberi salam perpaduan oleh DS Najib walau telah dihukum pecat jawatan Timbalan Perdana Menteri namun TS Muhyiddin tetap membalun DS Najib akhirnya MKT UMNO buat keputusan gantung jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Sedikit sebanyak orang UMNO Johor terluka dan kecewa. Tapi oleh kerana majoriti ahli UMNO Johor  begitu setia kepada Presiden UMNO dan parti maka terpaksa menelan semua itu.

Walau ada pihak-pihak di Johor yang tidak puas hati dan suka memerli kepimpinan DS Najib secara kebudak-budakan.

Apa yang WZWH tulis memberi semangat kepada UMNO Johor ialah posting ini: Setelah Model Politik Dato Onn gagal, model Tun Musa Hitam gagal dan yang terbaru model TS Muhyiddin Yassin gagal maka apa model politik Johor lagi?

Model politik DS Hishamuddin Hussein? Itu terlalu awal.

UMNO Johor perlu ada tokoh yang berjiwa besar, strong will power dan political will untuk carry standard dan maruah politik Johor.

Lihat motto negeri Johor luaskan kuasamu. Bukan jadi ahli politik Johor yang kurangkan kuasa makin hari makin kurang dan akhirnya lemah.

Ini bukan tradisi politik Johor.

Biar WZWH persembahkan seorang tokoh klasik Johor yang boleh dibuat contoh dan rujukan serta sempadan kepada pemimpin-pemimpin UMNO politik Johor.

Orang Johor bangga dengan warisan tradisinya sejarah bangsa Johor tapi sayang tidak faham apa itu erti bangsa Johor.

Biar WZWH yang terangkan dengan mudah.


Siapakah Laksamana Tun Abdul Jamil?


Title penuhnya Dato’ Laksamana Paduka Raja Y.M. Sri Paduka Tun ‘Abdu’l Jamil bin Tun Muhammad.

Laksamana Tun Abdul Jamil anak sedara kepada Y.M. Tun Sayyid Ja’afar bin Tun Mat ‘Ali, Dato’ Pasir’ di-Raja, of Muar, Y.M. Sri Paduka Tun Pikrama Tun Habib ‘Abdu’l Majid bin Tun Mat ‘Ali, Dato’ Bendahara Sri Maharaja dan Puteri Bakal binti Maharaja Sri ‘di-Raja Mat ‘Ali.

Ini bererti Laksamana Tun Abdul Jamil adalah sepupu kepada Bendahara@ Sultan Abdul Jalil IV Riayat Shah Marhum Kuala Pahang dan Sultan Mahmud II Mangkat Dijulang.


Apa jasa-jasa Laksamana Tun Abdul Jamil?

Laksamana Tun Abdul Jamil merupakan seorang tokoh penting di zaman Kesultanan Johor dalam abad ke - 17 yang memainkan peranan besar dalam usaha merebut kembali kerajaan Melaka yang telah dijajah oleh Portugis pada 24 Ogos 1511. Kejayaan ini berjaya memulihkan semula kedudukan Johor sebagai kuasa ekonomi dan tentera di Selat Melaka.

Beliau juga berperanan menggalakkan orang Melayu bergiat dalam aktiviti perniagaan dan menjadikan Pelabuhan Johor sebagai pelabuhan termaju dengan berbagai prasarana kemudahan. Pada masa yang sama Tun Abdul Jamil melaksanakan sistem naungan untuk melindungi para pedagang Islam dari ancaman lanun dan musuh. Beliau menyekat monopoli penjajah Eropah dalam perdagangan di Alam Melayu.

Menyerang Portugis Di Melaka

Tun Abdul Jamil mengetuai angkatan perang Johor untuk menyerang Portugis di Melaka pada tahun 1606 dengan dibantu Belanda yang telah membuat perjanjian untuk sama-sama menyerang Portugis dan merampas kembali Melaka. Angkatan perang Johor terdiri dari 50 buah perahu dan 3,000 askar Melayu dengan dibantu oleh 11 buah kapal perang Belanda yang diketuai oleh Cornelis de Jonge Matelief. Pada 18 Mei 1606, pasukan gabungan Melaka – Belanda telah mengepung Melaka. Kemudiannya pada 17 Ogos 1606 berlaku pertempuran sengit dengan armada Portugis yang dibantu oleh 14 kapal perang. Dalam peperangan tersebut dua buah kapal perang Belanda telah karam di lautan. Ini menyebabkan Jonge Matelief mengundurkan angkatan perang Belanda ke Sungai Johor.

