Kota Gelanggi @ Kota Batu Hitam atau Klang Kio dalam bahasa Siam bererti perbendaharaan permata adalah sebuah bandar purba yang disebut di dalam Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu.
Setelah berapa lamanya dijalan, datanglah kepada negeri Ganggayu.Shahadan dahulu kalanya negeri itu negeri besar, kotanya daripada batu hitam, datang sekarang lagi ada kotanya itu di hulu Sungai Johor. Ada pun asal namanya Klang Kio, iaitu bahasa Siam,ertinya perbendaharaan permata; oleh kita tiada tahu menyebut dia, jadi Ganggayu. Adapun nama rajanya Raja Chulan; adalah akan baginda itu raja besar, segala raja-raja di bawah angin dalam hukumnya.(W.G.Shellabear:1975:10)
Selama lebih 1,200 tahun Kota Gelanggi menjadi lagenda kota purba yang kaya dengan harta karun timbunan emas dan permata menjadi rebutan ramai raja-raja Asia sejak dari zaman berzaman.
Kota Gelanggi dikatakan salah satu 'city state' merupakan antara bandar pentadbiran Empayar Srivijaya sejak tahun 775.
Kota Gelanggi dikatakan terletak di selatan Semenanjung Tanah Melayu dibawah Kerajaan Ligor satu Kingdom Melayu Siam di Segenting Kra. Pada masa itu Siam belum lagi didatangi oleh bangsa Thai dari Selatan China.
Srivijaya mengelarkan Kingdom Ligor ini sebagai Sri Dharmaraja.
Orang Melayu Siam panggil Ligor.
Orang India panggil Tambralinga.
Orang China panggil Tam-ma-ling atau Poling
Orang Melayu Islam panggil Siam
Orang Thai panggil Nakhon Sri Tammarat.
Pada akhir abad ke 12, Ligor ini bebas dari Srivijaya menjadi kerajaan Tambralinga.
Tambralinga meningkat kekuasaan dari abad ke 13 hingga awal abad ke 14. Pada masa ini Tambralinga telah menguasai seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
Pada akhir abad ke 14, Tambralinga menjadi sebahagian dari Siam (Thai).
Pedagang Eropah mengelar Tambralinga ini sebagai Ligor sejak abad ke 16.
Ligor setelah lama memberontak dari Siam akhirnya menjadi negara Siam sepenuhnya pada penghujung abad ke 19.
Klang Kio atau Kota Gelanggi ini juga orang Melayu Islam panggil Gelanggui, Ganggayu, dan Linggui.
Rekod Jepun menyatakan Putera Mahkota Jepun, Putera Takaoka, Shinnyo Hosshinno (780-856) mati di Kota Gelanggi kerana diserang oleh harimau dalam perjalanan ke India.
Orang Jepun merujuk Kota Gelanggi sebagai Lo-Yue.
Pada tahun 1025, Raja Rajendra Cola dari Selatan India telah menyerang Kerajaan Gangga Negara (Beruas, Perak). Raja Rajendra Cola ini dalam Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang digelar Raja Suran kemudian menyerang Kota Gelanggi mengalahkan Raja Chulan.
Sejarah Melayu mengisahkan...
Setelah Raja Gangga Syah Johan melihat Raja Suran itu datang, maka Raja Gangga Syah Johan pun berdiri memegang panahnya; maka segera dipanahnya, kena gumba gajah Raja Suran, gajah itu jatuh terjerumus. Maka Raja Suran pun melompat serta menghunus pedangnya, diparangkan kepada Raja Gangga Syah Johan, maka kenalah leherya, putus kepalanya, terpelanting ke tanah. Maka Raja Gangga Syah Johan pun matilah. Setelah rakyat Gangga Negara melihat rajanya mati itu, maka sekaliannya pun lari; maka ada seorang saudara raja itu perempuan, Puteri Dara Segangga namanya; terlalu baik parasnya, maka diambil bagindalah akan isteri. Setelah negeri Gangga Negara sudah alah, maka Raja Suran pun berjalanlah dari sana.
