Lagu 'Sayang Laksamana Mati Dibunuh' adalah merujuk kepada peristiwa Laksamana Tun Abdul Jamil mati terbunuh di pantai Kuala Terengganu pada tahun 1688 semasa bertempur dengan orang-orang Bendahara Tun Habib Abdul Majid Padang Saujana Johor.
Ilustrasi artis gambaran Dato’ Laksamana Paduka Raja Y.M. Sri Paduka Tun ‘Abdu’l Jamil.
Tidak perlu untuk WZWH ulas mengenai Dato' Onn Jaafar yang jadi Presiden UMNO kemudian meletak jawatan atas alasan great idea beliau tidak diterima untuk keahlian UMNO dibuka kepada bukan Melayu. Dato' Onn Jaafar berfikir terlalu advance melangkau masa depan.
Dato' Onn kemudian jadi pembangkang hingga Ketua Pembangkang di Dewan Parlimen. Tetapi tidak mengapa anak beliau Tun Hussein berjaya menjadi Perdana Menteri (1976-1981). Cucu beliau kini menjawat Naib Presiden UMNO.
Selepas itu UMNO Johor berharap kepada Tun Musa Hitam dan akhir sekali TS Muhyiddin Yassin walau masing-masing sudah pegang jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri tetapi kecundang berhenti setakat itu sahaja.
Tun Mahathir kata Tun Musa Hitam tidak sabar menunggu. Tun Mahathir pun kata DS Anwar Ibrahim pun tidak sabar menunggu. Tapi susah untuk percaya kredibiliti kenyataan Tun Mahathir sebab beliau juga kata Tun Abdullah dan DS Najib perlu berundur.
TS Muhyiddin tersangkut sebab terlalu percaya kepada cerita politik Tun Mahathir. Akibat itu beliau selalu mengkritik DS Najib secara terbuka. Diberi salam perpaduan oleh DS Najib walau telah dihukum pecat jawatan Timbalan Perdana Menteri namun TS Muhyiddin tetap membalun DS Najib akhirnya MKT UMNO buat keputusan gantung jawatan Timbalan Presiden UMNO.
Sedikit sebanyak orang UMNO Johor terluka dan kecewa. Tapi oleh kerana majoriti ahli UMNO Johor begitu setia kepada Presiden UMNO dan parti maka terpaksa menelan semua itu.
Walau ada pihak-pihak di Johor yang tidak puas hati dan suka memerli kepimpinan DS Najib secara kebudak-budakan.
Apa yang WZWH tulis memberi semangat kepada UMNO Johor ialah posting ini: Setelah Model Politik Dato Onn gagal, model Tun Musa Hitam gagal dan yang terbaru model TS Muhyiddin Yassin gagal maka apa model politik Johor lagi?
Model politik DS Hishamuddin Hussein? Itu terlalu awal.
UMNO Johor perlu ada tokoh yang berjiwa besar, strong will power dan political will untuk carry standard dan maruah politik Johor.
Lihat motto negeri Johor luaskan kuasamu. Bukan jadi ahli politik Johor yang kurangkan kuasa makin hari makin kurang dan akhirnya lemah.
Ini bukan tradisi politik Johor.
Biar WZWH persembahkan seorang tokoh klasik Johor yang boleh dibuat contoh dan rujukan serta sempadan kepada pemimpin-pemimpin UMNO politik Johor.
Orang Johor bangga dengan warisan tradisinya sejarah bangsa Johor tapi sayang tidak faham apa itu erti bangsa Johor.
Biar WZWH yang terangkan dengan mudah.
Siapakah Laksamana Tun Abdul Jamil?
Title penuhnya Dato’ Laksamana Paduka Raja Y.M. Sri Paduka Tun ‘Abdu’l Jamil bin Tun Muhammad.
Laksamana Tun Abdul Jamil anak sedara kepada Y.M. Tun Sayyid Ja’afar bin Tun Mat ‘Ali, Dato’ Pasir’ di-Raja, of Muar, Y.M. Sri Paduka Tun Pikrama Tun Habib ‘Abdu’l Majid bin Tun Mat ‘Ali, Dato’ Bendahara Sri Maharaja dan Puteri Bakal binti Maharaja Sri ‘di-Raja Mat ‘Ali.
Ini bererti Laksamana Tun Abdul Jamil adalah sepupu kepada Bendahara@ Sultan Abdul Jalil IV Riayat Shah Marhum Kuala Pahang dan Sultan Mahmud II Mangkat Dijulang.