Ekoran pengunduran Belanda, pihak Tun Abdul Jamil yang tidak mampu bertahan di daratan terpaksa meninggalkan Melaka. Bagaimanapun pada tahun 1640 sekali lagi Tun Abdul Jamil mengetuai angkatan perang terdiri dari 40 perahu perang dan 1,500 tentera serta turut dibantu Belanda telah menyerang Portugis di Melaka. Pada bulan Ogos 1640 mereka mengepung Melaka dan akhirnya berjaya mengalahkan Portugis pada Januari 1641.


Perang Johor Jambi

Pada tahun 1666 Jambi telah muncul sebuah kerajaan yang kuat ingin membebaskan diri dari cengkaman jajahan Johor. Oleh itu beberapa siri peperangan meletus antara Johor dan Jambi. Dalam peperangan itu Jambi berjaya menawan Batu Sawar, ibu negeri Johor. Bendahara Johor, Tun Habib Abdul Majid turut ditawan oleh Jambi. Ketiadaan Tun Habib Abdul Majid menyebabkan kuasa Bendahara diambil alih oleh Tun Abdul Jamil.

Sekitar tahun 1679 Laksamana Tun Abdul Jamil yang dibantu oleh Orang Laut dan Bugis telah berjaya menewaskan Jambi sekaligus memaksa kerajaan itu tunduk kepada kekuasaan Johor. Sultan Ibrahim yang berbangga dengan kejayaan beliau mengembalikan maruah Johor telah menganugerahkan gelaran Paduka Raja kepada Tun Abdul Jamil. Dengan anugerah ini Tun Abdul Jamil amat berkuasa dalam pemerintahan kerajaan Johor. Beliau berjaya memulihkan semula kedudukan Johor sebagai kuasa ekonomi dan tentera di Selat Melaka. Pelabuhan Johor menjadi pelabuhan yang maju dengan cukai berpatutan berjaya menyekat monopoli penjajah Eropah dalam perdagangan di Alam Melayu.


Tun Abdul Jamil Sebagai Laksamana ( Bendahara De-Facto)

Laksamana Tun Abdul Jamil dilantik sebagai Laksamana Johor, dengan kuasa sebagai penasihat, pentadbir dan pemangku raja yang selama ini dipegang Bendahara. Sejak pemergian Tun Sri Lanang ke Aceh selepas dilantik sebagai pembesar di sana, pengaruh Bendahara dalam kerajaan Johor telah berkurangan dan peranannya sebagai penghulu pembesar kerajaan dipinggirkan. Faktor utama keluarga Bendahara dipinggirkan kerana Bendahara Tun Seri Lanang pernah berselisih pendapat dengan Sultan Johor berkenaan kerjasama dengan Portugis dalam menghadapi Aceh.

Laksamana Paduka Raja telah menasihati Sultan Ibrahim Shah supaya memindahkan pusat pemerintahan kerajaan Johor ke Kepulauan Riau dan beliau telah berjaya memajukan pelabuhan Riau untuk menyaingi pelabuhan Melaka yang telah ditakluki Belanda. Ketika pengaruh Laksamana Paduka Raja semakin berkembang, beliau telah meminggirkan banyak bangsawan dan pembesar dalam membuat keputusan. Para penentang beliau akan dibunuh. Beliau telah melantik anak-anaknya mengisi jawatan-jawatan berpengaruh seperti Temenggung, Seri Perdana Menteri dan lain-lain manakala puterinya pula telah dikahwinkan dengan Sultan Ibrahim sehingga Sultan Johor berada di bawah pengaruhnya.

Tun Abdul Jamil adalah pemerintah de-facto ketika Sultan Mahmud Shah II menaiki takhta kerajaan Johor pada tahun 1685. Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang dipinggirkan telah mengetuai pemberontakan untuk merampas semula kedudukan sebenar Bendahara sebagai pembesar utama raja. Tun Abdul Jamil beserta keluarganya terpaksa melarikan diri ke Terengganu tetapi dipintas oleh orang-orang Bendahara dan beliau telah dibunuh bersama putera-puteranya.

Selepas kematian Laksamana Paduka Raja Tun Abdul Jamil, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid mendapat semula kedudukan asalnya sebagai ketua para pembesar dan pemangku kepada Sultan Mahmud Shah II yang masih kecil.