Hatta berapa lamanya berjalan itu datanglah ke negeri Langgiu; dahulu negeri itu negeri besar, kotanya daripada batu hitam, sekarang lagi ada kota itu di hulu Sungai Johor. Adapun nama asal Langgiu itu dengan bahasa Siam ertinya Perbendaharaan Permata, maka adalah nama rajanya Chulan; akan baginda itu raja besar, segala raja-raja yang di bawah angin dalam hukumannya. Demi Raja Chulan mendengar Raja Suran datang itu, maka Raja Chulan pun menghimpunkan segala rakyat; dan segala raja-raja yang takluk kepada baginda, semuanya berkampunglah. Maka Raja Chulan pun berperanglah akan Raja Suran; maka rupa segala rakyat itu seperti lautan, rupa gajah dan kuda pun demikian juga, seperti pulau rupanya, dan tunggul panji-panji seperti hutan, dan segala senjata pun berlapis-lapis. Sekira-kira empat gorah bumi jauhnya berjalan, setelah datanglah pada suatu sungai, maka kelihatanlah rakyat Raja Suran seperti hutan rupanya.
Maka kata Siam, "pangkali" ertinya "sungai", maka dinamai orang sungai itu Sungai Pangkali. Maka bertemulah rakyat Siam dengan rakyat Keling, lalu berperanglah, tiada sangka bunyinya lagi; segala yang bergajah berjuangkan gajahnya, dan yang berkuda bergigitkan kudanya, dan yang berpanah berpanahanlah dianya, dan yang berlembing bertikamkan lembingnya, dan yang berpedang bertetakan pedangnya. Maka rupa segala senjata seperti hujan yang terlalu lebat, tidaklah lagi tarupak awan di langit, oleh kebanyakan kilat senjata itu; gegak gempitalah bunyi tempik sorak orang berperang itu, maka berbangkitlah lebu duli ke udara, kelam-kabut, siang menjadi malam seperti gerhana matahari. Maka segala rakyat antara kedua belah pihak itu pun jadi campur-baurlah, tiada berkenalan lagi waktu berperang itu. Mana yang mengamuk diamuk orang pula, ada yang menikam ditikam orang pula. Maka kedua pihak itu pun banyaklah mati dan lukanya, darah pun banyaklah tumpah mengalir ke bumi seperti air sebak. Maka lebu duli itu pun hilanglah, maka kelihatanlah orang berperang itu, beramuk-amukan terlalu ramai; sama-sama tiada mahu undur lagi. Maka Raja Chulan pun menampilkan gajahnya menempuh ke dalam rakyat Raja Suran yang tiada terpermanai banyaknya itu, barang dimana ditempuhnya bangkai bertimbun-timbun; maka segala rakyat Keling pun banyaklah matinya, lalu undur. Setelah dilihat oleh Raja Suran, maka baginda pun tampillah mengusir Raja Chulan itu. Maka adapun kenaikan Raja Suran, gajah tunggal lagi meta, delapan hasta tingginya; tetapi gajah Raja Chulan itu terlalu berani. Maka bertemulah kedua gajah itu, lalu berjuang, maka bunyi kedua gading gajah itu seperti bunyi petir yang tiada berputusan. Maka kedua gajah itu pun tiada beralahan; maka berdiri Raja Chulan di atas gajahnya menimang-nimang lembingnya, lalu ditikamkannya kepada Raja Suran, maka kenalah kebaluhan gajah itu, sejengkal menjunjung ke sebelah. Maka Raja Suran pun segera memanah Raja Chulan, kena dadanya terus ke belakang; maka jatuhlah ia dari atas gajahnya ke tanah, lalu mati.
Maka segala rakyat Raja Chulan melihat rajanya mati itu, maka sekaliannya pun pecah belahlah, lalu lari cerai-berai; maka diikuti oleh segala rakyat Keling mana yang dapat habislah dibunuhnya. Maka segala rakyat keling pun· masuklah ke dalam kota Langgiu itu, lalu merampas, tiada terkira banyaknya beroleh rampasan itu. Maka ada seorang anak Raja Chulan itu perempuan, Tuan Puteri Onang Kiu namanya; terlalu baik parasnya. Maka dipersembahkan orang kepada Raja Suran, maka oleh baginda diambillah akan isteri.