Apa jasa-jasa Laksamana Tun Abdul Jamil?
Laksamana Tun Abdul Jamil merupakan seorang tokoh penting di zaman Kesultanan Johor dalam abad ke - 17 yang memainkan peranan besar dalam usaha merebut kembali kerajaan Melaka yang telah dijajah oleh Portugis pada 24 Ogos 1511. Kejayaan ini berjaya memulihkan semula kedudukan Johor sebagai kuasa ekonomi dan tentera di Selat Melaka.
Beliau juga berperanan menggalakkan orang Melayu bergiat dalam aktiviti perniagaan dan menjadikan Pelabuhan Johor sebagai pelabuhan termaju dengan berbagai prasarana kemudahan. Pada masa yang sama Tun Abdul Jamil melaksanakan sistem naungan untuk melindungi para pedagang Islam dari ancaman lanun dan musuh. Beliau menyekat monopoli penjajah Eropah dalam perdagangan di Alam Melayu.
Menyerang Portugis Di Melaka
Tun Abdul Jamil mengetuai angkatan perang Johor untuk menyerang Portugis di Melaka pada tahun 1606 dengan dibantu Belanda yang telah membuat perjanjian untuk sama-sama menyerang Portugis dan merampas kembali Melaka. Angkatan perang Johor terdiri dari 50 buah perahu dan 3,000 askar Melayu dengan dibantu oleh 11 buah kapal perang Belanda yang diketuai oleh Cornelis de Jonge Matelief. Pada 18 Mei 1606, pasukan gabungan Melaka – Belanda telah mengepung Melaka. Kemudiannya pada 17 Ogos 1606 berlaku pertempuran sengit dengan armada Portugis yang dibantu oleh 14 kapal perang. Dalam peperangan tersebut dua buah kapal perang Belanda telah karam di lautan. Ini menyebabkan Jonge Matelief mengundurkan angkatan perang Belanda ke Sungai Johor.
Ekoran pengunduran Belanda, pihak Tun Abdul Jamil yang tidak mampu bertahan di daratan terpaksa meninggalkan Melaka. Bagaimanapun pada tahun 1640 sekali lagi Tun Abdul Jamil mengetuai angkatan perang terdiri dari 40 perahu perang dan 1,500 tentera serta turut dibantu Belanda telah menyerang Portugis di Melaka. Pada bulan Ogos 1640 mereka mengepung Melaka dan akhirnya berjaya mengalahkan Portugis pada Januari 1641.
Perang Johor Jambi
Pada tahun 1666 Jambi telah muncul sebuah kerajaan yang kuat ingin membebaskan diri dari cengkaman jajahan Johor. Oleh itu beberapa siri peperangan meletus antara Johor dan Jambi. Dalam peperangan itu Jambi berjaya menawan Batu Sawar, ibu negeri Johor. Bendahara Johor, Tun Habib Abdul Majid turut ditawan oleh Jambi. Ketiadaan Tun Habib Abdul Majid menyebabkan kuasa Bendahara diambil alih oleh Tun Abdul Jamil.
Sekitar tahun 1679 Laksamana Tun Abdul Jamil yang dibantu oleh Orang Laut dan Bugis telah berjaya menewaskan Jambi sekaligus memaksa kerajaan itu tunduk kepada kekuasaan Johor. Sultan Ibrahim yang berbangga dengan kejayaan beliau mengembalikan maruah Johor telah menganugerahkan gelaran Paduka Raja kepada Tun Abdul Jamil. Dengan anugerah ini Tun Abdul Jamil amat berkuasa dalam pemerintahan kerajaan Johor. Beliau berjaya memulihkan semula kedudukan Johor sebagai kuasa ekonomi dan tentera di Selat Melaka. Pelabuhan Johor menjadi pelabuhan yang maju dengan cukai berpatutan berjaya menyekat monopoli penjajah Eropah dalam perdagangan di Alam Melayu.
Tun Abdul Jamil Sebagai Laksamana ( Bendahara De-Facto)
Laksamana Tun Abdul Jamil dilantik sebagai Laksamana Johor, dengan kuasa sebagai penasihat, pentadbir dan pemangku raja yang selama ini dipegang Bendahara. Sejak pemergian Tun Sri Lanang ke Aceh selepas dilantik sebagai pembesar di sana, pengaruh Bendahara dalam kerajaan Johor telah berkurangan dan peranannya sebagai penghulu pembesar kerajaan dipinggirkan. Faktor utama keluarga Bendahara dipinggirkan kerana Bendahara Tun Seri Lanang pernah berselisih pendapat dengan Sultan Johor berkenaan kerjasama dengan Portugis dalam menghadapi Aceh.