Pemberontakan Tun Habib Abdul Majid

Tun Abdul Jamil yang semakin berpengaruh dan masyhur telah meminggirkan ramai bangsawan dan pembesar dalam membuat sebarang keputusan. Beliau telah melantik anak-anak dan ahli keluarganya mengisi jawatan-jawatan penting dalam kerajaan Johor. Tindakan ini telah menimbulkan kemarahan Bendahara Tun Habib Abdul Majid dan pembesar-pembesar lain.

Tun Habib Abdul Majid yang dipinggirkan telah mengetuai pemberontakan untuk merampas semula kedudukan sebenar beliau sebagai pembesar utama. Pemberontakan secara mengejut menyebabkan Tun Abdul Jamil, ahli keluarga dan para pengikutnya terpaksa berundur dari Johor. Tun Habib Abdul Majid serta pengikutnya yang masih tidak berpuas hati terus mengejar pihak Tun Abdul Jamil hingga ke Terengganu.




Kematian Laksamana Tun Abdul Jamil

Ketika tiba di sebuah pantai di Terengganu, berlaku satu pertempuran hebat di antara pihak Tun Abdul Jamil dan Tun Habib Abdul Majid. Pihak Tun Abdul Jamil yang kehabisan peluru meriam terpaksa menggunakan wang syiling emas sebagai ganti peluru ketika berperang. Dalam pertempuran sengit itu yang berlaku pada tahun 1688, Tun Abdul Jamil dan keluarganya telah terbunuh. Berdasarkan peristiwa bersejarah yang penting di Terengganu pada 1688 inilah akhirnya tercipta sebuah lagu berjudul “Sayang Laksamana Mati Dibunuh”.

Selepas kematian beliau Tun Habib Abdul Majid berjaya mengambil kembali jawatannya sebagai Bendahara yang lebih kuat dan berpengaruh. Beliau meninggal dunia pada tahun 1697 di Padang Saujana, Kota Tinggi dan di makamkan di sana. Daripada jurai keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid inilah wujudnya salasilah Kesultanan Johor, Pahang dan Terengganu hingga ke hari ini.

Selain lagu “Sayang Laksamana Mati Dibunuh”, salah sebuah kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diabadikan sempena nama Tun Abdul Jamil iaitu Kapal Diraja (KD) Laksamana Tun Abdul Jamil sebagai menghargai sumbangannya di dalam sejarah kesultanan Melayu Johor.


Laksamana Tun Abdul Jamil Model Baru Politik Johor

WZWH fikir pemimpin UMNO Johor perlu ada kualiti kepimpinan politik, political will dan will power seperti Laksamana Tun Abdul Jamil.

Laksamana Tun Abdul Jamil boleh dijadikan model baru politik Johor.

Wednesday, February 24, 2016

Double Celebration: 40 Tahun Sultan Pahang Dan DS Najib Berkuasa

WZWH bersyukur kepada Allah hidup di era 'double celebration' dua orang manusia yang diberi oleh Allah maqam martabat kuasa menjadi Pemerintah dan Pemimpin memerintah dan mentadbir Pahang dan Malaysia.

WZWH akui turut mendapat tempias kenikmatan dan kebesaran hidup di era 'double celebration' oleh itu wajar untuk WZWH nukilkan tanda terima kasih dan pujian serta kesetiaan kepada dua orang pemimpin hebat ini.

Sempena 40 tahun (40+) Pemerintahan 40 Tahun KDYMM Tuanku Sultan Pahang bertaktha di Pahang Darul Makmur.

Sempena 40 tahun DS Najib berpolitik dan menjadi pemimpin Malaysia.

'Double Celebration' bagi rakyat Pahang terutamanya. 

Maka WZWH mempersembahkan posting keraian menyambut 'double celebration' tanda menjunjung kasih dan menghargai serta kesetiaan.


sultanpahang_nangis_L


Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menitiskan air mata ketika bertitah pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, sempena memuliakan sambutan 40 tahun Pemerintahan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, 10 Mei 2014.

Ini setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang V pada 7 Mei, 1974 oleh Paduka Adinda, Tengku Arif Bendahara Pahang, Tengku Ibrahim yang bertindak selaku Ketua Istiadat.

Paduka Ayahanda, Sultan Abu Bakar Ri ‘ayatuddin Al-Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah Shah telah mangkat pada hari yang sama, dalam usia 70 tahun (1907 – 1974) selepas memerintah negeri selama 42 tahun sejak 1932.

Dari tarikh pemasyhuran itu, berlangsunglah pemerintahan sepanjang empat dekad KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah, yang dengan keizinan Allah SWT juga, dapatlah negeri ini dibangunkan dengan penuh makmur dan rakyat-jelata Baginda dapat hidup dengan sejahtera.