Dimana sebenarnya lokasi Kota Gelanggi ini?
Sejarah Melayu jelas mengatakan lokasi Kota Gelanggi ini di Hulu Sungai Johor.
Tapi beberapa ahli sejarah seperti Sweettenham (1885), Linehan (1936) dan Quartrich-Wales (1940) percaya lokasi Kota Gelanggi di Jerantut Pahang.
Manakala Winstedt (1932) dan Gardner (1932) memilih Hulu Sungai Johor.
Kota Gelanggi juga masih menjadi lokasi
kajian sejarah dan arkeologi yang tiada kesudahannya. Imej
yang diperolehi Malaysian Centre For Remote Sensing
(MACRES) daripada satelit membuktikan kewujudan struktur
bangunan di Kota Gelanggi.
R.C Jameson dari University of
Cambridge, Britain mengatakan mungkin ilustrasi Dipamkara
Buddha pada manuskrip Sanskrit di situ mungkin
menunjukkan suatu lokasi di Kota Gelanggi.
Abdul Rahman Ismail (1998) memilih Kota Gelanggi di Jerantut Pahang.
Abdul Halim Nasir (1990), Nik Hassan Shuhairi (2002) dan Arkeologis
Raimy Che Ross (2004) percaya Kota Gelanggi ini dimaksudkan
sebagai ‘Perbendaharaan Permata’ yang dicari-cari terletak di Hulu Sungai Johor.
Dzulkarnain Mat (1998) melontar teori menarik:
Johor telah menguasai Pahang dalam bulan September 1612, lebih kurang setahun sebelum
Sejarah Melayu dihasilkan. Orang-orang Johor bukan sahaja membawa balik pampasan dan tawanan
perang, malah cerita-cerita tentang Pahang, termasuk legenda Kota Gelanggi. Kemungkinan legenda ini
mengilhamkan penulis Sejarah Melayu untuk mengaitkan Ganggayu dan Raja Chulan dengan keajaiban
Gelanggi. Justeru itu, Klang Kio dinyatakan sebagai terletak di hulu Sungai Johor untuk menggambarkan
kehebatan jajahan takluk Johor.
WZWH lebih berminat dengan teori seorang blogger sahabat Mo Razzi Untold History...
So.. what ingenious way Tun Sri Lanang buat??
Rahsianya cuma ditulis di 3 ayat ni :
"...... di hulu Sungai Johor"
Macam biase lah.. we go back to map:
Maka.. berbodong-bondong lah manusia menjelajah "hulu Sungai Johor".. tapi tak jumpe ape-ape walaupun selepas 1,300 tahun..
Maka berjaya lah penipuan Tun Sri Lanang.. yang pada asalnye ingin menipu penakluk Acheh tentang kedudukan sebenar Perbendaharaan Permata itu bagi mengelakkan dicuri.. dengan korang-korang sekali kene tipu. Hahahaa
Sebenarnye.. Tun Sri Lanang tak tipu.. dia berpencak melalui kata-kata..
Ko bace balik ayat ni sekali lagi :
".... di Hulu Sungai Johor"
Now.. ko decipher it into :
1. Hulu ; arah ke daratan yang paling dalam.. farthest inland
2. Sungai ; Sungai lah
3. Johor ; Negeri
FINDING : Di bahagian paling hujung / hulu (1) + Sungai (2) + di Negeri Johor (3)
Now.. go back to Map.. :
Upper Sedeli merupakan Territory of Pahang until 1861 sebelum Tun Mutahir Bendahara Pahang meng'hadiah'kan daerah Sedeli + Mersing + Endau kepada Maharaja Abu Bakar menantu kesayangan.
While, lower Sedeli merupakan Tanah asal Negeri Johor.