Laksamana Paduka Raja telah menasihati Sultan Ibrahim Shah supaya memindahkan pusat pemerintahan kerajaan Johor ke Kepulauan Riau dan beliau telah berjaya memajukan pelabuhan Riau untuk menyaingi pelabuhan Melaka yang telah ditakluki Belanda. Ketika pengaruh Laksamana Paduka Raja semakin berkembang, beliau telah meminggirkan banyak bangsawan dan pembesar dalam membuat keputusan. Para penentang beliau akan dibunuh. Beliau telah melantik anak-anaknya mengisi jawatan-jawatan berpengaruh seperti Temenggung, Seri Perdana Menteri dan lain-lain manakala puterinya pula telah dikahwinkan dengan Sultan Ibrahim sehingga Sultan Johor berada di bawah pengaruhnya.
Tun Abdul Jamil adalah pemerintah de-facto ketika Sultan Mahmud Shah II menaiki takhta kerajaan Johor pada tahun 1685. Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang dipinggirkan telah mengetuai pemberontakan untuk merampas semula kedudukan sebenar Bendahara sebagai pembesar utama raja. Tun Abdul Jamil beserta keluarganya terpaksa melarikan diri ke Terengganu tetapi dipintas oleh orang-orang Bendahara dan beliau telah dibunuh bersama putera-puteranya.
Selepas kematian Laksamana Paduka Raja Tun Abdul Jamil, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid mendapat semula kedudukan asalnya sebagai ketua para pembesar dan pemangku kepada Sultan Mahmud Shah II yang masih kecil.
Pemberontakan Tun Habib Abdul Majid
Tun Abdul Jamil yang semakin berpengaruh dan masyhur telah meminggirkan ramai bangsawan dan pembesar dalam membuat sebarang keputusan. Beliau telah melantik anak-anak dan ahli keluarganya mengisi jawatan-jawatan penting dalam kerajaan Johor. Tindakan ini telah menimbulkan kemarahan Bendahara Tun Habib Abdul Majid dan pembesar-pembesar lain.
Tun Habib Abdul Majid yang dipinggirkan telah mengetuai pemberontakan untuk merampas semula kedudukan sebenar beliau sebagai pembesar utama. Pemberontakan secara mengejut menyebabkan Tun Abdul Jamil, ahli keluarga dan para pengikutnya terpaksa berundur dari Johor. Tun Habib Abdul Majid serta pengikutnya yang masih tidak berpuas hati terus mengejar pihak Tun Abdul Jamil hingga ke Terengganu.
Kematian Laksamana Tun Abdul Jamil
Ketika tiba di sebuah pantai di Terengganu, berlaku satu pertempuran hebat di antara pihak Tun Abdul Jamil dan Tun Habib Abdul Majid. Pihak Tun Abdul Jamil yang kehabisan peluru meriam terpaksa menggunakan wang syiling emas sebagai ganti peluru ketika berperang. Dalam pertempuran sengit itu yang berlaku pada tahun 1688, Tun Abdul Jamil dan keluarganya telah terbunuh. Berdasarkan peristiwa bersejarah yang penting di Terengganu pada 1688 inilah akhirnya tercipta sebuah lagu berjudul “Sayang Laksamana Mati Dibunuh”.
Selepas kematian beliau Tun Habib Abdul Majid berjaya mengambil kembali jawatannya sebagai Bendahara yang lebih kuat dan berpengaruh. Beliau meninggal dunia pada tahun 1697 di Padang Saujana, Kota Tinggi dan di makamkan di sana. Daripada jurai keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid inilah wujudnya salasilah Kesultanan Johor, Pahang dan Terengganu hingga ke hari ini.
Selain lagu “Sayang Laksamana Mati Dibunuh”, salah sebuah kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diabadikan sempena nama Tun Abdul Jamil iaitu Kapal Diraja (KD) Laksamana Tun Abdul Jamil sebagai menghargai sumbangannya di dalam sejarah kesultanan Melayu Johor.
Laksamana Tun Abdul Jamil Model Baru Politik Johor
WZWH fikir pemimpin UMNO Johor perlu ada kualiti kepimpinan politik, political will dan will power seperti Laksamana Tun Abdul Jamil.