Dan inilah juga yang telah merapatkan hubungan antara Baginda dengan rakyat-jelata Baginda, yang dimungkinkan pula dengan hubungan mesra dan langsung Baginda dengan pentadbiran negeri di bawah Kerajaan yang ada.




“Semoga Allah memberkati negeri Pahang Darul Makmur sepanjang zaman-berzaman,” Titah DiRaja Baginda.


“Sepanjang 40 tahun memerintah, Beta telah menyaksikan bagaimana peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi telah menyebabkan perubahan dalam banyak aspek kehidupan masyarakat. Cara dan gaya hidup masyarakat telah bertukar, sistem nilai juga berubah.


“Politik dan pentadbiran yang dahulunya mudah dan senang, kini menjadi lebih kompleks dan mencabar...begitu juga dengan masyarakat yang dahulunya merupakan kelompok manusia, mudah dan rapat, kini menjadi lebih besar, rencam dan sedikit longgar.


“Beta berasa sedikit gusar memerhatikan masa dan persekitaran telah berubah sehingga menukar sistem nilai yang dipegang kuat oleh masyarakat selama ini,”


“Beta juga melafazkan kata-kata hikmah ‘Raja dan Rakyat, Berpisah Tiada”, yang mempunyai erti dan implikasi yang sangat signifikan. Ia membawa erti Raja dan Rakyat wujud bersama-sama - Raja menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat, rakyat pula menumpukan taat-setia kepada Raja”.




DS Najib Tun Razak mengaminkan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh imam dari Mekah, Sheikh Dr. Idris Ismail Al-Misrafi (kanan) meraikan sambutan ulang tahun ke-40 Perdana Menteri dalam politik di Dewan Tun Razak 1, PWTC , Kuala Lumpur, 20 Februari 2015.




Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak (empat, kanan) bersama Timbalannya Dato' Seri Dr Zahid Hamidi (lima, kanan) menunaikan solat hajat pada majlis Solat Hajat dan Tahlil. Turut hadir Menteri Besar Pahang Dato' Seri Diraja Adnan Yaakob (tiga,kanan) di Masjid Sultan Ahmad Shah 21 Februari 2016.

MB Pahang sifatkan DS Najib pemimpin yang sukar ditandingi.

40 tahun dalam politik, DS Najib pemimpin terbilang. Pujian-pujian bagi DS Najib sila klik sini.




Ilustrasi lukisan dua orang menunggang kuda sambil berburu; Raja di depan dan Perdana Menteri mengikuti dari belakang.

Semasa pemerintahan di Korea era Raja Goryeo di bawah naungan Monggol Dinasti Yuan terdapat penyokong elit yang setia kepada Raja.

Demikian dialog antara Raja dengan rakyatnya:


Who is the best subject to the King?

One who becomes a great general and conquers Liao Dong (Putrajaya)

One who is skilled in martial arts and protects the King

One who is willing to die for the King

Monday, February 22, 2016

Peranan Dan Tanggungjawab AHLI MAJLIS PBT




















Pengetahuan tentang peranan dan tugas yang perlu dan boleh dimainkan oleh ahli majlis di dalam bidang perancangan dan pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah penting memandangkan perlantikan seseorang ahli majlis itu adalah bertujuan untuk membantu PBT di dalam membuat dasar, merancang dan mengawasi pelaksanaan program pembangunan di peringkat PBT.

Semua ahli majlis yang baru mengangkat sumpah agar mematuhi undang-undang dan tidak terlibat dalam sebarang kontroversi. Ia jelas menunjukkan betapa seriusnya gelagat negatif ahli majlis masa kini. 

Ahli-ahli majlis diharap memikul tanggungjawab dengan amanah dan jujur serta bekerja keras untuk memberikan perkhidmatan terbaik bagi memuaskan hati penduduk dan faham dengan peranan masing-masing dan dapat menjalankan tugas dengan lancar dan cemerlang. 

Adalah wajar rakyat perlu tahu tugas dan tanggungjawab ahli majlis di kawasan tempatan mereka kerana mereka beranggapan ahli majlis adalah penghubung antara rakyat dan PBT. 

Mereka mahukan ahli majlis lebih mengetengahkan masalah rakyat yang berkaitan dengan perkhidmatan dan pengurusan yang diberikan oleh PBT. 

Namun begitu, ahli majlis juga mempunyai had dan bidang kuasanya yang tersendiri. 