SUNGAI SEDELI pulak.. merupakan Sungai paling "Hulu" dalam negeri Johor.. and Gunung Panti merupakan the farthest inland yang Sg. Sedeli dapat mengalir..
FURTHERMORE..
Dikawasan INI JUGAK LAH ADE SUNGAI YANG BERNAMA 'SELANGGI' = "GELANGGI"??
Ada dua pintu gerbang yang seperti foto di atas untuk memasuki Kota Gelangggi @ Kota Batu Hitam di Hulu Sungai Johor.
Apa yang pasti Wan Ahmad tidak bersetuju dengan keputusan Bendahara Tun Mutahir pada 1861 mengkurnia Sedeli, Endau dan Mersing kepada Maharaja Abu Bakar.
Maka marahlah Wan Ahmad yang baru menang Perang Saudara Pahang menjadi Bendahara Pahang yang pertama berkata," aku perang macam nak mampus kau senang-senang ambil negeri aku!!!". Kalau ikut hati Bendahara Wan Ahmad mahu saja berperang dengan Johor.
Lagi sekali British masuk campur memujuk Bendahara Wan Ahmad apa lagi Maharaja Abu Bakar untung senalo dapat Endau dan Mersing. Walaubagaimanapun Pulau Tioman diserahkan oleh Johor kepada Pahang.
Kemudian untuk settle hubungan antara Johor dan Pahang maka berlaku perkahwinan antara anak Raja Johor dengan anak Raja Pahang. Selesai...tak mahu gaduh lagi.
Apa yang pasti setelah Maharaja Abu Bakar mendapat Sedeli, Endau dan Mersing dari Pahang, kehidupan Maharaja Abu Bakar bertambah senang lenang dan kaya raya hingga menjadi Sultan Abu Bakar Johor.
Setakat mengembangkan ekonomi perladangan menanam gambir, lada hitam dan menjual getah perca serta hasil sewa tanah-tanah di Singapura belum tentu boleh kaya raya hingga terkenal ke luar negara.
Namun Bendahara Wan Ahmad tidak pernah kenal putus asa.
Seorang pemerintah besar seperti Bendahara Wan Ahmad sendiri amat tertarik dengan legenda gua Kota Gelanggi yang kononnya tempat tinggal seorang puteri, hinggakan beliau pernah menghantar orang-orangnya mencari puteri itu pada tahun 1872.
Tok Gajah dan beratus-ratus pengikut telah dititah oleh Bendahara Wan Ahmad meninjau dan memeriksa Kota Gelanggi.
Dalam tahun 1882, Bendahara Wan Ahmad telah berangkat melawat ke
merata tempat dalam negeri Pahang. Dalam lawatan inilah Bendahara telah
melawat sebuah gua yang ajaib lagi masyhur bernama Kota Gelanggi, yang
terletak tidak berapa jauh dari Pulau Tawar, Jerantut.
Tapi tidak ada harta karun, emas dan perbendaharaan permata dijumpai. Barangkali peralatan tradisional tidak sesuai memerlukan peralatan moden yang lebih canggih dan sophistikated.
Jika benar segala legenda harta karun, emas dan perbendaharaan permata yang lokasi sebenarnya berada di Hulu Sungai Johor.
Bendahara Wan Ahmad yang akhirnya menjadi Sultan Ahmad pertama Negeri Pahang dan Pemerintah Jajahan takluknya tidak perlu bimbang, risau dan kecewa.
Pahang masih lagi punya sebuah kota purba yang lebih kaya dengan harta karun, emas dan permata di Tasik Chini tenggelam ke dasar lautnya oleh kerana berlaku pecah empangan mega bagi tujuan aktiviti perlombongan purba sila klik sini. Ini ialah kisah Kota Melayu yang hilang di bumi Pahang.