Laksamana Tun Abdul Jamil boleh dijadikan model baru politik Johor.
7 comments:
Panjangnya..........KIHKIHKIH.
Ada ke generasi Y nak baca........?????
Apa pun, this is a good reference for me.
I nak tulis novel berlatar belakangkan zaman ni.
Only I don't know where to start.
Mungkin nak mula dengan watak Tengku Tengah yang kawen dengan
Daeng Marewah untuk menghalau Raja Kecil dari Siak yang membunuh
bapanya Tun Habib Abdul Jalil, ketika baginda sedang sujud.
Apa pun bagi saya WZWH, setiap pemimpin ada jasanya, tak payah kita
memperkecilkan mereka. Jatuh bangun mereka juga boleh dijadikan
teladan. Sejahat-jahat Tun M, dia letak sendiri jawatan sendiri bila
sedar, kepimpinannya mula diragui. Tak macam Najib ni, LIAT
sungguh. Mungkin dia nak dijatuhkan dengan cara yang paling hina
dalam PRU14 nanti.
Btw WZWH, orang Johor bukan kagum dengna Najib.
Mereka juga tak benci Tan Sri Mahyidin seperti yang anda harapkan.
Bendera dah mula dipasang terbalik,kan di beberapa tempat di Johor.
Kita tengoklah, how far this will go.....KIHKIHKIH
Apa pun, orang Johor lebih kagum kepada kerabat di raja mereka.
Fikir-fikirkanlah apa pengaruh Sultan atau TMJ kalau mereka
kata jangan pangkah NAJIB.
Tapi, awak jangan risaulah benda ni boleh berlaku sebab Najib dah
jual tanah TRIX kat syarikat di bawah Iskandar Malaysia.
Mungkin Najib akan luluskan juga pembangunan bandar yang Sultan
nak bina for rakyat PRC di tanah yang ditambak di Selat Teberau.
Awak mungkin kagum dengan Najib, tapi saya tak anggap Najib ni macam Laksmana Tun Abdul Jamil.
Jauh panggang dari api.
Tun Abdul Jamil tak curi duit rakyat dan suruh rakyat bayar
balik melalui GST.............HAHAHA.
Salam Cik Minah,
TQ ambil masa baca blog WZWH.
Cik Minah boleh tulis novel start dari Tengku Kamariah anak Bendahara Tun Habib Abdul Jalil yang demoted dari Sultan setelah Raja Kecil ambil alih Sultan. Raja Kecil ambil Raja Kamariah jadi isteri. Ya Raja Kecil yang hantar Laksamana Nakhoda Sekam bunuh Bendahara @ Sultan Abdul Jalil IV Riayat Syah di Kuala Pahang. Terbunuh bersama-sama anakandanya Tun Hamid.
Najib liat sungguh sebab dia kuat. Skil politik Najib tinggi. Selama 22 tahun Tun M jadi PM, Najib belajar dengan Tun M. Najib sudah sampai stage he can walk on water and fly over mountain. Orang Melayu lebih suka pemimpin yang hebat macam ini. Orang Melayu tidak suka pemimpin yang lemah.
Selain Muhyiddin Yasin, Najib ada groom ramai lagi pemimpin Johor. Rakyat Johor akhir nanti boleh terima rasional Najib. Anyway Najib is half son of Johor. Bonda dia orang Johor apa.
Bukan sahaja tanah TRX, Bandar Malaysia terlibat dengan syarikat di bawah Iskandar Malaysia, Pembangunan Projek Forest City ada banyak lagi projek besar seperti Highspeed Rail KL-JB-Singapore, Projek jalan tepi pantai dsb.
Cik Minah, ada 170 negara yang guna dan apply GST. Akhir ini negara Arab pun mahu ikut. Adakah Najib dan 170 pemimpin dunia dari Presiden, Perdana Menteri, Raja itu semua curi duit rakyat melalui GST?
Cik Minah. ya WZWH akui....WZWH mengkagumi Najib!
Thanks for replying, Datok.
Yeh, boleh stat from Tengku Kamariah - boleh jadi a romantic NOVEL.
Dewan Bahasa gelar 'Novel Popular'.
Raja Kecil sangat cinta kat Tengku Kamariah sampai bila TK meninggal, dia tidur baring di kuburnya sehinggalah dia pun meninggal. Memang payah nak dapat lelaki setia macam ni.Tapi, kisah romantik ni berakhir di Siak saja.
Keturunan mereka tak segah keturunan Tengku Tengah & Daeng Marewah yang
berkembang sampai menjadi pemerintah Johor sekarang.