Rakyat perlu didedahkan dengan apakah sebenarnya peranan dan tanggungjawab ahli majlis agar semua pihak mendapat keadilan dan tanggapan yang saksama. 

Kekaburan tentang fungsi ahli majlis perlu diperjelaskan kerana rakyat sebagai pembayar cukai juga mempunyai hak untuk mengetahui. 

Ahli majlis memainkan peranan penghubung di dalam hubungan di antara kerajaan dengan rakyat melalui bentuk kerajaan ketiga iaitu Kerajaan Tempatan. 

Ahli majlis menjadi rujukan dan penyebar kepada dasar dan matlamat kerajaan, pengubahan dasar dan undang-undang yang bersesuaian untuk kepentingan dan kesejahteraan awam. 

Antara peranan dan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan ahli majlis adalah seperti berikut:- 

(a) Sebagai penyampai dan jurucakap PBT 

Penglibatan mereka adalah untuk mewakili kepentingan-kepentingan orang ramai dan masyarakat setempat. Mereka dianggap sebagai alat untuk menyampaikan kehendak orang ramai atau mendapat maklumbalas dari orang ramai terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh PBT dan yang bukan berasaskan perkhidmatan. Mereka juga bertindak selaku jurucakap dan jentera penerangan kepada PBT. 

Apabila sesuatu dasar atau tindakan yang melibatkan orang ramai hendak diambil adalah menjadi tanggungjawab ahli majlis memberi kefahaman dan penjelasan. Ini mungkin termasuk penjelasan mengenai pengutipan cukai, kesedaran menggunakan segala kemudahan sosial yang disediakan, sebab-sebab sesuatu perkhidmatan tidak dapat disediakan dengan lebih memuaskan dan lain-lain. 


(b) Membentuk dasar 

Biasanya dasar yang dibuat oleh PBT mestilah dikaitkan dengan kehendak dan matlamat dasar negara seluruhnya. Memandangkan dasar merangkumi aspek-aspek yang luas maka ianya memerlukan pengalaman dan pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu perkara yang hendak dijadikan dasar. Tujuannya bagi menjamin dasar yang dibentuk oleh PBT tidak banyak menimbulkan sungutan di kalangan orang ramai dan juga pihak kerajaan. Untuk mencapai tujuan ini, ahli majlis hendaklah tahu dasar kerajaan supaya dasar PBT tidak bercanggah dengan dasar kerajaan pusat dan negeri. 


(c) Menyemak kemajuan pengurusan pentadbiran PBT 

Ahli majlis hendaklah menentukan bahawa pengurusan pentadbiran berjalan mengikut prinsip-prinsip dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh PBT dan kerajaan. 

Ini termasuk:- 

  1. membahas dan meluluskan anggaran belanjawan. 
  2. mengambil kakitangan baru atau penambahan jawatan baru selaras dengan dasar Kerajaan. 
  3. kekesanan projek, perlanjutan atau penangguhan sesuatu projek yang didapati tidak sesuai. 
  4. peruntukan dibelanjakan mengikut keutamaan. 


d) Membuat dan meluluskan Undang-Undang Kecil 

Undang-Undang Kecil dibuat dengan tujuan untuk mengatasi pelbagai masalah seperti Undang-Undang Kecil mengenai mengkompaun kesalahan, iklan, tempat letak kereta, bayaran pelan, taman dan lain-lain. Undang-Undang Kecil ini dapat menentukan perihal dan peraturan atau tatacara sesuatu aktiviti itu ditadbirkan dengan cemerlang. 

Adalah menjadi tugas ahli majlis untuk mengadakan Undang-Undang Kecil ini supaya dapat dijadikan asas dan panduan oleh pihak pengurusan untuk bertindak dalam menyelesaikan sebarang masalah. 


Ahli majlis perlu memainkan peranan yang lebih aktif di dalam perancangan dan pembangunan PBT. 

Ahli majlis perlu mengambil bahagian secara langsung dalam aktiviti-aktiviti PBT terutamanya di dalam mesyuarat-mesyuarat dan kumpulan-kumpulan kerja. 

Penglibatan begini boleh dilakukan dengan menghadiri setiap kali mesyuarat Majlis Penuh (Full Council) diadakan. 

Ini kerana ianya sebagai organisasi PBT yang terpenting sekali. Perbincangan-perbincangan yang menghendaki semua ahli majlis menghadirinya tanpa ponteng adalah mengikut Seksyen 20 dan 21 Akta Kerajaan Tempatan 1976. 

