Sunday, February 21, 2016

Apa Rakyat Wajib Tahu Peranan Dan Tugas PBT?





Rakyat Malaysia tahu sangat Kerajaan Putrajaya dan Kerajaan Negeri tapi kurang tahu peranan dan tugas Kerajaan Tempatan PBT.

Bila rakyat tidak selesa dengan perkhidmatan dan delivery, rakyat suka menghukum Kerajaan tanpa mendesak PBT melalui Ahli Majlis PBT memberi perkhidmatan yang memuaskan hati rakyat.

Jika PBT mengurus dengan baik kawasan PBTnya dengan cekap dan berkesan nescaya KPI servis yang baik ini menaikkan reputasi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat.

Hari ini, kerajaan tempatan di Malaysia dikawal selia oleh kerajaan persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga kerajaan negeri melalui ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri @ EXCO yang memegang portfolio kerajaan tempatan.

Pegawai tertinggi di sesebuah kerajaan tempatan di Malaysia bergantung kepada status kerajaan tempatan itu. 

Bagi sebuah bandar raya, pegawai tertinggi itu digelar sebagai Datuk bandar. 

Bagi sebuah majlis perbandaran mahupun majlis daerah, pegawai itu dipanggil Yang Di-Pertua.

Pemegang jawatan ini, yang lazimnya datang daripada kalangan kakitangan kerajaan negeri, dilantik oleh ketua negeri (sultan atau gabenor) atas nasihat kerajaan negeri.

Kadangkala, bagi sesebuah kawasan luar bandar yang kurang membangun, Pegawai daerah turut dipilih memegang jawatan ini. 

Perkara ini telah mengakibatkan kekeliruan di kalangan orang awam terutamanya di kawasan yang baru dinaik taraf menjadi kawasan perbandaran. 

Tidak semua Pegawai daerah menganggotai sesebuah kerajaan tempatan, sebaliknya beliau merupakan pegawai tertinggi yang mewakili kerajaan negeri bagi seluruh daerah itu dan beliau tidak terlibat secara langsung dengan perjalanan sesebuah kerajaan tempatan.

Sistem kerajaan tempatan di Malaysia dijalankan berlandaskan prinsip ultra-vires (b. Latin untuk melangkaui kuasa) dan juga kecekapan umum (b. Inggeris: general competence).

Namun begitu, PBT telah diberikan kuasa yang luas di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. 

Peranan dan fungsi yang dimandatkan kepadanya bukan sahaja meliputi tugas-tugas wajib malah boleh menjalankan tugas menurut budi bicara mereka sendiri. 

Tugas-tugas wajib itu termasuk: 

  • pengumpulan sampah, 
  • penyengaraaan lampu-lampu jalan 
  • dan juga aktiviti-aktiviti berkaitan kesihatan awam. 

Fungsi budi bicara itu pula termasuklah peranan pembangunan seperti menyediakan kemudahan-kemudahan awam, taman-taman rekreasi, perumahan dan juga kegiatan-kegiatan perdagangan. 

Menurut Akta 171, PBT diserahkan peranan dan tugas-tugas berikut:

  • Kuasa perancang tempatan
  • Kuasa mengeluarkan lesen
  • Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu
  • Membina bangunan, perumahan dan unit-unit perdagangan (pasar, gerai-gerai dsb.)
  • Kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan menguruskan kawasan bandar
  • Mengurus dan mengawal lalulintas (termasuk mengurus sistem pengangkutan awam bandaran)
  • Kuasa untuk merancang dan menyediakan kemudahan-kemudahan awam

Secara amnya, tugas dan peranan PBT ini boleh dikategorikan kepada 4 perkara:

  1. Alam sekitar
  2. Orang awam
  3. Sosial 
  4. Pembangunan


Alam Sekitar

Tugas ini berkenaan penyenggaraan dan penambahbaikan kawasan persekitaran di bawah bidang kuasa mereka. Ia meliputi perkhidmatan-perkhidmatan seperti pembersihan, pengumpulan dan pembuangan sisa-sisa pejal, perparitan dan pembentungan yang sempurna selain program-program mengindahkan kawasan.


Orang awam

Peranan ini termasuklah perkhidmatan-perkhidmatan rumah penyembelihan, perkhidmatan veterinar, pengangkutan, kawasan-kawasan pengkebumian dan juga tempat membakar mayat.

Di samping itu, PBT turut bertanggungjawab menguruskan sistem kebersihan dan sisa pejal, membersihkan parit-parit dan jalan-jalan, malah menyenggara keseluruhan persekitaran di kawasannya. Pelesenan gerai-gerai jualan, peniaga-peniaga kecil-kecilan, pekedai dan pengusaha perniagaan yang secara lahiriahnya boleh mengganggu ketenteraman awam turut dipertanggungjawabkan kepada PBT.


Sosial

Beberapa kawasan perbandaran yang lebih besar dan membangun turut menyediakan kemudahan-kemudahan sosial seperti pusat penjagaan anak-anak, klinik-klinik di bawah program kesihatan mereka, ambulans dan juga kenderaan jenazah. Selain itu, mereka turut menyenggara air-air pancut, menyediakan pencahayaan jalan-jalan awam dan kemudahan-kemudahan lainnya serta menyediakan tenaga buruh manual dan membantu kerajan negeri atau pejabat-pejabat daerah dalam penganjuran kemudahan-kemudahan sosial secara ad hoc di peringkat negeri mahupun daerah.


Pembangunan

Peranan ini lebih menurut budi bicara PBT tersebut. Walaupun PBT dianggap sebagai alat penting dalam pemodenan sosio-ekonomi setempat, kekurangan sumber kewangan dan kemampuan fizikal mengekang takat dan fungsi yang boleh mereka sediakan. Dalam hal ini, majlis-majlis daerah selalunya menghadapi masalah.

3 comments:

lanut said...

y2y49h8p09 u5u30g5l45 m4s44j3i13 s0l94g4t07 w9g91c6f57 h5x30u4k76

sleigh said...

replica gucci bags v67 n8r28i0f66 high quality replica bags o56 c7y35j9e93 best replica bags online d25 e4v17c7g50

Anonymous said...

Datuk Yip Kum Fook membeli peguam bertauliah untuk bermain politik dan membuka pejabat guaman di Taman Desa Jaya (Berhampiran May Bank), Kepong, juga ramai yang ditipu olehnya, dan kini ramai yang tahu dia bukan peguam sebenar, dan Simon Low Kok Meng merupakan bantuan beliau dan Simon Low untuk mencari pelanggan untuk Datuk Yip Kum Fook

Kita mesti bersama-sama menghapuskan orang-orang jahat ini dan kita boikot mereka, jika ada orang yang bertemu dengan mereka, jangan bergaul dengan mereka, orang-orang di hadapan kita ini sangat baik tetapi di belakang kita, mereka menjadi syaitan yang jahat.

Datuk Yip Kum Fook banyak berjasa kepada orang, dia juga menipu saudaranya, dia bukan orang dan dia adalah hantu kerana dia mempunyai banyak musuh dalam hidupnya, dan sekarang dia tidak mempunyai kawan.

Olih Mah Pik Min, Taman Desa Jaya, Kepong

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...