Lagipun Cuma, kalau tulis novel popular, tak dapatlah aku dicalonkan Hadiah Sastera Dewan Bahasa.........HEHEHE.
Hadiah Sastera JOHOR pun dah dihapuskan.
Apa nak buat - sekali air bah, pantai pun berubah.
Khalid Nordin tak hargai mata pena sastrawan macma Ghani.
Sebab tu saya terhenti tulis novel ni.
Saya tulis untuk HADIAH NOVEL SEJARAH, JOHOR.
Apa pun WZWH, yang masih setia dengan umno cuma mak bapak kami saja.
Arwah bapa saya sempat tinggal wasiat kat mak saya, mesti pangkah umno....HAHAHA.
Tapi, mak saya dan geng WANITA UMNO seangkatannya sudah terbaring di katil. Ramai yang sudah pergi menyambut seruan ilahi. Mak saya dah tak ingat apa-apa lagi, jadi toksahlah harapkan dia lagi. Anak-anaknya pun dia dah lupa, inikan pula lambang dacing!!!
Maaflah WZWH - saya tak kagum Penyamun Bugis.
Dahlah penyamun, penakut pulak.
Memang sah takda telor.
Tidor seorang pun takut, so I am not surprised dia takutkan bini!!!!!!
Ini bodigad dia yang cerita, taw. Bukan Fitnah.
Nothign about him yang buat saya KAGUM.
Dia bukan wira Bugis di zaman Daeng Marewah lima bersaudara mengharungi lautan, mengembangkan pengaruh. Nak layarkan kapal pun dia tak tahu.
Ada ke sauh dilabuhkan, layar di kembangkan.......KAHKAHKAH
Tak sanggup aku mati dalam kapal yang penuh muatan HARAM.
Pada kami Rezeki itu Allah yang tentukan, bukan umno.....HEHEHE.
Aduhai cik minah sampai dalam kelambu najib pun kau tahu ya hebat benar tu.Kalau dah sampai ketahap itu setiap rongga pemikiran anda sudah pasti diresapi dan dikuasai persepsi.Kebenaran tidak akan ditemui lagi.Apa yang nampak Najib ialah sejahat-jahat manusia malah sebodoh-bodohnya.Bagi saya itulah sebenar hukuman yang biasa diterima oleh seorang pemimpin seperti Najib sebagaimana shahnom menghasilkan novel shit untuk menggambarkan kebencian terhadap Tun M sedikit masa lalu.Apa yang penting Najib sudah menjalankan tugas yang baik dalam mentadbir negara.Najib tidak takut untuk membuat keputusan yang tidak popular.Isu 1mdb dan 2.6billion dihadapi najib dengan tenang walaupun diasak bertubi-tubi dan dalam masa yang sama beberapa keputusan penting masih mampu dihasilkan.Najib berani laksanakan GST disaat parti dalam keadaan kritikal kerana dia tahu ini lah sistem cukai yang terbaik didunia.Hasilnya ia sekurang-kurang nya dapat menampung kejatuhan harga minyak masa ini.Kredit kepada Najib ekonomi negara terus berkembang walaupun ekonomi dunia berada dalam ketidak tentuan malahan ketika Najib sendiri sedang diasak dengan begitu ganas dari luar dan dalam.Tiada pemimpim politik Malaysia yang dilayan sedemikaian rupa oleh lawan dan kawan melainkan Najib.Sejarah akan menulis bahawa Najib adalah seorang pemimpim yang hebat walaupun ia bukanlah lima bugis bersaudara yang berani mengharungi lautan tapi yang pasti Najib dalam kelas tersendiri yang tidak mampu ditandingi oleh mana2 tokoh2 politik yang ada di Malaysia dewasa ini.Pemimpim yang tidak beretorik seperti Najib adalah ciri penting dalam memimpim Malaysia menghadapi cabaran dunia yang penuh bergelora.Kalah menang pilihanraya bukan berada ditangan warga yang kepala dan hatinya diselimuti ribuan persepsi tapi oleh Allah taala jua adanya...hahaha
Salam En Anon 11.40PM.
Apala awak ni, nama je penyokong umno, tapi tak baca UTUSAN MALAYSIA.
Saya dapat cerita ni kat Utusanla En.Anon - time menyambut 40 tahun
si bijan berpolitik. Utusan interview semua orang, nak naikkan
rating bijan - antaranya, bekas bodigad keluarga Tun Razak yang
sekarang dah berusia 73 tahun.
