Raden Wijaya pengasas dan raja pertama Majapahit (1293-1309) berjaya mengalahkan pencerobohan Monggol (Kublai Khan) di Jawa dengan strategi perang yang licik.
Pendiri Majapahit, Raden Wijaya, adalah seorang muslim. Hal ini kerana Raden Wijaya merupakan cucu dari Raja Sunda, Prabu Guru Dharmasiksa yang sekaligus juga ulama Islam Pasundan yang mengajarkan hidup prihatin layaknya ajaran-ajaran sufi, sedangkan neneknya adalah seorang muslimah, keturunan dari penguasa Sriwijaya.
Meskipun bergelar Kertarajasa Jayawardhana yang sangat bernuasa Hindu kerana menggunakan bahasa Sanskerta, tetapi bukan lantas menjadi justifikasi bahwa beliau adalah seorang penganut Hindu.
Keturunan Raden Wijaya yang berpotensi memimpin Malaysia iaitu YAB Dato' Sri Dr Raden Ahmad Zahid bin Raden Hamidi Timbalan Perdana Menteri bersama Walikota Jogjakarta.
Raden Wijaya adalah cuit kepada Ken Arok, raja pertama Singhasari (1222-1227).
Raden Wijaya juga menantu kepada Kertanegara, raja Singhasari terakhir, yang merupakan sepupu ibunya.
Pada tahun 1289, Kublai Khan (Kekaisaran Mongol Maharaja Dinasti Yuan China) mengirim utusan ke Singasari untuk meminta ufti, namun ditolak dan dihina oleh Kertanagara. Sementara itu, di dalam negeri, Jayakatwang memberontak terhadap Singasari.
Kertanagara meninggal dalam serangan Jayakatwang pada tahun 1292. Raden Wijaya berhasil melarikan diri ke Sumenep, (Madura) menemui Raja Sumenep, Arya Wiraraja. Oleh Arya Wiraraja dinasihati agar menghadap penguasa baru Singasari Jayakatwang. Saran ini sebenarnya siasah belaka, agar Raden Wijaya tidak menjadi buruan.
Atas anjuran Arya Wiraraja inilah, Raden Wijaya berpura-pura tunduk kepada Jayakatwang. Atas penyerahan dirinya, Jayakatwang memberikan hadiah sebuah daerah untuk tempat dirinya berdiam.
Jayakatwang yang tidak berprasangka apa-apa mengabulkan permintaan Raden Wijaya. Sang Raden diizinkan membuka hutan Tarik. Dengan bantuan sisa-sisa tenteranya dan pasukan Madura, ia membersihkan hutan itu sehingga dapat didiami.
Pada saat-saat itu, seorang tentera yang haus mencuba memakan buah maja yang banyak terdapat pada tempat itu dan menemukan bahawa ternyata rasanya pahit. Sejak itu, daerah tersebut diberi nama "Majapahit".
Pada bulan November 1292, pasukan Mongol mendarat di Tuban dengan tujuan membalas perlakuan Kertanagara atas utusan Mongol. Namun, Kertanegara telah meninggal. Raden Wijaya memanfaatkan peluang itu untuk bersekutu dengan Mongol untuk menyerang Singhasari yang kini dikuasai Jayakatwang.
Setelah kekuatan Jayakatwang dihancurkan, tahun 1293 Raden Wijaya sebaliknya menyerang pasukan Mongol, dan akhirnya tentera Mongol terpaksa berundur dari tanah Jawa.
Raden Wijaya kemudian mendirikan Kerajaan Majapahit bergelar Kertarajasa Jayawardhana, yang pusat istananya di daerah Trowulan.
Hanya Raden Wijaya Raja Jawa yang berani mencabar dan mengalahkan Empayar Mongol di Asia.
4 comments:
Tidak salah kita mengenang akan ke jaguhan datuk nenk moyang kita membina empayar. Kita sebagai anak cucu mereka mestilah menanam tekad untuk lebih berjaya dari mereka TETAPI jangan pulak kita menikam kawan dari belakang untuk mencapai cita2 kita. Kelak kejayaan yang dicapai itu hanyalah satu kejayaan kosong dan tidak dapat dipertahankan.....
Kertanegara ialah Raja yang mencabar Kublai Khan bila dia potong hidung utusan Kublai Khan. Tentu dia menyedari akan ada tindak balas diserang dan Singahsari dihancurkan oleh Kublai Khan. Kenapa dia berani perlu dikaji keberanian atuk nenek moyang nya yang mengepalai Kerajaan Sailendra (Singahsari) kesinambungan dan sekutu Kerajaan Sriwijaya. Bukan sahaja Majapahit, bahkan Kerajaan Singahsari, Kerajaan Sriwijaya pun mampu mengalahkan Monggol kerana kekuatan Monggol adalah pada Pasukan Berkudanya yang bergeak cepat dan pantas (Rapid deployment Force)dan kelebihan ini tidak terpakai di Bumi Nusantara. Atas faktor yang sama Kublai Khan pun kantoi di Jepun ditibai Samurai.
Cuma nak kata sikitlah. Ada yang moyang nya berani tapi keturunannya ada yang pengecut - maksud saya bukan auto matik. Ada yang penipu pun ada. Yakjuj Makjuj juga keturunan Nabi Nuh a.s.
maknanya, permainan politk memang sudah ada sejak dahulu, tikam menikam , jatuh menjatuh dan khianat mengkhianati itu biasa berlaku, manis dihadapan tapi dibelakang menikam juga biasa , dan itulah apa yg terus berlaku kini, terutama dalam politik tak kira parti apa,
kedua, sejarah hanya akan tinggal sejarah , sesuatu yg akan semakin jauh dan terus menjauh dari kita, apa yg tinggal hanyalah kenangan ,sejarah nenek moyang yang hebat berani dan pintar tiada gunanya jika kita tidak adaptasikan kedalam hidup zaman ini, cabaran dan ujian itu sama cuma dalam wajah yang berbeza,
apa yg terlalu suakr utk kta lestarikan ialah bersatu, ataukah bangsa kita memang dalam sumpahan tidak akan mampu bersatu? bukankah melayu itu terkenal dengan pepatahnya bersatu teguh bercerai roboh? ataukah bangsa kita terlalu hebat mengarang ayat bermadah tetapi juga terlalu susah untuk mengamalkanya ?
Dinasti Mataram yg mana berpusat di Yogjakarta bukan keturunan Hayam Wuruk,atau keturunan Wijaya. Ini kerana Mataram didirikan oleh Senopati Ingalaga dan Itsarate Rangsang yg memakai gelaran Sultan Agung. Hamengku bowono merupakan keturunan Sultan aagong dan jika Zahid Hamidi berkerabat dgn kratun Yogjakarta bukan bererti dia keturunan pengasas Majapahit. Nak jilat pun biar logik
Post a Comment