12 comments:
menarik teori dan penemuan yang Dato' kemukakan mengenai lokasi sebenar kota gelanggi. telah lama membaca dan mendengar mengenai kota yang hilang ini dan gambar yang dikemukakan adalah sebenarnya exhibit penting (klu) untuk mencari lokasi sebenar. saya amat percaya yang kota ini adalah sangat besar/luas dan kerajaan Pahang dan Persekutuan perlu teruskan usaha mencari tempat ini sebagai antara bukti ketamadunan orang kita selain dari tamadun di lembah sg merbok, sg petani yang sedang giat dicari semula sekarang ini. tq Dato' utk perkongsian info.
lain kali kalau nak copy paste letak la kredit..ape da..plagarism kuat sgt..
Mohon share ye
Mohon share ye
Ok
Sampai sekarang takde yang jumpa emas berlian segala tu ke ?
Menurut orang tua dari bangsa orang asli, mereka pernah terjumpa dengan sebuah kota tinggal dalam hutan di johor. Tinggi kota itu 3 meter, diperbuat dari batu hitam. Saiz keluasan tidak dinyatakan.
Lokasi tu sekarang tak dapat diakses oleh orang tempatan, disebabkan termasuk dalam wilayah Empangan Linggui, Johor. Empangan ni dikawal oleh tentera Singapura disebabkan kepentingan membekalkan air mentah kepada Singapura.
Betul Kota Gelanggi ni ada di Hulu Sungai Johor. Ada sebuah makam yang ditinggalkan dan masih ada di Kampung saya. Tak salah saya itu makam Tengku Aminah, isteri kepada Sultan Abdul Molok. Sultan kerajaan Gelanggi ini.
Simon Low Kok Meng ialah Datuk Yip Kum Fook adik ipar dan CID, kerana membawa maklumat berita kepada keluarga datuk Yip, kena berhati-hati dengan mereka, selalu mendatangkan masalah kepada orang kepong dan Taman Desa Jaya, Kepong, sekarang ramai yang tahu tentang apa yang mereka lakukan
Semua perkara yang mereka lakukan seperti membakar Kuil Hindu (Taman Daya) dan mengeluarkan sami-sami Buddha dari Samnak Sambodhi atau kuil Buddha di Taman Desa jaya, kepong...juga MCA runtuh kerana mereka juga, mereka mendapat kuasa untuk mendapatkan wang dan untuk mereka berniaga
Cina, India, Melayu dan lain-lain perlu berhati-hati yang tinggal di Kepong, kerana golongan ini boleh melakukan sesuatu kepada semua orang. Datuk Yip Kum Fook ialah seorang peguam (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) No 2A & 2B, Tingkat 2, Jalan 53, Desa Jaya Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan... tetapi ada orang atau kawan-kawannya berkata, Datuk Yip Kum Fook bukan peguam sebenar, kerana Datuk Yip membeli sijil dari beberapa institut undang-undang di UK sahaja
Kami berharap kini presiden Malaysia (Datuk Seri Anwar) akan menyemak Datuk Yip Kum Fook kerana banyak komen dan posting di internet, dan ramai orang mengesyaki melakukan projek haram dan kesilapan undang-undang di Malaysia
Perkongsian dan siaran oleh Encik Chong dan keluarga, Kepong
Thank you very much to Mr. Chong for the announcement that always causes problems in Taman Desa Jaya, Kepong, We have had Hindus in Desa Jaya for a long time, many years to find those who burned our Temple in Taman Daya, Kepong .....
SRI MAHA MARUTHUVA KALIYAMMAN TAMAN DESA, KUALA LUMPUR
golden goose outlet
kd shoes
paul george
Orang-orang ini makan wang Kuil dan wang masyarakat, mereka akan menderita selama-lamanya dalam kehidupan ini dan kehidupan yang akan datang tetapi mereka tidak pernah malu kepada Tuhan dan orang lain.
Datuk Yip Kum Fook dan adik iparnya(Simon Low Kok Meng) menghina AGAMA BUDDHA, kami harap orang ramai (penganut) akan boikot segera, kemudian mereka akan berpindah dari kawasan Kepong
From Mr. Pang, taman daya, kepong, kuala lumpur
Post a Comment