Namanya Datok Idris Shaari Mat Aris.
Dia nilah yang cerita, si bijan PENAKUT......kihkihkih.
Tidor seorang pun takut, dia kena temankan.
Bijan atas katil, poor bodigad kena tidur atas lantai.
Kalau ko nak tahu lebih lanjut, tanyalah dia.
Rasanya dia ni pun orang Pahang.
Hahaha...lain kali jangan pakai terkam saja, ye Anon.
Baca betol-betol, baru jawab.
Bijan ni dulu, kata bodigad Datok Idris , tak reti cakap Melayu.
Baca teks ucapan pun pelat dan terangkak-rangkak.
Tok deris sendiri pun malu, terus semunyi dalam keta.
Maknanya, didikan si Bijan ni tak betul.
Kecik-kecik dah dihantar ke UK, duduk asrama orang putih.
Macam mana nak ada jiwa Melayu....????
Kalau dah baca teks ucapan bahasa Melayu terangkak-rangkak, tulisan
jawi jauh sekali. Macam mana nak solat dan baca Quran....???
This shows that, pegangan agama si bijan tak kuat, sebab tu berani
curi duit orang sampai 4 billion.
Kalau ada iman di dada, takkan berani buat benda-benda macam ni.
Aku jumpa duit 10 sen kat pasar pun tak berani nak amik.
Dahlah tak beriman, bodoh pulak tu.
Ada hati nak meniaga.
Meniaga buluh kasap, sama macam Melayu-melayu lain.
Modal takda, pinjam bank berbillion.
Memanglah lingkup.
Orang macam ni nak jadi pemimpin negara.
Cukuplah sepenggal setengah.
Kami dah belajar dari kesilapan.
Terima kasih - bye-bye.
Tahniah atas penulisan yang mengangkat kisah dan sejarah Dato Paduka Laksamana Tun Abdul Jamil dan sumbangan beliau ke atas negeri Johor.Dan sebenarnya ada cerita yang mengatakan bahawa pembunuhan DLTAJ selain bermotifkan dendam BTHAM kerana dipinggirkan dalam pentadbiran kerajaan negeri Johor pada masa itu ,adalah kerana faktor pewarisan takhta kerajaan johor oleh DLTAJ dan warisnya.
Walaupun dikatakan BTHAM telah membunuh DLTAJ dan putera dan puterinya tetapi sebenarnya masih ada waris keturunan DLTAM yang masih tersisa dan selamat dalam peristiwa tersebut.
Simon Low Kok Meng ialah Datuk Yip Kum Fook adik ipar dan CID, kerana membawa maklumat berita kepada keluarga datuk Yip, kena berhati-hati dengan mereka, selalu mendatangkan masalah kepada orang kepong dan Taman Desa Jaya, Kepong, sekarang ramai yang tahu tentang apa yang mereka lakukan
Semua perkara yang mereka lakukan seperti membakar Kuil Hindu (Taman Daya) dan mengeluarkan sami-sami Buddha dari Samnak Sambodhi atau kuil Buddha di Taman Desa jaya, kepong...juga MCA runtuh kerana mereka juga, mereka mendapat kuasa untuk mendapatkan wang dan untuk mereka berniaga
Cina, India, Melayu dan lain-lain perlu berhati-hati yang tinggal di Kepong, kerana golongan ini boleh melakukan sesuatu kepada semua orang. Datuk Yip Kum Fook ialah seorang peguam (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) No 2A & 2B, Tingkat 2, Jalan 53, Desa Jaya Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan... tetapi ada orang atau kawan-kawannya berkata, Datuk Yip Kum Fook bukan peguam sebenar, kerana Datuk Yip membeli sijil dari beberapa institut undang-undang di UK sahaja
Kami berharap kini presiden Malaysia (Datuk Seri Anwar) akan menyemak Datuk Yip Kum Fook kerana banyak komen dan posting di internet, dan ramai orang mengesyaki melakukan projek haram dan kesilapan undang-undang di Malaysia
Perkongsian dan siaran oleh Encik Chong dan keluarga, Kepong
Thank you very much to Mr. Chong for the announcement that always causes problems in Taman Desa Jaya, Kepong, We have had Hindus in Desa Jaya for a long time, many years to find those who burned our Temple in Taman Daya, Kepong .....
SRI MAHA MARUTHUVA KALIYAMMAN TAMAN DESA, KUALA LUMPUR
Post a Comment