Perbincangan ini merupakan mesyuarat biasa PBT yang mesti diadakan tidak kurang dari sekali sebulan. 

Ahli majlis juga dilantik menduduki mana-mana jawatankuasa bersama dengan lain-lain anggota yang dilantik. Ia melibatkan kerja-kerja perancangan dan polisi di peringkat awal. 

Keputusan-keputusan yang dicapai perlu dibawa kepada mesyuarat Majlis Penuh untuk diterima atau ditolak sebelum sebarang perakuan dilaksanakan oleh pihak pengurusan. 

Ahli majlis perlu memainkan peranan sebagai "pemeriksa" terhadap kuasa dan budi bicara Yang Di Pertua (YDP), pegawai dan kakitangan PBT dalam menjalankan tugas. 

Ianya penting untuk memastikan sistem yang ada tidak akan memberi ruang kepada perlakuan salah guna kuasa dan terdedah kepada rasuah, semasa membuat keputusan. 

Tujuannya memastikan etika perkhidmatan awam dapat dibudayakan secara berterusan. Ini disebabkan banyak perkara yang berlaku di dalam pengurusan PBT yang menimbulkan keraguan oleh rakyat dan secara umumnya tempias tiada ketelusan dan rasuah mengakibatkan imej ahli majlis terbabit sama. 

Penglibatan secara tidak langsung iaitu melalui pergaulan seharian untuk menerangkan kemajuan-kemajuan yang dicapai, masalah yang dihadapi, polisi-polisi dan sebagainya untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan orang ramai, adalah amat penting di dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab ahli majlis yang berwibawa. 

Ahli majlis tidak berupaya bertindak secara peribadi dan persendirian di atas satu-satu hal yang menjadi dasar atau polisi kepada sesuatu PBT melainkan melalui keputusan sesuatu mesyuarat. 

Jika ini berlaku, ia akan mengakibatkan kemarahan rakyat. Integriti yang tinggi perlu disemat sepanjang masa memegang jawatan ahli majlis. 

Setiap ahli majlis perlu memahami peranan dan tanggungjawabnya melalui pemahaman dan mendaulatkan perundangan. Kehendak perundangan mestilah dipatuhi untuk menjadi contoh kepada rakyat. 

Antara perundangan tersebut ialah Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta Perancang Bandar dan Desa, dan Undang-Undang Kecil PBT. 

Mungkin pihak pentadbiran PBT dapat membekalkan kepada ahli majlis naskah perundangan tersebut sebagai panduan dan pedoman sepanjang menjalankan tugas. Ini penting bagi memastikan ahli majlis bernilai dan dipandang mulia oleh pembayar cukai. 

Ahli majlis juga wajib mengetahui mengenai objektif penubuhan PBT serta keutamaan-keutamaan yang diperlihatkan. Ini adalah untuk menentukan bahawa tindakan ahli majlis adalah bersesuaian dan selari dengan semangat objektif dan matlamat yang sedia ada. 

Ahli majlis juga diwajibkan mengetahui objektif, matlamat dan dasar-dasar Kerajaan Pusat seperti Rancangan Malaysia Ke 11. Ini adalah penting untuk menentukan bahawa dalam sebarang tindakan yang dilakukan, kepentingan dasar negara perlu diutamakan. 

Ahli majlis juga mesti memahami matlamat dan rasional sesuatu tindakan yang diambil untuk mengelakkan sebarang percanggahan tindakan di antara ahli majlis dan PBT. 

Misalnya urusan penilaian semula harta hendaklah dianggap bukan semata-mata untuk mendapat hasil tetapi adalah untuk tujuan pendaftaran harta, mendapatkan jumlah nilaian harta kawasan dan kegunaan perancangan Majlis. 

Adalah menjadi harapan kepimpinan negara untuk melihat semua PBT memberikan perkhidmatan dan prestasi yang terbaik untuk menentukan kualiti hidup penduduk tempatan terkawal. 

Penglibatan yang jujur, ikhlas dan bersungguh-sungguh oleh ahli majlis sebagai pembuat dasar (policy makers) dan penasihat kepada PBT perlu ada pada setiap ahli majlis supaya kekesanan peranan ahli majlis dapat dilihat serta dapat menyumbangkan kepada pembangunan PBT. 

Walaupun peranan dan tanggungjawab ahli majlis dilihat agak berat untuk dilaksanakan kerana mereka berkhidmat mengikut sistem penggal, namun kecemerlangan perkhidmatan tidak boleh diukur dan dibatasi dengan faktor masa. 

