Sunday, November 16, 2014

UMNO Tidak Memerintah Sampai Kiamat, Kebarangkalian Menjadi Dinosaur Ada!



UMNO perlu melihat kepada persekitaran, mengurus perubahan, melakukan transformasi jika tidak akan menjadi dinosaur politik terakhir abad ini.

UMNO   perlu berubah supaya tidak terus kehilangan sokongan dalam PRU akan datang.

Tanpa sebarang perubahan, UMNO dilihat tidak akan kekal lama sekiranya masih mengharapkan sokongan pengundi tradisi di kawasan kampung.

Perubahan pengundian rakyat Malaysia, yang kini lebih bersikap lebih urban dan muda.

Pasaran yang sedang berkembang adalah jutaan belia yang berpindah ke kawasan bandar untuk mencari rezeki.

Dianggarkan, sekitar 70% daripada 5 juta pengundi muda akan mengundi dalam PRU akan datang. 

64% daripada pengundi masa depan adalah pengundi Melayu.

Dijangka  2016, 75% populasi akan menetap di bandar.

Trend berikut selari dengan kekalahan BN di kerusi bandar.

Bilangan profesional muda bertambah daripada sejumlah 450,000 pada 1970 kepada 2.3 juta pada 2010.

Jika pengundi melihat UMNO dan BN sebagai parti secara keseluruhannya masih lagi cerita lama, parti lama, tiada apa yang boleh dibuat.

Mampukah UMNO berubah? UMNO masih tidak berubah dan berada semakin jauh daripada masyarakat terutamanya di bandar.

Parti itu perlu melakukan transformasi segera supaya terus kekal relevan.
Orang Melayu kini sedang melakukan penolakan terhadap parti itu secara terbuka dan dapat dilihat dalam dua pilihan raya umum lalu.

Benar UMNO punyai lebih tiga juta ahli tetapi adalah juga benar yang kebanyakan ahli UMNO adalah hanya pada keahlian.

Ramai yang menyertai UMNO bukan lagi kerana perjuangan tetapi sebagai instrumen politik untuk pengaruh, kuasa, prestij dan kekayaan.

Ahli-ahli Umno perlu bersama secara kolektif untuk merancang dan mengurus perubahan parti itu.

Jika ini pilihan , maka jalannya ialah pengislahan dan memodenkan Umno.

UMNO  memerlukan suatu transformasi dan bukannya perubahan kosmetik yang bersifat luaran semata-mata,

Lihat bagaimana parti pembangkang mula mendapat tempat di seluruh negara.

UMNO  jangan bergerak ke belakang.

UMNO perlu bersikap lebih inklusif agar dapat memenangi kembali hati rakyat Malaysia.

Perubahan bagaimana yang dapat dilakukan UMNO untuk menjadi kembali relevan sedangkan masyarakat Malaysia kini sudah pelbagai termasuk Melayu dan Islam itu sendiri.

Masalah utama kebanyakan pemimpin dan ahli UMNO adalah mereka merasakan parti itu akan terus memerintah Malaysia sehingga bumi ini hancur.

Sebab itu majoriti pemimpin dan ahli UMNO tidak merasakan perubahan itu satu keperluan yang mendesak.

Walaupun pernah kehilangan beberapa negeri seperti Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Terengganu, pemimpin dan ahli UMNO tidak mempunyai pengalaman kehilangan Putrajaya.

UMNO tidak memerintah sampai kiamat malah kebarangkalian menjadi dinosaur itu ada!

WZWH akan mengupas isu perubahan transformasi UMNO dengan lebih mendalam dalam posting akan datang.

1 comment:

Anonymous said...

Tengok tun razak tolong melayu mcm mana. Adnan tak reti nak tiru ke. Buka tanah pandai tapi sekadar menjadi lubuk pendatang.

Umno kini sebenarnya takut dan tak suka melayu senang.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024