Perkhidmatan cemerlang kepada komuniti akan tetap disanjung walaupun berkhidmat selama satu penggal. Ini kerana ahli majlis telah memperakui terima jawatan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri. 

Ahli Majlis PBT Perlu Faham Peranan Dan Tanggungjawab



Setiap individu yang dilantik menjadi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan perlu memainkan peranan sebagai penghubung antara kerajaan dan masyarakat, dalam usaha mencapai matlamat mensejahterakan rakyat.

Setiap ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga perlu memahami asas dan peranan PBT, untuk terus menjayakan dasar-dasar kerajaan dalam mensejahterakan rakyat.

Ahli Majlis PBT juga perlu bersama-sama masyarakat dengan mendengar dan mengutip isu-isu dan permasalahan masyarakat untuk tindakan selanjutnya.

Bagi memastikan matlamat tersebut, setiap ahli majlis PBT akan dibahagikan kepada beberapa zon untuk mereka menjalankan peranan sebagai ahli majlis, seterusnya berkongsi idea dan cadangan bagi sebarang penyelesaian sesuatu isu di kawasan zon bawah jagaan mereka.

Bagi merealisasikan matlamat itu juga, bengkel khusus perlu diadakan kepada ahli-ahli majlis PBT, untuk mereka memahami peranan mereka sebagai ahli majlis.

Setiap individu yang dilantik sebagai ahli majlis telah melepasi beberapa saringan dan tapisan, untuk melayakkan mereka sebagai ahli majlis yang bersih dan benar-benar mampu menjalankan tugas kepada masyarakat.

Sebagai pihak berkuasa tempatan, mempunyai pelbagai peranan dan fungsi untuk dilaksanakan iaitu sebagai pembekal perkhidmatan bandar, pihak berkuasa perancangan tempatan, pemangkin pembangunan sosial dan ekonomi, pengutip hasil cukai taksiran dan juga penguasa perbandaran.

Sememangnya tidak dapat dinafikan pelbagai isu dan masalah yang terpaksa dihadapi dalam melaksanakan fungsi-fungsinya. Diharap dengan kerjasama semua ahli-ahli majlis dan warga PBT, dapatlah merealisasikan visi untuk menjadikan PBT mampan, sejahtera dan progresif menjelang 2016. 

Ahli majlis perlu berganding bahu dan bekerja rapat dengan agensi-agensi kerajaan yang lain, termasuklah pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin-pemimpin masyarakat, jawatankuasa penduduk dan sebagainya, bagi mendapatkan pandangan dan kerjasama dalam membentuk pentadbiran yang lebih bertanggungjawab dan mesra rakyat. 

Untuk mewujudkan persekitaran yang harmoni dan lestari, pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang adalah menjadi faktor amat penting. Tugas dan tanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang tidak hanya kepada masalah gerai haram atau premis perniagaan tanpa lesen sahaja. Ianya adalah meliputi penguatkuasaan pelan pembangunan, isu alam sekitar dan hubungan sosial di kalangan penduduk. 

Setiap warga PBT perlu berusaha untuk meningkatkan tugas dan tanggungjawab masing-masing ke arah mutu penyampaian perkhidmatan yang lebih baik.

Sunday, February 21, 2016

Apa Rakyat Wajib Tahu Peranan Dan Tugas PBT?





Rakyat Malaysia tahu sangat Kerajaan Putrajaya dan Kerajaan Negeri tapi kurang tahu peranan dan tugas Kerajaan Tempatan PBT.

Bila rakyat tidak selesa dengan perkhidmatan dan delivery, rakyat suka menghukum Kerajaan tanpa mendesak PBT melalui Ahli Majlis PBT memberi perkhidmatan yang memuaskan hati rakyat.

Jika PBT mengurus dengan baik kawasan PBTnya dengan cekap dan berkesan nescaya KPI servis yang baik ini menaikkan reputasi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat.

Hari ini, kerajaan tempatan di Malaysia dikawal selia oleh kerajaan persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga kerajaan negeri melalui ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri @ EXCO yang memegang portfolio kerajaan tempatan.

Pegawai tertinggi di sesebuah kerajaan tempatan di Malaysia bergantung kepada status kerajaan tempatan itu. 

Bagi sebuah bandar raya, pegawai tertinggi itu digelar sebagai Datuk bandar. 

Bagi sebuah majlis perbandaran mahupun majlis daerah, pegawai itu dipanggil Yang Di-Pertua.

Pemegang jawatan ini, yang lazimnya datang daripada kalangan kakitangan kerajaan negeri, dilantik oleh ketua negeri (sultan atau gabenor) atas nasihat kerajaan negeri.

Kadangkala, bagi sesebuah kawasan luar bandar yang kurang membangun, Pegawai daerah turut dipilih memegang jawatan ini. 

Perkara ini telah mengakibatkan kekeliruan di kalangan orang awam terutamanya di kawasan yang baru dinaik taraf menjadi kawasan perbandaran. 

Tidak semua Pegawai daerah menganggotai sesebuah kerajaan tempatan, sebaliknya beliau merupakan pegawai tertinggi yang mewakili kerajaan negeri bagi seluruh daerah itu dan beliau tidak terlibat secara langsung dengan perjalanan sesebuah kerajaan tempatan.

Sistem kerajaan tempatan di Malaysia dijalankan berlandaskan prinsip ultra-vires (b. Latin untuk melangkaui kuasa) dan juga kecekapan umum (b. Inggeris: general competence).

Namun begitu, PBT telah diberikan kuasa yang luas di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. 

Peranan dan fungsi yang dimandatkan kepadanya bukan sahaja meliputi tugas-tugas wajib malah boleh menjalankan tugas menurut budi bicara mereka sendiri. 

Tugas-tugas wajib itu termasuk: 

  • pengumpulan sampah, 
  • penyengaraaan lampu-lampu jalan 
  • dan juga aktiviti-aktiviti berkaitan kesihatan awam. 

Fungsi budi bicara itu pula termasuklah peranan pembangunan seperti menyediakan kemudahan-kemudahan awam, taman-taman rekreasi, perumahan dan juga kegiatan-kegiatan perdagangan. 

Menurut Akta 171, PBT diserahkan peranan dan tugas-tugas berikut:

  • Kuasa perancang tempatan
  • Kuasa mengeluarkan lesen
  • Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu
  • Membina bangunan, perumahan dan unit-unit perdagangan (pasar, gerai-gerai dsb.)
  • Kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan menguruskan kawasan bandar
  • Mengurus dan mengawal lalulintas (termasuk mengurus sistem pengangkutan awam bandaran)
  • Kuasa untuk merancang dan menyediakan kemudahan-kemudahan awam

Secara amnya, tugas dan peranan PBT ini boleh dikategorikan kepada 4 perkara:

  1. Alam sekitar
  2. Orang awam
  3. Sosial 
  4. Pembangunan


Alam Sekitar

Tugas ini berkenaan penyenggaraan dan penambahbaikan kawasan persekitaran di bawah bidang kuasa mereka. Ia meliputi perkhidmatan-perkhidmatan seperti pembersihan, pengumpulan dan pembuangan sisa-sisa pejal, perparitan dan pembentungan yang sempurna selain program-program mengindahkan kawasan.


Orang awam

Peranan ini termasuklah perkhidmatan-perkhidmatan rumah penyembelihan, perkhidmatan veterinar, pengangkutan, kawasan-kawasan pengkebumian dan juga tempat membakar mayat.

Di samping itu, PBT turut bertanggungjawab menguruskan sistem kebersihan dan sisa pejal, membersihkan parit-parit dan jalan-jalan, malah menyenggara keseluruhan persekitaran di kawasannya. Pelesenan gerai-gerai jualan, peniaga-peniaga kecil-kecilan, pekedai dan pengusaha perniagaan yang secara lahiriahnya boleh mengganggu ketenteraman awam turut dipertanggungjawabkan kepada PBT.


Sosial

Beberapa kawasan perbandaran yang lebih besar dan membangun turut menyediakan kemudahan-kemudahan sosial seperti pusat penjagaan anak-anak, klinik-klinik di bawah program kesihatan mereka, ambulans dan juga kenderaan jenazah. Selain itu, mereka turut menyenggara air-air pancut, menyediakan pencahayaan jalan-jalan awam dan kemudahan-kemudahan lainnya serta menyediakan tenaga buruh manual dan membantu kerajan negeri atau pejabat-pejabat daerah dalam penganjuran kemudahan-kemudahan sosial secara ad hoc di peringkat negeri mahupun daerah.


Pembangunan

Peranan ini lebih menurut budi bicara PBT tersebut. Walaupun PBT dianggap sebagai alat penting dalam pemodenan sosio-ekonomi setempat, kekurangan sumber kewangan dan kemampuan fizikal mengekang takat dan fungsi yang boleh mereka sediakan. Dalam hal ini, majlis-majlis daerah selalunya menghadapi masalah.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024